Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA HARI GURU

ِ‫ن للاِِ بِس ِْم‬


ِِ ‫الرحْ َم‬
َّ ‫الر ِحي ِِْم‬
َّ

ِ‫للِ اَ ْل َح ْمد‬
ِ ‫ب‬ِِ ‫ ال َعالَ ِميْنَِ َر‬, ‫صالَة ِل ْلمت َّ ِقيْنَِ َوال َعاقِبَة‬ َّ ‫علَى َوال‬
َّ ‫سالَمُِ َوال‬ َ ِ‫آ ِل ِِه َو َعلَى م َح َّمد‬
َ ‫س ِي ِدنَا‬

ْ َ ‫أَجْ َم ِعيْنَِ َوأ‬


ِ‫ص َحابِ ِه‬

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis
sambutan Hari Guru (Tahun 2019) peringkat ppd miri) pada malam yang berbahagia ini dengan tema :

(Tema Hari Guru Tahun Semasa)

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu
kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang
berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia
pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .

Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar
Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak
didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri ,
kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah
pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam
memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan
kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya
dan di arena pendidikan perdana amnya .

Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,

Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya
Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan
menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-
guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan
yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta .

ِ‫ل اَللَّه َّم‬ ِْ ِ‫ َم ْعص ْو ًما تَف َُّرقِا ً بَ ْع ِدِِه م‬، َ‫ل‬
ِْ َ‫ َم ْرح ْو ًما َج ْمعًا َهذَا َج ْمعَنَا اجْ ع‬، ‫ن َوتَف َُّرقَـَنَا‬ ِِ َ‫لَ فِ ْينَا اللَّه َِّم تَجْ ع‬
ِ ‫ل َو‬ ِ ‫لَ َمعَنَا َو‬ ِْ ‫ش ِقيًّا يَتْبَعنَا َم‬
ِ ‫ن َو‬ َ َ‫ل‬ ْ ‫لَ َم‬
ِ ‫طر ْودًا َو‬ ِ ‫َو‬
‫ َمحْ ر ْو ًما‬.
.‫الر ِحي ِْم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ ِ‫بِ ْس ِم هللا‬

َ ‫سالَ ُم َعلَى‬
‫سيِِّ ِدنَا ُم َح َّمد‬ َّ ‫صالَة ُ َوال‬ َّ ‫ َوالعَاقِبَةُ ِل ْل ُمت َّ ِقيْنَ َوال‬، َ‫ب العَالَ ِميْن‬
ِ ِّ ‫ا َ ْل َح ْمدُ هللِ َر‬
. َ‫ص َحا ِب ِه أ َ ْج َم ِع ْين‬
ْ َ ‫َو َعلَى آ ِل ِه َوأ‬
Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Rabbal ‘Alamin,

Kami memanjatkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk
meraikan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat PPD miri bagi Tahun 2018 pada
malam yang berbahagia ini dengan tema “Guru Pemacu Transformasi
Pendidikan”.

Ya Allah, Ya ‘Aziz Ya Sattar,

Sesungguhnya tugas sebagai seorang guru adalah tugas yang mulia dan murni. Justeru
itu, kurniakanlah kepada guru-guru kami dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas
segala jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan di dalam mendidik dan
membimbing pelajar menjadi insan yang berguna, berbakti kepada agama, bangsa dan
negara. Kurniakanlah juga kepada mereka dengan kesabaran, ketabahan, semangat
kerjasama dan permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa
di dalam meneruskan tanggungjawab sebagai pendidik yang menjadi pemacu
transformasi pendidikan Negara.

Ya Allah, Ya Mudabbiral Amr,

Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur.
Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada
kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras,
minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta
kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

‫ َوالَ ت َ ْج َع ِل‬،‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن َب ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬،‫اج َع ْل َج ْم َعنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
.‫ط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ ْ ‫ش ِقيًّا َوالَ َم‬ َ ‫اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َمعَنَا َوالَ َم ْن يَتْبَعُنَا‬
َ‫ان َوالَ ت َ ْجعَ ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ ِللَّ ِذيْن‬ ِ ِ‫سبَقُ ْونَا ب‬
ِ ‫اإل ْي َم‬ َ َ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْرلَنَا ذُنُ ْوبَنَا َو ِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذيْن‬
.‫ف َر ِح ْي ٌم‬ ٌ ‫َءا َمنُ ْوا َربَّنَا إنَّ َك َر ُء ْو‬
.ِ‫اب النَّار‬ َ َ‫سنَةً َوقِنَا َعذ‬ َ ‫ألخ َرةِ َح‬ ِ ‫سنَةً َوفِي ا‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي الدُّ ْن َيا َح‬
. َ‫ب ال َعالَ ِميْن‬ ِ ِّ ‫ َو ْال َح ْمد ِ ََُّلِلِ َر‬،‫سلَّ َم‬ َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّمد َو َعلَى َءا ِل ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai