Anda di halaman 1dari 48

Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

BAB SATU (KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA)

S: Apakah maksud tamadun dari sudut pandangan Islam?


J: Ia berasal dari kata Arab mudun, madain, madana atau madani. Ia juga berkaitan
dengan ketinggian budi Bahasa. Selain itu, ia juga bermaksud pembukaan bandar.

S: Adakah maksud yang lain?


J: Ya, ada. Ia juga bermaksud kebudayaan yang luhur dalam sesebuah masyarakat
seperti tatacara hidup yang sempurna. Menurut sudut pandangan Islam tamadun
mesti merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.

S: Apakah maksud tamadun dari sudut pandangan Barat?


J: Ia berasal dari Perkataan Greek, civitas yang bermaksud bandar. Manakala dari
perkataan Inggeris iaitu civilization yang bermaksud peradaban.

S: Adakah maksud yang lain?


J: Ada. Berdasarkan sudut pandangan Barat, ia merangkumi pembangunan lahiriah,
pembangunan kebudayaan, penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran.

S: Apakah ciri-ciri tamadun awal manusia?


J: Ciri tamadun awal manusia ialah petempatan kekal, kehidupan berorganisasi, sistem
pemerintahan, pengkhususan pekerjaan, bahasa dan sistem tulisan seterusnya
agama dan kepercayaan.

S: Mengapakah tamadun awal manusia bermula di kawasan lembah sungai?


J: Kerana tanah lanar yang subur, tanah pamah yang rata sesuai membina tempat
tinggal, terdapat bekalan air dan terdapat sumber protein iaitu ikan. Di samping
sungai menjadi jalan perhubungan.

S: Apakah ciri-ciri Tamadun Indus?


J: Tamadun Indus terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok. Bahagian
utama merupakan pusat pentadbiran dan keagamaan menempatkan bangunan
pentadbiran, tempat mandi awam dan tempat penyimpan hasil pertanian. Manakala
bahagian kedua ialah kawasan perumahan.

S: Apakah keistimewaan Tamadun Indus?


J: Bandarnya dirancang dengan rapi terutama dari sudut susun aturnya yang sistematik.
Ia disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan
oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.
Bandar Indus juga mempunyai sistem kumbahan yang terancang dan jalan raya, serta
bandarnya dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.

S: Apakah faktor pembinaan Bandar Harappha dan Mohenjo Daro?


J: Kemajuan ilmu geometri dan ilmu pembinaan serta teknologi pembuatan batu bata.

1
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Mengapakah masyarakat Tamadun Indus mampu membina Bandar terancang?


J: Kerana keamanan dalam negeri selain berfikiran terbuka bersedia bertukar
pandangan dan hubungannya dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun Mesir
Purba

S: Siapakah yang menerajui pentadbiran tamadun Mesir Purba?


J: Tamadun Mesir diterajui oleh Raja yang bergelar Firaun dan dibantu oleh golongan
bangsawan.

S: Apakah tugas mereka?


J: Menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan mengagihkan penghasilan
makanan.

S: Apakah peranan rahib dalam tamadun Mesir Purba?


J: Rahib dipertanggungjawab untuk mentadbir hal-hal keagamaan.

S: Apakah faktor yang mempengaruhi perkembangan tamadun awal Mesir Purba?


J: Pengkhususan pekerjaan, terletak di lembah Nil yang subur, terdapat pengangkutan
air dan sistem pemerintahan yang terancang.

S: Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba terhadap sejarah peradaban manusia?


J: Sumbangan dalam bidang seni bina iaitu pyramid dan pembinaan bangunan
menggunakan batu bata. Penciptaan kertas daripada pokok papyrus, sistem tulisan,
ilmu perubatan dalam bidang pembedahan dan mengawet mayat serta Ilmu
pengetahuan seperti ilmu matematik, algebra, geometri dan astronomi.

S: Di manakah terletaknya tamadun Mesopotamia?


J: Tamadun Mesopotamia terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang
mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq
hinggalah ke Teluk Parsi

S: Apakah ciri – ciri negara Tamadun Mesopotamia?


J: Negara kota Tamadun Mesopotamia mempunyai pusat kota, tembok kota, luar kota,
perlabuhan dan kubu pertahanan yang mempunyai pelbagai bentuk pintu gerbang.
Didalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah kedai, pasar dan rumah
ibadat.

S: Apakah bentuk sistem pemerintahan Tamadun Mesopotamia?


J: Berbentuk teokrasi. Raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik kota.

S: Apakah sumbangan Tamadun Mesopotamia dalam bidang undang-undang?


J: Kod undang-undang Hammurabi. Digubal semasa Raja Hammurabi iaitu terdapat 282
undang-undang tersebut dipahat pada tembok besi. Hukuman dan denda yang
dikenakan setimpal kesalahan yang dilakukan.

S: Adakah sumbangan lain Tamadun Mesopotamia?


J: Ya, ada seperti ilmu Astronomi iaitu pencerapan pergerakan bulan, bintang dan
matahari. Penciptaan kalender berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan
dalam setahun. Ilmu Perubatan terdapat 500 jenis ubat-ubatan (herba dan ramuan),

2
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

penciptaan roda, penciptaan kincir air dan alat pengangkutan seperti kapal layar.
Juga penciptaan batu bata daripada tanah liat.

S: Apakah sumbangan Tamadun Mesopotamia dalam bidang seni bina?


J: Penciptaan arca dan tiang batu. Contoh arca ialah patung Raja Gudea dan tiang batu
dapat dilihat dalam seni bina Ziggurat.

S: Apakah faktor kemunculan Tamadun Hwang Ho?


J: Mucul kerana kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kuning.

S: Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk Tamadun Hwang Ho?
J: Menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan selain mengumpul hasil hutan dan
memburu binatang.

S: Apakah ciri-ciri Tamadun Hwang Ho?


J: Terdapat negara kota contoh Anyang terletak di tanah tinggi Sungai Huan. Di bandar
ini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran. Di samping itu, bandar ini dilengkapi
tembok untuk menghalang pencerobohan musuh.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan konsep “mandat” dalam tamadun ini?


J: Konsep “mandat” ialah kepercayaan bahawa kuasa raja adalah mandat dari tuhan dan
raja-raja tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka daripada keturunan
pemerintah agama.

S: Siapakah yang membantu raja dalam urusan pentadbiran?


J: Golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.

S: Apakah kesan amalan penilikan oracle?


J: Membawa kepada kemunculan sistem tulisan di China iaitu tulisan ideogram.

S: Apakah sumbangan Tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian?


J: Pembinaan terusan untuk tujuan pertanian dan mengelakkan banjir, menggunakan
peralatan cangkul, sabit dan batas.
·
S: Apakah sumbangan Tamadun Hwang Ho kepada peradaban manusia pada hari ini?
J: Memperkenalkan sistem pemerintahan monarki, mengamalkan pemujaan roh nenek
moyang, konsep Yin dan Yang seterusnya memperkenalkan kalendar 12 bulan dan
360 hari setahun.
·
S: Apakah yang diaplikasikan dalam falsafah perang Sun Tzu (The Art of War) pada
hari ini?
J: Sebagai taktik dalam urusan perniagaan.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan konsep Yin dan Yang dalam masayarakat China?
J: Alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi.

3
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

BAB DUA (PENINGKATAN TAMADUN)

S: Di manakah Tamadun Yunani berkembang?


J: Di semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi oleh Laut
Aegean dan Laut Mediterranean.

S: Apakah yang terdapat dalam negara kota Tamadun Yunani?


J: Mengandungi sebuah kota yang dikelilingi kawasan pertanian dan di dalam kota
terdapat pasar, kubu, kuil dan istana.

S: Apakah bentuk pemerintahan yang pernah diamalkan dalam Tamadun Yunani?


J: Terdapat beberapa bentuk pemerintahan iaitu monarki, oligarki, aristokrasi, diktator
dan demokrasi.

S: Apakah peranan raja dalam sistem pemerintahan beraja di Athens?


J: Peranan Raja ialah sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama

S: Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pemerintahan oligarki?


J: Pemimpin adalah terdiri daripada beberapa orang Konsul yang terdiri daripada
golongan kaya.

S: Apakah yang terdapat dalam sistem pemerintahan demokrasi di Athens?


J: Terdapat dewan perhimpunan dan Majlis.

S: Siapakah yang diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan?


J: Semua warganegara lelaki dewasa Athens.

S: Apakah sistem perintahan yang diamalkan di Negara kota Sparta?


J: Sistem pemerintahan tentera. Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi tentera.

S: Mengapakah Plato berpendapat negara harus diperintah oleh ahli falsafah?


J: Kerana mereka cekap, terbaik dan berupaya menggubal undang-undang.

S: Bilakah kegiatan penaklukan berjalan rancak dalam Tamadun Yunani?


J: Bermula zaman pemerintahan Phillip II dari Macedonia beliau menyatukan Macedonia
dan Yunani, kemudian usahanya diteruskan oleh Alexander the Great

S: Mengapakah negara kota di Yunani memberi tumpuan kepada aktiviti perdagangan


kecuali di Sparta?
J: Muka bumi Yunani yang bergunung ganang tidak sesuai untuk kegiatan pertanian.

S: Apakah tujuan sistem pendidikan dalam Tamadun Yunani?


J: Bertujuan melahirkan manusia yang seimbang dari sudut rohani dan jasmani.

S: Siapakah yang dianggap manusia yang cemerlang di Athens?


J: Manusia yang cemerlang ialah yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal serta
memberikan sumbangan kepada kesejahteraan manusia.

S: Siapakah ahli falsafah yang terkemuka dalam tamadun Yunani?


J: Herodotus, Socrates, Aristotle dan Plato.
4
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Apakah isu utama yang dikemukakan oleh ahli falsafah dalam tamadun Yunani?
J: Persoalan tentang nilai individualisme, kehidupan manusia dan demokrasi.

S: Siapakah tokoh matematik Yunani yang telah mengembangkan ilmu geometri Mesir
Purba?
J: Thales

S: Apakah sumbangan Pythagoras?


J: Memperkenalkan Teorem Pythagoras dan mengembangkan ilmu geometri Mesir
Purba dan Babylon.

S: Apakah tujuan Pericles membina Acropolis?


J: Untuk tujuan keagamaan dan sebagai pusat pentadbiran Athens.

S: Apakah yang terdapat di dalam Acropolis?


J: Di dalamnya terdapat binaan yang menarik seperti rumah berhala, teater dan
Parthenon.

S: Apakah Parthenon?
J: Parthenon adalah merupakan rumah berhala untuk Dewi Athena dibina untuk
memperingati kejayaan membebaskan diri daripada kuasa Persia

S: Siapakah tokoh sasterawan Yunani yang terkenal?


J: Homer dan Hesiod.

S: Athens membahagikan masyarakatnya kepada berapa kumpulan?


J: Tiga kumpulan yang terdiri daripada kumpulan pertama warganegara, yang kedua
penduduk bukan warganegara dan yang ketiga ialah hamba.

S: Apakah tiga kelas sosial yang terdapat di Sparta?


J: Kelas pertama ialah warganegara Sparta tulen, yang kedua ialah pekerja, artisan dan
pedagang manakala kelas ketiga ialah Helot yang mengusahakan tanah dan
merupakan golongan majoriti.

S: Di manakah lahir Tamadun Rom?


J: Di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran Sungai Tiber, di Lembah Latium.

S: Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan di Rom?


J: Bermula dengan sistem beraja kemudian masyarakat Latin pimpinan patrician
memberontak dan membentuk sebuah Republik.

S: Siapakah yang mempunyai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan Republik di


Rom?
J: Kuasa tertinggi terletak pada dua orang Konsul (untuk mengimbangi kuasa) yang
dilantik oleh Senat.

S: Siapakah yang membantu konsul dalam sistem pemerintahan Republik di Rom?


J: Konsul dibantu oleh Dewan Senat (membincangkan hal-hal pentadbiran dan
merangka perundangan) yang diwakili oleh golongan bangsawan.
5
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Siapakah yang menamatkan sistem pemerintahan bercorak republik dan digantikan


dengan sistem diktator?
J: Julius Caesar.

S: Apakah undang-undang pertama Rom?


J: Undang-undang pertama Rom ialah hukum kanun 12 dipahat pada kayu dan dikenali
sebagai papan 12. Ia diletakkan ditempat awam untuk tatapan rakyat.

S: Apakah peranan Justinian dalam undang-undang Rom?


J: Justinian telah mengumpulkan, menyatukan dan membukukan undang-undang.

S: Siapakah yang memulakan dasar perluasan kuasa dalam Tamadun Rom?


J: Augustus Caesar

S: Apakah kejayaan besar beliau?


J: Berjaya menubuhkan sistem pemerintahan berbentuk empayar. Pada zaman
pemerintahannya empayar Rom terdiri daripada Britain, Sepanyol, kawasan Sungai
Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Macedonia, sebahagian
Turki dan Palestin.

S: Apakah yang dipentingkan dalam sistem pendidikan Rom?


J: Pendidikan Rom mementingkan aplikasi ilmu dan setia kepada Negara.

S: Siapakah tokoh matematik Rom?


J: Boethius adalah merupakan tokoh matematik Rom.

S: Apakah asas matematik Boethius?


J: Asas metematik Boethius diambil daripada tamadun Yunani dan mengaitkan
matematik dengan muzik, geometri dan astronomi.

S: Apakah fungsi Pantheon yang dibina pada zaman Maharaja Hadrian?


J: Fungsi Pantheon adalah bangunan untuk memuja dan menyimpan patung Dewa
serta tempat menjalankan kerja awam.

S: Apakah yang anda tahu tentang Colloseum yang dibina pada zaman Maharaja
Flavian?
J: Colloseum berbentuk kubah boleh memuatkan 50,000 – 80,000 penonton. Ia
digunakan sebagai teater dan tempat pertarungan pahlawan Rom.

S: Apakah Aqueduct?
J: Aqueduct merupakan saluran air yang sumbernya diperolehi dari kawasan gunung.

S: Apakah kejayaan besar Chandragupta Maurya?


J: Menyatukan kerajaan-kerajaan kecil dan membentuk empayar serta mengubah status
dari raja ke maharaja.

S: Apakah kitab undang-undang hindu yang paling tua?


J: Kitab undang-undang hindu yang paling tua ialah kitab Dharma Sastra.
6
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Mengapakah golongan Brahmin menjadi golongan dominan dalam bidang undang-


undang?
J: Kerana golongan Brahmin mahir dalam hukum agama.

S: Apakah faktor kejayaan perluasan kuasa Chandragupta Maurya?


J: Kerana mempunyai pasukan tentera yang besar, terdiri daripada 600 ekor gajah, 1000
orang tentera berkuda dan 10 000 orang infantri

S: Apakah pusat perdagangan yang penting dalam tamadun India?


J: Pusat perdagangan tersebut ialah Anga, Kalinga dan Karusa.

S: Apakah yang dihasilkan oleh pusat perdagangan tersebut?


J: Pusat perdagangan tersebut menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan
mutiara.

S: Apakah matlamat penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin) di


setiap Bandar?
J: Matlamat penubuhan persatuan ini adalah untuk mengawal harga barang, kualiti
barangan dan gaji pekerja.

