Anda di halaman 1dari 2

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjong Malim,


Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : 05-4506017 Fax : 05-4585261

No Rujukan:
Tarikh :

Hal Ehwal Pelajar,


Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Km. 8, Jalan Gambang,
25150 Kuantan,
Pahang.

Melalui dan salinan :


Dr. Mohd. Muzaffar Shah bin Razali
Ketua Jabatan,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan/Puan,

Memohon Tempat Penginapan

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas :

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa pelajar Kursus Kaunseling Penyalahgunaan Dadah


(KKD3043) Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan lawatan ke Drugs Intervention
Community (DIC) yang berdekatan dengan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

3. Sehubungan dengan itu, kami meminta jasa baik Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
menyediakan tempat penginapan bagi pelajar UPSI pada tarikh 9 April 2011 untuk tempoh
sehari semalam. Kami berharap pihak tuan/puan dapat menyediakan tempat penginapan asrama
bagi 55 orang mahasiswa/i yang terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki dan 30 orang pelajar
perempuan dan sebuah bilik VIP untuk seorang pensyarah.
4. Selain itu, kami juga ingin memohon jasa baik pihak KIPSAS sekiranya boleh membantu
pihak kami mendapatkan makanan bagi pelajar-pelajar dan pensyarah pada waktu pagi dan
tengahari pada 10 April 2011.
5. Bagi melunaskan pembayaran tempat penginapan dan makanan, kami ingin mengetahui
kos bagi tempat penginapan bagi seorang pelajar dan pensyarah tersebut.
5. Tuan/puan boleh juga merujuk kertas kerja yang dilampirkan bersama surat ini.
Kerjasama dan keprihatianan Tuan/Puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

“PENDIDIKAN GEMILANG MENUJU WAWASAN”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………….....
( )
Setiausaha Agung Lawatan DIC,
Jabatan Psikologi Dan Kaunseling,
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai