Anda di halaman 1dari 3

APLIKASI KETUMPATAN DALAM

KEHIDUPAN SEHARIAN

Jirim dalam tiga keadaan yang berlainan, banyak memberi manfaat kepada
manusia dalam pelbagai cara.

Sebagai contoh, pepejal yang keras dan kuat, mempunyai banyak kegunaannya:
 Besi (iron) boleh digunakan untuk membuat badan kenderaan (body of
vehicles).
 Kayu digunakan untuk membina rumah (house) dan perabot (furniture).

Pengetahuan tentang sifat-sifat gas (properties of gas) telah membolehkan


manusia untuk mengangkut gas-gas penting. Gas seperti gas petroleum cecair
(liquefied petroleum gas) dimampatkan dan diangkut dalam bentuk cecair, yang
mana ia lebih menjimatkan.

Manusia juga menggunakan konsep ketumpatan (concept of density) untuk


manfaat mereka.

Contoh-contoh aplikasi yang menggunakan konsep ketumpatan:

Pelampung/Boya
 Pelampung/boya (buoy) mempunyai silinder yang berisi dengan udara
untuk membolehkan ia terapung di atas air.
 Lampu (mengeluarkan cahaya) diletakkan pada peranti/peralatan ini, dan
ditinggalkan terapung di laut sebagai rujukan kepada pelayar-pelayar (sailors)
untuk ke lokasi yang lebih selamat.

Boya.

Hidrometer
 Hidrometer (hydrometer) merupakan instrumen yang digunakan untuk
menentukan ketumpatan cecair, sebagai contoh, ketumpatan asid dalam bateri
kereta.
 Jika ketumpatan asid adalah rendah, tiub kaca akan tenggelam dan
menunjukkan bacaan yang tinggi pada skala.
 Jika ketumpatan asid adalah tinggi, tiub kaca akan terapung dan
menunjukkan bacaan yang rendah pada skala.

Hidrometer.

Kapal dan bot laju


 Sebuah kapal yang beratnya beribu-ribu tan boleh terapung kerana ruang
udara di dalam kapal itu membolehkan ianya terapung.
 Badan bot laju dibuat daripada kaca gentian (fiber glass) yang kukuh
yang mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada keluli (steel).

Bot laju.

Mengangkut kayu balak


 Dalam industri pembalakan, sungai merupakan pengangkutan yang
penting untuk mengangkut kayu balak kerana kayu mempunyai ketumpatan
yang lebih rendah daripada air.
 Oleh itu, kayu balak boleh terapung di dalam sungai dan dibawa oleh arus
air sungai ke kilang yang terletak di muara sungai (river mouth).

Membina kapal selam


 Kapal selam dilengkapi dengan tangki 'ballast' (ballast tank) bertindak
untuk mengawal kedudukan kapal selam.
 Untuk menyelam, injap di tangki 'ballast' dibuka bagi membolehkan air
laut masuk ke dalam tangki tersebut.
 Untuk menimbulkan kapal selam ke permukaan laut, udara dari
pemampat (compressor) dipam ke dalam tangki 'ballast' bagi mengeluarkan air
laut daripada tangki.
Kapal selam.

Belon udara panas


 Sesebuah belon udara panas beroperasi dengan cara mengawal
ketumpatan udara di dalam belon.
 Ketumpatan udara menurun apabila suhu udara adalah meningkat. Ini
disebabkan oleh isipadu udara bertambah (jisim udara tidak berubah).
 Oleh itu, untuk membolehkan belon terapung dengan lebih tinggi di
udara, suhu udara di dalam belon perlu dinaikkan.
 Ketumpatan udara akan bertambah apabila suhu udara menyejuk
(colder).
 Untuk menurunkan belon, suhu udara di dalam belon perlu diturunkan.

Anda mungkin juga menyukai