S: Apakah tumpuan pendidikan pada zaman Vedik?


J: Pada zaman Vedik pendidikan tertumpu kepada pembelajaran kitab-kitab Veda dan
bahasa Sanskrit.

S: Mengapakah sistem kasta dikatakan sebuah intitusi yang unik?


J: Kerana tidak terdapat dalam mana-mana tamadun di dunia.

S: Apakah kasta yang terdapat dalam Tamadun India?


J: Terdapat empat kasta iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra.

S: Apakah peranan Hon Kao Tsu dalam sistem perkhidmatan awam di China?
J: Melantik pegawai kerajaan.

S: Apakah yang menjadi asas pelantikan pegawai kerajaan?


J: Perlantikan dibuat berasaskan pencapaian dalam peperiksanaan awam.

S: Apakah prinsip perundangan Tamadun China?


J: Terdapat dua prinsip dalam sistem perundangan di China iaitu hukuman yang berat
dan bercorak kolektif.

S: Siapakah yang membina empayar pada zaman pemerintahan Dinasti Chin?


J: Mahararaja Shih Huang Ti.

S: Bagaimanakah Shih Huang Ti mengukuhkan pemerintahnnya?


J: Memerintah secara autokratik tegas dan mutlak dan menghapuskan kuasa golongan
bangsawan serta melantik gabenor serta panglima tentera untuk mentadbir.

S: Apakah tujuan tembok besar China dibina?


J: Dibina untuk mengelak serangan daripada orang Gasar.
7
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Apakah sumbangan pada zaman Dinasti Han?


J: Penciptaan tenggala untuk membuat batas tanaman, kolar kuda untuk membolehkan
kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda dan kereta sorong beroda.

S: Apakah sumbangan tamadun China dalam bidang pertanian?


J: Sistem tanaman bergilir, bukit telah ditereskan dan sistem saliran telah diperkenalkan
untuk meningkatkan hasil pertanian.

S: Apakah matlamat utama pendidikan dalam tamadun China?


J: Untuk lulus peperiksaan awam kerajaan.

S: Berapakah peringkat pendidikan dalam tamadun China?


J: Terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu rendah, menengah dan tinggi.

S: Apakah tumpuan dalam pendidikan peringkat rendah?


J: Tertumpu kepada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan
buku suci

S: Apakah tumpuan dalam pendidikan peringkat menegah dan tinggi?


J: Peringkat menengah tumpuan kepada karangan dan sastera manakala peringkat
tinggi untuk menterjemah buku suci.

S: Apakah penekanan falsafah China?


J: Falsafah China memberi penekanan kepada hubungan manusia dengan manusia lain.

S: Apakah sumber falsafah China?


J: Sumber falsafah China berdasarkan falsafah Confucianisme Kung-fuTze (Confucius),
Taoisme, Lao Tze dan Mo Tzu (Mencius).

S: Apakah bahan mentah yang digunakan untuk membuat kertas di China oleh Chai
Lun?
J: Beliau mencipta kertas dengan mencampurkan bahan mentah seperti rami, buluh dan
sayuran yang dicincang untuk dijadikan pulpa.

S: Selain tembok besar, apakah binaan yang penting dalam Tamadun China?
J: Kuil dan pagoda juga merupakan binaan yang penting di China.

S: Apakah yang boleh mengubah status sosial individu dalam masyarakat China?
J: Seseorang individu boleh menukar kelasnya kepada kedudukan yang lebih baik
menerusi pendidikan.

S: Apakah kitab suci agama Hindu.


J: Kitab Veda

S: Apakah tiga fungsi kepercayaan agama Hindu?


J: Percaya tuhan berfungsi untuk mencipta (Brahman), memelihara (Vishnu) dan
membinasa (Siva).

S: Apakah hukum karma berdasarkan kepercayaan penganut Hindu?


J: Ia berkaitan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati.
8
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Siapakah yang mengasaskan agama Buddha?


J: Diasaskan oleh Siddharta Gautama

S: Apakah yang menjadi asas ajaran Buddha?


J: Asas ajaran Buddha berasaskan empat kebenaran mulia yang dapat dicapai melalui
lapan jalan.

S: Apakah nama kitab suci agama Kristian?


J: Kita suci agama Kristian dikenali sebagai bible terdiri daripada Old testament dan new
testament.

S: Bilakah agama Kristian berkembang?


J: Agama Kristian berkembang semasa pemerintahan maharaja Constantine.

S: Apakah teras ajaran Islam?


J: Dua teras dalam ajaran Islam iaitu akidah dan Syariah.

S: Apakah yang di maksudkan dengan akidah berasaskan ajaran Islam?


J: Akidah adalah kepercayaan seluruh jiwa dan raga kepada Allah yang maha Esa.

S: Apakah penekanan dalam ajaran Confucius?


J: Menekankan prinsip moral yang tinggi iaitu perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan
ketaatan kepada ibu bapa (xiao).

S: Apakah yang menjadi dasar ajaran Taoisme?


J: Dasar ajaran Taoisme ialah konsep Tao yang bermaksud jalan.

BAB TIGA (TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA)

S: Di manakah lokasi kerajaan Agraria?


J: Di kawasan lembah sungai yang subur contoh dan kawasan pedalaman di kawasan
berbukit dan di lereng gunung berapi

S: Apakah contoh kerajaan Agraria di kawasan lembah sungai?


J: Contohnya kerajaan Dvaravati (Thai), kerajaan di sungai Irrawadi (Myanmar),
kerajaan Sungai Merah (Vietnam) dan kerajaan Sungai Mekong (Kemboja, Laos dan
Vietnam)

S: Apakah contoh kerajaan Agraria di kawasan pedalaman?


J: Contoh kerajaan Taruma di Indonesia.

S: Apakah kegiatan ekonomi kerajaan Agraria?


J: Berasaskan pertanian, menanam padi sawah di kawasan lembah sungai menanam
padi huma di kawasan tanah tinggi atau berbukit.

S: Apakah kegiatan lain kerajaan Agraria?


J: Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam, menjalankan
kegiatan memungut hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading,
damar, kayu cendana dan pelbagai buah-buahan, mengutip sarang burung dari gua
9
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

untuk tujuan perdagangan, menangkap ikan di sawah, paya dan sungai, mendapatkan
kulit kura-kura dan menternak binatang.

S: Apakah kesan pembinaan sistem pengairan dan barray oleh Raja Indravarman I?
J: Hasil padi bertambah dan dapat menampung keperluan beras kerajaan Angkor

S: Apakah faktor kemajuan kerajaan Angkor?


J: Kedudukan dekat dengan Tasik Tonle Sap dan tanah di sekitar subur untuk pertanian.
Iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun sesuai untuk tanaman padi.
Seterusnya air tasik untuk mengairi kawasan pertanian di samping untuk minuman
dan terdapat ikan air tawar yang banyak diperoleh dari Tasik Tonle Sap.

S: Apakah kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor?


J: Membekalkan air untuk pengairan dan minuman serta sumber protein ikan. Di
samping itu, sekitar tasik mempunyai lumpur lanar yang sangat subur untuk kegiatan
pertanian

S: Di manakah lokasi kerajaan Maritim?


J: Terletak di kawasan persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan.

S: Apakah contoh kerajaan maritim yang terdapat di Asia Tenggara?


J: Contoh kerajaan maritim ialah kerajaan Srivijaya, kerajaan Kedah Tua, Chih Tu,
kerajaan Majapahit, kerajaan Tiumah di Pulau Tioman, Peng-keng Pahang, Mo-Lo-Yu
dan Sungai Batang Hari.

S: Apakah peranan pelabuhan pembekal?


J: Peranannya adalah untuk membekalkan bahan logam tempatan seperti bijih timah
dan emas serta bekalan makanan.

S: Apakah faktor perkembangan pelabuhan pembekal menjadi pelabuhan kerajaan?


J: Apabila pertempatan tersebut berkembang dan menjadi sebuah negeri.

S: Apakah peranan pelabuhan entreport?


J: berperanan membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluknya kepada
pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya. Pelabuhan ini juga
berperanan membeli barangan daripada pedagang antarabangsa dan
mengedarkannya kepada pedagang yang datang dari pelabuhan sekitarnya dan
kawasan takluknya.

S: Apakah faktor perkembangan kerajaan Maritim?


J: Kedudukan yang strategik, Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa Lingua Franca,
kemudahan pelabuhan, kemahiran belayar, membuat perahu dan kapal layar.

S: Apakah fungsi angkatan laut kerajaan Srivijaya?


J: Mengawal perdagangan di Selat Melaka dan mengawal keselamatan kerajaan.

S: Apakah peranan gunung Jerai kepada kerajaan Kedah Tua?


J: Menjadi panduan kepada kapal yang keluar masuk terutama pada waktu malam
melalui nyalaan api.

10
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Mengapakah kerajaan Agraria dan Maritim dikatakan saling melengkapi antara satu
sama lain?
J: Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan Maritim untuk mendapatkan barang
mewah dari negara luar manakala kerajaan Maritim memerlukan kayu untuk membuat
kapal dan gajah sebagai kenderaan daripada kerajaan agraria.

S: Bagaimanakah cara kedatangan agama Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara?


J: Terdapat empat cara kedatangan iaitu dibawa oleh golongan Ksyatria/ tentera,
pedagang/ Vaisya, golongan Brahmin/ pendeta dan pengambilan unsur budaya.

S: Apakah pengaruh agama Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan di Asia
Tenggara?
J: Penggunaan gelaran raja dan raja berkuasa mutlak, selain wujud kepercayaan raja
adalah bayangan tuhan dan lahir konsep dewa-raja mempunyai kuasa sakti.

S: Apakah dia monumen?


J: Monumen ialah binaan atau bangunan yang diperbuat daripada batu bertujuan
memperingati orang ternama atau mengingati peristiwa penting contoh seperti arca,
candi,kuil, wat/stupa, patung.

S: Apakah peranan candi?


J: Candi lambang agama Hindu Buddha berperanan sebagai rumah ibadat. Ia juga
berfungsi sebagai kubur raja dan keluarga, tempat meyimpan patung dewa utama
dan menjadi lambang keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni
binanya.

S: Apakah peranan Bahasa Sanskrit dalam masyarakat di Asia Tenggara?


J: Menjadi bahasa ilmu, komunikasi dan Bahasa keagamaan.

BAB EMPAT (KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANYA


DI MAKKAH)

S: Apakah maksud jahiliyah?


J: Jahiliyah berasal dari bahasa Arab, jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui
atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.

S: Bilakah tempoh masa zaman jahiliyah?


J: Zaman jahiliyah bermula dari runtuhnya Empangan Maarib hinggalah turunnya wahyu
Allah kepada nabi Muhammad s.a.w.

S: Mengapakah mereka digelar Jahiliyah?


J: Mereka digelar jahiliyyah kerana tidak menerima kebenaran, tidak mengikut ajaran
para nabi dan rasul.

S: Mengapakah zaman Jahiliyah dianggap zaman kegelapan?


J: Kerana tidak menyembah Allah s.w.t. dan kehidupan mereka kucar kacir kerana tiada
nabi dan rasul serta tiada kitab sebagai petunjuk.
11
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Apakah ciri kepercayaan masyarakat Arab Jahiliyah?


J: Mengamalkan empat bentuk kepercayaan agama iaitu Wathani (Menyembah berhala)
Animisme (memuja alam seperti pokok) Samawi (Kristian dan Yahudi) dan
kepercayaan sihir dan percaya roh orang mati.

S: Apakah amalan sosial masyarakat Arab Jahiliyah?


J: Mengamalkan perbuatan tidak bermoral seperti berjudi, minum arak dan berzina.
Seorang lelaki meminum arak sehingga mabuk dianggap sempurna kelakiannya.

S: Mengapakah masyarakat Arab Jahiliyah menanam bayi perempuan hidup-hidup?


J: Menganggap anak perempuan menjatuhkan maruah.

S: Apakah amalan ekonomi masyarakat Arab Jahiliyah?


J: Amalan ekonomi berasaskan riba dan penindasan. Pedagang lebih mementingkan
keuntungan dan kekayaan. Kegiatan merompak merupakan sebahagian daripada
punca pendapatan dan dianggap tanggungjawab individu dalam setiap kabilah.

S: Apakah nilai hidup yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliyah?


J: Mengamalkan sistem kabilah berasaskan hidup secara berpuak-puak. Setiap ahli
kabilah sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing. Oleh itu, muncul
fahaman Assabiyah atau semangat kesukuan yang melampau.

S: Bilakah Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan?


J: Nabi dilahirkan pada 20 April 570 M. bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah.

S: Siapakah kedua ibu bapa Nabi Muhammad s.a.w?


J: Bapa baginda bernama Abdullah bin Abdul Muttalib dan Ibu baginda Aminah binti
Wahab.

S: Siapakah ibu susuan Nabi Muhammad s.a.w?


J: Thuhaibah dan Halimatus Sa’diyah.

S: Apakah asal usul keturunan Nabi Muhammad s.a.w?


J: Berketurunan pemimpin Arab yang terkenal Qusai bin Kilab. Selain Qusai, Abdul
Manaf, Hasyim dan Abdul Muttalib pernah menerajui kepimpinan kota Makkah,
mentadbir Kaabah dan telaga zam-zam pada zaman jahiliyah.

S: Apakah pengalaman Nabi Muhammad s.a.w sebelum dilantik menjadi Nabi dan
Rasul?
J: Dari segi pekerjaan, Nabi pernah mengembala kambing bapa saudara baginda dan
terlibat dalam bidang perniagaan sejak berusia 12 tahun, mengikut rombongan bapa
saudara baginda ke Syam.

S: Apakah yang membolehkan Khadijah memberikan modal yang besar kepada Nabi
Muhammad s.a.w untuk menjalankan perniagaan?
J: Kemuliaan budi pekerti, sifat amanah serta kebolehan baginda dalam bidang
perniagaan.

12
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Apakah empat sifat terpuji yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w?
J: Memiliki empat sifat terpuji Siddiq (berkata benar), Amanah (dipercayai), Tabliq
(menyampaikan) dan Fatanah (bijaksana).

S: Mengapakah baginda digelar al Amin?


J: Digelar al-Amin kerana tidak pernah berbohong dan panggilan al-Amin sebati dengan
Nabi.

S: Apakah peristiwa yang menyerlahkan ketokohan baginda sebelum dilantik menjadi


Nabi?
J: Kewibawaan baginda terserlah apabila berjaya menyelesaikan masalah perletakkan
semula Hajar Aswad ke tempat asalnya.

S: Apakah sifat ketua keluarga yang boleh dijadikan contoh?


J: Ketua keluarga yang mempunyai sifat pengasih dan bertimbangrasa. Kerap
membantu isteri mengurus rumah tangga dan memberi pendidikan agama yang
mencukupi kepada anak-anak

S: Di manakah baginda mengasingkan diri di tempat yang sunyi dan tenang untuk
beribadat kepada Allah?
J: Di Gua Hirak, di Bukit Nur.

S: Apakah kesan penurunan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w?


J: Penurunan wahyu menandakan pemisah antara zaman Jahiliyah dengan zaman
Islam.

S: Apakah wahyu pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w?


