Anda di halaman 1dari 9

ISU-ISU SEMASA YANG BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN DASAR

PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda


dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat
menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal,
tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali.
Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki,
memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan
perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah
memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa
mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara
hidup.

Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian


Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman
Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya
mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur,
kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang
pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang
dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan
dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara
berhubung sengan struktur pendidikan; akses kepada pendidikan; ekuiti; kualiti
tenaga pengajar; ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur; Pelaksanaan
Program PPSMI; dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat
Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh
dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan,
organisasi sekolah dan keguruan.
Struktur Pendidikan
Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah
struktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan,
misalnya:
• Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama
dengan kebanyakan negara lain di dunia;
• Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
• Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka
selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
• Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.

Akses Pendidikan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication
Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian
dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan
pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT.
Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan
dengan:
• pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan
luar bandar;
• perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
• latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer
di sekolah yang kurang berkesan;
• penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan
• bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah
akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan
guru celik ICT.

Ekuiti Pendidikan
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi
pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan
mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk
pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input
pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan
pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah
bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged
school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber:
Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).

Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih
terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang dapat menikmati kemudahan
yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan
ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh,
kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik
darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar
bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran
dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

Tenaga pengajar
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam
pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang
dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP)
Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri
daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka
di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah
di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau
kurang latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan
(mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan
di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru
yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik,
Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan
kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan
guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.

Program PPSMI
Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang “bertaraf dunia”, KPM
juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan
Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau bagaimanapun penggunaan
bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah mendapat
respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan
sahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi
turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar
melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam
pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.

Kesan globalisasi
Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan
penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah
memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet
atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu
Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial menjadi
begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini
disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan
bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain yang
mana mereka lebih mementingkan materialistik, individualistik dan budaya
kosmopolitan.

Sahsiah Pelajar
Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu
dan dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke
sekolah menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4
memiliki kualiti sahsiah yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid
tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan
pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng sekolah dan sebagainya di
kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.

Pencapaian Orang Melayu Dalam Bidang Sains dan Teknologi


Adalah jelas bahawa bilangan pelajar Melayu di bangku sekolah, bahkan juga
lepasan SPM yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi amat kurang
sekali. Antara masalah yang telah pun dikenalpasti ialah terlalu kurangnya guru
siswazah dalam bidang sains dan matematik di sekolah peringkat menengah.
Guru siswazah yang ada lebih ramai yang berkelayakan sastera (kira-kira 70 –
80 peratus). Sudah tentulah guru siswazah berkelayakan sastera tidak mampu
menghasilkan pelajar yang mahir dalam bidang sians dan matematik.
Sedangkan kerajaan ingin menyediakan pelajar sains dan sastera dengan
nisbah 60:40 antara sains:sastera. Sepatutnya kita menyediakan guru siswazah
berkelayakan sains sebanyak 60 peratus dan yang berkelayakan sastera
sebanyak 40 peratus.

Keselamatan pelajar
Masalah keselamatan pelajar sekolah semakin serius hari ini apabila
meningkatnya kejadian ke atas pelajar. Kes-kes bunuh, rogol, culik, ragut dan
sebagainya ke atas pelajar adalah sangat membimbangkan, tidak termasuk
kejadian jenayah yang dilakukan sendiri oleh pelajar seperti gangsterism. Ini
tidak termasuk jenayah yang berlaku ketika mengikuti tuisyen atau kelas
tambahan. Kementerian patut melihat pendekatan yang lebih efisyen termasuk
peningkatan kawalan keselamatan dan kemudahan bukan sahaja di sekolah,
tetapi sepanjang jalan yang digunakan pelajar untuk ke sekolah. Waktu
pembelajaran yang memaksa pelajar terlalu awal kesekolah atau terlalu lewat
pulang juga perlu dikaji semula.

Isu-isu lain dalam sistem pendidikan


Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul
berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
• Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai
pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership)
yang berkesan;
• Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu
mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak
mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk
sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;
• Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada
realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta
keupayaan yang berbeza;
• Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;
• Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan
sekolah di negara maju adalah terhad;
• Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara
menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik
dan berkesan;
• Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya
daripada aspek pemberian bantuan; dan
• Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.
PENUTUP

Perbincangan ini telahpun mengupas tiga persoalan yang dikemukakan, iaitu:


sejarah perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia; strategi bagi
menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan; dan isu-isu semasa berkaitan
dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Sebagai kesimpulan, penulisan berkenaan tiga topik ini sebenarnya telah


memberikan banyak manfaat kepada saya sendiri. Ini kerana proses penulisan
tugasan melibatkan kajian keperpustakaan, di samping merujuk kepada sumber-
sumber relevan secara atas talian (online). Jadi adalah diharapkan pengetahuan
yang telah diperoleh sepanjang penyiapan tugasan ini akan dapat saya
manfaatkan untuk pengetahuan sendiri dan juga sebagai asas pengetahuan
semasa mengajar pelajar-pelajar di sekolah.

Sila lawati http://kulanzsalleh.com untuk mendapatkan artikel lain seperti ini.


BIBLIOGRAFI

Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong,


Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. (2001). Pembangunan


Pendidikan 2001–2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Colebatch H.K (2002). Policy Second dition, Buckingham, Open University


Press.

Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar pendidikan kebangsaan. As Noordeen. Kuala


Lumpur.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.


Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

Paul Trowler (2003). Education Policy. Second Edition, London, Routledge


Taylor And Francis Group.

Robiah Sidin (1989). Asas Pentadbiran Pendidikan. Bandar Baru Sungai Buluh:
Pustaka Cipta Sdn. Bhd.

Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan


Analisis, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sheela Abraham. 1993. Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur:


Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Tengku Anuar (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Nurin Enterprise,
Kuala Lumpur

Tengku Anuar (1990). Pengetahuan Kenegaraan Malaysia. Nurin Enterprise,


Kuala Lumpur.

Yahya Don (2005). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS


Professional Publishing Sdn. Bhd.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1989). Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur.


Fajar Bakti.

Anda mungkin juga menyukai