Anda di halaman 1dari 2

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW MAKSAR

PULAU PINANG
2017

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. TARIKH/MASA/TEMPAT
Tarikh : 25hb. Februari 2017
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi hingga selesai
Tempat: Dewan Kolej Vokasional Seberang Perai

2. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan ini tertakluk kepada undang-undang sepaktakraw yang diiktirafkan
oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).
2.2 Sekiranya timbul sebarang permasalahan atau perselisihan dari segi penafsiran
maka urusetia berhak membuat keputusan dan segala keputusan tersebut adalah
muktamad.

3. KELAYAKAN PEMAIN
3.1 Pemain adalah warganegara Malaysia
3.2 Pemain-pemain yang berumur 18 tahun ke bawah (Pelajar STAM) dibenarkan
bermain pada pertandingan ini hanya 2 orang sahaja di dalam regu sekolah
masing-masing.
3.3 Pemain yang telah didaftarkan bermain untuk satu regu tidak dibenarkan bermain
untuk mana-mana regu lain yang mengambil bahagian.

4. PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.
4.2 Pemain hendaklah menyerahkan kad pengenalan atau salinan atau dokumen
bersangkutan apabila diminta oleh kepada pihak urusetia untuk pengesahan
pemain.
4.3 Sekiranya mana-mana pemain yang telah dipinda atau dibatalkan namanya, maka
tidak dibenarkan bermain semula pada regu tersebut atau mana-mana regu yang
lain.
4.4 Setiap pemain diwajibkan memakai pakaian sukan yang menutup aurat dan
baju yang tercatat nombor di depan dan di belakangnya.
4.5 Sekiranya ada mana-mana regu yang telah diumumkan untuk bermain tetapi tidak
1

dapat menghadirkan diri dalam tempoh 15 minit maka regu tersebut dianggap
Page

kalah tanpa bertanding.


5. RAYUAN DAN BANTAHAN
Pihak urusetia yang akan meneliti dan mempertimbangkan serta berhak memberi
keputusan sekiranya ada pihak urusetia atau pemain yang membuat bantahan
terhadap pemain lain. Sebarang bantahan yang dilakukan hendaklah dilakukan
dalam tempoh 30 minit selepas perlawanan tersebut dengan cagaran dalam
bentuk wang bantahan sebanyak Rm100.00. Sekiranya bantahan tersebut
terbukti maka regu yang bermain dengan pemain tersebut di anggap kalah dalam
perlawanan itu.

6. PENYERTAAN
6.1 Setiap regu yang ingin menyertai pertandingan ini mestilah telah melunasi
yuran pendaftaran terlebih dahulu dan disertakan senarai nama-nama pemain
di dalam borang pendaftaran yang telah disediakan. Seandainya pendaftaran
tersebut terdapat kelewatan dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan maka
regu tersebut tidak layak untuk bertanding.
6.2 Semua permohonan ingin bertanding hendaklah dibuat melalui borang penyertaan
yang disediakan oleh pihak urusetia.
6.3 Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya regu tersebut gagal
menghadirkan diri pada hari pertandingan dan dikira kalah tanpa bertanding.

7. HAK JAWATANKUASA PERTANDINGAN


Pihak urusetia mempunyai kuasa muktamad berkenaan dengan semua perkara
bersangkutan dengan pertandingan yang tidak tercatat di dalam peraturan di sini.
2 Page

Anda mungkin juga menyukai