J: Wahyu pertama ialah surah al-Alaq ayat 1-5 yang memerintah umat Islam supaya
membaca kerana melalui pembacaan, manusia dapat menambah ilmu pengetahuan.

S: Apakah perkara utama yang dilakukan oleh Nabi s.a.w sebaik dilantik menjadi Nabi?
J: Bertindak membetulkan akidah masyarakat Arab dengan menanamkan keimanan
kepada Allah s.w.t.

S: Bagaimanakah cara Nabi Muhammad s.a.w berdakwah?


J: Dakwah secara sembunyi-sembunyi telah dijalankan selama tiga tahun dan secara
terbuka selama sepuluh tahun.

S: Kepada siapakah dakwah secara sembunyi-sembunyi telah dilakukan?


J: Pada peringkat ini dakwah ditujukan kepada ahli keluarga baginda, sahabat yang
rapat dan kaum kerabat.

S: Kepada siapakah dakwah secara terbuka dilakukan Nabi Muhammad s.a.w?


J: Pada peringkat ini, dakwah dilakukan secara terang-terangan kepada penduduk
Makkah setelah menerima perintah Allah s.w.t.

S: Siapakah yang terawal memeluk Islam?


J: Antara yang terawal memeluk Islam ialah Khadijah binti Khuwailid isteri baginda, Ali
bin Abu Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar as-Siddiq.

13
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Di manakah pusat kegiatan dakwah yang pertama Nabi di Makkah?


J: Di rumah Arqam bin Abu Arqam.

S: Apakah faktor yang menyebabkan dakwah Nabi s.a.w mendapat sambutan?


J: Ketinggian akhlak Nabi s.a.w dan kejujuran para sahabat baginda.

S: Mengapakah pada peringkat awal nabi berdakwah secara rahsia?


J: Peringkat awal secara rahsia kerana Islam masih baru dan bilangan penganut masih
sedikit serta mengelakkan penentangan yang memungkinkan asas Islam
dihancurkan.

S: Apakah reaksi Masyarakat Arab terhadap ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad s.a.w?
J: Ada reaksi positif dan ada yang negatif.

S: Mengapakah masyarakat Arab Quraisy menentang ajaran Nabi Muhammad s.a.w?


J: Perbezaan kepercayaan dan amalan, ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada
Allah manakala Arab Quraisy menyembah berhala dan Animisme. Prinsip persamaan
taraf bertentangan dengan sistem sosial Arab Jahiliyah. Konsep persaudaraan Islam
juga bertentangan dengan fahaman Assabiyah.

S: Selain perbezaan kepercayaan dan amalan, adakah sebab lain masyarakat Arab
Quraisy menentang ajaran Nabi Muhammad s.a.w?
J: Selain, perbezaan kepercayaan dan amalan, mereka menentang dari segi politik.
Tanggapan salah terhadap tugas nabi menganggap menerima Islam sebagai tunduk
kepada kepimpinan nabi. Manakala dari segi ekonomi mereka menentang kerana
menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala.

S: Bagaimanakah cara mereka menentang ajaran yang disampaikan oleh Nabi


Muhammad s.a.w?
J: Melalui puisi, penyair Arab menggunakan puisi-puisi untuk mengejek ajaran Islam.
Menggunakan kekerasan seperti menyeksa golongan hamba. Selain itu, memujuk
nabi dengan menawarkan kedudukan, wanita cantik, dan harta serta melakukan
pemulauan terhadap Nabi dan keluarga Nabi Muhammad s.a.w. Kemuncak
penentangan ialah pakatan untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w.

S: Bagaimanakah cara Nabi Muhammad s.a.w mengatasi masalah tersebut?


J: Membenarkan umat Islam berhijrah ke Habsyah untuk mencari perlindungan.

BAB LIMA (KERAJAAN ISLAM DI MADINAH)

S: Bilakah perjanjian Aqabah pertama ditandatangani?


J: Pada tahun 621M.

S: Apakah isi perjanjian Aqabah yang pertama?


J: Isi Perjanjian pertama ialah:
1. Suku Aus dan Khazraj beriman kepada Allah s.w.t dan Rasul.
2. Berjanji membantu perjuangan Nabi s.a.w
3. Tidak akan melakukan amalan Jahiliyah seperti mencuri, minum arak dan
membunuh bayi perempuan.
14
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Bilakah perjanjian Aqabah kedua ditandatangani?


J: Pada tahun 622M

S: Apakah isi perjanjian Aqabah yang kedua?


J: Isi Perjanjian kedua ialah:
1. Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan mengukuhkan lagi taat setia kepada
Nabi s.a.w
2. Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi s.a.w dan orang Islam Makkah berhijrah
ke Madinah.
3. Secara suka rela akan menyediakan tempat tinggal dan jaminan keselamatan
serta bersedia mempertahankan Islam.

S: Apakah faktor penting kejayaan hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah?


J: Jaminan keselamatan dan kesediaan orang Madinah mempertahankan Islam serta
bantuan dan sokongan orang Arab Madinah merupakan faktor penting kejayaan hijrah
ke Madinah.

S: Apakah faktor-faktor lain yang menyebabkan hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke


Madinah?
J: Wahyu Allah supaya Nabi s.a.w segera berhijrah, strategi Nabi untuk menyebarkan
ajaran Islam dan Nabi dijemput oleh penduduk Madinah yang sedang menghadapi
pelbagai konflik.

S: Mengapakah hijrah Nabi Muhammad dikatakan sebagai strategi nabi untuk


meyebarkan ajaran Islam?
J: Suasana baru yang aman akan memudahkan penyebaran dakwah Islamiah
Nabi Muhammad s.a.w.

S: Apakah maksud hijrah?


J: Berasal daripada perkataan Arab bermaksud perpindahan iaitu perpindahan dari satu
tempat ke tempat yang lain.

S: Apakah hujah yang boleh menolak pendapat orientalis Barat yang mentafsirkan hijrah
sebagai pelarian?
J: Hijrah orang Islam adalah atas jemputan penduduk Madinah, ketibaan di Madinah
disambut dengan penuh gilang gemilang, dijamin keselamatan mereka daripada
ancaman musuh-musuh Islam dan Nabi dilantik sebagai pemimpin Madinah.

S: Apakah kepentingan Hijrah kepada orang Muhajirin dan Ansar?


J: Hijrah membawa kepada terjalinnya ikatan persaudaraan antara orang Islam Makkah
(Muhajirin) dengan orang Islam Madinah (Ansar).

S: Apakah tujuan Nabi s.a. w membina masjid al-Nabawi di Madinah


J: Masjid dijadikan sebagai tempat untuk beribadah dan belajar di samping sebagai
tempat bertemu dan membincangkan masalah umat Islam.

15
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Apakah tindakan Nabi Muhammad s.a.w apabila menyedari orang Quraisy Makkah
mengatur strategi menyerang Madinah?
J: Nabi Muhammad s.a.w menubuhkan negara Islam Madinah dan menyatukan
masyarakat Madinah.

S: Apakah bukti menunjukkan wanita turut memainkan peranan penting dalam


peristiwa Hijrah?

J: Puteri Abu Bakar, Asma’ dengan beraninya menghantar makan dan maklumat tentang
gerakan orang Quraisy kepada Nabi di Gua Thur, walaupun menyedari tindakannya
amat merbahaya.

S: Berapa fasal yang terkandung dalam piagam Madinah?


J: Perlembagaan ini mengandungi 47 fasal.
i. 23 fasal membincangkan hubungan dalam kalangan orang Islam dan
tanggungjawab mereka.
ii. 24 fasal membincangkan tentang tanggungjawab orang bukan Islam terhadap
negara Islam Madinah.

S: Apakah isi kandungan piagam Madinah dari sudut pertahanan?


J: Seluruh maasyarakat Madinah bertanggungjawab untuk mempertahankan Madinah
dripada ancaman musuh.

S: Apakah isi kandungan piagam Madinah dari sudut undang-undang?


J: Undang-undang Islam dipraktikkan secara menyeluruh. Peraturan kekeluargaan yang
tidak bertentangan dengan islam dibolehkan

S: Apakah isi kandungan piagam Madinah dari sudut sosial?


J: Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah yang hidup bersatu padu. Untuk
keharmonian negara, perasaan benci membenci dan mementingkan diri mesti
dielakkan.

S: Apakah isi kandungan piagam Madinah dari sudut ekonomi?


J: Islam menjadi landasan utama. Amalan riba, diskriminasi dan penindasan adalah
dilarang.

S: Apakah isi kandungan piagam Madinah dari sudut agama?


J: Masyarakat Madinah bebas untuk memilih agama dan menghormati agama yang
dianuti. Nabi tidak memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam.

S: Bagaimanakah kedudukan Nabi Muhammad s.a.w dalam negara Islam Madinah?


J: Nabi s.a.w sebagai ketua negara berperanan sebagai ketua hakim dan menyelesaikan
masalah secara musyawarah dan berlandaskan keadilan.

S: Bagaimanakah kedudukan orang Yahudi dalam negara Islam Madinah?


J: Mengakui kedudukan orang Yahudi sebagai rakyat Madinah mempunyai hak yang
sama, dijamin keselamatan dan kebebasan selagi mematuhi perlembagaan Madinah.

16
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Mengapakah kepintaran Nabi s.a.w menggubal perlembagaam Madinah sangat


dikagumi?
J: Nabi berjaya mengatur sistem pemerintahan yang lengkap merangkumi peraturan
yang berkaitan dunia dan akhirat. Nabi juga berjaya membentuk masyarakat
berdasarkan ‘Ummah’ yang bersatu padu dan aman serta tiada lagi perbezaan taraf
dalam kalangan masyarakat di Madinah.

S: Ke manakah nabi menghantar pertusan ke luar negara?


J: Nabi s.a.w menghantar perutusan ke negara Rom, Parsi, Mesir dan Habsyah.

S: Apakah siri peperangan yang berlaku antara orang Quraisy Makkah dengan orang
Islam Madinah tahun 622 m sehingga 630 m.?
J: Peperangan tersebut ialah Perang Badar tahun 624 M (2 H), Perang Uhud tahun
625 M (3 H), Perang Khandaq tahun 627 M (5 H) dan Perang Tabuk tahun 630 M ( 8
H).

S: Apakah larangan kepada tentera Islam semasa peperangan?


J: Tentera Islam bukan sahaja dilarang membunuh manusia sesuka hati malah tumbuh-
tumbuhan juga dilarang untuk dimusnahkan.

S: Apakah prinsip peperangan dalam Islam?


J: Berperang apabila diserang oleh musuh, berperang untuk mencari keamanan supaya
tempat ibadat terjaga dan peperangan dalam Islam untuk menentang kezaliman dan
mempertahankan diri.

S: Apakah tujuan peperangan dengan orang Arab Quraisy Makkah?


J: Tujuannya adalah untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.

S: Apakah bukti walaupun berlaku peperangan namun Islam tidak berkembang secara
paksaan?
J: Buktinya dalam peperangan Badar walaupun Islam beroleh kemenangan namun Nabi
s.a.w membebaskan diri tawanan perang.

S: Mengapakah hasrat orang Islam untuk menziarahi kota Makkah telah disekat di
Hudaibiyah oleh orang Arab Quraisy.
J: Mereka bimbang dengan kekuatan orang Islam dan ingin menjaga maruah mereka.

S: Apakah tujuan Uthman bin Affan dihantar sebagai utusan ke Makkah?


J: Menerangkan tentang tujuan sebenar kedatangan orang Islam ke Makkah.

S: Apakah sebab Uthman bin Affan dipilih untuk berunding dengan orang Quraisy
Makkah?
J: Kerana beliau mempunyai ramai saudara mara di Makkah, sahabat yang matang dan
paling tua, serta sifat lemah lembut dan bertolak-ansur.

S: Apakah isi perjanjian Hudaibiyah


J: 1. Genjatan senjata selama 10 tahun.
2. Kabilah Arab bebas untuk memihak sama ada orang Islam di Madinah atau
oaring Arab Quraisy Makkah.

17
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

3. Orang Islam Madinah memihak ke Makkah tanpa izin penjaganya tidak mesti
dipulangkan.
4. Orang Quraisy yang memihak ke Madinah tanpa izin penjaganya, perlu
dipulangkan semula
5. Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H)
bukan tahun itu (6 H)

S: Mengapakah pada peringkat awal para sahabat Nabi s.a.w tidak berpuas hati dengan
perjanjian tersebut?
J: Mereka menganggap perjanjian ini berat sebelah dan menguntungkan orang Arab
Quraisy Makkah.

S: Apakah kepentingan perjanjian Hudibiyah?


J: Orang Islam dapat menunaikan ibadat haji pada tahun 629 M (7 H). Selain itu, peluang
untuk orang Islam memasuki kota Makkah dengan bebas. Tempoh perdamaian
membolehkan Nabi s.a.w merancang program dakwah ke seluruh Semenanjung
Tanah Arab secara aman.

S: Siapakah tokoh-tokoh Quraisy telah memeluk Islam selepas perjanjian Hudaibiyah?


J: Tokoh-tokoh Arab Quraisy yang telah memeluk Islam selepas perjanjian Hudaibiyah
ialah Khalid bin al-Walid, Amru al-As dan Uthman bin Talhah.

S: Apakah tindakan Nabi Muhammad s.a.w apabila orang Arab Quraisy dengan sengaja
melanggar perjanjian genjatan senjata?
J: Nabi s.a.w telah bertindak tegas dengan mempersiapkan angkatan tentera berjumlah
10,000 orang untuk dihantar ke Makkah dan seterusnya menakluk Makkah.

S: Apakah sebab-sebab yang membawa kepada peristiwa pembukaan semula kota


Makkah?
J: Pihak Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiyah dan tidak menghormati hak
kebebasan yang telah dipersetujui dengan bertindak membunuh beberapa orang Bani
Khuza’ah yang berpihak kepada Islam.

S: Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w beranggapan pembukaan kota Mekah sebagai


strategi jangka panjang untuk meneruskan penyebaran Islam?
J: Nabi s.a.w berpendapat kerajaan Islam di Madinah akan menjadi mantap sekiranya
Makkah dapat dikuasai.

S: Apakah taktik yang digunakan hingga memberikan kejayaan besar kepada pasukan
tentera Islam?
J: Taktik memasuki Makkah menerusi empat arah yang berlainan.

S: Apakah kepentingan pembukaan semula kota Makkah?


J: Pembukaan Makkah merupakan perintis jalan kepada penyebaran ajaran Islam ke
seluruh Semenanjung Tanah Arab.

18
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

BAB ENAM (PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA)

S: Apakah konsep Khalifah?


J: Khalifah berasal daripada Bahasa Arab bermaksud pengganti. Gelaran yang
disandang oleh ketua negera Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w.

S: Apakah syarat untuk menjadi Khalifah?


J: Calon lelaki Merdeka dan beragama Islam. Mengetahui pengetahuan tentang Islam,
mematuhi perintah Allah, sanggup melaksanakan hukum Allah, bersifat adil dan
akhlak yang baik serta tubuh yang sempurna, sihat, berfikiran cerdas, warak dan
pandai mentadbir.

S: Apakah tugas seorang Khalifah?


