Anda di halaman 1dari 8

nordiyanaishak@yahoo.com.

my 04 Dec 2016

5 AKTIVITI MUDAH
KEMAHIRAN MOTOR HALUS

AISYAH ROZALLI
B. OCCUPATIONAL THERAPY (HONS), UITM
Hubungi kami: FB Pondokpondok
nordiyanaishak@yahoo.com.my 04 Dec 2016

EDARAN PERCUMA

KEPENTINGAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS


Kemahiran motor halus adalah kemahiran yang amat penting untuk dikuasai oleh
anak-anak. Kemahiran ini merupakan asas kepada kefungsian harian yang
melibatkan penggunaan manipulasi objek dalam tangan.

Sebagai contoh, jika kanak-kanak ingin menulis, kanak-kanak harus boleh


melakukan:

 Isolasi jari
o Kebolehan menggerakkan satu demi satu jari mengikut keperluan
dan apabila diminta.
o Contoh: menunjuk dengan jari telunjuk, mengorek keluar guli dari
lubang kecil
 Oposisi ibu jari
o Mengkoordinasikan ibu jari dengan jari-jari yang lain untuk
membantu memegang, memicit, dan menghasilkan bentuk “c”
apabila hujung ibu jari dan jari telunjuk bertemu. Bentuk “c” ini
adalah amat penting bagi penghasilan pegangan yang matang dan
menguasai kemahiran motor halus dengan baik.
 Pegangan tripod
o Pegangan tripod ialah pegangan yang melibatkan ibu jari, jari
telunjuk dan jari tengah. Pegangan tripod merupakan pegangan
terbaik dan paling berfungsi semasa seseorang individu menulis.
Kanak-kanak yang tidak mempunyai pegangan tripod yang
matang, sering mempunyai masalah dalam kemahiran menulis.
 Manipulasi dalam tangan

PONDOKPONDOK
1
nordiyanaishak@yahoo.com.my 04 Dec 2016

EDARAN PERCUMA

o Manipulasi dalam tangan termasuk menggerakkan objek dari


tapak tangan ke jari, dan jari ke tapak tangan. Keupayaan
manipulasi dalam tangan akan memudahkan seseorang individu
itu mengawal pergerakan objek seperti pensel, gunting, tali dan
lain-lain menggunakan bahagian tangan, tanpa perlu
menggerakkan otot besar seperti siku dan bahu.
 Koordinasi mata tangan
o Keupayaan seseorang individu itu menumpukan perhatian visual
kepada pergerakan tangannya. Keupayaan ini turut dipengaruhi
oleh kemampuan seseorang kanak-kanak mengekalkan fokus dan
daya perhatiannya kepada seseuatu aktiviti.
 Koordinasi bilateral
o Mengkoordinasikan penggunaan kedua-dua belah tangan serta
mengenalpasti tangan dominan dan tangan pembantu. Kanak-
kanak yang punya masalah untuk mengkoordinasikan kedua-dua
belah tangan dan belum mempunyai dominansi tangan (tidak
pasti tangan dominannya kanan atau kiri), biasanya mempunyai
masalah refleks tubuh yang belum terintegrasi dengan baik.
 Melangkaui garisan tengah
o Mengambil objek di sebelah kiri dengan tangan kanan dan
sebaliknya. Kemahiran ini akan membantu perkembangan
dominansi tangan dan merupakan tanda-tanda kepada masalah
integrasi refleks tubuh.

PONDOKPONDOK
2
nordiyanaishak@yahoo.com.my 04 Dec 2016

EDARAN PERCUMA

AKTIVITI 1: MENYEPIT
 Sepit baju
PERALATAN  Pompoms
 Bekas kecil

1. Gunakan penyepit baju untuk menyepit


METOD pompom dari atas meja ke dalam bekas kecil.
2. Ubahkan kedudukan bekas bermula dari
berada bertentangan dengan bahu kanan, ke
bertentangan dengan bahu kiri (menggalakkan
kanak-kanak melangkau garisan tengah tubuh)

- Menggunakan penyepit baju akan


TIPS PERKEMBANGAN menggalakkan kanak-kanak belajar mempunyai
oposisi ibu jari yang baik dan pegangan tripod
- Aktiviti ini juga akan dapat melatih kekuatan
otot kanak-kanak yang amat penting dalam
pelbagai kemahiran harian seperti menulis,
membutang baju dan lain-lain

