Anda di halaman 1dari 52

1.

M
0 ODUL UMUM
2.

( Taklimat ) 3.

4.

AKADEMI FANTASI

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Tiada

OBJEKTIF :
Meningkatkan konsep kendiri
Menikmati perasaan kejayaan

MODUS OPERANDI :
Fasilitator akan memberi arahan berikut :
 Pejam mata anda sekali
 Tarik dan hembuskan nafas (beberapa kali) dan cuba bertenang
 Cuba anda bayangkan satu yang anda berasa amat gembira sekali ketika anda berumur 10 – 12
tahun.
 Cuba anda ingat kembali kejayaan itu
 Di mana ia berlaku? adakah anda mencapainya secara berseorangan atau dengan bantuan orang lain?
adakah anda merancang untuk mencapainya atau ia berlaku secara spontan?
 Apakah perasaan anda ketika anda memperoleh kejayaan itu? bolehkah anda merasa perasaan itu
pada ketika ini? adakah anda memberitahu sesiapa tentang kejayaan tersebut? kepada siapa? apa kata
orang itu?
 Sekarang, sedarkan diri anda bahawa anda sedang berada dalam bilik. Apabila sedar, buka mata
anda secara perlahan-lahan.
 Selepas selesai berfantasi, fasilitator akan meminta setiap ahli berkongsi pengalaman kejayaan
masing-masing.

ULASAN :
Gagal sekali bukan bererti gagal selama-lamanya
Kegembiraan akan menjadi penuh makna jika ia di kongsi bersama orang-orang lain / orang
tersayang
Kejayaan yang kita miliki mampu mendorong kejayaan sahabat-sahabat yang berada
disekeliling kita
1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Taklimat )
4.

N 2 Z ES T IC
MARI MENGIRA

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Kertas A4

OBJEKTIF :
Untuk menunjukkan kepada peserta bahawa matlamat kita sama

MODUS OPERANDI :
 Peserta dikehendaki memilih sebarang tiga angka yang kedudukannya kecil di hadapan dan
besar di belakang
 Contoh :
246
terbalikkan angka tadi menjadi
642
tolak dengan nombor asal
642
- 246
396
hasilnya diterbalikkan lagi dan dicampur dengan nombor tadi
693
+ 396
1089

ULASAN :
Walaupun tidur berlainan bantal tetapi mimpi sama. Cara berbeza tetapi matlamat adalah sama.

1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Taklimat )
4.

PANJANG AKAL

N 2 Z ES T IC
Arahan : ujian ini mengandungi 16 soalan. Baca dengan teliti semua soalan dan jawab dengan baik dalam
masa 5 minit. Anda ditegah sama sekali dari meniru jawapan peserta lain sepanjang ujian ini dijalankan.

1. Tulis nama anda di penjuru atas sebelah kanan kertas ini.

2. Tuliskan alamat rumah anda selengkapnya :


____________________________________________________________
____________________________________________________________
3. Apakah cita-cita anda ?
4. Tandatangani nama anda di penjuru bawah sebelah kanan kertas ini.
5. Lubangkan kertas ini dengan pen atau pensil anda sebanyak tiga kali
6. Beritahu dengan nada kuat kepada rakan sebelah anda ,
“AMBOI SENANGNYA”
7. Kepimpinan melalui ____________________
8. Selesaikan : 2 x 3 ( 2 + 2 + 6 ) – 60 = _________
9. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang Pertama ?
________________________________________
10. Tuliskan nama salah seorang fasilitator yang anda kenal dan sekali dengan asalnya.
_________________________________________________________
11. Nyatakan salah satu universiti tertua di Malaysia.
__________________________________________________________
12. Saya sayangkan negara Malaysia kerana
________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________
13. Tuliskan nama sahabat paling karib dengan anda
__________________________________________________________
14. Anda tidak perlu menjawab semua soalan di atas dan hanya perlu berdiri dan laungkan dengan kuat :
“SAYA TELAH IKUT SEMUA ARAHAN”.

1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Pembahagian Kumpulan )
4.

MATA HATI

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Kain (untuk menutup mata)

N 2 Z ES T IC
 Kertas-kertas yang mengandungi nama kumpulan yang berlipat.

OBJEKTIF :
Membentuk kumpulan-kumpulan peserta dengan cara yang menyeronokkan
Menguji kepekaan peserta dalam menyampaikan arahan dan menerima arahan
Mengeratkan ukhuwah antara ahli-ahli kumpulan yang terbentuk

MODUS OPERANDI :
 Berikan semua peserta kertas yang mengandungi nama kumpulan.
 Jangan benarkan mrk memberitahu peserta lain nama kumpulan yg diperolehi.
 Tutup mata semua peserta dengan kain.
 Campurkan mereka secara rawak (lelaki dan perempuan diasingkan)
 Arahan : “Peserta diberi masa selama beberapa minit (bergantung pada jumlah peserta)
untuk mencari ahli kumpulan masing-masing, pegang tangan mereka dan bentukkan sekumpulan
sahaja. Tidak dibenarkan satu nama kumpulan yang mempunyai banyak kelompok”.
 Peranan fasilitator : provokasi dan gangguan bunyi.
 Setelah tamat masa yang diberikan, minta mereka berhenti mencari dan buka mata untuk
melihat hasilnya.

ULASAN :
Kepekaan mendengar maklumat lebih menjamin hasil yang memuaskan.
Kesepaduan antara ahli menjamin kekuatan kumpulan.
Jangan mendengar khabar angin.
Insan yang berjaya adalah insan yang tidak goyah walaupun dilanda arus
Untuk menjadi seorang yang cemerlang, fokus memainkan peranan yang
penting dalam setiap perkara yang dilakukan

1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Pembahagian Kumpulan )
4.

PANDANG-PANDANG, JELING-JELING

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Tiada

OBJEKTIF :
Membentuk kumpulan secara konvesional.

N 2 Z ES T IC
Mengawal diri peserta untuk membentuk kumpulan dengan cara yang paling tenang.
Menguji kepantasan pelajar dalam membentuk kumpulan dalam masa yang singkat

MODUS OPERANDI :
 Susun pelajar dalam beberapa barisan dengan kuantiti tertentu.
 Buat kiraan mengikut turutan tertentu (contoh : 1 hingga 10 secara berulang)
bermula dari depan atau belakang.
 Pastikan setiap kumpulan berbeza (mula dari depan, belakang dan sebagainya)
 Minta para peserta masuk ke dalam kumpulan masing-masing mengikut kiraan
nombor yang telah dibuat tanpa mengeluarkan suara.
 Masa yang diberikan adalah selama 10 Minit saja untuk pembentukan kumpulan.

ULASAN :
Setiap orang perlu pantas dan tepat dalam melakukan sesuatu tugas tanpa perlu membuat
kecoh/bising
Kebijaksanaan dalam membuat keputusan mampu merubah diri ke arah kebaikan
Strategi yang tersusun mampu menghasilkan benda / perkara yang jitu dan berkualiti

1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Pembahagian Kumpulan )
4.

SEBUAH PERTEMUAN

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Kertas Mahjung
 Maker / Pen

OBJEKTIF :
Membuka peluang kpd peserta-peserta untuk berkenalan dengan lebih bebas.
Mengeratkan ukhwah dalam suasana yang menyeronokkan.
Mengurangkan sikap negatif apabila berada dalam suasana baru.

MODUS OPERANDI :

N 2 Z ES T IC
 Asingkan peserta lelaki dan peserta perempuan.
 Pecahkan peserta-peserta kepada beberapa kategori dan perkara. Contohnya :
 Kategori : Bulan Lahir
 Perkara : Pekerjaan Bapa
 Masa : 10 minit

 Kategori : Hobi
 Perkara : Idola (pemimpin – bukan dari kalangan keluarga)
Dari dalam dan luar negeri
 Masa : 10 minit

 Kategori : Warna yang disukai


 Perkara : Kemahiran/Pengalaman
 Masa : 10 minit

 Fasilitator memainkan peranan untuk mengeratkan hubungan antara peserta.

ULASAN :
Hubungan baru boleh dibina atas dasar persamaan aspek tertentu dalam diri manusia.
Hasil dari persamaan yang wujud, para peserta dapat bertukar maklumat dan mengeratkan
hubungan.
Dalam masa yang sama, perlu menerima pandangan dan kelainan dari peserta yang berlainan
kumpulan kerana Tuhan menjadikan manusia saling mengimbangi.

N 2 Z ES T IC
1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Pembahagian Kumpulan )
4.

DISINILAH KITA..

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Sebiji bola kecil (tenis, ping pong dsb)

OBJEKTIF :
Menonjolkan keberanian peserta dalam membuat keputusan.
Membentuk peserta agar sentiasa mempunyai rasional dalam membuat pilihan.
Menerapkan diri peserta agar redha dengan keputusan yang telah ditetapkan.

MODUS OPERANDI :
Kaedah 1:
 Kumpulkan semua peserta.
 Lemparkan bola tersebut secara rawak kepada mana-mana peserta.
 Minta peserta yang menyambut bola tersebut ke hadapan.
 Beri arahan kepada peserta itu untuk mengetuai pembahagian kumpulan mengikut cara yang
dirasakannya sesuai.

N 2 Z ES T IC
 Pastikan peserta-peserta lain mengikut arahannya.

