Anda di halaman 1dari 3

PANITIA BAHASA ARAB

SAM SG HAJI DORANI,

45300 SG BESAR, SELANGOR

Laporan Minit Mesyuarat Kali 1 2015

Tarikh : 13 Januari 2015

Hari : Selasa

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SAM SHD

Kehadiran :

1. Ust Abdul Halim bin Sulaiman Ketua Panitia

2. Ust Baharuddin bin Shahman S/U Panitia

3. Ustzh Che Fatimah bt Muda AJK

1. UCAPAN KETUA PANITIA

1.1 Ketua Panitia ust Abdul Halim bin Sulaiman mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli
kerana hadir dan memulakan mesyuarat dengan bacaan al Fatehah.

1.2 Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangan beberapa perkara sebagaimana yang tercatat di
dalam agenda demi kemajuan pendidikan.

2. PEMBENTANGAN CADANGAN AKTIVITI TAHUNAN 2015

2.1-Ahli mesyuarat panitia telah bersetuju untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan
sepanjang tahun 2015. (RUJUK LAMPIRAN )
Makluman : Semua ahli

2.2 Sukatan Mata Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan

- Ketua Penitia mengharapkan agar guru mata pelajaran dapat menyediakan RPT 2015 dengan segera,
sebelum pdp dijalankan pada bulan Januari.

- Untuk mata pelajaran Bahasa Atab T4, RPT akan disusun oleh ust Abdul Halim dan RPT T5 disusun oleh
ust Baharuddin bin Shahman.

Makluman : Semua ahli

2.3 Buku Rekod Mengajar

- Perlu melengkapkan maklumat peribadi, kandungan BRM dengan RPT dan rancangan harian dan perlu
ditandatangani pada ruang disediakan.

Makluman : Semua ahli

2.4 Pencerapan dan semakan buku kerja latihan

- Guru hendaklah memastikan pencerapan dapat dilaksanakan ke atas guru m/p pada tarikh yang
ditetapkan.

- Begitu juga buku latihan pelajar perlu ditanda atau disemak setelah menjalani latihan setiap tajuk yang
dipelajari.

Makluman : Semua ahli

2.5 Analisa Peperiksaan Subjek Bahasa Arab 2014

- Ketua Panitia menucapkan tahniah di atas pencapaian keputusan peperikasaan SPM yang lalu.

- Peratus lulus masih kekal seperti tahun sebelumnya, iaitu 98% dengan mencatatkan seorang pelajar
gagal.

- Manakala GMP agak menurun akibat kekurangan pelajar yang mendapat keputusan yang baik.

Makluman : Semua ahli

3. HAL-HAL LAIN

3.1 Pembelian Bahan


- Sila rujuk Pembantu Tabdbir sebelum membuat pembelian dan semua ahli perlu mengisi nota minta.

3.2 Target SPM 2015

- Target tahun 2015 bagi subjek Bahasa Arab adalah memastikan 100% lulus, dan peningkatan GMP
sebanyak .

3.3 Mengadakan program khas bagi pelajar yang Galus @ Halus untuk mencapai keputusan 100% lulus.

4. PENUTUP

- Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang dengan bacaan surah al Asr dan tasbih kaffrah.

- Pengerusi menucapkan ribuan terima kasih di atas semua kerjasama dan kehadiran semua guru.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...................................... .................. .................................................

(BAHARUDDIN BIN SHAHMAN) (ABD HALIM BIN SULAIMAN)

Setiausaha Panitia Bahasa Arab Ketua Panitia Bahasa Arab

Anda mungkin juga menyukai