Anda di halaman 1dari 2

KAJIAN MENGENAI HUBUNGAN ANTARA KEMURUNGAN, KEBIMBANGAN DAN TEKANAN DENGAN

TAHAP RESILIEN PELAJAR DIPLOMA ALIRAN TEKNIKAL DI INSTITUT KEMAHIRAN MARA KUCHING

PENGENALAN

Kecangihan era digital masalah tekanan (stress), kemurungan (depression), kebimbangan (anxiety) dan
isu yang berkaitan personaliti sering diperkatakan dalam masyarakat dan menjadi perbualan hangat di
media masa serta media elektonik. Keadaan dunia digital yang serba canggih pada masa kini
menyebabkan pelbagai golongan berada dalam keadaan tertekan apabila unsur humanistik semakin
menipis dalam kalangan remaja. Oleh yang demikian, wujud pelbagai sikap dan tingkah laku yang
membentuk personaliti individu yang berbeza-beza. Kelainan personalti individu yang berbeza-beza ini,
memberikan perbezaan pada tahap tekanan yang dialami pada seseorang individu. Tahap tekanan yang
tinggi akan membawa kepada personaliti yang negatif akan menggangu keharmonian dalam kehidupan
dalam manakala personaliti yang positif membawa kesejahteraan kehidupan yang normal. Maka wajarlah
isu ini dipandang serius untuk mengkaji mengapakah ianya terjadi.

Kajian ini dibuat ke atas pelajar iaitu para yang mengambil aliran teknikal. Kecenderungan pada alatan
menjadikan unsur –unsur humanistik kurang pada mereka. Tuntutan minat dan pekerjaan pada alatan
teknikal menjadikan mereka bersifat mekanikal. Namun begitu, sudah pasti juga mereka seperti manusia
yang lain menghadapi perasaan stres, kebimbangan dan kemurungan cuma yang membezakan mereka
adalah tahap resilien dan personaliti dalam mengatasi cabaran tersebut. Hal ini ditambah lagi apabila
sistem pendidikan tinggi kini masih lagi menitikberatkan aspek peperiksaan walaupun dalam aliran
teknikal.

OBJEKTIF KAJIAN

Setiap kajian yang dijalankan biasanya mempunyai kepentingan sama ada untuk mencari jalan
penyelesaian terhadap permasalah atau sebagai menambah ilmu pengetahuan yang baru. Di zaman yang
penuh cabaran dan kepesatan teknologi, pengkaji merasakan kajian hubungan di antara kemurungan,
kebimbangan, tekanan dan personaliti amat penting dilaksanakan di Institut Kemahiran MARA Kuching
kerana penyelidik belum melihat adanya kajian seperti ini dijalankan kepada pelajar IKM dan ianya akan
mendapat bantu pihak IKM untuk mengenalpasti punca masalah dan cabaran pelajarnya dan seterusnya
dapat membantu pelajar-pelajarnya membuat persediaan awal mengatasi masalah ini. Selain itu kajian
ini adalah penting kepada beberapa perkara iaitu:

1. Mengenalpasti tret tekanan (stress), kemurungan (depression), dan kebimbangan (anxiety) di


kalangan pelajar diploma di Institut Kemahiran MARA.
2. Mengenalpasti tahap resilien pelajar aliran diploma di Institut Kemahiran MARA Kuching.
3. Mengenalpasti tret tekanan (stress), kemurungan (depression), dan kebimbangan (anxiety) dan
tahap resilien di kalangan pelajar diploma di Institut Kemahiran MARA.

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah tret tekanan (stress), kemurungan (depression), dan kebimbangan (anxiety) di kalangan
pelajar diploma di Institut Kemahiran MARA?
2. Apakah tahap resilien pelajar aliran diploma di Institut Kemahiran MARA Kuching?
3. Adakah terdapat hubungan tret tekanan (stress), kemurungan (depression), dan kebimbangan
(anxiety) dan tahap resilien di kalangan pelajar diploma di Institut Kemahiran MARA?

METADOLOGI

Kajian ini menggunakan kaedah kajian perihalan atau deskriptif yang memperihalkan sesuatu tingkah laku.
Kaedah ini menggunakan statistik yang dapat diterangkan melalui kekerapan, peratusan dan graf. Selain
itu, kaedah kajian ini juga menggunakan kaedah korelasi yang meliputi aspek mengkaji perkaitan antara
tekanan dan tahap resilien di kalangan pelajar tahun akhir. Kaedah kajian ini dapat mengkaji secara
intensif latar belakang, status semasa dan interaksi dengan persekitaran. Alat yang digunakan ialah soal
selidik Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS21) dan Soal Selidik Resilien .

Anda mungkin juga menyukai