Kaedah 2 :
 Langkah 1 dan 2 di atas. Lakukan kepada beberapa peserta.
 Minta peserta-peserta tersebut ke hadapan.
 Peserta-peserta yang dipilih akan dianggap sebagai pimpinan.
 Pimpinan ini akn b’bincang cara p’bahagian kump. paling sesuai dlm masa 5 mnt.
 Peserta-peserta lain perlu mengikuti arahan yg diberikan oleh pemimpin mereka.
 Dalam masa yang ditetapkan, pastikan kumpulan selesai dibahagikan.
 Setelah tamat masa yang ditetapkan, ketua fasilitator akan bertanya rasional pembahagian kumpulan
pada pemimpin.
 Fasilitator pastikan pembahagian kumpulan bukan kerana kawan.
 Tanyakan pendapat peserta-peserta lain tentang pembahagian kumpulan tersebut dan provokasi
jawapan peserta.
 Sekiranya fasilitator tidak berpuas hati atau pembahagian kumpulan adalah tidak releven, ubah
kumpulan mengikut pembahagian oleh fasilitator sendiri.

ULASAN :
Idea dan pendapat setiap orang adalah berbeza. Penggabungan idea adalah lebih baik dari idea
individu.
Setiap orang perlu yakin dan berani menyatakan pendapat masing-masing kerana pendapat tiada
yang salah. Semuanya berlainan dari pandangan dan perspektif berbeza.

N 2 Z ES T IC
1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Pembahagian Kumpulan )
4.

NASIB KITA

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Kad manila
 Pen marker

OBJEKTIF :
Membentuk kumpulan dengan cara yang meriah (happening)
Menguji kepekaan dan kepantasan peserta dalam penerimaan maklumat
Mencungkil potensi kreatif dalam diri peserta dalam usaha mengumpulkan ahli kumpulan.

MODUS OPERANDI :
 Setiap peserta akan diberikan sekeping kad manila yang tertulis nama haiwan.
 Peserta tidak dibenarkan menunjukkannya kepada peserta lain.
 Setiap nama binatang akan mewakili satu kumpulan yang bakal dibentuk.
 Untuk mengumpulkan ahli kumpulan, peserta hendaklah membunyikan nada bunyi binatang yang
diperoleh atau menggunakan cara lain yang berkesan.
 Peserta-peserta yang mendapat kad yang sama nama haiwan akan membentuk kumpulan masing-
masing.
 Masa pembentukan hanyalah 5 minit sahaja.

N 2 Z ES T IC
ULASAN :
Tidak semua maklumat yang kita ingin sampaikan akan difahami dengan tepat oleh penerima.
Kadangkala akan berlaku gangguan atau miscommunication.
Disebabkan pasti ada gangguan, peserta boleh mencipta alternative lain untuk membentuk kumpulan
seperti membuat gaya binatang tersebut.
Setiap orang perlu kepada perhatian dan fokus yang tinggi dalam merealisasikan impian
Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, harus pandai membaca situasi & tidak hanyut
dibawa arus.
1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Pembahagian Kumpulan )
4.

LAGU SAYA LAGI BEST!

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Lagu Barat : Linkin Park
 Lagu Tempatan : Siti Nurhaliza
 Lagu Nasyid : Rabbani
 Lagu Hindustan : Whateverlah…

OBJEKTIF :
Mengaplikasikan lagu sebagai pendekatan pembentukan kumpulan.
Membentuk kumpulan peserta yang mempunyai aliran minat yang sama.
Menguji kesesuaian peserta yang berlainan kecenderungan melakukan aktiviti
berkumpulan.
Mengkaji aliran dan kehendak peserta terhadap lagu dan mesejnya.

MODUS OPERANDI :
 Beri arahan agar peserta mendengar arahan dan lagu yang dipasang.
 Pasangkan lagu-lagu di atas selama beberapa saat mengikut giliran.
 Minta peserta berpecah mengikut aliran lagu yang diminati.
 Secara berkumpulan, bincangkan kelainan muzik tersebut yang bermanfaat sahaja berbanding
muzik lain selama 10 minit..
 Setelah selesai masa yang ditetapkan, ketua kumpulan bentangkan hasil perbincangan setiap
kumpulan.
 Di akhir perbentangan, buat satu kesimpulan.

N 2 Z ES T IC
 Fasilitator akan memecahkan kumpulan-kumpulan tersebut dan membentuk kumpulan baru yang
bercampur antara 4 kategori lagu tadi.

ULASAN :
Semua manusia mempunyai minat dan kecenderungan masing-masing dan mereka bebas
meminati mengikut apa yang dirasakan bermanfaat.
Pelbagai ragam manusia akan dihadapi sepanjang hidup tapi perlu dihadapi dengan rasional
1.
dan menerima dengan terbuka.
2.

MODUL UMUM 3.
( Rumpun Bertemu Cita Bersatu )
4.

KENALI DAKU

MASA : 90 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
 Kertas Soalan

OBJEKTIF :
Merapatkan Ukhuwah sesama ahli
Menghayati persahabatan yang sebenar berlandaskan syariat Islam
Menanamkan konsep kasih sayang kerana Allah

MODUS OPERANDI :
 Setiap peserta dikehendaki mengambil tanda tangan antara satu sama lain.
 Sebelum menurunkan tanda tangan, ahli dikehendaki mengingati nama dan latar belakang
sahabatnya.
 Peserta dikehendaki menulis sedikit ucapan untuk sahabat masing-masing.
 Fasilitator kemudian akan mengedarkan soalan.
 Peserta diminta untuk menjawab soalan tersebut secara jujur dan ikhlas.
 Fasilitator membuat rumusan berdasarkan jawapan peserta.

ULASAN :
Dengan cara ini juga menyedarkan peserta bahawa mereka
dipertemukan atas tujuan yang sama yang telah ditentukan oleh Allah.
Tugasan mengambil tandatangan bukan sekadar memenuhi tugas
modul, sebaliknya peserta boleh mengetahui maksud tandatangan yang menarik dari peserta–peserta
lain.
Dengan cara ini juga, peserta akan cuba mengingati sedaya mungkin
untuk mendapatkan tandatangan dan memperoleh kata-kata semangat dari sahabat-sahabat lain.

N 2 Z ES T IC
KENALI DAKU

SOALAN.
( Peserta dikehendaki menjawab soalan di bawah dengan jujur dan ikhlas )
Pada pandangan anda………..
1. Adakah persahabatan ini benar kerana Allah?
a: Ya b: Tidak

2. Adakah persahabatan ini benar mengikut syariat Islam?


a: Ya b: Tidak

3. Adakah anda berpuas hati dengan keadaan persahabatan yang ada sekarang?
a: Ya b: Tidak

4. Adakah anda mahukan persahabatan yang benar-benar mengikut syariat?


a: Ya b: Tidak

5. Adakah kita telah benar-benar menjaga Islam?


a: Ya b: Tidak

6. Adakah anda pernah menyakiti hati sahabat anda?


a: Ya b: Tidak

7. Adakah anda meminta maaf daripadanya atau membiarkan begitu sahaja?


a: Ya b: Tidak

8. Adakah anda pernah disakiti?


a: Ya b: Tidak

9. Adakah anda memaafkan kesalahan sahabat anda?


a: Ya b: Tidak

10. Adakah anda cemburu melihat sahabat anda rapat dengan orang lain?
a: Ya b: Tidak

11. Adakah anda pernah menolong sahabat anda dari segi kewangan?
a: Ya b: Tidak

12. Adakah dalam persahabatan ini telah ada yang mengingatkan anda tentang kebesaran Allah?

N 2 Z ES T IC
a: Ya b: Tidak

13. Adakah dengan persahabatan ini membuatkan anda betul-betul hendak mengamalkan Islam
sepenuhnya?
a: Ya b: Tidak

14. Adakah dengan persahabatan ini anda merasakan iman anda semakin meningkat?
a: Ya b: Tidak

15. Adakah dengan persahabatan ini akhlak anda bertambah baik?


a: Ya b: Tidak

16. Adakah didalam persahabatan ini ada konsep tegur-menegur diantara satu sama lain? Contoh, anda
menegur sahabat yang tidak solat.
a: Ya b: Tidak

17. Adakah persahabatan ini lebih cenderung kepada hal-hal keduniaan/ kegembiraan sahaja?
a: Ya b: Tidak

18. Adakah anda berasa rindu apabila tidak bertemu dengan sahabat anda?
a: Ya b: Tidak

19. Adakah anda bersedih apabila sahabat anda bersedih?


a: Ya b: Tidak

20. Apakah yang anda dapat daripada persahabatan ini?


…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………….

21. Apakah yang anda harapkan daripada persahabatan ini?


…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………….

22. Sejauh manakah anda sanggup berkorban untuk sahabat anda?


…………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………..

“ Andalah orang yang paling layak untuk menilai persahabatan


1.
anda…………”
2.

MODUL UMUM 3.

( Rumpun Bertemu Cita Bersatu ) 4.