PONDOKPONDOK
3
nordiyanaishak@yahoo.com.my 04 Dec 2016

EDARAN PERCUMA

AKTIVITI 2: MENGANYAM
 Tikar anyaman kertas / kain
PERALATAN
1. Sediakan tikar anyaman dengan tanda “up”
METOD dan “down” atau “atas” dan “bawah”.
2. Minta anak-anak anyam tikar.
3. Jika anak-anak mengalami kesukaran, bantu
mereka dengan kaedah “chaining”.

- Anyaman tikar akan melatih kanak-kanak


TIPS PERKEMBANGAN mempunyai koordinasi mata-tangan yang baik.
- Keupayaan mengikut turutan (sequencing) juga
dapat dilatih semasa aktiviti menganyam dan
keupayaan mengikut turutan adalah asas
kepada kemahiran matematik.
- Menggerakkan anyaman “atas” dan “bawah”
juga merupakan stimulasi bahasa yang baik.

PONDOKPONDOK
4
nordiyanaishak@yahoo.com.my 04 Dec 2016

EDARAN PERCUMA

AKTIVITI 3: TERAP BENTUK


 Sensory sand
PERALATAN  Terapan
 Helaian kerja

1. Letakkan sensory sand di atas dulang atau


METOD meja
2. Minta kanak-kanak membuat terapan bentuk
3. Minta kanak-kanak membuat bentuk
menggunakan sensory sand mengikut bentuk
pada helaian kerja

- Memahami konsep bentuk adalah asas kepada


TIPS PERKEMBANGAN kemahiran akademik dan kefungsian kognitif
- Membentuk sensory sand menggunakan
tangan mengikut bentuk pada helaian kerja
akan melatih manipulasi dalam tangan,
koordinasi mata-tangan dan keupayaan fokus
serta perhatian kanak-kanak.

PONDOKPONDOK
5
nordiyanaishak@yahoo.com.my 04 Dec 2016

EDARAN PERCUMA

AKTIVITI 4: CONGKAK MINI


 Bekas kecil 6-8 biji
PERALATAN  1 bekas besar
 Guli (5 untuk setiap bekas)

1. Letakkan guli ke dalam bekas besar


METOD 2. Minta kanak-kanak menggenggam seberapa
banyak guli yang boleh dengan sebelah tangan
3. Minta kanak-kanak masukkan satu demi satu
guli ke dalam bekas-bekas kecil

- Menjatuhkan satu demi satu guli yang sedang


TIPS PERKEMBANGAN digenggam memerlukan kemahiran manipulasi
dalam tangan yang baik.
- Manipulasi dalam tangan amat penting untuk
dilatih kerana ia akan mempengaruhi
kemahiran menulis anak-anak.

PONDOKPONDOK
6
nordiyanaishak@yahoo.com.my 04 Dec 2016

EDARAN PERCUMA

AKTIVITI 5: MEMBUTANG
 Butang bercorak yang dijahit pada reben
PERALATAN  Kain felt yang dipotong tengah

1. Ajarkan kanak-kanak memasukkan kain felt ke


METOD dalam butang.
2. Jika kanak-kanak mengalami kesukaran, ajarkannya
untuk menolak separuh butang dari bawah ke atas,
tahan dan pegang dengan tangan kiri (tangan
pembantu) tarik keluar dengan tangan kanan.
3. Sebagai contoh jika anda gunakan butang berbentuk
(contoh: gajah), rimakan ayat:
“masuk hidung gajah, pegang jangan jatuh, tarik
hidung gajah, cak!!! nampak gajah semua”

- Belajar membutang akan melatih manipulasi dalam


TIPS tangan, koordinasi bilateral, koordinasi mata-
PERKEMBANGAN tangan, pegangan tripod dan melangkau garisan
tengah.
- Membutang merupakan antara kemahiran motor
halus yang sukar untuk dikuasai kanak-kanak.
Mengajar membutang secara berperingkat akan
memudahkan kanak-kanak menguruskan diri dan
meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak.

PONDOKPONDOK
7

Anda mungkin juga menyukai