Anda di halaman 1dari 7

TEMA: SEJARAH SUKAN

TAJUK :

Perkembangan Sukan Badminton Malaysia (2000 – 2016)

PENGENALAN

Badminton merupakan sejenis sukan menggunakan raket dan bulu tangkis yang

dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua

pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam

sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata

melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring

dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas

lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas

jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan

lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap

pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan

penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan,

kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang

memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran

penggunaan raket.
OBJEKTIF KAJIAN

Pada umumnya terdapat tiga objektif utama kajian ini. Secara dasarnya, kajian ini

bertujuan untuk menjelaskan latar belakang sukan badminton yang terdapat di

semenanjung Malaysia. Sejarah latar belakang ini amat penting dalam membantu negara kita

mengecapi kejayaan dalam perkembangan sukan badminton.

Selain itu penulisan kajian ini diajlankan untuk mengenalpasti pencapaian sukan

badminton di Malaysia dari tahun (2000-2016). Dengan adanya kajian ini, masyarakat dapat

mengenali sukan badminton dengan lebih mendalam.

Malah, kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran

permainan sukan badminton ini dalam sepanjang penglibatan prtandingan . Ini kerana dalam

tempoh kajian dari tahun 2000 hingga tahun 2016, sukan badminton telah berhadapan

dengan pelbagai cabaran untuk menjadikan pemainnya salah seorang pemain tersohor dunia,

baik di kawasan serantau mahupun di peringkat antarabangsa.

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian adalah fokus utama dalam dalam penulisan ilmiah. Dalam kajian

ini terdapat tiga permasalahan yang ingin dikaji. Kajian ini cuba untuk mengupas faktor-

faktor yang membawa kepada pencapaian yang dirangkul oleh atlet atlet negara sejak

mereka melibatkan diri dalam sukan badminton secara profesional bermula dari tahun 2000.

Kajian ini juga memiliki siginikan untuk mengetahui dengan lebih dekat

mengenai pencapaian demi pencapaian yang dirangkul oleh atlet negara sejak mereka

melibatkan diri dalam sukan baadminton secara profesional bermula dari tahun 2000. Ini

kerana perkembangan pencapaian mereka boleh disifatkan sebagai satu lagend dalam sukan

badminton di Malaysia.
Selain itu, kajian ini akan turut mengungkapkan persoalan mengenalpasti apakah

cabaran-cabaran yang dihadapi oleh atlet atlet negara sejak mereka mula melibatkan diri

sebagai pemain profesional dalam sukan badminton sepanjang tempoh kajian ini. Oleh itu,

kajian ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat untuk meraih kejayaan dalam

apa jua bidang kerjaya.

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh

kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi aspek kawasan kajian, ia difokuskan kepada

pertandingan sukan badminton di peringkat antarabangsa. Dalam penulisan ini, tumpuan akan

diberikan kepada pencapaian-pencapaian atlet atlet negara baik dalam peringkat serantau

mahupun antarabangsa.

Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 2000 sehingga

2016. Tempoh kajian selama 16 tahun ini dipilih kerana sepanjang masa tersebut berlaku

kejayaan dan pencapaian yang besar atlet atlet negara dalam sukan badminton di peringkat

antarabangsa.

Manakala aspek kajian pula dapat dilihat dari tiga aspek yang menjadi fokus kajian

ini. Ia tertumpu kepada faktor yang menyumbang kepada pencapaian atlet negara,

pencapaian-pencapaian atlet atlet negara dalam sukan badminton, dan penelitian terhadap

cabaran-cabaranyang dihadapi oleh mereka sepanjang tempoh kajian dari tahun 2000 hingga

tahun 2016.
SOROTAN KAJIAN LEPAS

Pengkaji telah melakukan pembacaan telah terhadap beberapa kajian lepas berhubung

tajuk penyelidikan ini. Berdasarkan daripada dapatan kajian yang telah diperolehi oleh

Muhamad Hafiz Bin Ismail & Syed Syamsul Faizal Bin Syed Zakariya

berhubung “Kajian Tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Atlet Skuasy Sukma

Johor 2008” beberapa persoalan kajian dapat dijawab diantaranya sejauh manakah tahap

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet skuasy SUKMA Negeri Johor. Di sini dapat

dilihat tahap kecergasan fizikal atlit masih belum mencapai sasaran yang telah ditetapkan

oleh majlis sukan negeri walaupun ada peningkatan menerusi data ujian pre dan post yang

diperolehi. Pihak tertentu dan jurulatih perlu memandang serius pekara ini kerana ianya

merupakan aspek yang sangat penting sebagai persediaan atlet untuk menghadapi kejohanan

Sukma di Terengganu. Langkah-langkah yang drastik untuk memastikan tahap kecergasan

subjek dapat ditingkatkan untuk menghadapi kejohanan SUKMA di Terengganu. Oleh yang

demikian, pengkaji tertarik untuk melakukan kajian khas untuk Datuk Nicol apabila beliau

berhadapan dengan pelbagai situasi cabaran dalam persediaan kejohanan antarabangsa.