N 2 Z ES T IC
MAKIN DIPANDANG, MAKIN TERTAWAN

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Kertas A4
 Pen
 Double tape

OBJEKTIF :
Memberi peluang kepada peserta berkenalan antara satu sama lain dan mengeratkan ukhuwwah
dalam suasana yang menyeronokkan
Peserta dapat mengenali diri sendiri dan sahabat dengan lebih mendalam
Mengurangkan perasaan malu, rendah diri dan takut apabila berada dalam kumpulan yang
belum dikenali

MODUS OPERANDI :
Lelaki dan perempuan diasingkan

 Kaedah pertama (25 minit)


Ketua fasilitator mengarahkan peserta berkenalan dengan ahli kumpulan (7 atau 8 orang
sahaja) dalam beberapa bentuk yang ada kesamaan ciri yang ditentukan seperti aliran, sikap ataupun
orang yang amat dikenali atau tidak dikenali langsung dan lain-lain.

 Kaedah Kedua (15 minit)


 Biarkan peserta dalam kumpulan orang yang tidak dikenali
 Ketua fasilitator mengarahkan peserta membuat bulatan dalam kumpulan
 Setiap peserta dibekalkan sehelai kertas, pen dan double tape
 Peserta mengadap ke belakang ahli kumpulan masing-masing dan lekatkan kertas yang
diberikan pada belakang individu tersebut
 Setiap peserta perlu mendapatkan tanggapan pertama sewaktu perkenalan awal mengenai
peribadi dirinya daripada setiap ahli dan menulisnya pada belakang individu tersebut.

 Kaedah Ketiga (20 minit)


 Ketua fasilitator berhak memilih mana-mana peserta untuk membaca kenyataan
tanggapan pertama ahli kumpulannya terhadap dirinya.
 Peserta disoal mengenai kebenaran setiap kenyataan tanggapan tersebut

ULASAN :

N 2 Z ES T IC
Pentingnya individu mengenali diri sendiri dan mengetahui persepsi orang lain terhadap
dirinya sebagai cermin diri
Memperbaiki kekurangan diri dan menghiasi peribadi dengan sifat terpuji
Membajai ukhuwwah Islamiyyah sesama saudara seakidah serta menyatukan hati, fikiran
dan tindakan selaras dengan Islam

1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Rumpun Bertemu Cita Bersatu )
4.

MAN ANA..

Carta dibawah terdapat 30 soalan. Anda diminta berjumpa dengan rakan anda dan mengajukan soalan kepada
rakan anda. Selepas anda mendapat jawapan ‘Ya’ bagi soalan diajukan, dapatkan tandatangan beliau dipetak

N 2 Z ES T IC
soalan tersebut dan seterusnya anda hendaklah mencari rakan lain pula untuk mendapat jawapan ‘Ya’ bagi
soalan berikutnya. Anda boleh memilih soalan mana-mana yang anda fikirkan sesuai dahulu. Soalan yang
diajukan tidak semestinya mengikut aturan soalan di dalam carta.

Bolehkah anda Adakah anda gemar Pernahkah anda Adakah anda biasa
berpidato? bergurau? membantu rakan anda mengikuti sebarang
yang kesempitan? kursus?

Adakah anda percaya Adakah anda seorang Adakah nada sayangkan Adakah anda selalu tidur
kepada Allah? pemarah? sekolah anda? siang?

Bolehkah anda Adakah anda suka Adakah anda pandai Adakah anda tidur
bernasyid? makan nasi lemak? memasak? bersama bantal peluk?

Adakah gemar Adakah kartun Adakah anda suka Adakah anda


menonton TV? rancangan kegemaran makan durian? mempunyai abang?
anda?

Adakah anda gemar ke Pernahkah anda melawat Adakah anda seorang Adakah anda suka
library? Universiti Malaya? yang sabar? minum kopi?

Nama : ____________________________________
Kumpulan : ____________________________________
T/tangan : ____________________________________
1.

2.

MODUL UMUM 3.
( Rumpun Bertemu Cita Bersatu )
4.

RANTAIAN UKHUWAH

MASA :
PERALATAN / BAHAN :

N 2 Z ES T IC
 Tiada

OBJEKTIF :
Untuk memperkenalkan ahli kumpulan antara satu sama lain supaya peserta faham dan dapat
merasai kehadiran fasilitator bukan sebagai guru tetapi teman.
Mewujudkan sifat keterbukaan, saling percaya mempercayai & mesra antara satu sama lain.
Menghilangkan ‘gap’ (jurang pemisah) antara ahli.
“Group Binding”

MODUS OPERANDI :
 Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri masing-masing (biodata)
 Selepas peserta pertama, peserta kedua pula dikehendaki mengulangi kembali biodata
rakan sebelumnya dan kemudian memperkenalkan dirinya pula.
 Begitulah seterusnya
 Peserta digalakkan untuk berkenalan lebih lanjut samada dari sudut pengalaman pahit
manis dan sebagainya.

ULASAN :
Adab berkenalan biarlah secara bersungguh-sungguh.
Sebutkan :
i. “Tujuh golongan yang dilindungi oleh Allah di hari Qiamat .... pemuda yang bertemu dan
berpisah kerana Allah SWT”
ii. “Seorang mukmin adalah cermin kepada saudaranya”.
iii. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara”
Segala kesusahan dan kegembiraan mesti dikongsi bersama dan segala keburukan hendaklah
dirahsiakan.
Kita mesti mencintai dan menghargai sahabat kita sebagai keluarga sendiri.

1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Rumpun Bertemu Cita Bersatu )
4.

SURATAN PERTEMUAN

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Kertas warna

OBJEKTIF :

N 2 Z ES T IC
Membina hubungan antara peserta dalam kumpulan besar
Menghilangkan rasa takut serta membina rasa selamat dan selesa
Menggalakkan interaksi antara sesama peserta

MODUS OPERANDI :
 Setiap peserta mengambil satu keratan kertas berwarna.
 Peserta dikehendaki mencari peserta lain yang mempunyai keratan-keratan dari warna yang sama.
 Peserta akan cuba mencantumkannya menjadi bentuk yang telah ditetapkan
 Rumusan oleh fasilitator berdasarkan sikap dan perbuatan peserta ketika menyudahkan tugasan.
 Para peserta diminta memberikan komen

ULASAN :
Dalam kehidupan di dunia ini, kita saling memerlukan antara satu sama
lain
Sesama sahabat perlu prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh
sahabat lain. Hulurkan bantuan sekiranya mereka memerlukanya kerana semangat kerjasama yang
tinggi dapat membantu kita menyelesaikan sesuatu masalah
Kita akan gagal sekiranya melakukan sesuatu pekerjaan berseorangan
sebaliknya hidup bermasyarakat lebih menjamin kejayaan kita

1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Rumpun Bertemu Cita Bersatu )
4.

USIA ANTARA MASA

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Kertas A4 (Graf)
 Pen

OBJEKTIF :
Melahirkan dan menimbulkan rasa kemesraan dikalangan peserta dengan fasilitator dan
peserta dengan peserta

N 2 Z ES T IC
Mengetahui secara ringkas tentang latar belakang kehidupan peserta
Melatih peserta supaya berani bercakap serta mengeluarkan idea dan pandangan

MODUS OPERANDI :
 Fasi akan mengedarkan kertas graf kehidupan kepada semua ahli kumpulan
 Fasi akan menerangkan cara untuk mengisi kertas tersebut
 Minta peserta supaya mengisi kertas tersebut dengan ikhlas dan jujur
 Fasi akan meminta beberapa orang yang sukarela untuk menceritakan graf yang dilakar. Sekiranya
tiada sukarela fasi boleh meminta sesiapa sahaja unuk bercakap atau meminta semua sekali
bercakap.
 Antara isi perbincangan
i. Minta peserta menjelaskan tentang graf yang dilakarkan
ii. perjalanan kehidupan mereka
iii. pengalaman suka dan duka
iv. pengharapan
 peserta lain digalakkan supaya memberikan pandangan, pendapat dan mengajukan soalan kepada
peserta tersebut
 fasi akan membuat rumusan dan ulasan daripada perbincangan yang dibuat
 fasi boleh menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghidupkan suasana BAHTERA
MINDA, tetapi tidak lari daripada objektif modul.

ULASAN :
Peristiwa dalam kehidupan manusia sering berputar mengikut
sunnatullah
Bergembira dengan kesenangan sekadarnya begitu juga merintih
kesusahan sekadarnya kerana segala takdir Tuhan ada kebaikan untuk manusia
Manusia perlu merancang dan berusaha ke arah kebaikan tetapi yang
menetapkan takdir adalah Allah justeru perlunya sesuatu usaha disusuli dengan doa dan tawakkal
Manusia mestilah sentiasa berlapang dada dan redha terhadap
ketentuan Tuhan dalam kehidupan
Mukmin yang baik adalah jika melakukan kesilapan sekali tidak akan
mengulangi untuk kali kedua, dan memastikan hidupnya pada hari esok lebih baik dari hari ini.

N 2 Z ES T IC
1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Rumpun Bertemu Cita Bersatu )
4.

WAJAH DUNIA

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Kertas A4
 Pen

OBJEKTIF :
Dapat kenal siapa kawan dan lawan
Melahirkan bakat yang terpendam di kalangan pelatih

MODUS OPERANDI :
 Pelajar tidak dibenarkan bercakap diantara satu sama lain
 Setiap peserta dikehendaki melukis muka kawannya secantik mungkin tanpa
diketahui kawan tersebut

N 2 Z ES T IC
 Arahkan mereka menyenaraikan sifat-sifat kawan yang dilukisnya dengan positif
dan negatif, dan kemukakannya kepada umum.
 Semua peserta hendaklah meneliti semua sifat-sifat yang dikemukakan dan
meneka siapakah wajah tersebut serta membetulkan semua sifat-sifat yang tidak benar.