J: Bertanggungjawab memelihara kedudukan agama Islam berasaskan syariat Islam,
melicinkan pentadbiran serta mempertahankan negara Islam daripada ancaman
musuh dan dalam konteks agama bertanggungjawab memelihara kemurnian agama
Islam dan meneruskan ajaran Allah s.w.t yang disampaikan oleh Nabi s.aw.

S: Bagaimanakah kaedah pemilihan Khalifah?


J: Musyawarah atau Syura (perlantikan Khalifah Abu Bakar), Cadangan Nama
(perlantikan Khalifah Umar al-Khattab), Pemilihan daripada beberapa calon
(perlantikan Khalifah Uthman bin Affan) dan Sekelompok Masyarakat (perlantikan
Khalifah Ali bin Abu Talib).

S: Apakah yang dimaksudkan dengan baiah?


J: Baiah bermaksud taat setia setia dan kerelaan antara orang yang memerintah dengan
orang yang diperintah.

S: Apakah maksud syura?


J: Syura bermaksud permuafakatan atau konsensus.

S: Siapakah nama sebenar khalifah Abu Bakar As- Siddiq?


J: Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abu Quhafah.

S: Apakah sumbangan khalifah Abu Bakar As- Siddiq?


J: Berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam selepas
kewafatan Nabi s.a.w yang berpunca daripada kewujudan golongan golongan al-
Riddah (yang enggan membayar zakat) dan golongan murtad.

S: Bagaimanakah beliau mengatasi ancaman tentera Rom Timur dan Parsi?


J: Beliau telah menghantar panglima perang , Khalid bin al-Walid menentang tentera
Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan.

S: Mengapakah khalifah Abu Bakar As- Siddiq berusaha mengumpul ayat al-Quran
J: Kerana kematian ramai golongan hafiz semasa menentang golongan al-Riddah.

S: Bagaimanakah khalifah Abu Bakar As- Siddiq melicinkan urusan pentadbiran negara?
J: Membahagikan Tanah Arab kepada sepuluh wilayah iaitu Makkah, Taif, Yaman, al-
Jund, Khalwan, Jarsh, Bharin, Zabid, Nijran dan Hadhramaut kemudian melantik

19
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

seorang ketua mentadbir wilayah ini. Seterusnya memperkenalkan bayaran gaji untuk
tentera

S: Apakah gelaran yang diberikan kepada khalifah Abu Bakar As- Siddiq sebagai
pengiktirafan kejayaan dan sumbangan beliau kepada dunia Islam?
J: Khalifah Abu Bakar telah digelar “Penyelamat Umat Islam”.

S: Mengapakah zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dianggap sebagai


zaman keemasan kerajaan Islam di Madinah?
J: Kerana banyak melakukan pembaharuan dan perubahan.

S: Apakah pembaharuan dalam bidang politik yang dilakukan oleh Khalifah Umar al-
Khattab?
J: Memperkenalkan dasar perlantikan pegawai, menubuhkan majlis syura,
membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan melantik gabenor
bertindak sebagai pentadbir dan panglima tentera. Selain itu, menubuhkan beberapa
jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan
Jabatan Perbendaharaan Negara. Manakala Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada
jabatan lain, untuk mengelak salah laku dan dibayar gaji yang tinggi.

S: Apakah pembaharuan dalam bidang sosial yang dilakukan oleh Khalifah Umar al-
Khattab?
J: Dalam bidang pendidikan, pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat
pembelajaran dan menghantar guru agama ke pelbagai wilayah. Memperkenalkan
Kalendar Islam dengan menjadikan tahun Hijrah sebagai titik permulaan pengiraan
tahun dalam Islam.

S: Apakah pembaharuan dalam bidang ekonomi yang dilakukan oleh Khalifah Umar al-
Khattab?
J: Membina terusan dan tali air untuk menambah lagi hasil pertanian seperti Empangan
Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin di Mesir, menggalakkan meneroka
tanah baru untuk pertanian dan mengusahakan tanah terbiar.

S: Apakah cukai yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar al-Khattab?


J: Memperkenalkan cukai jizyah terhadap golongan zimmi dan cukai Kharaj berdasarkan
jenis tanaman dan kesuburan tanah.

S: Apakah gelaran yang diberikan kepada khalifah Umar al-Khattab sebagai


pengiktirafan kejayaan dan sumbangan beliau kepada dunia Islam?
J: Khalifah Umar telah digelar Amirul Mukminin (Panglima Agung Mukmin)

S: Siapakah nama sebenar khalifah Uthman bin Affan?


J: Nama sebenar Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah.

S: Mengapakah beliau digelar Zun Nurain (mempunyai dua cahaya)?


J: Kerana pernah mengahwini dua orang puteri Nabi s.a.w setelah salah seorang
meninggal dunia.

20
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Apakah sumbangan khalifah Uthman bin Affan dalam bidang politik?


J: Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarkhand, Cyprus dan
Tripoli.

S: Apakah kemudahan awam yang disediakan khalifah Uthman bin Affan?


J: Khalifah Uthman telah menyediakan kemudahan awam seperti membina jalan raya,
jambatan dan rumah rehat bagi kemudahan para pengembara.

S: Apakah hasil yang digunakan untuk membiayai pembangunan negara dan


memperkuatkan tentera laut?
J: Hasil baitulmal.

S: Bagaimanakah cara perlantikan khalifah Ali bin Abu Talib?


J: Perlantikan berdasarkan mendapat suara terbanyak.

S: Apakah sumbangan khalifah Ali bin Abu Talib dalam bidang ekonomi?
J: Mengekalkan cukai jizyah untuk pembangunan ekonomi.

S: Apakah sumbangan khalifah Ali bin Abu Talib dalam bidang sosial?
J: Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara misalnya semasa
peperangan Siffin, walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan, namun
apabila pihak lawan telah mengangkat al-Quran, beliau sanggup menghentikan
peperangan dan sedia berunding.

S: Apakah usaha khalifah Ali bin Abu Talib untuk memperkukuhkan pertahanan negara?
J: Membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria.

S: Siapakah pengasas kerajaan Bani Umaiyah?


J: Diasaskan Muawiyah Bin Abu Sufyan.

S: Apakah gelaran yang digunakan oleh kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama?
J: Menggunakan gelaran khalifah.

S: Apakah gelaran yang digunakan oleh kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua?
J: Menggunakan gelaran Amir.

S: Siapakah pengasas kerajaan Bani Umaiyah tahap yang kedua?


J: Diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil.

S: Apakah sistem wazarah?


J: Sistem wazarah ialah perlantikan wazir untuk mengetuai sistem pentadbiran negara
di peringkat pusat dan gabenor mengetuai sistem pentadbiran wilayah.

S: Apakah sistem urus setia?


J: Sistem urus setia ialah beberapa beberapa orang pegawai dilantik bagi mengumpul
rekod dan mengurus surat menyurat.

S: Apakah sistem hijabah?


J: Sistem hijabah ialah seorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang ingin
menemui khalifah.
21
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Apakah buku yang telah dihasilkan oleh Ibn Nafis, pakar bedah termasyur di Damsyik?
J: Buku yang dihasilkan ialah al-Shamil fis Sina’ah al-Tabibiyah (Kajian Umum Profesion
kedoktoran) yang membincangkan teknik pembedahan dan rawatan selepas
pembendahan.

S: Apakah sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua dalam bidang Pendidikan?
J: Pada zaman Abdul Rahman III dan al-Hakam II wujud 17 pusat pengajian dan 70
perpustakaan di Andalusia. Pusat penterjemahan dibina untuk menterjemah karya
tokoh Yunani ke bahasa Arab di Toledo.

S: Apakah keunikan seni bina Masjid Cordova


J: Mempunyai menara setinggi 36 meter, beralaskan kayu berukir dan mempunyai 1293
tiang yang diperbuat daripada marmar. Pada waktu malam masjid ini diterangi oleh
4700 buah lampu dan menggunakan 11 tan minyak setahun untuk tujuan itu.

S: Dari manakah sumber pendapatan Baitulmal kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua
diperoleh?
J: Sumber pendapatan diperoleh daripada cukai kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai
perlindungan), zakat, usyur (cukai 1/10 daripada hasil pertanian yang didapati oleh
tuan tanah) dan ghanimah (harta rampasan perang)

S: Apakah faktor kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah?


J: Diskriminasi terhadap golongan yang bukan berketurunan Arab (mawali) seperti Parsi
dan Barbar, Cukai yang dikenakan terhadap golongan mawali tinggi berbanding
dengan golongan Arab, Akhir zaman kerajaan Bani Umaiyah, para khalifah telah
mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat, di samping mengabaikan ajaran Islam
dan pemilihan khalifah mengikut sistem warisan ditentang oleh sebilangan orang
Islam.

S: Bilakah kerajaan Bani Abbasiyah dibentuk?


J: Pada tahun 750 Masihi.

S: Bagaimanakah kerajaan Bani Abbasiyah terbentuk?


J: Melalui satu gerakan revolusi. Gerakan ini pada awal dilakukan secara sulit dan ditaja
oleh Ali bin Abdullah kemudian dijalankan secara terbuka pada zaman khalifah Umar
Abdul Aziz.

S: Bagaimanakah cara pemilihan khalifah kerajaan Bani Abbasiyah?


J: Pemilihan khalifah berdasarkan kepada sistem warisan atau sistem monarki.

S: Mengapakah pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun


dianggap sebagai zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah?
J: Dianggap sebagai zaman kegemilangan kerana kota Baghdad menjadi pusat
intelektual dan penyebaran ilmu pengetahuan.

S: Apakah kegiatan utama Baitul Hikmah pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah?
J: Kegiatan utama baitul Hikmah ialah menterjemah karya falsafah dan sains daripada
bahasa Yunani.

22
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Siapakah ulama yang terlibat dalam bidang penulisan pada zaman Bani Abbasiyah?
J: Antara ulama yang terlibat ialah Imam Malik (penyusun buku al-Muwatta’), Ibn Ishaq
(penyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w), Imam Abu Hanifah, Imam Malik,
Imam Syafi’I, dan Imam Ahmad bin Abn Hanbal.

S: Siapakah pengasas kerajaan Turki Uthmaniyah?


J: Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah

S: Siapakah Uthman bin Ertughrul?


J: Uthman ialah gabenor Saljuk di barat Anatolia yang bersempadan dengan Byzantine
(Rom Timur).

S: Apakah sumbangan Suleiman I dalam sistem perundangan?


J: Suleiman I memperkenalkan sistem perundangan yang mempertahankan dan
membela nyawa, harta dan kehormatan individu tanpa mengenal bangsa dan agama.

S: Apakah tugas Syeikh-ul-Islam kerajaan Turki Uthmaniyah?


J: Mengeluarkan fatwa.

S: Apakah yang membolehkan kerajaan Uthmaniyah membentuk Jalinan Perdagangan


dunia Islam berpusat di Istanbul?
J: Jalinan pelabuhan yang dikuasai oleh kerajaan Uthmaniyah.

S: Bagaiamnakah golongan atasan Eropah mengamalkan susun lapis?


J: Susuan lapis masyarakat berasaskan keturunan.

S: Apakah perubahan yang dilakukan oleh kerajaan Uthmaniyah setelah menakluk


Balkan?
J: Uthmaniyah menggalakkan kecemerlangan individu. Oleh itu, susun lapis
masyarakat berasaskan kepada usaha setiap individu (mobility social yang lebih
luas)

S: Sistem pendidikan Uthmaniyah yang sangat berpengaruh semasa kerajaan Turki


Uthmaniyah.
J: Sistem yang sangat berpengaruh ialah Madrasah. Selain itu terdapat sistem
pendidikan lain yang berpengaruh ialah sekolah pengetahuan akademik, sekolah
sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.

S: Apakah Sumbangan Uthmaniyah yang berkekalan sehingga hari ini?


J: Sumbangan Uthmaniyah yang berkekalan sehingga hari ini ialah seni bina masjid.

S: Apakah sumbangan besar Sultan Mehmed al- Fateh?


J: Menakluk Constantinople.

S: Apakah yang menjadi tunjang utama penyebaran Islam ke Eropah?


J: Akidah yang kukuh dan tinggi dalam kalangan tentera Islam dan mempunyai
semangat Ghazi (semangat kepahlawanan yang tidak gentar berkorban jiwa demi
penyebaran Islam

23
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Apakah yang sangat membantu dasar perluasan kuasa kerajaan Turki Uthmaniyah
seperti penaklukan Constantinople.
J: Sistem ketenteraan yang tersusun dan penggunaan peralatan moden. Tentera
berkuda dan unit infantry yang kuat serta unit Janissari (kumpulan elit yang sangat
terlatih dalam selok belok peperangan). Selain, kerajaan Uthmaniyah mempunyai
angkatan laut yang kuat semasa pemerintahan Suleiman al-Kanuni, armada kapal
Uthmaniyah mempunyai 300 kapal digunakan untuk mengawal laut Mediteranean.

S: Apakah faktor yang memudahkan penyebaran Islam ke Eropah.


J: Kelemahan dan kejatuhan Byzantine (Rom Timur) serta Institusi Gereja (Gereja
Greek Ortodoks) tidak menjadi pelindung kepada masyarakat. Institusi Gereja hampir
hancur kerana terdapatnya kepincangan seperti penyalahgunaan kuasa, pergaduhan
para pemimpin serta kekurangan kewangan untuk beroperasi.

S: Apakah dasar diplomasi yang diamalkan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah selepas
berjaya menakluk Balkan?
J: Masyarakat Balkan tidak dipaksa memeluk agama Islam. Kerajaan Uthmaniyah
mengiktiraf kedudukan, perundangan dan harta Gereja Ortodoks, dan membenarkan
gereja Ortodoks melindungi kepentingan masyarakat Kristian di Balkan.

S: Apakah yang telah memainkan peranan penting kepada perkembangan Islam di


Balkan dan di Eropah?
J: Penghijrahan orang Turki, usaha para pendakwah dan ahli sufi.

S: Apakah bukti yang menunjukkan berlaku pertembungan tamadun Islam dengan


tamadun lain melalui perdagangan dan perniagaan?
J: Buktinya Nabi s.a.w pernah terlibat dalam aktiviti perniagaan, berniaga hingga ke
Syria. Orang Islam terlibat dalam perdagangan jarak jauh dan telah mula menetap di
Canton, China untuk berdagang.

S: Apakah bukti yang menunjukkan berlaku pertembungan tamadun Islam dengan


tamadun lain melalui kebudayaan?
J: Bahasa Arab pernah menjadi bahasa utama di Sepanyol dan lahir golongan Mazarab
(orang tempatan yang beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan Islam dan
berbahasa Arab).

S: Apakah kesan Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun lain dalam


keagamaan?
J: Islam membawa nilai akidah yang sangat penting iaitu kepercayaan kepada Allah s.w.t
dan Islam menyediakan perundangan berdasarkan al-Quran dan Hadis untuk
panduan dan pedoman penganutnya.

BAB TUJUH (ISLAM DI ASIA TENGGARA)

S: Siapakah yang mengemukakan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari


Semenanjung Tanah Arab?
J: Sarjana John Crawford dan Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas.

24
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Apakah bukti yang dikemukakan oleh John Crawford?