Berdasarkan kajian “Sport Injuries in Squash” oleh Farshad Okhovation dari Shahid

Beheshi University of Medical Sciences, kajian ini mengkaji jenis kecederaan semasa

bermain skuasy dalam kalangan pemain Persatuan Skuasy Iran. Kajian ini telah merumuskan

bahawa beberapa anggota badan yang cenderung mengalami kecederaan adalah bahagian

siku, bawah belakang badan dan terseliuh di bahagian lutut serta pergelangan kaki. Kajian ini

menarik minat pengkaji untuk mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Datuk Nicol

Ann David semasa melakukan latihan persediaan untuk pertandingan peringkat antarabangsa.

Pengkaji juga telah membaca buku Siri Jaguh Atlit Malaysia Nicol David, terjemahan

Institut Terjemahan Negara Kuala Lumpur, 2015, yang menyentuh jatuh bangun Nicol David
dalam mengejar impiannya sebagai pemain skuasy peringkat antarabangsa. Pembacaan buku

ini telah menarik minat pengkaji mengkaji pencapaian Datuk Nicol sebagai pemain

profesional skuasy antarabangsa.

KAEDAH KAJIAN

Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji menggunakan tiga kaedah untuk mendapatkan

maklumat. Pada mulanya, pengkaji menjalankan penyelidikan kepustakaan bagi meneroka

sumber primer dan sumber sekunder di perpustakaan negara serta arkib negara. Ini dilakukan

untuk mendapatkan rekod-rekod dan maklumat berkenaan kegiatan sukan badminton di

negara ini.

Selain itu pengkaji juga mendapatkan maklumat melalui kaedah temubual. Soalan-

soalan telah dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini. Antara yang terlibat

ialah atlet atlet dan jurulatih mereka serta rakan dan peminat atlet atlet negara ini. Maklumat

yang diperolehi akan dicatat dan dirakamkan.

Kaedah yang terakhir ialah kaedah kajian lapangan, di mana pengkaji akan membuat

lawatan ke pusat latihan para atlet negara serta rumah kediaman mereka untuk mendapatkan

maklumat yang lebih mendalam.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhannya kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu

bahagian pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan

menjelaskan tentang perkembangan sukan badminton di Malaysia. Seterusnya pengkaji akan

mengaitkannya dengan atlet yang bertanggungjawab dalam memperkasakan sukan ini.


Pada bahagian isi pula, pengkaji akan membincangkan fokus atau isu kajian yang

terbahagi kepada tiga aspek. Aspek yang pertama adalah mengenal pasti faktor-faktor yang

menyumbang kepada penacapaian para atlet dengan membuat kajian latar belakang para atlet

negara dalam sukan badminton. Seterusnya mengkaji penglibatan atlert negara secara

profesional dalam sukan badminton sehingga mereka mencapai kejayaan demi kejayaan di

peringkat serantau mahupun peringkat antarabangsa. Dalam kajian ini juga, pengkaji akan

menghuraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para atlet dalam kerjaya mereka sebagai

pemain profesional dalam sukan badminton di Malaysia dalam tempoh kajian sejak tahun

2000 hingga tahun 2016.

Aspek terakhir iaitu bahagian kesimpulan, pengkaji akan merumus hasil kajian

berkenaan kehebatan dan impak sumbangan para atlet negara terhadap pemupukan minat

masyarakat Malaysia dalam sukan badminton.

PENUTUP

Diharapkan kajian ini akan menambahkan lagi khazanah ilmu tentang sukan

badminton di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat memudahkan masyarakat

luar memperolehi maklumat tambahan berkaitan sukan badminton yang sedang berkembang

pesat di Malaysia.

BIBLIOGRAFI

Sumber Primer

Muhd. Khaizer Omar, Kajian Sukan di Malaysia, Serdang: UPM Press, 2009.

Sumber Sekunder

Bellamy, Rex, The Story of Squash, London: Cassell Ltd, 1978.


“ Examining Nicol David”, http://www.squashplayer.co.uk/Article_NicolDavid.htm2003,
dilayar pada 7 Oktober 2018.

Farshad Okhovation, “Sport Injuries in Squash”, Pakistan Journal of Medical Sciences


Online, Iran: Routledge International Handbooks, Julai 2009.

Muhamad Hafiz Bin Ismail & Syed Syamsul Faizal Bin Syed Zakariya, Kajian Tahap
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Atlet Skuasy Sukma Johor 2008,
Skudai, Johor: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 2008.
Nordalilah Dahlan dan Tajul Arifin Muhammad, “Kekuatan Mentaldan Prestasi Akademik
Atlet Bola Sepak UKM”,Journal of Sports Science and Physical Education, 6 (1):
21-35. 2017.

Palmer, Michael, Guinness Book of Squash, London: Guinness Superlatives Ltd,1984. 

Anda mungkin juga menyukai