ULASAN :
Manusia tidak boleh menghukum seseorang hanya dengan
melihat zahirnya sahaja. Sesuatu yang zahir itu tidak semestinya melambangkan batinnya.
Kita harus mendekati semua orang untuk mengetahui siapakah
kawan dan siapakah lawan.
Pemimpin mesti membuat penelitian yang mendalam bagi setiap
keputusan yang hendak dibuat.
Perbincangan adalah amat penting dalam menyelesaikan
masalah.
Belajar untuk menegur dan menerima teguran.

1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Rumpun Bertemu Cita Bersatu )
4.

YOU AND I SEE

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Kertas A4
 Pen
 Lilin

OBJEKTIF :
Memberi peluang kepada peserta untuk berkenalan antara satu sama lain dan mengeratkan
ukhuwwah dalam suasana yang menyeronokkan
Memupuk interaksi yang lebih erat di antara peserta
Mengurangkan perasaan malu, rendah diri dan takut apabila berada dalam kumpulan yang belum
dikenali

MODUS OPERANDI :

N 2 Z ES T IC
 Situasi :

Tiupan angin semakin kencang dan gelombang pun turut mengikut rentak ombak membuatkan kapal
yang dinaiki terumbang-ambing. Hujan yang pada mulanya renyai, tiba-tiba bertukar menjadi ribut
petir, permukaan laut bertambah geloranya. Tiba-tiba di luar dugaan, ombak dan gelombang besar
telah memukul kapal . Akibat daripada itu, kapal anda pecah dan karam. Anda dan anak kapal yang lain
berjaya berpaut pada serpihan papan dan dibawa hanyut entah ke mana. Sedar-sedar anda terdampar
di sebuah pulau bersama-sama manusia yang tidak dikenali.

 Peserta diminta untuk mencari ahli kumpulan masing-masing mengikut nama yang disenaraikan dan
telah dibaca semasa pembahagian kumpulan ( Taklimat Program )
 Semua fasi akan berada di suatu tempat yang dikhaskan
 Peserta akan mencari ahli kumpulan dan fasi masing-masing
 Pastikan setiap ahli kumpulan telah berkumpul (30minit)
 Guideline kepada fasilitator :
Ta’aruf
- diri
- keluarga
- Sebab apa berada dalam kumpulan ini
- kenapa hadir “Program “
- Tokoh yang dihormati
- Lain-lain, bergantung kepada fasilitator

 PENGISIAN TAMBAHAN :

Modul Konica

 Kaedah :
o Peserta berpasangan dan beramah mesra dengan pasangannya
o Setiap peserta dikehendaki menulis sebuah iklan berkenaan kebolehan istimewa
pasangannya
o Setiap peserta mengemukakan iklannya dalam kumpulan. Sesi soal jawab hendaklah
diwujudkan

 Perbincangan :
o Bagaimana perasaan peserta menjalankan tugas ?
o Apakah perasaan anda org membuat interpretasi berkaitan dgn diri anda
o Bagaimana cara berinteraksi dalam kumpulan yang lebih kecil ?

ULASAN :

N 2 Z ES T IC
Untuk berkenalan dengan seseorang, kita perlu mempunyai sifat-sifat peramah, sedia menghampiri
dan tidak hanya menunggu ditegur oleh orang lain.

1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Aplikasi Daya )
4.

APA YANG KAU TAHU

MASA : 30 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
 Tiada

OBJEKTIF :
Menyedarkan para peserta akan fungsi semua benda
Memanfaatkan diri untuk kebaikan bangsa, agama dan Negara
Memaksimumkan kebolehan diri

MODUS OPERANDI :
 Minta peserta menyebutkan satu benda
 Minta peserta huraikan fungsi benda tersebut dan kaitannya dengan kehidupan
 Nyatakan juga apa kaitannya dengan kehidupan peserta

ULASAN :
Semua benda yang dijadikan Allah ada manfaatnya
Hanya kita mengetahui kebolehan diri
Manfaatkan kebolehan diri sebaik-baiknya

N 2 Z ES T IC
1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Aplikasi Daya )
4.

Apresiasi Alam

MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
 Kertas A4
 Bata
 Belon
 Tali

OBJEKTIF :
Mewujudkan kejelitikan
Memberi kesedaran akan pentingnya sifat kerjasama
Mencungkil kemahiran dan kekuatan kognitif peserta
Memberi ruang kegembiraan kepada peserta
Melepaskan perasaan yang tidak menepati dengan bengkel

MODUS OPERANDI :
 Mengapungkan bata
Peserta akan dikehendaki mengapungkan bata dengan menggunakan 4 helai kertas A4. Apungan
bata tersebut hendaklah melepasi tangan yang dihulurkan melaluinya

 Belon Sifat
Peserta dikehendaki meniup belon dan mengikatnya dengan cantik dan paling kreatif. Belon tersebut
akan dijaga agar tidak dipecahkan oleh ahli yang lain.

N 2 Z ES T IC
ULASAN :
Setiap kerja yang dilakukan secara kerjasama akan menghasilkan produk yang bernilai
tinggi
Setiap orang perlu tanamkan sifat amanah dalam diri.
Saling bantu membantu dan jangan suka bersikap balas dendam

1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Aplikasi Daya )
4.

Di sana Menanti di sini menunggu

MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
 Sebiji telur & Sebungkus maggi
 Batu-bata
 Bekas untuk memasak & batang mancis

OBJEKTIF :
menggalakkan peserta bekerjasama bekerja dalam kumpulan
untuk memantapkan ketahanan fizikal dan kecekapan peserta.
Menguji kepantasan dan membuat keputusan dalam masa yang singkat.

MODUS OPERANDI :
 peserta dibahagikan kpd beberapa kumpulan (gabungan lelaki dan perempuan )
 peserta perempuan perlu menyiapkan masakan dengan menggunakan bahan yang ada
disekeliling.
 Sementara memasak, peserta lelaki perlu menjulang 2 biji batu-bata diatas dan berdiri
ditengah panas.
 Selagi peserta perempuan belum siap memasak, peserta lelaki tidak dibenarkan
menurunkan batu-bata.
 Peranan fasilitator ialah memastikan peserta lelaki menjulang batu sambil memprovokasi
peserta perempuan supaya mengambil berat tentang peserta lelaki.
 Setelah selesai memasak, pastikan mereka menghabiskan semua makanan yang diberikan
( makan )

ULASAN :
Telur diibaratkan sebagai nyawa/barang amanah yang perlu
dijaga.

N 2 Z ES T IC
Setiap ahli kumpulan bertindak sebagai satu keluarga
Untuk menjaga amanah/nyawa perlu kepada perancangan yang
teliti, kerjasama dan kesepakatan.
Perlu patuh kepada pemimpin. 1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Aplikasi Daya )
4.

DRAGON BALL

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Bola

OBJEKTIF :
Menguji tahap ketangkasan para peserta memikirkan sesuatu yang memerlukan kepada keputusan
yang drastik.
Melatih sifat kepimpinan para peserta.
Menyelesaikan masalah secara berkumpulan

MODUS OPERANDI :
 Fasilitator akan memberi sebiji bola kepada para peserta.
 Mereka di minta untuk memastikan bola tersebut akan di pegang oleh semua peserta dalam masa 10
saat.
 Fasilitator dilarang membantu kumpulan tersebut.

ULASAN :
Dalam melaksanakan kerja yang memerlukan kepada perancangan walaupun untuk mencapai
keputusan yang drastik.
Kerjasama amat diperlukan dalam menghasilkan keputusan yang cemerlang
Saling memahami dan bantu-membantu amat perlu serta sabar dalam mentaati urutan perjalanan
dalam kehidupan

N 2 Z ES T IC
1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Aplikasi Daya )
4.

Flying Without Wings

MASA : 45 Minit
PERALATAN / BAHAN :
 Tiada

OBJEKTIF :
Untuk mengaplikasikan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dalam
situasi dan keadaan sekarang dalam kehidupan.
Utk meningkatkan pengetahuan berkenaan dgn kepentingan peraturan dlm
kehidupan.

MODUS OPERANDI :
 Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang melibatkan peserta lelaki dan
perempuan.
 Arahan akan diberikan iaitu setiap kumpulan dikehendaki mencipta satu permainan yang tidak
mempunyai peraturan atau undang-undang.
 Masa akan diberikan kepada peserta untuk berbincang selama 20 minit.
 Setiap kumpulan diminta mempersembahkan permainan tersebut dengan menekankan bahawa
permainannya tiada peraturan.
 Setiap kali selesai perbentangan kump., reaksi/komen/pandangan ahli kump akan diminta utk
mengesahkan bhw permainan tersebut memang tiada peraturan.
 Selesai perbentangan, fasilitator akan meminta pandangan peserta berhubung falsafah modul ini.
 Fasilitator akan membuat kesimpulan.