J: Buktinya ialah catatan China menunjukkan orang Arab dan Parsi telah mempunyai
pusat perdagangan dan petempatan di Canton (Amoy). Selain itu, pedagang Arab juga
dipercayai telah menguasai perdagangan laut dari Iskandariah, Mesir hingga ke
China.

S: Adakah bukti lain yang dikemukakan?


J: Catatan China menunjukkan telah wujud perkampungan orang Islam keturunan Arab
di Ta Shih Sumatera pada tahun 650 M.

S: Apakah pula bukti yang dikemukakan oleh Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas
yang menyatakan Islam datang ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab?
J: Buktinya ialah kewujudan persamaan bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia
Tenggara dengan yang terdapat di Semanjung Arab. Selain itu, Perkataan Arab yang
terdapat pada tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab. Adat resam dan kebudayaan
Melayu juga banyak dipengaruhi oleh budaya Arab seperti menghormati tetamu dan
muzik zapin

S: Siapakah yang mengemukakan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui


China?
J: Emanuel Gadinho Eridia dan S.Q Fatimi.

S: Apakah bukti yang dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eridia bagi menyokong
pendapat beliau?
J: Beliau memberi alasan Khan Fo (Canton) telah menjadi pusat perniagaan terkenal
dalam kalangan peniaga Arab sejak abad ke-19 masihi dan jalinan perdaganan ini
telah membolehkan Islam berkembang dalam kalangan peniaga China di negara
China. Pedagang China yang berdagang di Asia Tenggara, telah menyebarkan ajaran
Islam di Asia Tenggara.

S: Apakah bukti yang dikemukakan oleh S.Q Fatimi?


J: Bukti yang dikemukakan ialah penemuan batu bersurat Terengganu yang di temui di
Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu. Bukti tambahan ialah penemuan
sepasang batu nisan bertarikh 1028 M, telah ditemui di Kampung Permatang Pasir,
Pulau Tambun, Pekan, Pahang.

S: Adakah bukti-bukti lain bagi mengukuhkan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara
melalui China?
J: Terdapatnya persamaan unsur seni bina China dengan unsur sebina yang terdapat
pada masjid-masjid di Kelantan, Melaka dan Pulau Jawa. Unsur seni bina China iaitu
bentuk bumbungnya seperti pagoda (rumah ibadat China) dan atap genting, kayu
kepala pintu dan tingkap masjid.

S: Siapakah yang mengemukakan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui


India?
J: Snouck Hurgronje

S: Apakah bukti yang dikemukakan oleh Snouck Hurgronje?


J: Hubungan perdagangan yang telah lama wujud antara India dengan Asia Tenggara
telah membolehkan pedagang Islam India menyebarkan Islam ke Asia Tenggara.
25
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Adakah bukti-bukti lain yang dikemukakan oleh Snouck Hurgronje?


J: Penemuan batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa
dan batu nisan Malik al-Salih di Pasai mempunyai ciri-ciri buatan India, membuktikan
Islam telah disebarkan oleh pedagang India Islam.

S: Apakah yang menyebabkan pedagang Islam mudah menyebarkan ajaran Islam di


Asia Tenggara?
J: Kemurnian sikap serta tingkah laku pedagang Islam disamping sifat mahmudah,
berhemah serta lemah lembut ulama semasa menyebarkan ajaran Islam.

S: Apakah bukti yang menunjukkan Islam tersebar melalui perkahwinan siasah?


J: Perkahwinan dalam kalangan kerabat diraja, seperti Sultan Mansur Syah dan Muzafar
Syah mengahwinkan puteri mereka dengan Raja Siak, Kampar, Inderagiri dan Jambi
di Sumatera.

S: Mengapakah pendakwah berminat untuk mengislamkan Raja dan golongan


bangsawan?
J: Raja dan golongan bangsawan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap rakyat.
Apabila Raja memeluk agama Islam, rakyat juga akan turut memeluk agama Islam.
S: Siapakah tokoh yang memainkan peranan penting menjadikan Melaka pusat
penyebaran Islam yang terkenal?
J: Bendahara Tun Perak.

S: Apakah cara yang digunakan oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam untuk
menyekat perkembangan agama Kristian di Asia Tenggara?
J: Dengan cara menaungi kerajaan kecil dan menakluk negeri-negeri di Tanah Melayu.

S: Mengapakah Acheh digelar Serambi Makkah


J: Kerana menjadi tempat persinggahan jemaah haji Asia Tenggara dalam perjalanan
ke Makkah untuk menunaikan haji.

S: Apakah bukti Islam telah bertapak di Brunei pada tahun 977 M?


J: Berdasarkan catatan China yang mengatakan Brunei menghantar seorang pembesar
Pu Ali, ke China.

S: Siapakah pendakwah Islam yang dapat menyebarkan Islam ke Brunei dan wilayah
Borneo?
J: Pendakwah tersbut ialah Syariff Ali Mufaqih Muqqadam (Syariff Berkat).

S: Apakah kesan pengislaman Brunei?


J: Islam turut tersebar ke kepulauan Sulu dan juga Mindanao.

S: Apakah peranan pusat kebudayaan Islam yang telah wujud di Perlak, Samudera-
Pasai, Riau dan Acheh?

J: Ia berperanan sebagai pusat ilmu pengetahuan di samping bertindak sebagai pusat


penyebaran Islam.

S: Apakah yang terdapat di pusat kebudayaan Islam ini?


J: Di Pusat Kebudayaan ini tedapat institusi pendidikan dan golongan cerdik pandai.
26
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Apakah peranan pusat kebudayaan Islam pada zaman keagungan kerajaan


Samudera-Pasai?
J: Ia menjadi pusat penterjemahan kitab bahasa Arab ke Bahasa Melayu dan ulama
serta cerdik pandai di sini menjadi pakar rujuk kepada ulama luar contohnya Sultan
Mahmud Syah (Melaka) pernah merujuk ulama Samudera-Pasai tentang masalah
agama.

S: Apakah hasil kesusasteraan yang terpengaruh dengan gaya bahasa Arab pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka?
J: Hasil kesusasteraan tersebut ialah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir
Hamzah dan Hikayat Nabi bercukur.

S: Apakah keistimewaan ajaran Islam sehingga penduduk Asia Tenggara tertarik untuk
menganut agama Islam?
J: Kemurnian ajaran Islam merangkumi semua bidang termasuk konsep Tuhan Yang
Maha Esa, keadilan, hak individu dan masyarakat serta kebahagiaan hidup di dunia
dan akhirat.

S: Apakah kesan pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia
Tenggara?
J: Institusi beraja diubahsuai menjadi institusi kesultanan (warisan kerajaan Abbasiyah
dan Turki Uthmaniyah) dan Sultan menjadi ketua negara, mufti menjadi penasihat
sultan seterusnya wujud juga pegawai agama seperti kadi, khatib, bilal.

S: Apakah yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan Islam di Asia Tenggara bagi
menjamin kesejahteraan rakyat dan negeri?
J: Memperkenalkan undang-undang Syariah.

S: Apakah nama kanun yang mempunyai ciri-ciri sebuah perlembagaan yang terdapat di
Acheh?
J: Ia dikenali sebagai Kanun Mahkota Alam.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan system Pendidikan pondok?


J: Sistem Pendidikan pondok ialah pusat pengajian Islam yang terdapat di Pattani dan
Tanah Melayu manakala di Jawa, dinamakan pesantren dan di Acheh, dinamakan
dayah.

S: Apakah mata pelajaran yang diajar di pondok?


J: Mata pelajaran yang diajar ialah diajar di pondok ialah Fikah, Usuludin, Tasauf, Hadis
dan Tafsir. Bahasa pengantarnya ialah bahasa Melayu dan bahasa Arab.

S: Apakah tulisan yang menjadi tulisan rasmi menggantikan tulisan Palava Dewanagari
( tulisan zaman Hindu Buddha )?
J: Tulisan jawi yang berasal daripada tulisan Arab (al-Quran) yang diubahsuai dengan
perkataan Melayu.

S: Bagaimanakah cara hidup masyarakat Asia Tenggara sebelum Islam?


J: Sebelum Islam cara hidup masyarakat di Asia Tenggara mengamalkan Anismisme,
Hindu dan Buddha.
27
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Bagaimanakah cara hidup masyarakat Asia Tenggara selepas kedatangan Islam?


J: Selepas kedatangan Islam cara hidup diasimilasikan seperti bertudung dan
bersongkok. Selain itu, Islam dijadikan ‘ad-din‘ iaitu cara hidup lengkap dan
menyeluruh. Kedatangan Islam turut mengubah sistem sosial seperti konsep
persaudaraan, persamaan, tolong-menolong dan gotong-royong.

S: Apakah kesan pengaruh Islam yang dapat dilihat dalam bidang ekonomi?
J: Kewujudan institusi Baitulmal di Acheh pada zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota
Alam yang berfungsi sebagai perbendaharaan negara dan hasilnya diperoleh
daripada zakat dan fitrah.

BAB LAPAN (PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM


KEDATANGAN BARAT)

S: Apakah istilah yang digunakan untuk mengantikan konsep dewa-raja berasaskan


agama Hindu Buddha selepas kedatangan Islam?
J: Konsep dewa-raja digantikan kepada Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh
bermaksud bayangan Allah di muka bumi.

S: Apakah maksud gelaran Khalifahtul mukminin?


J: Ia bermaksud pemimpin orang mukmin

S: Siapakah sultan yang menggunakan gelaran Khalifahtul mukminin?


J: Sultan yang menggunakan gelaran Khalifahtul mukminin ialah Sultan Mahmud
Shah Melaka dan Sultan Abdul Ghaffur Muhyidin Pahang.

S: Apakah nasab keturunan Sultan selepas kedatangan Islam?


J: Selepas kedatangan Islam tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain dirujuk sebagai
nasab Sultan.
S: Apakah yang digunakan dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan raja-raja
Melayu?
J: Konsep daulat.

S: Bagaimanakan daulat seseorang raja diperkukuhkan?


J: Daulat raja diperkukuhkan dengan berbagai-bagai adat, cara berpakaian, bahasa
pengucapan dan tingkah laku digunakan untuk menggambarkan kedaulatan Sultan
yang memerintah termasuklah adat istiadat pertabalan.

S: Apah dia undang-undang tidak bertulis?


J: Undang tidak tidak bertulis undang-undang adat iaitu adat Perpatih dan adat
Temenggung.

S: Di manakah adat ini diamalkan?


J: Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning, manakala negeri-negeri lain
mengamalkan adat Temenggung.

S: Apakah asas pentadbiran dan penyelesaian masalah dalam adat Perpatih?


J: Dalam adat Perpatih asas pentadbiran dan penyelesaian masalah berdasarkan
musyawarah yang dihadiri oleh semua perwakilan suku.
28
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Siapakah yang mengasaskan adat Perpatih?


J: Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar
Ruyung.

S: Siapakah yang mengasaskan adat Temenggung?


J: Adat Temenggung diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang berasal dari
Palembang.

S: Adat Perpatih mengutamakan jurai keturunan ibu, dan anak perempuan diberi hak
mewarisi harta. Bagaimana pula dengan adat Temenggung?
J: Adat Temenggung pula mengutamakan jurai keturunan bapa, dan pembahagian harta
pusaka diutamakan kepada anak lelaki bersesuai dengan hukum faraid dalam Islam.

S: Apakah contoh undang-undang bertulis yang terdapat pada zaman kesultanan


Melayu?
J: Contoh undang-undang bertulis seperti hukum kanun Melaka, Undang-undang laut
Melaka, Undang-undang Pahang, Undang-undang Kedah, Undang- undang 99 Perak
dan Undang-undang Johor.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan tidak formal?


J: Pendidikan awal yang berlaku dalam institusi keluarga.

S: Apakah yang diberikan dalam pendidikan tidak formal?


J: Penekanannya adalah terhadap nilai-nilai moral melalui pendengaran, penglihatan
dan pemerhatian.

S: Bagaimanakah nilai murni diserap dalam pendidikan tidak formal?


J: Nilai murni diserap melalui cerita lisan seperti cerita binatang, dan cerita jenaka kerana
kaedah bercerita sangat berkesan kerana digemari oleh kanak-kanak.

S: Selain kaedah bercerita, adakah cara lain yang digunakan dalam pendidikan tidak
formal?
J: Ya, ada. Selain bercerita, melalui pantun seperti Siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong lama-lama mencuri mengajar kanak-kanak berkelakuan baik dan
tidak berbohong.

S: Apakah kesan kedatangan Islam terhadap corak pendidikan formal?


J: Dengan kedatangan Islam corak pendidikan formal tidak lagi terhad kepada golongan
atasan semata-mata, sebaliknya semua golongan terlibat.

S: Apakah yang menjadi teras dalam pendidikan formal?


J: Pendidikan berteraskan agama.

S: Dimanakah pendidikan formal dijalankan?


J: Ia dijalankan dibeberapa tempat seperti istana, masjid, rumah, surau madrasah dan
pondok.

29
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Apakah fungsi istana sebagai institusi pendidikan?


J: Istana berfungsi sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan. Sejarah Melayu
mencatatkan peranan Melaka sebagai pusat pengajian agama. Istana juga
berperanan sebagai tempat menyimpan buku hikayat

S: Mengapakah masjid dan surau merupakan tempat yang paling ideal untuk
mengembangkan ilmu-ilmu Islam?
J: Kerana ia merupakan pusat pertemuan dan berkumpulnya masyarakat.

S: Apakah penekanan yang diberi kepada pelajar pondok?


J: Penekanan diberi kepada pelajaran agama.

S: Apakah perbezaan sistem pendidikan madrasah dengan sistem pondok?


J: Sistem pendidikan madrasah berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan
secara kelas manakala sistem pondok tidak mempunyai batasan waktu, adakalanya
mengambil masa selama sepuluh tahun.

S: Apakah pengaruh yang paling ketara dalam bidang bahasa dan kesusasteraan
selepas kedatangan Islam?
J: Pengaruh yang paling ketara ialah tulisan jawi. Ia telah diubah-suai dari huruf Arab
dan menjadi saluran bacaan serta penulisan. Manakala dalam bidang kesasteraan,
penulisan karya telah berkembang dalam bentuk prosa dan puisi.

S: Apakah bidang kesenian yang paling menonjol selepas kedatangan Islam?


J: Kesenian yang paling menonjol kepada orang Melayu selepas kedatangan Islam ialah
seni bina seperti Masjid yang mempunyai ciri-ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga
dan bumbung.

S: Apakah perubahan gaya hidup orang Melayu selepas kedatangan Islam?


J: Gaya hidup orang Melayu berubah daripada perubahan prinsip akidah, kepada
syariah seterusnya akhlak.

S: Apakah kesan yang dapat dilihat dari segi hubungan dan pertalian kekeluargaan
melalui ajaran Islam?
J: Kesan yang dapat dilihat ialah dari segi hubungan dan pertalian kekeluargaan yang
rapat bagi menjamin kesejahteraan hidup. Ibu bapa dan orang yang lebih tua
dihormati. Orang Muda hendaklah merendahkan suara ketika bercakap dengan orang
yang lebih tua.

S: Mengapakah Orang Melayu terlibat dalam perdagangan?


