Anda di halaman 1dari 1

LAMPIRAN C

RUBRIK PENILAIAN BAGI PERTANDINGAN KREATIVITI DAN INOVASI PENSYARAH DAN PELAJAR
PERINGKAT IPG KAMPUS GAYA 2017

 KATEGORI INDIVIDU
 KATEGORI KUMPULAN (maksimum 2 orang dalam satu kumpulan)

Bil RUBRIK LAPORAN INOVASI (30%) SKOR


1. Kreativiti (5 MARKAH)
Inovasi sumber P&P yang diperkenalkan hendaklah kreatif sama ada yang baru atau yang telah diadaptasi.
2. Kesignifikanan (5 MARKAH)
Terdapat bukti yang nyata inovasi sumber P&P dapat member faedah yang jelas terhadap peningkatan kualiti atau
keberkesanan P&P. Dapat memenuhi tema inovasi.
3. Kecekapan (5 MARKAH)
Terdapat bukti yang nyata inovasi sumber P&P dapat menyumbang kepada cara P&P yang lebih cekap, cepat,
tepat dan mudah atau memperjelaskan suatu konsep dalam P&P.
4. Replicability (5 MARKAH)
Terdapat bukti inovasi sumber P&P boleh diguna pakai oleh pihak-pihak lain yang berkaitan secara terus atau
dengan diubahsuai mengikut keperluan.
5. Keberkesanan Kos (5 MARKAH)
Terdapat bukti yang nyata inovasi sumber P&P dapat meningkatkan produktiviti, mempermudahkan atau
memperjelaskan suatu konsep dalam P&P dengan kos yang sama atau lebih rendah.
6. Potensi Pelaksanaan (5 MARKAH)
Terdapat bukti inovasi sumber P&P telah Berjaya dilaksanakan sama ada secara penuh atau percubaan dan
mencapai matlamat ianya diperkenalkan.

Bil RUBRIK PEMBENTANGAN & PAMERAN INOVASI (70%) SKOR


1. Pendahuluan (5 MARKAH)
 Kebolehan mengaitkan isu bermulanya idea dengan inovasi yang diperkenalkan
 Menjelaskan tajuk dengan jelas
2. Penggarapan Fakta (20 MARKAH)
 Kebolehan menterjemahkan fakta dan idea dengan menggunakan bahasa yang tepat
 Kebolehan membentangkan fakta dan idea dengan jelas
 Bukti ditunjukkan dengan jelas
 Kebolehan menyusun isi secara tersusun dari awal hingga akhir
3. Kesimpulan (5 MARKAH)
 Keboehan mengaitkan inovasi dan kesan terhadap pendidikan.
4. Kemahiran berkomunikasi (10 MARKAH)
 Kebolehan penyampaikan dengan menggunakan bahasa yang baik, jelas dan disokong dengan bahasa
badan.
 Kebolehan menunjukkan ketepatan inovasi yang dibina dengan proses penyelesaian masalah.
 Menpunyai keyakinan yang tinggi.
 Dapat meyakinkan pendengar berkaitan dengan kehebatan inovasi dicipta..
5. Alat bantu (30 MARKAH)
 Menggunakan bahan yang sesuai dengan tujuan dan matlamat inovasi dibina
 Hasil inovasi digunakan dalam menjelaskan konsep yang dibentangkan.
 Bahan inovasi benar-benar tepat dalam menjelaskan konsep.
Nota: Gunakan elemen ini sebagai format penulisan laporan

Anda mungkin juga menyukai