ULASAN :
Manusia yang Allah cipta mesti ada undang-undang yang mengawal kehidupannya. Mana
undang-undang itu?
Di dalam kehidupan, kita sebenarnya terikat dengan peraturan.
Kepentingan peraturan:
- Sbg penunjuk jalan atau landasan kehidupan bagi mengelak daripada terbabas.
- Untuk membina sahsiah diri.
- Sebagai muslim kita memang tahu ada peraturan yang wajib kita ikuti. Jika engkar maka akan
mendapat laknat dari Allah s.w.t.

N 2 Z ES T IC
1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Aplikasi Daya )
4.

HOLDING ON YOU

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 3 Biji telur
 sehelai kertas mahjung

OBJEKTIF :
Melatih sifat pemimpin di dalam diri peserta.
Membantu peserta merangsang daya pemikiran yang kreatif
Kepentingan kerjasama antara ahli.

MODUS OPERANDI :
 Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
 Setiap kumpulan dibekalkan dengan 3 biji telur dan sehelai kertas mahjung.
 Setiap seorang perlu melantik seorang ketua.
 Semua ahli kumpulan akan menutup mata menggunakan kain penutup mata
kecuali ketua kumpulan.
 Sebiji telur akan diletakkan di atas kertas mahjung dan setiap kumpulan
diminta utk membawa telur itu dgn selamat ke destinasi yg telah ditetapkan oleh para urusetia.
 Semua ahli kumpulan dikehendaki untuk memegang kertas mahjung tersebut
dalam keadaan mata tertutup dengan mengikut arahan ketua kumpulan.
 Para fasilitator akan bertindak sebagai pengacau dalam perjalanan yang
ditetapkan.

ULASAN :
Telur diibaratkan sebagai nyawa/barang amanah yang perlu dijaga.
Setiap ahli kumpulan bertindak sebagai satu keluarga.
Untuk menjaga amanah/nyawa perlu kepada perancangan yang teliti,
kerjasama dan kesepakatan.
Perlu patuh kepada pemimpin .
1.

2.

MODUL UMUM 3.
( Aplikasi Daya )
4.

N 2 Z ES T IC
INTIFADA

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Tiada

OBJEKTIF :
Menguji kepantasan kumpulan
Melihat kepekaan dan kerjasama setiap ahli dalam kumpulan

MODUS OPERANDI :
 Bahagikan kepada beberapa kumpulan
 Namakan kumpulan masing-masing dengan nama binatang.
 Letakkan kumpulan agak jauh antara satu sama lain.
 Untuk memulakan: Contoh : Kumpulan Kambing
“ Kambing beek…kambing beek…kambing beek…:
Ulang ikut suka dan selepas itu sambung dengan…
“Kambing beek to kucing miau” atau kambing beek boom kucing miau”
 Kumpulan kucing pula perlu mengulangi lagu yang sama dan bom kumpulan lain pula.
 Lakukan hingga ada kumpulan yang tersilap dan tidak sekata dalam kumpulan.

ULASAN :
Menyedarkan peserta nasib orang yang tidak berkemampuan.
Mewujudkan sikap kerjasama di kalangan peserta.
Menanam serta menyedarkan peserta akan kepentingan muafakat
dalam segala tindakan.

1.

2.

MODUL UMUM 3.
( Aplikasi Daya )
4.

IT’S LIFE OF TEST

N 2 Z ES T IC
MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Tali berukuran 65 cm panjang.

OBJEKTIF :
Memupuk kerjasama ahli-ahli dalam kumpulan
Saling membantu memanfaatkan kelebihan diri masing-masing.
Membuka minda dan mengembangkan idea yang kreatif dan inovatif

MODUS OPERANDI :
 Setiap peserta diberi seutas tali dan dikehendaki membuat gari dengan tali tersebut.
 Peserta dikehendaki mencari pasangan dan silangkan tali antara satu sama lain.
 Peserta diminta melepaskan diri dari lingkaran tali itu dalam masa 5 – 10 minit tanpa meleraikan
ikatan.

ULASAN :
 Kesungguhan diperlukan bagi melepaskan diri dari masalah kerana setiap masalah ada jalan
penyelesaiannya.
 Kepentingan memanfaatkan akal kurniaan Allah bagi menegakkan syiar Islam dalam kehidupan.
 Belakang parang diasah lagikan tajam apatah lagi akal manusia.
 Lingkaran itu boleh dianggap sebagai sifat mazmumah yang sukar dihilangkan dari diri melainkan
dengan ibadah sempurna dan akhlak mulia. Hadith :
“Sesungguhnya aku diutuskan utk menyempurnakan akhlak yg mulia”.
Al-Quran ( Surah al – Quran ):
“Dan bhw sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yg sangat mulia”.
 Kesabaran & ketabahan diperlukan bg menghadapi ujian & dugaan Allah.
Hadith : “Sabar itu sebahagian dari iman”.
Sirah : Kisah Rasulullah dan para sahabat.
1.

2.

MODUL UMUM 3.
( Aplikasi Daya )
4.

JALAN BAHAGIA

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Sampul surat yang mengandungi karektor

N 2 Z ES T IC
OBJEKTIF :
Memupuk kerjasama ahli-ahli dalam kumpulan
Saling membantu memanfaatkan kelebihan diri masing-masing.
Mewujudkan rasa prihatin dalam diri peserta.

MODUS OPERANDI :
 Berikan peranan-peranan berikut dalam setiap kumpulan.
 Orang buta
 Orang bisu
 Orang pekak
 Orang tempang.
 Minta setiap ketua kumpulan datang mengambil sampul surat yang
mengandungi arahan satu perjalanan menuju ke arah satu checkpoint.
 Pastikan orang yang mengambil sampul adalah orang yang memegang
peranan orang bisu dan menjadi ketua kumpulan.
 Lepaskan setiap kumpulan dan melaksanakan arahan dalam sampul surat.
 Pastikan peserta menjalankan peranan masing-masing.

ULASAN :
Menyedarkan peserta nasib orang yang tidak berkemampuan.
Mewujudkan sikap kerjasama di kalangan peserta.
Menanam serta menyedarkan peserta akan kepentingan muafakat
dalam segala tindakan.
Mencungkil daya kreatif dikalangan peserta dalam menyelesaikan
masalah.

1.

2.

MODUL UMUM 3.
( Aplikasi Daya )
4.

KACA PERMATA

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Tiada

N 2 Z ES T IC
OBJEKTIF :
Menilai kepekaan pelajar dalam setiap arahan yang diberikan.
Melihat sejauh mana para pelajar dapat memikirkan rasionalnya sesuatu perkara .
Melatih daya kreatif pemikiran pelajar.

MODUS OPERANDI :
 Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
 Setiap kumpulan diminta untuk mencari bahan/benda yang diminta oleh
fasilitator dan mesti diselesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan.
 Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil carian mereka.
 Benda-benda yang dicari adalah benda atau bahan yang tiada nilai dan tidak
patut dari pandangan mata. Contoh : 5 jenis sampah yang berlainan, 40 ekor semut.(makluman
fasilitator)

ULASAN :
Sebelum menerima sesuatu tugas atau arahan perlu kepada
pemahaman dan kepentingan tugas tersebut.
Jangan buat perkara buang masa dan sia-sia.
Setiap benda yang dijadikan oleh Allah, adalah berguna walaupun
dikaca mata manusia ia tidak berguna.

1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Aplikasi Daya )
4.

Keliru

MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
 Tiada

OBJEKTIF :
Melatih sifat kepimpinan dikalangan para peserta.

N 2 Z ES T IC
Meransang daya fikir dikalangan peserta.
Melihat sejauh mana kemampuan sebenar para peserta
Menerapkan nilai hidup bermasyarakat
Mengeratkan kesatuan.

MODUS OPERANDI :
 Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
 Setiap kumpulan dikehendaki membuat satu bulatan kecil.
 Tangan kanan akan pegang tangan kiri sahabat yang berada dihadapan. Manakala tangan kiri
pula akan pegang pegang tangan kanan sahabat yg lain.
 Para peserta akan diminta untuk meleraikan tautan tangan tersebut tanpa memutuskan pegangan
tangan supaya dapat membentuk satu bulatan yang besar.

ULASAN :
Tautan dan kesatuan hati amat perlu dalam sesebuah persatuan/kumpulan dalam menghasilkan
produk yang berkualiti.
Perlu kepada usaha yang berulang untuk mendapatkan hasil yang diidamkan.
Kehidupan ini memerlukan orang lain juga untuk melakukan sesuatu
Melatih peserta berbincang dan bermusyawarah
Bantu-membantu

1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Aplikasi Daya )
4.

MANA...?

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Tiada

OBJEKTIF :
Menguji kepekaan peserta
Menghilangkan mengantuk

MODUS OPERANDI :

N 2 Z ES T IC
 Ketua fasilitator akan berada di hadapan semua peserta.
 Semua peserta berdiri.
 Letakkan jari telunjuk di dahi.
 Apabila ketua fasilitator menyebut “mata”, semua peserta turunkan jari telunjuk dan tunjuk ke
arah mata dengan cepat dan pantas.
 Kembali semula ke dahi dan ulang beberapa anggota sambil ketua fasilitator menunjukkan arah
anggota yang betul.
 Seterusnya, ketua fasilitator akan menyebutkan satu anggota badan tapi tunjuk ke arah yang
salah dan lihat reaksi peserta sama ada mereka menunjukkan arah yang betul atau mengikut
perbuatan salah ketua fasilitator.