J: Kerana Islam turut menyarankan aktiviti perdagangan kerana Nabi Muhammad s.a.w
sendiri pernah terlibat dalam bidang perniagaan.

S: Apakah yang dilakukan oleh kerajaan Melaka Untuk memastikan perdagangan


berjalan lancar?
J: Melaka mewujudkan jawatan Laksamana untuk menjaga urusan kelautan dan
syahbandar sebagai ketua pelabuhan serta Melaka telah memperkenalkan undang-
undang laut dan sistem sukat timbang.

30
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Apakah tujuan mata wang digunakan dalam perdagangan?


J: Mata wang digunakan untuk memudahkan urusan perdagangan dan jual beli.

S: Apakah mata wang yang digunakan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
J: Mata wang timah berbentuk bulat dan beratnya satu kati lapan tahil. Selain itu, mata
wang Pasai, Hormuz dan Cambay juga digunakan di Melaka dan boleh ditukarkan
dengan mata wang tempatan.
S: Apakah yang dimaksudkan dengan cukai pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
J: Cukai merupakan bayaran yang dikenakan oleh pemerintah terhadap aktiviti yang
tertentu.

S: Apakah tujuan cukai diperkenalkan?


J: Cukai merupakan sebahagian pendapatan kerajaan kemudian disalurkan untuk
pembangunan negara.

S: Apakah cukai tetap?


J: Cukai tetap (eksport) ialah cukai yang dikenakan kepada pedagang India, Ceylon,
Tanah Arab, Siam dan Pegu iaitu sebanyak 6% daripada nilai barangan yang dibawa
.
S: Apakah jenis barangan yang tidak dikenakan cukai?
J: Barangan seperti beras dan makanan tidak dikenakan cukai.

S: Apakah penegasan yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun
Pahang.
J: Larangan amalan riba.

S: Apakah yang disarankan kepada golongan kaya dan berkemampuan?


J: Mereka disarankan supaya membayar zakat.

BAB SEMBILAN (PERKEMBANGAN DI EROPAH)

S: Mengapakah zaman Pertengahan awal di Eropah dikenali dengan zaman gelap?


J: Ia dikenali sebagai zaman gelap kerana Eropah pada waktu itu mengalami
kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan. Selain
itu juga tidak terdapat sistem pentadbiran pusat yang berkesan.

S: Apakah yang menyebabkan kuasa pusat yang mentadbir wilayah musnah?


J: Keruntuhan empayar Rom Barat.

S: Apakah peranan tuan tanah (Baron) .


J: Tuan tanah menjadi pelindung kepada petani.

S: Sebagai pertukaran, apakah petani petani harus lakukan?


J: Sebagai pertukaran petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah.

S: Apakah yang akan berlaku sekiranya petani tidak mampu membayar cukai?
J: Petani yang tidak berkemampuan, menyerahkan tanah mereka kepada tuan tanah
dan menjadi hamba.
31
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Golongan manakah yang sangat berkuasa pada zaman pertengahan di Eropah?


J: Pada zaman pertengahan di Eropah, Gereja Katolik merupakan institusi yang sangat
berkuasa dan memiliki harta yang banyak.
S: Apakah fokus utama gereja pada masa itu?
J: Fokus utama gereja pada masa itu ialah kepada kegiatan agama dan tentang
akhirat.

S: Mengapakah kegiatan perdagangan tidak meluas pada zaman gelap?


J: Kegiatan perdagangan tidak meluas pada zaman gelap kerana perdagangan di
perairan pantai Utara dan Barat sering diserang oleh orang gasar seperti Viking dan
Magyar.

S: Mengapakah orang Eropah tidak berdagang di Timur jauh?


J: Orang Eropah tidak berdagang di Timur jauh kerana kawasan Mediteranean
dikuasai oleh orang Islam.

S: Apakah yang menjadi asas kepada pembentukan sistem feudal di Eropah?


J: Ikatan di antara golongan rakyat dengan tuan tanah serta raja menjadi asas kepada
pembentukan sistem feudal di Eropah.

S: Apakah maksud Renaissance?


J: Renaissance berasal daripada perkataan Itali iaitu renisciment yang membawa
maksud ‘kelahiran semula’

S: Apakah tumpuan yang diberikan pada zaman Renaissance?


J: Pada asasnya zaman Renaissance memberi tumpuan kepada keupayaan manusia
berfikir untuk menyelesaikan permasalahan mereka.

S: Apakah yang kaitkan dengan aliran pemikiran ‘humanisme’?


J: Aliran pemikiran ‘humanisme’ meletakkan manusia sebagai subjek penentu dan
perkembangan hidupnya.

S: Siapakah bapa Humanisme?


J: Francesco Petrarch dikenali sebagai bapa Humanisme.

S: Siapakah tokoh-tokoh Renasissane?


J: Antara tokoh Renasissane ialah Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio.

S: Mengapakah semangat inkuiri menjadi sebab Perkembangan Zaman Renaissance?


J: Kesungguhan manusia mencari penyelesaian hidup dan kesediaan meneroka bidang
dan kawasan baru.

S: Apakah bandar-bandar terkenal yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa di


Itali semasa zaman Renaissance?
J: Antara bandar tersebut ialah Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan.

S: Apakah peranan Paus dan golongan gereja di Rom pada zaman Renaissance?
J: Paus dan golongan gereja menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan.

32
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Mengapakah pihak gereja bermasalah dengan ahli sains dan matematik?


J: Pihak gereja bermasalah dengan ahli sains dan matematik kerana bimbang saintis
akan mencabar pemikiran yang didokong oleh gereja.

S: Bagaimanakah pihak gereja mengatasi masalah tersebut?


J: Penguasa gereja memberikan tumpuan kepada kegiatan seni lukis dan seni ukir
sahaja.

S: Siapakah yang diupah Paus Julius II untuk menghiasi gereja dan katedral St Peter di
Rom?
J: Paus Julius II mengupah pelukis dan pengukir terkenal Leonardo da Vinci, Raphael
dan Michelangelo menghiasi gereja dan katedral St Peter di Rom.

S: Apakah penekanan konsep pendidikan pada zaman Renaissance?


J: Penekanan pada zaman Renaissance lebih kepada pembinaan kemahiran dalam
semua aspek intelektual serta fizikal individu.

S: Apakah peranan golongan pedagang yang kaya untuk mengindahkan bandar -


bandar di Itali?
J: Golongan pedagang yang kaya menjadi penaung kepada para pelukis, ahli muzik,
saintis dan penulis.

S: Apakah kesan zaman Renaissance dalam bidang pendidikan?


J: Renaissance telah bertanggungjawab merintis kepada perkembangan pelbagai
bidang ilmu sains seperti biologi, fizik, kimia dan perubatan.

S: Apakah kesan zaman Renaissance dalam bidang politik?


J: Kesan penting zaman Renaissance dalam bidang politik ialah kemunculan golongan
monarki baru. Kekuatan dan kekuasaan monarki baru terletak kepada kerajaan pusat
dan kesatuan kebangsaan

S: Apakah kesan zaman Renaissance dalam bidang ekonomi?


J: Kesannya kegiatan ekonomi sara diri kian pupus, sebaliknya sistem perdagangan
tempatan dan antarabangsa semakin berkembang luas.

S: Apakah kesan zaman Renaissance dalam bidang sosial?


J: Berlaku perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup. Manusia zaman Renaissance
menzahirkan emosi dan perasaan melalui muzik, lukisan dan ukiran yang dihasilkan.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan Reformation?


J: Ia berasal daripada perkataan Reform yang membawa maksud pembaharuan
terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang baik.

S: Apakah yang dikaitkan dengan gerakan Refomation di Eropah Barat?


J: Ia dikaitkan dengan pembaharuan agama kristian di Eropah Barat.

33
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Mengapakah gereja Katolik dikritik?


J: Dikritik kerana gereja Katolik meningkatkan usaha pembangunan keduniaan dan
penguasa Gereja dikatakan cenderung mengamalkan gaya hidup pemerintah dan
bangsawan yang tidak mencerminkan kehidupan beragama.

S: Mengapakah masyarakat mempersoalkan kedudukan dan amalan gereja Katolik?


J: Ini disebabkan berlaku kepincangan, rasuah dan penyelewengan gereja Katolik.

S: Apakah penyelewengan yang dilakukan oleh gereja Katolik?


J: Penjualan sijil Indulgences (surat pengampunan kepada penganut Kristian yang telah
melakukan dosa) dan penjualan sijil pengampunan ini telah merebak keseluruh
Eropah.

S: Di manakah zaman Reformation bermula?


J: Zaman Reformation bermula di Jerman.

S: Apakah factor yang membantu kejayaan zaman Reformation?


J: Kejayaan zaman Reformation dibantu oleh penciptaan mesin cetak yang dicipta oleh
Johann Guternberg.

S: Mengapakah penciptaan mesin dikatakan membantu kejayaan zaman Reformation?


J: Penciptaan mesin cetak membolehkan bible dicetak dalam masa yang singkat dengan
harga yang murah.

S: Siapakah Reformation yang menentang penjualan sijil Indulgences?


J: Martin Luther (Prof. Ilmu teologi)

S: Apakah kesan tindakan Luther mempersoalkan gereja Katolik dan golongan paderi?
J: Telah mewujudkan mazhab Protestant dan menandakan bermulanya zaman
Reformation.

S: Siapakah yang memimpin gerakan Reformation di Switzerland?


J: Gerakan ini dipimpin oleh Zwingli kemudian dipimpin oleh John Calvin selepas
kematian Zwingli.

S: Apakah kesan gerakan Reformation di Eropah?


J: Menyebabkan Eropah berpecah kepada Mazhab Katolik dan Protestan.

S: Di manakah berlakunya peperangan mengikut mazhab kesan daripada zaman


Refomation?
J: Perang keagamaan berlaku di Perancis (1562-1598) dan perang 30 tahun (1618-
1648) yang melibatkan Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark dan Sweden.

S: Apakah kesan zaman Refomation dalam bidang pendidikan?


J: Jangka masa panjang timbul sikap toleransi antara penganut pelbagai mazhab
Kristian. Mereka mempergiatkan pendidikan dalam penyebaran fahaman mereka.

34
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Apakah kesan yang berlaku terhadap kuasa gereja?


J: Kuasa Gereja telah dicabar secara terbuka dan kuasa Gereja terhadap kerajaan
berkurangan disebabkan monarki ingin membebaskan diri daripada penguasaan
Paus di Rom.

S: Mengapakah Eropah terpaksa mencari laluan alternatif ke Timur?


J: Setelah Turki menguasai Istanbul pada tahun 1453.

S: Apakah faktor-faktor penjelajahan pelaut-pelaut Eropah?


J: 1. Ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera dan rempah ratus di Timur.
2. Galakkan Raja Sepanyol dan Raja Portugal.
3. Persaingan Sepanyol dan Portugal.
4. Menyebarkan agama Kristian.
5. Perdagangan rempah dan sutera mendatangkan keuntungan yang besar.

S: Bagaimanakah Paus di Rom menyelesaikan persaingan Sepanyol dan Portugal?


J: Menandatangani PerjanjianTordesillas pada tahun 1494.

S: Apakah yang terkandung dalam Perjanjian Tordesillas?


J: Membahagikan kawasan ke Timur dari kepulauan Tanjung Verde dan Hindia Barat di
Lautan Atlantik sebagai kawasan Portugal manakala kawasan ke Barat sebagai
kawasan Sepanyol.

S: Apakah kesan ekonomi penjelajahan terhadap masyarakat setempat?


J: Daerah luar Amerika telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah
dan barangan yang dibawa dari Timur telah memperkaya ekonomi dan gaya hidup
masyarakat Eropah.

S: Apakah kesan politik penjelajahan terhadap masyarakat setempat?


J: Penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil tempatan dan
melalui perjanjian ini secara langsung atau tidak telah mengiktiraf kekuatan kuasa
Eropah.

S: Apakah kesan sosial penjelajahan terhadap masyarakat setempat?


J: Masyarakat setempat mula terpengaruh dengan gaya hidup masyarakat Eropah.
Ada di daerah tertentu masyarakat peribumi menerima agama Kristian yang dibawa
oleh Mubaligh Kristian.

S: Mengapakah semasa Revolusi Pertanian, makanan dapat dihasilkan secara besar-


besaran?
J: Terdapat perubahan dalam sistem pemilikan tanah.

S: Adakah sebab-sebab lain?


J: Ya, ada.Terdapat penggunaan peralatan baru merangkumi penanaman yang lebih
efisien, penggunaan peralatan baru serta penggunaan baja dan kaedah pemasaran
produk pertanian secara lebih meluas dan berkesan.

S: Apakah sistem pemilikan tanah sebelum revolusi pertanian?


J: Sistem pemilikan tanah terbahagi kepada tanah persendirian dan tanah awam.

35
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Apakah yang maksudkan dengan tanah persendirian?


J: Tanah persendirian dipunyai oleh orang perseorangan iaitu golongan kaya.

S: Apa pula tanah awam?


J: Tanah awam juga sebenarnya tanah yang dimiliki oleh orang perseorangan.
Bagaimanapun, rakyat biasa di Britain dibenarkan menggunakan tanah untuk
bercucuk tanam secara kecil-kecilan,memelihara binatang ternakan atau memburu
binatang.

S: Mengapakah tuan tanah mendesak Parlimen meluluskan akta bagi memagar tanah?
J: Tuan tanah mahu memanfaatkan tanah awam untuk tujuan pertanian secara besar-
besaran ditambah lagi pada waktu itu harga gandum kian meningkat.

S: Apakah kesan penting daripada kelulusan Akta Pemagaran Tanah?


J: Tersedia kawasan yang lebih luas untuk penanaman secara besar-besaran, rakyat
biasa yang bergantung kepada tanah awam kehilangan punca rezeki dan golongan
petani menjadi buruh di ladang.

S: Siapakah yang telah memperkenalkan teknik penggiliran tanaman?


J: Lord Townshend.

S: Apakah kelebihan kaedah ini?


J: Kaedah ini membolehkan semua tanaman hidup dengan subur, tanpa meninggalkan
ruang tanah yang kosong.

S: Bagaimanakah kaedah ini dilaksanakan?


J: Mengikut kaedah ini, tanah digunakan secara berterusan sepanjang tahun dengan
menanam jenis tanaman yang berbeza mengikut musim.

S: Apakah alatan pertanian yang dicipta oleh Jethro Tull?


J: Alatan untuk kegunaan menggali dan menugal. Alat ini membolehkan banyak lubang
digali secara serentak dan secara tidak langsung membolehkan penugalan serta
penanaman biji benih dijalankan dengan lebih pantas.

S: Apakah sumbangan revolusi Pertanian terhadap perkembangan Revolusi


Perindustrian di Britain?
J: Revolusi Pertanian memberi sumbangan dari segi penyediaan modal. Peladang kaya
telah melabur lebihan modal mereka dalam bidang perindustrian.

S: Mengapakah Britain tidak perlu lagi mengimport makanan dari luar untuk menampung
keperluan pekerja kilang?
J: Revolusi pertanian menyediakan makanan yang mencukupi untuk menampung
keperluan pekerja kilang yang kian meningkat.

S: Bagaimanakah cara para pemodal mengawal kos pengeluaran mereka?