ULASAN :
Jangan diikuti jalan yang salah
Boleh main ketika mengantuk dalam kelas tapi jangan mengganggu keadaan.
Perhatian dan tumpuan amat perlu dalam melaksanakan sesuatu tugas

1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Aplikasi Daya )
4.

TAK SEINDAH SENTUHAN MATA

MASA: 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
 Tali
 Gambarajah sarang labah-labah

OBJEKTIF :
Membina sifat tolong menolong sesama para peserta
Melatih para peserta berfikir untuk menyelesaikan masalah

MODUS OPERANDI :
 Fasilitator akan memberikan 2 gulung tali kepada setiap kumpulan

N 2 Z ES T IC
 Masa diberikan selama 20 minit untuk setiap kumpulan menyiapkan web sepertimana
gambarajah yang diberikan
 Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan 2 buah sarang lelabah
 Para peserta perlulah menyeberangi rangkaian web tersebut tanpa terkena walau sedikit pun
pada tali tersebut.
 Seandainya salah seorang daripada kumpulan tersebut terkena tali, permainan adalah batal dan
perlu dimulakan sekali lagi.

ULASAN :
Kita perlu terbuka dalam perbincangan sepertimana yang dituntut oleh
Islam
Perancangan yang dibuat perlulah sistematik

1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Aplikasi Daya )
4.

Titian Perjalanan

MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
 Sebarang bahan yang berada bersama-sama peserta

OBJEKTIF :
Menguji kebersamaan antara peserta dalam kumpulan.
Melihat kebolehan peserta dalam mengaplikasikan bahan-bahan semulajadi.
Memastikan peserta melaksanakan tugas yang diberikan tanpa mengabaikan syariat yang
digariskan.

MODUS OPERANDI :
 Para peserta diminta untuk berada didalam kumpulan.

N 2 Z ES T IC
 Para peserta kemudiannya akan diberikan taklimat ringkas berkenaan dengan modul yang akan
dijalankan.
 Taklimat permainan: Sebuah jambatan yang merentangi Sungai Wawasan telah runtuh. Para
peserta diminta untuk membina jambatan berkenaan dengan menggunakan bahan yang berada
dibadan mereka tanpa mengabaikan aurat.
 Para peserta ditegah sama sekali dari menggunakan bahan alam sekeliling.
 Sambungkan bahan-bahan binaan tersebut di atas tanah dengan mengatur bahan-bahan
berkenaan sepanjang yang mampu.
 Para peserta akan diadili oleh fasilitator.
 Peserta diadili dengan melihat binaan yang terpanjang yang dapat dibina oleh para peserta.

ULASAN :
Untuk mencapai matlamat, cara yang diambil mestilah betul. “
matlamat tidak menghalalkan cara.”
Kerjasama antara kumpulan dapat menghasilkan sesuatu yang
diluar jangkaan.
“ bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.

1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Ku Cari Damai Abadi )
4.

HARAPAN PADA-MU SUBUR KEMBALI

MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
 Kertas A4

OBJEKTIF :
Menyedarkan peserta akan tanggungjawab mereka terhadap pengharapan ibu bapa
Agar peserta sedar akan tanggungjawab diri sendiri ( pelajar, anak, adik/abang/ kakak )
Menetapkan azam dan janji untuk ibubapa dan diri sendiri

MODUS OPERANDI :
 Peserta dikehendaki mengeluarkan kertas kosong
 Fasi minta peserta menulis “ Apakah pengharapan yang tertinggi oleh ibu bapa terhadap diri
saya ” , di bahagian teratas, harapan mereka kepada ibu bapa, kepada Tuhan, kepada cikgu dan
sahabat.

N 2 Z ES T IC
 Secara bersahaja, lekakan mereka dengan permainan dan minta mereka menggumpal
/membakar ( api lilin ) kertas kertas yang tertulis tadi. Buangkan jauh-jauh. ( Fasi perlu provoke )
 Diam seketika, fasi tunjukkan wajah kecewa dan kesal. Mulakan sesi toucher…….. bersuara
keras dan merayu. Teruskan hingga puas hati
 Berikan pengajaran

ULASAN :
Pengharapan ibu bapa adalah satu amanah yang juga merupakan amanah Tuhan ( Surah Al –Isra’ )
Kenangkan kembali betapa susah payahnya ibu melahirkan dan peluh bapa mencarikan rezeki untuk
membesarkan anak-anak
Menyedarkan mereka tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik walaupun
amanah itu kecil
Jangan sesekali menjadi anak yang derhaka
1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Ku Cari Damai Abadi )
4.

KAU YANG SATU

MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
 Tiada

OBJEKTIF :
Menanam rasa keinsafan dalam diri
Membina keyakinan diri
Membina jati diri baru dalam diri pelajar

MODUS OPERANDI :
 Para peserta akan berkumpul di dalam dewan dan dibiarkan
 Seorang fasilitator akan mewakili semua fasilitator untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan
komitmen dan kerjasama yang diberikan / ditonjolkan oleh peserta
 Fasilitator akan memainkan peranan dalam membangkitkan emosi peserta – ungkit kesalahan-
kesalahan peserta sepanjang program
 Fasilitator akan melahirkan rasa terkilan dan mengenangkan prestasi peserta yang tidak memberikan
komitmen tahap maksima
 Selepas beberapa ketika, semua fasilitator akan meninggalkan dewan. Membiarkan peserta memilih /
memikirkan cara terbaik dalam mengatasi situasi yang berlaku

N 2 Z ES T IC
 Seorang fasilitator ( ketua ) bertanggungjawab dalam menyejukkan keadaan
 Semua fasi balik ke dewan dan bersalam-salaman

ULASAN :
Kadang-kadang kita perlu memandang ke belakang supaya pergerakkan seterusnya berjalan lancar
Jangan hanya memandang kehebatan diri tanpa memikirkan perasaan org lain
Sentiasa berfikir panjang sebelum mengambil sebarang keputusan
Kurangkan ego
Setiap orang perlu kepada muhasabah
1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Ku Cari Damai Abadi )
4.

SIAPA AKU..?

MASA : 45 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
 Kaset alunan zikir munajat dan nasyid

OBJEKTIF :
Menanam rasa keinsafan dalam diri
Membina keyakinan diri
Membina jati diri baru dalam diri peserta

MODUS OPERANDI :
 Para peserta akan berkumpul di dalam dewan dan dibiarkan
 Seorang fasilitator akan mewakili semua fasilitator untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan
komitmen dan kerjasama yang diberikan / ditonjolkan oleh peserta
 Fasilitator akan memainkan peranan dalam membangkitkan emosi peserta – ungkit kesalahan-
kesalahan peserta sepanjang program
 Fasilitator akan melahirkan rasa terkilan dan mengenangkan prestasi peserta yang tidak memberikan
komitmen tahap maksima
 Keadaan dalam dewan bertukar menjadi samar
 Para peserta akan memaut / memeluk rakan di sebelah ( berasingan lelaki dan perempuan )
 Alunan zikir munajat dimainkan dan peserta diajak utk berzikir sekali
 Fasilitator akan memainkan peranan dalam membangkitkan emosi peserta
 Pembawakan bergantung kepada moderator

N 2 Z ES T IC
ULASAN :
Kadang-kadang perlu memandang ke belakang supaya pergerakkan seterusnya berjalan lancar
Jangan hanya memandang kehebatan diri tanpa memikirkan perasaan org lain
Sentiasa ingat pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa
Setiap orang perlu kepada muhasabah
1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Kunang-Kunang Malam )
4.

MUSAFFIR MALAM

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Tali rafia
 Barang amanah
 kain penutup mata
 Lampu suluh

OBJEKTIF :
Medan pendedahan awal untuk mengaplikasikan ciri-ciri jihad yang sebenar
Menguji kekuatan mental dan fizikal dalam menghadapi pihak musuh di medan jihad
Melatih peserta untuk wala’ dan thiqah kepada pimpinan
Medan untuk melatih diri agar lebih bertanggungjawab dalam membuat keputusan

MODUS OPERANDI :
 Semua peserta akan diberi taklimat terlebih dahulu oleh ketua fasilitator
 Peserta akan berada dalam kumpulan masing-masing dan diketuai oleh seorang ketua. Barang
amanah akan diberikan kepada semua peserta
 Peserta akan berjalan secara individu mengikut tali yang disediakan selang 5 minit seorang
 Fasi akan mengawasi perjalanan yang agak berbahaya

ULASAN :
Menguji keberanian individu
Melatih peserta tabah dan cekal mengharungi rintangan
Menguji ketahanan mental, fizikal dan rohani
Dalam menjalani kehidupan di dunia ini, akan ada rintangan dan cubaan yang akan menyesatkan
kita dari jalan kebenaran

N 2 Z ES T IC
1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Kunang-Kunang Malam )
4.

PELITA HIDUP

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Lilin untuk setiap peserta
 Kertas A4 setiap peserta
 Pen setiap peserta

OBJEKTIF :
Mengingatkan peserta akan kembali ke alam realiti / hakikat kehidupan
Menguji tahap keberanian peserta
Mencungkil emosi dan tahap kepekaan peserta

MODUS OPERANDI :
 Para peserta mengikut kumpulan masing-masing
 Setiap peserta akan dibekalkan dengan sebatang lilin yang bernyala, sehelai kertas A4 dan sebatang
pen
 Berbekalkan bahan-bahan yang diberikan, setiap kumpulan diminta untuk mencari satu kawasan
yang selesa dan duduk dalam bentuk bulatan
 Kemudian, para peserta dikehendaki untuk menulis luahan rasa / hati di atas kertas A4. Panjang
luahan bergantung kpd selama mana jangka hayat lilin itu bernyala
 Tugas fasilitator adalah untuk mengawasi dan mengingatkan para peserta supaya menjaga lilin drpd
terpadam krn lilin yang bernyala ibarat nafas / nyawa peserta

ULASAN :
Lilin yang bernyala adalah barang amanah yang perlu dijaga oleh setiap peserta
Sebagai manusia, kita mestilah sentiasa mengingati akan hakikat kehidupan. Sebanyak mana
perancangan yang dibuat, jika ajal menjemput, perancangan hanya tinggal perancangan
Kita seharusnya cepat dan merebut peluang yang ada di depan mata. Jangan melengahkan dalam
membuat perkara yang bermanfaat
Jangan berlengah dalam membuat keputusan
Kejayaan sesuatu perancangan bergantung kepada strategi yang berkesan

MODUL UMUM
( Kunang-Kunang Malam )

N 2 Z ES T IC
1.

2.

3.

4.

PUNGGUK RINDUKAN BULAN

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Kain penutup mata
 Tali & Lampu suluh ( fasilitator )
 Garam

OBJEKTIF :
Menguji kepekaan peserta terhadap sekeliling
Menguji keberanian dan ketahanan mental serta fizikal peserta

MODUS OPERANDI :
 Para peserta akan dikumpulkan di satu kawasan
 Para peserta dikehendaki utk menutup mata ( menggunakan kain penutup mata )
 Para peserta seterusnya diminta untuk mengikut petanda / menyusur tali sehingga peserta kehilangan
punca / arah. ( Selang masa untuk pelepasan setiap peserta adalah selama 10 minit )
 Fasilitator seterusnya akan memandu peserta
 Fasilitator akan menempatkan peserta di kawasan-kawasan tertentu. Jarak antara setiap peserta
adalah sejauh 10 meter
 Fasilitator bertanggungjawab dalam menghidupkan suasana ( mengacau / menakut-nakutkan peserta
– tidak melampau )
 Dalam masa yang sama, dua orang peserta akan di ‘ culik ‘ oleh fasilitator
 Selepas 30 minit, para peserta akan dihimpunkan semula
 Para peserta diminta untuk membilang bilangan peserta yang ada
 Kehilangan 2 org peserta akan membimbangkan peserta. Para fasilitator haruslah bijak dlm
memastikan rancangan tersebut berjalan dgn jayanya (happening)
 Para peserta diminta untuk mengemukakan pendapat untuk mencari rakan mereka yang hilang
 Usaha pencarian akan berlangsung selama 30 minit. Selepas itu para peserta akan dihimpunkan
semula
 Pelajar yang di ‘ culik ‘ dibebaskan semula

ULASAN :
Perlunya kepekaan dan kasih sayang sesama insan
Setiap orang harus mempunyai rasa tanggungjawab ke atas rakan-rakan mereka yang lain
“ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ”
Setiap orang perlu kepada nasihat dan jagaan dari pihak / orang lain

N 2 Z ES T IC
Sentiasa muhasabah diri dengan mengingati bahawa tiada yang hebat selain Allah.
Perlunya berserah diri kepada Allah di setiap saat dan ketika

1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Explorience )
4.

RANJAU SEPANJANG JALAN

MASA :
PERALATAN / BAHAN :
 Biskut
 Air minum

N 2 Z ES T IC
 Barang amanah

OBJEKTIF :
Melahirkan peserta yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental
Menguji kepekaan peserta terhadap amanah yang diberi
Melihat sejauh mana peserta dapat membuat perancangan dan mengatur strategi dalam menghadapi
ancaman musuh
Sejauh mana keberanian peserta mempertahankan hak masing-masing

MODUS OPERANDI :
Permulaan
 Peserta akan diberikan taklimat oleh ketua fasilitator tentang bendera dan adab-adab di dalam hutan
 Kemudian setiap kumpulan akan diberi barang amanah
 Peserta dilepaskan diiringi dengan bacaan doa
 Peserta lelaki akan berada di hadapan diikuti dengan peserta wanita Manakala
 Setiap kumpulan akan dijarakkan masa selama 15 minit

Check-Point 1
1. Peserta dikehendaki berkawat
2. Tanya persediaan sebelum merempuh cabaran
3. Bakar semangat peserta oleh ketua fasilitator
4. fasilitator mula memainkan peranan untuk mendapatkan barang amanah dan bendera setiap
kumpulan

.
Check-Point 2
1. Peserta sampai ke kawasan lapang yang merupakan kubu musuh
2. Peserta dikehendaki merangkak ( bayangkan peserta diserang hendap )
3. Fasi akan bertindak melihat peserta yang tidak mengikut arahan tersebut
4. Fasi juga akan berperanan untuk mendapatkan barang amanah dengan meminta barang
amanah ketika peserta hendak merangkak ( secara psikologi bukan kekerasan )
5. Selepas melepasi rintangan tersebut, fasi meminta peserta membaca sebarang doa yang
diingati / dihafal

Check-Point 3
1. Peserta dibenarkan berehat
2. Peserta diminta mencipta sebuah lagu yang berkaitan perjuangan ( lagu ciplak diterima )
3. Fasi akan mempengaruhi peserta supaya makan biskut ( barang amanah) dan cuba
merosakkan bendera peserta

N 2 Z ES T IC
*** Sepanjang perjalanan peserta dikehendaki menyanyikan lagu yang mereka cipta dengan
penuh semangat

Check-Point 4
1. Fasi akan memeriksa barang amanah dan bendera setiap kumpulan
2. Bagi yang telah kehilangan barang amanah atau bendera akan didenda
3. Antara dendanya :
a. Bawa batu sepanjang perjalanan
b. Tidak boleh membawa bendera – sebab : Mereka dianggap telah terkorban
4. Brain wash peserta supaya berani mengharungi air

*** Di sini peserta tidak memberitahu tentang amanah yang diberi

ULASAN :
Setiap orang harus mempunyai rasa tanggungjawab ke atas rakan-rakan mereka yang lain
“ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ”
Melatih sifat kerjasama secara berkumpulan
Menguji ketahanan minda dan fizikal
1.
Beramanah dengan apa yang diamanahkan
2.
MODUL UMUM 3.
( Koreksi Diri )
4.

AKAN KU KENANG

MASA : 30 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
 Kertas warna
 Gam
 Gunting

OBJEKTIF :
Mewujudkan pelajar yang tahu menghargai orang lain
Melahirkan dan menimbulkan rasa kemesraan di kalangan peserta dengan fasilitator dan peserta
dengan peserta

MODUS OPERANDI :
 Peserta diberikan kertas warna, gunting dan gam
 Peserta diminta menghasilkan cenderamata kreatif dalam bentuk kad/penanda buku dll yang
mengandungi kata-kata positif/ dorongan/ penghargaan dll

N 2 Z ES T IC
 Peserta akan menyerahkan kepada rakan mereka/fasilitator hasil yang telah siap

ULASAN :
Setiap orang perlu menghargai diri, sahabat, ibu bapa dan orang lain
yang menyambung silaturrahim dengan mereka
Cara untuk menghargai tidak hanya melalui pemberian sebaliknya
juga kasih sayang, layanan yang baik, pertolongan di kala susah dan lain-lain
Ganjaran yang besar bagi mereka yang menyambung silaturrahim
sebaliknya mereka yang memutuskan silaturrahim akan menderita di dunia dan akhirat
Golongan mukmin itu mempunyai pertalian saudara dalam agama
iaitu akidah Islam yang menyatukan manusia dengan penyembahan yang Satu iaitu Allah s.w.t

1.

2.

MODUL UMUM 3.
( Koreksi Diri )
4.

POHON HIJAU

MASA : 30 Minit
PERALATAN / BAHAN :
 Kertas A4

OBJEKTIF :
Mengenal watak dan perilaku ahli lain
Mewujudkan kejelikitan di kalangan ahli kelompok
Mencari sifat sebenar ahli kelompok
Bagaimana ingin mengetahui dan memahami tingkah laku dan
perilaku ahli kelompok.

MODUS OPERANDI :
 Peserta diberikan kertas A4 dan dikehendaki melukis pokok selain pokok pinang, pisang,
kelapa sawit dan salak.
 Fasi mengumpul dan menafsirkan perwatakan ahli kelompok berdasarkan sifat yang
ditunjukkan melalui lukisan pokok muhasabah tersebut.

N 2 Z ES T IC
 Dapatkan persetujuan ahli mengenai tafsiran yang dibuat ke atasnya.
 Asimilasikan dengan sifat atau akhlak yang baik atau sebaliknya.

ULASAN :
Manusia kalu tidak ada sifat muhasabah maka ia akan jadi mcm pokok yg tidak
subur dan tidak mengeluarkan hasil.
Pokok yg tidak diberi baja, tidak di jaga, dan tidak disiram pun akan mati, inikan
pula manusia yg ada lebih lagi dari itu.
Setiap anggota pohon tersebut ada fungsi dan peranannya
Semua tumbuhan sujud dan sentiasa berzikir kpd Tuhan, tapi manusia ramai yg
disebaliknya.