J: Bagi mengawal kos, para pemodal tidak melibatkan kegiatan industri mereka dalam
terlalu banyak bidang sebaliknya mereka mengkhusus dalam bidang tertentu misalnya
dalam bidang tekstil.

36
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Bagaimanakah pengkhususan kerja mendatangkan keuntungan kepada majikan dan


pekerja?
J: Kerana mereka semakin mahir dan dapat menimba pengalaman untuk memperbaiki
prestasi. Akibatnya kuantiti dan kualiti barangan dapat dipertingkatkan.

S: Apakah kelebihan penggunaan mesin berkuasa wap?


J: Penggunaan mesin berkuasa wap membolehkan para pengusaha dapat
mengeluarkan barangan dalam kuantiti yang banyak dengan kos pengeluaran yang
lebih rendah dan menyebabkan harga barangan murah.

S: Di manakah enjin berkuasa wap yang dicipta oleh Thomas Newcomen digunakan?
J: Enjin berkuasa wap yang dicipta oleh Thomas Newcomen telah digunakan secara
meluas dalam dalam perlombongan arang batu.

S: Apakah kesan Revolusi Perindustrian?


J: Kesan Revolusi Perindustrian telah membawa perubahan dalam bidang sosial dan
ekonomi. Kegiatan pembuatan dan pengilangan telah mula menggantikan kegiatan
pertanian sebagai bidang utama ekonomi Negara.

S: Bagaimanakah kedudukan sosial tuan-tuan tanah kesan daripada Revolusi


Perindustrian?
J: Berlaku perubahan kedudukan sosial tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam
masyarakat digantikan oleh para pengusaha atau pemilik kilang.

S: Mengapakah Britain dapat mengendalikan perdagangan antarabangsa?


J: Britain dapat mengendalikan perdagangan antarabangsa kerana merupakan Negara
penjajah dan kuasa maritim yang ulung pada abad ke-18 dan ke-19.

S: Mengapakah Britain memerlukan bahan mentah yang banyak?


J: Britain memerlukan bahan mentah yang banyak kerana industrinya berkembang
pesat.

S: Apakah perubahan besar yang berlaku dalam sistem pengangkutan domestik?


J: Perubahan besar ialah dengan rekaan dan penggunaan kereta api. Rekaan enjin
berkuasa wap membolehkan gerabak dipacu lebih laju dan menarik lebih banyak
gerabak untuk mengangkut barangan dan pekerja kilang.

S: Apakah perubahan yang berlaku dalam sistem pengangkutan laut?


J: Sistem pengangkutan laut telah direvolusikan dengan kemunculan dan penggunaan
kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap.

S: Apakah yang menyebabkan menyebabkan kemahiran pekerja penenunan dan tukang


jahit tradisional tidak diperlukan.
J: Penciptaan mesin tekstil.

S: Apakah yang dikaitkan dengan pergerakan Luddite?


J: Ia berkaitan tindakan pekerja mahir memprotes dan memusnahkan mesin-mesin
pemidang yang digunakan dalam industri tekstil.

37
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Apakah yang terkandung dalam Akta Kombinasi?


J: Akta Kombinasi melarang para pekerja bergabung dan bermuafakat untuk
mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan.

S: Apakah yang terkandung dalam Akta Kilang 1833?


J: Mengikut akta ini, kanak-kanak berumur 9 tahun dilarang bekerja dan mereka
dimestikan ke sekolah. Selain itu, Kanak-kanak yang layak bekerja, had masa
bekerja tidak melebihi 9 jam. Manakalan majikan mesti menjamin keselamatan
pekerja mereka di kilang.

S: Apakah kesan pemansuhan akta anti penggabungan pada tahun 1824?


J: Keadaan perburuhan bertambah baik dan penubuhan kesatuan sekerja telah
diizinkan.

S: Apakah yang terkandung dalam Akta lombong yang diperkenalkan pada tahun 1842?
J: Akta ini telah melarang penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam
perusahaan arang batu.

S: Apakah yang terkandung dalam Akta 10 jam diperkenalkan pada tahun 1847?
J: Akta ini telah melarang buruh wanita bekerja lebih daripada 10 jam.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan Imperialisme?


J: Imperialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesebuah negara ke atas sesebuah
Negara yang lain.

S: Apakah faktor yang mendorong imperialisme?


J: Untuk mendapatkan bahan mentah bagi kilang perindustrian mereka.

S: Mengapakah kewujudan sistem jalan kereta api dan ciptaan kapal wap mendorong
imperialisme?
J: Perkembangan sistem pengangkutan ini telah memudahkan perhubungan dan
mempercepatkan perjalanan.

S: Mengapakah Britain terpaksa mencari pasaran di Asia dan Afrika pada tahun 1830-
an?
J: Britain terpaksa bersaing dengan Negara Eropah dan Amerika kerana Negara-negara
tersebut melindungi industri mereka dengan peraturan tarif.

S: Mengapakah terdapat semangat perlumbaan dalam kalangan masyarakat di Eropah


untuk saling mengatasi antara satu sama lain dalam kegiatan menakluk kawasan luar?
J: Sesetengah mereka beranggapan, pemilikan tanah jajahan sebagai simbol yang
menandakan mereka telah menjadi kuasa yang kuat.

S: Apakah slogan yang mereka gunakan untuk menjustifikasikan tindakan mereka


menjajah negara luar?
J: Orang Inggeris menggunakan istilah the white man’s burden, orang Perancis sebagai
mission civilisatrice, orang Jerman sebagai tugas menyebarkan budaya dan orang
Amerika sebagai the blessings of the Anglo-Saxon protection

38
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

BAB SEPULUH (DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI


NEGARA)

S: Wilayah manakah yang dikenali sebagai Suvarnabhumi (Bumi Emas)?


J: Suvarnabhumi (Bumi Emas) merujuk kepada Tanah Melayu.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi sara diri?


J: Pengeluaran dalam bentuk skala kecil, menggunakan teknologi mudah, modal yang
kecil, jumlah buruh yang terhad dan pasaran yang kecil.

S: Apakah kegiatan ekonomi tradisional masyarakat Melayu?


J: Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti memungut hasil hutan, menternak
binatang dan menangkap ikan secara kecil-kecilan.

S: Apakah yang dilakukan oleh orang Melayu terhadap lebihan hasil pengeluaran?
J: Lebihan pengeluaran digunakan untuk kenduri kendara, tukar barang dan bayaran
zakat. Selain itu, adakalanya disimpan untuk memastikan kelangsungan bekalan
makanan.

S: Apakah peralatan yang digunakan oleh masyarakat Melayu dalam menjalankan


kegiatan pertanian secara tradisional?
J: Peralatan asas yang digunakan diperbuat daripada bahan yang ada di sekitar mereka
contohnya dalam penanaman padi mereka menggunakan peralatan seperti tajak,
cangkul, tugal dan tenggala.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi dagangan?


J: Ekonomi dagangan bermaksud kegiatan pertanian atau perlombongan yang
melibatkan lebihan pengeluaran untuk tujuan eksport. Pengeluaran dalam jumlah
yang besar dengan menggunakan sumber tenaga buruh yang banyak dan modal yang
besar, teknologi moden dan pasaran yang lebih meluas.

S: Bagaimanakah kegiatan ekonomi selepas kedatangan British?


J: Berlaku kepesatan kegiatan ekonomi. Dasar ekonomi British telah menyebabkan
aktiviti ekonomi tradisional terutama di kawasan luar Bandar terpinggir dan ketingalan.

S: Apakah dasar ekonomi British ini?


J: Ini telah mewujudkan dua jenis ekonomi iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi
komersial.

S: Apakah kesan penumpuan British kepada aktiviti ekonomi di Pantai Barat?


J: Ia telah menyebabkan ketidakseimbangan pembangunan di antara negeri-negeri di
Pantai Barat dengan negeri-negeri di Pantai Timur.

S: Bagaimanakah kegiatan perlombongan bijih sebelum kedatangan British?


J: Kebanyak lombong dikuasai oleh pembesar Melayu dan diusahakan oleh buruh-buruh
tempatan. Bijih timah dilombong dengan menggunakan teknik mendulang di kawasan
sungai.

39
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Siapakah pembesar Melayu yang menguasai kawasan perlombongan di Tanah


Melayu?
J: Antara pembesar yang memiliki kawasan lombong bijih ialah Long Jaafar, Ngah
Ibrahim, Raja Jumaat (Selangor), Datuk Kelana Putra, Datuk Bandar dan Datuk Muda
Linggi (di Sungai Ujong)

S: Bagaimanakah cara mengatasi kekurangan tenaga buruh dalam sektor


perlombongan?
J: Buruh luar dari China telah dibawa masuk pada pertengahan kurun ke-19.

S: Mengapakah British memberi penekanan kepada pertanian komersial?


J: British memberi penekanan kepada pertanian komersial kerana memberi sumbangan
kepada pendapatan kerajaan British di Tanah Melayu.

S: Mengapakah pada zaman penjajahan British, tanaman komersial banyak melibatkan


para pemodal dari Eropah dan China?
J: Mereka menguasai pertanian komersial kerana mempunyai modal, teknologi serta
konsesi tanah yang luas dan pajakan yang lama.

S: Mengapakah perkembangan Revolusi Perindustrian menyebabkan permintaan yang


tinggi terhadap getah?
J: Ia adalah akibat perkembangan industri membuat kereta.

S: Apakah yang menyebabkan harga getah melabung tinggi dan menjadikan perusahaan
getah penting di Tanah Melayu.
J: Perkembangan industri pembuatan seperti kasut, tayar basikal dan peralatn elektrik
meningkatkan permintaan terhadap getah.

S: Apakah galakan yang diberikan oleh British untuk meningkatkan perluasan kawasan
tanaman getah?
J: British menyediakan kadar sewa tanah dan tariff cukai yang rendah kepada
peladang yang ingin mengusahakan tanaman getah.

S: Apakah peranan H.N Ridley dalam usaha memperkembangkan perusahaan getah?


J: Ridley telah menyakinkan para peladang untuk menanam getah dan mengagihkan
benih getah secara percuma. Ridley juga telah memperkenalkan teknik torehan
ibidem yang lebih sesuai.

S: Bagaimanakah British mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam


perusahaan getah?
J: British telah membawa buruh pekerja asing terutamanya dari Selatan India untuk
bekerja dengan bayaran gaji yang murah.

S: Apakah menyebabkan kejatuhan harga getah di pasaran dunia 1929-1932?


J: Akibat kemelesetan ekonomi dunia.

S: Apakah yang membantu memulihkan nilai eksport getah selepas tahun 1934?
J: Disebabkan peningkatan permintaan dunia dan kawalan Negara pengeluar seperti
Rancangan Sekatan Stevenson.

40
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Mengapakah Bijih timah telah mendapat perhatian British?


J: Kerana sektor ini telah mendatangkan keuntungan yang lumayan akibat permintaan
yang tinggi.

S: Mengapakah pemodal Eropah berjaya menyaingi pemodal dari China dalam


perusahaan perlombongan bijih timah?
J: Kerana keupayaan menyediakan modal besar untuk menggunakan kapal korek.

S: Apakah faktor yang mendorong kedatangan buruh luar?


J: Galakan kolonial British dan kedatangan mereka tidak ditentang oleh orang Melayu,
kepesatan pembangunan Tanah Melayu akibat perkembangan perusahaan bijih timah
dan getah. Ditambah lagi dengan kestabilan politik yang wujud di Tanah Melayu.

S: Bagaimanakah cara kemasukan buruh China ke Tanah Melayu?


J: Cara kemasukan mereka ialah melalui sistem tiket kredit, sistem pengambilan
kakitangan dan sistem pengambilan rumah kongsi.

S: Bagaimanakah cara kedatangan melalui sistem tiket kredit?


J: Melalui sistem tiket kredit, bakal imigran dikumpulkan dari kampung-kampung dari
Negara China oleh Kheh-thau (ketua). Ketua akan dibayar sejumlah wang bagi
setiap imigran China.

S: Bagaimanakah cara kedatangan melalui sistem pengambilan kakitangan?


J: Majikan yang memerlukan tenaga buruh akan menghantar pegawainya ke China
untuk mendapatkan buruh. Segala tambang dan perbelanjaan dibiayai oleh majikan.
Pegawai terbabit akan memastikan buruh-buruh tersebut dihantar sehingga mereka
sampai ke tempat majikan.

S: Bagaimanakah cara kedatangan melalui sistem pengambilan rumah kongsi?


J: Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di Negara China yang dilantik oleh
sesebuah rumah kongsi. Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan
buruh-buruh tersebut sehingga sampai ke rumah kongsi. Apabila buruh tersebut
diserahkan kepada ketua rumah kongsi, pembawa buruh akan dibayar dengan kadar
tertentu seperti yang telah dipersetujui.

S: Bagaimanakah cara kemasukan buruh India ke Tanah Melayu?


J: Cara kemasukan mereka ialah melalui sistem buruh bebas, sistem kontrak dan sistem
kangani?

S: Bagaimanakah cara kemasukan buruh melalui sistem buruh bebas?


J: Melalui sistem buruh bebas mereka akan datang sendiri dengan pembiayaan masing-
masing. Kedatangan mereka diatur oleh orang perseorangan atau kumpulan tertentu
kerana kepentingan ekonomi.

S: Bagaimanakah cara kemasukan buruh melalui sistem kontrak?


J: Melalui sistem kontrak, majikan membiayai segala tambang dan perbelanjaan,
sebagai balasan mereka akan bekerja dalam tempoh masa tertentu dengan bayaran
yang paling minimum.

41
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Bagaimanakah cara kemasukan buruh melalui sistem kangani?


J: Melalui sistem ini, seseorang kangani yang diberi kepercayaan oleh majikan akan
diberi lesen dan pulang ke India untuk mencari tenaga buruh. Kangani diberi wang
pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai ke
Tanah Melayu.

S: Apakah jenis mata wang digunakan di Tanah Melayu selain di Melaka?


J: Dinar emas telah digunakan di Kelantan, wang dan kupang emas di Terengganu dan
jongkong tampang di Pahang.

S: Siapakah yang telah memperkenalkan penggunaan mata wang asing di Tanah


Melayu?
J: Kedatangan pedagang Eropah.

S: Apakah jenis mata wang asing yang pernah digunakan di Negeri-negeri Melayu dan
Negeri Selat?
J: Mata wang perak Sepanyol telah diperkenalkan pada tahun 1580 dan bertahan
selama 300 tahun digunakan di Negeri-negeri Melayu dan Negeri Selat.

S: Apakah tujuan pihak penjajah telah menubuhkan institusi kewangan atau bank?
J: Bagi mempercepat dan melicinkan urusan kewangan.

S: Apakah kesan pengenalan sistem kewangan moden?


J: Ia telah membolehkan dana dari luar Negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu
dengan lebih cepat dan mudah.

S: Apakah bank yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu?


J: Bank yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu ialah Mercantile Bank.

S: Apakah bank-bank luar yang ditubuhkan selepas perjanjian Pangkor?


J: The Chartered Bank ditubuhkan pada tahun 1875, Hong Kong and Shanghai Bank
pada tahun 1894 dan Algemene Bank Nederland pada tahun 1899.