1.

2.

MODUL UMUM 3.
( Koreksi Diri )
4.

THROUGH YOUR EYES

MASA : 30 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
 Cermin
 Sejadah
 Kotak

OBJEKTIF :
Memberi kesedaran kepentingan muhasabah diri
Menggalakkan peserta supaya sentiasa meningkatkan amalan diri
Melatih peserta berahsia tentang perkara yang sepatutnya berkaitan diri

MODUS OPERANDI :
 Fasilitator akan memberitahukan pelajar tentang kotak misteri dan fungsinya (di mana pelajar boleh
melihat seseorang atau benda yg paling disayangi di dunia ini)
 Fasilitator memberitahu kepada pelajar bahawa terdapat beberapa peraturan iaitu pelajar boleh
melihat dan tidak dibenarkan menceritakan pada orang lain apa yang dilihat (komunikasi dielakkan)
 Selepas semua pelajar bergilir melihat cermin tersebut, fasi akan meminta apa yang dilihat dan
bertanyakan pandangan dari pelajar tentang apa yang dilihat
 Fasilitator akan memberikan huraian dan kesimpulan dari aktiviti yang dijalankan

N 2 Z ES T IC
ULASAN :
Manusia perlu muhasabah dirinya sentiasa
Kita perlu menghargai dan bersyukur dengan apa yang ada pada diri
dan menggunakannya pada tempat yang betul
Setiap kejadian ada hikmah dan manfaatnya yang perlu difikirkan
dan diambil iktibar dan panduan hidup pada masa akan datang

1.

2.
MODUL UMUM 3.
( Koreksi Diri )
4.

TUGAS SIAPAKAH ITU?

MASA : 30 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
 Petikan kisah ‘Tugas Siapakah Itu?’

OBJEKTIF :
Menguji kebijaksanaan peserta untuk menyelesaikan masalah yang diberikan
Menguji kefahaman peserta tentang konsep hidup berjemaah/ berkumpulan
Memberi pendedahan kpd peserta tentang konsep kebersamaan dalam tindakan

MODUS OPERANDI :
 Fasilitator wajib memberi kesedaran kepada peserta yang mereka berada dalam satu kumpulan
dan masih terikat dengan protokol-protokol berkumpulan
 Fasilitator diminta untuk membaca kisah “Tugas Siapakah Itu?” kepada peserta sebanyak tiga
kali sahaja berturut-turut
 Minta peserta selesaikan masalah yang diberikan bersama hujah
 Selepas 5 minit, sekiranya peserta masih menghadapi kesulitan dlm menyelesaikan masalah itu,
minta ketua kump. bacakan kisah itu kpd anak buah (sekali shj)
 Pastikan semua fasilitator faham yang modul ini tidak berhajat sangat kepada jawapan. Tetapi
yang lebih diutamakan ialah bagaimana peserta berhujah, berbincang dan cara untuk mencari jalan
penyelesaian

ULASAN :
Apabila diberi sesuatu arahan atau tugasan, pastikan ia diteliti dan
dikaji terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan

N 2 Z ES T IC
Amalkan sikap berhati-hati sebelum bertindak
Pastikan sebelum membuat apa-apa keputusan, ianya berbincang
terlebih dahulu dgn org yg betu-betul berhak (ketua+ahli) krn ini sebahagian drpd protokol hidup
berkumpulan. Bukannya terus memberi makluman tanpa sebarang perbincangan
Sesuatu masalah yg rumit boleh dirungkaikan menjadi mudah.
Terpulang kepada kepandaian menggunakan kebijaksanaan akal anugerah Alah kepada kita
Orang yang suka “membuat keputusan sendiri” akan memberi
masalah yg besar kepada sesebuah organisasi sekiranya dia terlibat 1.

secara langsung di dalamnya 2.

3.
MODUL UMUM 4.
( Koreksi Diri )

POTRET DIRI

MASA : 15 minit hingga 30 minit


PERALATAN / BAHAN :
 Borang soal selidik persoanliti dan kendiri pelajar

OBJEKTIF :
Menggalakkan peserta menyatakan secara terbuka pendapat tentang diri sendiri
Meminta peserta menanamkan harapan pada diri sendiri
Memupuk sifat menyayangi diri dan menghargai diri

MODUS OPERANDI :
 Minta peserta isikan barang yang disediakan dengan penuh keikhlasan tanpa peniruan atau
perbincangan oleh sahabat lain

ULASAN :
Sentiasa meminta pendapat dari orang lain tentang diri kita tetapi
jarang untuk bermuhasabah dalam diri sendiri.
Kadangkala kita terlupa untuk menghargai dan menyayangi diri
sendiri
Meletakkan diri sebagai orang pertama yang disayangi agar menjadi
permulaan diri kita untuk menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang

N 2 Z ES T IC
POTRET DIRI

SUDUT PENILAIAN KOMENTAR YANG MEMBINA DAN IKHLAS


BUAT DIRIKU
SIKAP

PERSONALITI

GAYA PERTUTURAN

PERGAULAN

KEBOLEHAN MEMBERI PENDAPAT

BAKAT KEPIMPINAN

PENGHAYATAN ISLAM DALAM DIRI

PAKAIAN

HUBUNGAN DENGAN ALLAH

SOSIALISASI DENGAN MANUSIA

N 2 Z ES T IC
PERBELANJAAN HARTA

TAHAP PENGUASAAN ILMU AGAMA

MOTIVASI BELAJAR
1.

2.

MODUL UMUM 3.
( Koreksi Diri )
4.

LENA DIULIT INTAN

MASA : 30 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
 Kertas A4

OBJEKTIF :
Memberi kesedaran kepentingan muhasabah diri
Menggalakkan peserta supaya sentiasa meningkatkan amalan diri
Melatih peserta berahsia tentang perkara yang sepatutnya berkaitan diri

MODUS OPERANDI :
 Fasilitator meminta pelajar menyediakan satu pengiraan tentang perbelanjaan yang telah
dikeluarkan oleh ibubapa sejak pelajar dilahirkan sehingga sekarang (ringkas)
 Kata-kata penghargaan kepada ibu bapa serta azam mereka di dalam pencapaian SPM dan
hala tuju mereka di masa depan
 Draf perbelanjaan, kata-kata penghargaan, azam dan matlamat mereka itu hendaklah ditulis
di atas sehelai kertas dan ditanda tangani oleh pelajar tersebut (sertakan tempat dan tarikh)
 Para fasilitator meminta pelajar renungkan kepayahan ibu bapa menyediakan perbelanjaan
tersebut

ULASAN :
Kita perlu mengambil iktibar ke atas pengorbanan ibu bapa
Segala harta di dunia masih tidak dapat menyamai jasa dan
pengorbanan ibu bapa
Tanpa ibu bapa siapalah kita
Syurga di bawah tapak kaki ibu

N 2 Z ES T IC
1.

2.

MODUL UMUM 3.
( Koreksi Diri )
4.

MENITI KETENANGAN

MASA : 30 MINIT
PERALATAN / BAHAN :
 Radio
 Penyapu
 Bulu ayam

OBJEKTIF :
Menguji tahap kepekaan pelajar
Meransang kekuatan jiwa dan emosi pelajar
Melatih pelajar supaya dapat membezakan perkara yang baik dan buruk

MODUS OPERANDI :
 Para peserta akan dikumpulkan di satu tempat (lakukan aktiviti-aktiviti ringkas yang akan
dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator
 Dalam masa yang sama beberapa orang fasilitator akan mengkucar-kacirkan dewan
 Tiga hingga lima orang peserta akan dipanggil secara berasingan dari kumpulan besar untuk satu
taklimat khas
 Selepas 15 hingga 30 minit, semua peserta akan dipanggil masuk ke dewan
 Arahan untuk semua peserta supaya mengemaskan dewan kepada keadaan asal (keadaan dewan
samar-samar)
 Semasa mengemas dewan, lagu-lagu akan dimainkan bermula dengan lagu nasyid diikuti dengan
lagu rock yang perlahan seterusnya yang rancak
 Peserta yang diberi taklimat khas akan memainkan peranan dengan mengajak sahabat-sahabat lain
untuk menari mengikut alunan muzik
 Apabila keadaan tidak terkawal lagu akan ditukar kepada lagu keinsafan. Ada pelajar yang akan
terus mengajak sahabat-sahabat menari dan akan ada sahabat yang menyuruh sahabat-sahabat lain
berhenti

N 2 Z ES T IC
ULASAN :
Para pelajar harus bijak membaca situasi
Jangan terlalu mengikut perasaan atau terpengaruh dengan rakan
sebaya, persekitaran dan lain-lain
Harus sentiasa fikir ke hadapan untuk membina personaliti yang
positif dari semasa ke semasa
Sentiasa mengamalkan zikrullah agar tidak mudah lalai dalam mana-
mana situasi mahupun tempat sebaliknya sentiasa dilindungi dari kejahatan
Pelajar perlu bijak membawa diri dalam menghadapi arus
kemodenan

N 2 Z ES T IC

Anda mungkin juga menyukai