S: Apakah bank-bank yang ditubuhkan oleh pemodal tempatan?


J: Pemodal tempatan telah menubuhkan Kwong Yik Bank pada tahun 1913, pada tahun
1920 Bank of Malaya ditubuhkan di Ipoh dan pada tahun 1935 Ban Hin Lee,
ditubuhkan di Pulau Pinang.

S: Apakah bank pertama yang ditubuhkan oleh orang Melayu?


J: Bank yang pertama ditubuhkan oleh orang Melayu ialah Malay National Banking
Corporation pada tahun 1947 di Kuala Lumpur.

S: Mengapakah insurans kebakaran menjadi penting pada akhir tahun 1890-an?


J: Insurans kebakaran menjadi penting kerana kebakaran menimbulkan banyak
masalah. Contohnya pada tahun 1881, berlaku kebakaran yang hampir
memusnahkan Bandar Kuala Lumpur dan pada tahun 1892, 100 buah kedai musnah
dalam kebakaran di Ipoh.

42
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Apakah syarikat perwakilan yang terkenal di Tanah Melayu yang menjadi wakil
syarikat asing yang beribu pejabat di luar negara?
J: Syarikat perwakilan yang terkenal di Tanah Melayu ialah Boustead and Company
yang ditubuhkan di Pulau Pinang mewakili Syarikat Royal Insurance Company dari
England.

S: Bilakah syarikat insurans tempatan ditubuhkan?


J: Pada akhir abad ke-19.

S: Apakah nama syarikat insurans tersebut?


J: Syarikat insurans tempatan tersebut ialah Straits Insurance Limited dan Khean Guan
Insurans Limited yang berpusat di Singapura dan Pulau Pinang.

S: Apakah dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh British yang meninggalkan kesan
positif terhadap masyarakat Melayu?
J: Dalam sektor pertanian British telah memperkenalkan tanaman baru seperti kopi,
tembakau dan getah yang mendapat pasaran yang baik diperingkat antarabangsa.

S: Bagaimanakah bentuk undang-Undang berhubung tanah sebelum kehadiran


British?
J: Segala hal yang berkaitan tanah seperti cukai dan aktiviti ekonomi di atas tanah
perlu mendapat kebenaran para pembesar Melayu.

S: Mengapakah sistem pemilikan dan corak penggunaan tanah yang dipraktikkan oleh
masyarakat Melayu sebelum ini tidak sesuai dengan sistem tanah di Barat?
J: Ini kerana sistem pemilikan tanah dalam kalangan masyarakat Melayu dikatakan tidak
mempunyai rekod dan catatan yang sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan
terhadapnya.

S: Mengapakah bagi pihak penjajah British, rekod bertulis penting bagi menjamin dan
mengesahkan hak pemilikan tanah?
J: Rekod ini memudahkan sebarang urusan pentadbiran seperti urusan cukai dan urus
niaga terhadap tanah seperti pajakan, sewa beli, penjualan dan pembelian. Tambahan
lagi mengikut konsep Barat tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal.

S: Mengapakah pihak British telah memperkenalkan undang-undang tanah


berkonsepkan sistem Barat?
J: Ia bagi memudahkan kerja pentadbiran tanah dan pembangunan ekonomi di samping
pemilikan tanah menjadi tunjang dalam sistem ekonomi penjajah.

S: Apakah alasan British meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu pada 25 November
1913?
J: Perundangan ini diperlukan demi menjamin kelangsungan masa depan ekonomi,
sosial dan politik orang Melayu di Tanah Melayu.

S: Apakah kuasa Residen dalam Akta Tanah Simpanan Melayu ini?


J: Residen berkuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan tanah milik orang Melayu
sebagai Tanah Simpanan Melayu (TSM).

43
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Mengapakah orang Melayu tidak dibenarkan sama sekali menanam sebarang


tanaman komersial di dalam kawasan Tanah Simpanan Melavu?
J: Ia sebenarnya bertujuan melindungi kepentingan ekonomi kerajaan penjajah.

S: Apakah tujuan Land Settlement Order dikuatkuasakan di Sarawak pada tahun 1933?
J: Akta ini bertujuan memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat peribumi.

S: Bagaimanakah undang-undang ini dapat melindungi tanah milik masyarakat


peribumi?
J: Melalui undang-undang ini pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui
pewarisan. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pemajakan, pemecahan dan
penjualan kepada orang luar.

S: Apakah undang-undang yang diwartakan oleh kerajaan British pada tahun 1889 bagi
melindungi kepentingan peribumi di Sabah?
J: Proklamasi III perlindungan Hak Peribumi.

S: Apakah yang terkandung dalam peraturan ini?


J: Peraturan ini menetapkan bahawa kepentingan hak milik tanah peribumi adalah di
bawah kuasa Pegawai Daerah dan segala urus niaga tanah dengan orang Eropah
perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi. Dalam pada itu, penduduk peribumi
berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.

S: Apakah dasar British terhadap pekebun kecil yang kebanyakannya terdiri daripada
orang Melayu?
J: Kerajaan penjajah British mahu mengekalkan orang Melayu sebagai golongan petani
dalam kerangka ekonomi penjajah.

S: Apakah tindakan British untuk memastikan perkara tersebut?


J: British telah memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang penanaman
getah di kawasan penanaman padi.

S: Apakah tujuan larangan tersebut?


J: Ia bertujuan untuk mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil getah
terutamanya daripada kalangan orang Melayu

S: Apakah langkah yang diambil oleh British terhadap kemerosotan harga getah di
pasaran dunia pada awal tahun 1930-an?
J: Mengamalkan dasar yang memberikan perlindungan kepada pemodal dan pengusaha
ladang dari Eropah menerusi rancangan Sekatan Stevenson 1922 dan Rancangan
Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934.

S: Apakah langkah yang diambil oleh pihak penjajah bagi mengelakkan pergantungan
yang berlebihan terhadap beras yang diimport?
J: Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah dan kerajaan British
telah menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air pada tahun 1930 bagj membaiki sistem
perparitan dan tali air demi membantu kegiatan penanaman padi.

44
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Apakah yang dimaksudkan dengan pembandaran?


J: Pembandaran bermaksud perubahan daripada pekan kecil atau kampung kepada
sebuah bandar hasil pertambahan fungsi atau kegiatan ekonominya.

S: Apakah yang menyebabkan berlakunya proses pembandaran?


J: Perkembangan pesat ekonomi terutama di kawasan yang kaya dengan sumber
semula jadi dan kawasan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah.

S: Apakah contoh bandar yang muncul akibat perkembangan perusahaan


perlombongan?
J: Bandar yang wujud ekoran kegiatan perlombongan bijih ialah Kuala Lumpur, Taiping
dan Seremban, manakala Bandar Miri di Sarawak pula muncul hasil daripada
perkembangan perlombongan petroleum.

S: Apakah faktor yang menggalakkan kemasukan ramai imigran dari China dan India
datang ke Tanah Melayu?
J: Kekayaan sumber alam, kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik telah menarik
minat lebih ramai imigran dari China dan India datang ke Tanah Melayu ditambah pula
British menggalakkan penghijrahan buruh asing untuk menampung keperluan sumber
tenaga manusia di Tanah Melayu.

S: Apakah kesan kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara kita?


J: Ia telah menyebabkan petempatan dan jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut
kaum. Orang Melayu yang bertani, tinggal di kawasan luar bandar, buruh India yang
kebanyakannya penoreh getah tinggal di kawasan estet manakala buruh dari China
berniaga dan bekerja di lombong tinggal di kawasan bandar.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pendidikan vernakular?


J: Sistem pendidikan vernakular ialah sistem pendidikan yang menggunakan bahasa
ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa pengantar.

S: Apakah kesan pengenalan sistem pendidikan vernacular di negara kita ketika itu?
J: Ia tidak mampu untuk memupuk perpaduan bangsa di Tanah Melayu pada ketika itu
kerana murid-murid daripada pelbagai kaum itu telah dipisahkan.

S: Mengapakah sekolah-sekolah Melayu yang ditubuhkan hanya pada peringkat sekolah


rendah dan kurikulum yang disediakan terbatas?
J: Ia bersesuaian dengan cita-cita British menjadikan anak Melayu sebagai petani yang
lebih baik daripada bapanya.

S: Apakah tujuan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang ditubuhkan di Tanjung
Malim, Perak, pada tahun 1922?
J: Ia bertujuan melatih guru sekolah Melayu.

S: Apakah sekolah yang ditubuhkan khusus untuk golongan elit Melayu?


J: Kolej Melayu Kuala Kangsar (1905).

45
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Pihak manakah yang bertanggungjawab menyediakan pendidikan Tamil kepada


masyarakat India?
J: Kerajaan British menyediakan pendidikan Tamil kawasan bandar manakala pihak
pengurusan ladang pula akan membiayai sekolah Tamil di Kawasan ladang.

S: Pihak manakah yang bertanggungjawab membiayai pendidikan masyarakat Cina?


J: Kewujudan sekolah Cina pula dibiayai oleh saudagar dari China.

S: Mengapakah Sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah elit?


J: Sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah elit kerana lokasinya terletak di bandar
sahaja dan pelajarnya terdiri daripada kalangan orang atasan. Sementara
kurikulumnya disusun berasaskan sistem Pendidikan di England.

S: Apakah yang telah memperlahankan perkembangan perusahaan perkilangan di


Tanah Melayu sebelum abad ke-20?
J: Ini adalah kerana hampir semua barangan perkilangan yang diperlukan telah diimport.

S: Apakah nama syarikat telah mendirikan dua buah kilang bagi menghasilkan kasut
getah untuk dieksport ke China?
J: Syarikat Shum Yip Leong.

S: Di manakah kilangnya didirikan?


J: Sebuah kilang telah didirikan di Setapak, Selangor, dan sebuah lagi di Tapah, Perak.

S: Adakah syarikat-syarikat lain yang dibina dalam memperkembangkan perusahaan


perkilangan?
J: Ada. Syarikat Kasut Bata menubuhkan sebuah kilang di Klang, Selangor, syarikat
seperti Fung Keong di Klang, Selangor, dan Kinta Rubber Works di Ipoh, Perak.

S: Apakah yang menyebabkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan


di Tanah Melayu?
J: Perkembangan pesat kegiatan perlombongan dan pertanian.

S: Apakah tujuan jalan kereta api dibina?


J: Ia bertujuan untuk mempercepat pengangkutan bijih timah dari kawasan
perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport.

S: Dimanakah jalan kereta api yang pertama dibina?


J: Jalan kereta api yang pertama telah dibina pada tahun 1885 menghubungkan Taiping
dengan Port Weld. Jalan kereta api yang lain turut dibina untuk menghubungkan
kawasan perlombongan di Kuala Lumpur dengan Port Swettenham (1889), kawasan
perlombongan di Seremban dengan Port Dickson (1891) kawasan perlombongan di
Ipoh dan di Tapah Road dengan Telok Anson (1895).

S: Apakah yang menggantikan jalan denai dan kereta lembu yang digunakan untuk
mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai?
J: Ia telah digantikan dengan jalan raya dalam bentuk berturap dan tanah merah.

46
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Apakah yang menyebabkan penggunaan jalan raya bertambah popular ?


J: Selepas pengenalan kenderaan bermotor pada tahun 1942.

S: Mengapakah perkhidmatan kesihatan merupakan salah satu keperluan asas yang


mendesak pada zaman penjajahan British?
J: Ini disebabkan kemasukan beramai-ramai buruh asing menyebabkan tempat tinggal
dan tempat kerja mempunyai kepadatan yang tinggi dan tidak dapat diurus dengan
baik ditambah lagi dengan bekalan air bersih juga tidak mencukupi.

S: Apakah kaitan masalah di atas dengan keperluan perkhidmatan kesihatan?


J: Semua masalah tersebut telah menyebabkan penyakit berjangkit mudah merebak
sama ada di kawasan bandar atau di luar bandar.

S: Apakah tindakan British dalam mengawal penyakit berjangkit tersebut?


J: Kerajaan British telah menubuhkan hospital serta pusat kesihatan dalam usaha
mengawal wabak penyakit tersebut.

S: Di manakah hospital kerajaan yang terawal dibina?


J: Hospital kerajaan yang terawal telah dibina di Taiping dan di Kuala Lumpur pada tahun
1898.

S: Selain hospital, apakah tindakan British untuk memberikan perkhidmatan kesihatan


yang baik?
J: Membina lebih banya pusat kesihatan. Menjelang tahun 1895, terdapat lebih kurang
29 buah pusat perubatan di Perak dan di Kuala Lumpur. Di Perak, hospital telah dibina
di Tanjung Malim, Batu Gajah, Gopeng, Kerian dan Kuala Kangsar.

S: Adakah British turut membina pusat kesihatan di Sabah?


J: Ya. Ada. Pada tahun 1913 beberapa buah hospital telah dibina di Sabah, iaitu di
daerah Jesselton (Kota Kinabalu), Sandakan, Beaufort, Kudat dan Tawau.

S: Bagaimanakah pula di Sarawak?


J: Di Sarawak pula, perkhidmatan perubatannya tertumpu di bahagian Kuching sahaja.
Selepas tahun 1921, barulah pusat perubatan kecil dibina di Sri Aman dan Sibu.

S: Selain membina hospital dan pusat perubatan, apakah usaha British untuk mengawal
wabak penyakit?
J: Usaha British untuk mengawal wabak penyakit dilakukan melalui penyelidikan. Untuk
itu, Institut Penyelidikan Perubatan (Institute For Medical Research) telah didirikan
pada tahun 1900 oleh pihak British di Kuala Lumpur.

S: Apakah tugas Institut Penyelidikan Perubatan?


J: Institut ini bertanggungjawab untuk mengkaji punca penyakit dan langkah-langkah
pencegahan yang patut diambil.

S: Apakah bukti kebersihan dan kesihatan awam terutamanya di bandar- bandar turut
dititikberatkan oleh British?
J: Sebuah lembaga telah ditubuhkan untuk mengawas kebersihan dan kesihatan bandar
di Kuala Lumpur.

47
Diskusi Sejarah Sejarah Tingkatan 4 Cikgu Rosle Yasin

S: Bilakah ia ditubuhkan?
J: Pada tahun 1980-an.

S: Apakah Lembaga yang dimaksudkan itu?


J: Lembaga tersebut dikenali sebagai Sanitary Board.

S: Adakah ia hanya ditubuhkan di Kuala Lumpur sahaja?


J: Tidak. Lembaga seperti ini turut ditubuhkan di beberapa buah bandar di Perak.

S: Apakah fungsi dan tanggungjawab Sanitary Board?


J: Fungsi dan tanggungjawab Sanitary Board ialah mengawas kebersihan dan kesihatan
bandar. Bagaimanapun pada tahun 1911, fungsi dan tanggungjawab Sanitary Board
telah dipecahkan kepada dua bahagian.

S: Apakah kedua-dua fungsi dan tanggungjawab Sanitary Board tersebut?


J: Tanggungjawab menjaga kebersihan bandar terus dijalankan oleh Sanitary Board
sehinggalah Perang Dunia Kedua. Manakala tanggungjawab dari aspek kesihatan
telah diambil alih oleh Jabatan Kesihatan.

48

Anda mungkin juga menyukai