Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 12

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “_______ mahu ke mana?” tanya Sarah kepada Aleesya dan Farah.


A Anda
B Kamu
C Kalian
D Engkau

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2 Pada bulan Mac hingga September pada setiap tahun, penyu akan mendarat di
______ Rantau Abang Terengganu untuk bertelur.
A Lembah
B Pantai
C Bukit
D Sungai

3 Pasukan ekspedisi __________ Gunung Tahan itu bertolak dari Kuala Tahan
pada pukul tujuh pagi.
A melewati
B menaiki
C melalui
D Mendaki
4 Syahirah telah dinobatkan sebagai murid cemerlang di ________ saya pada
peperiksaan akhir tahun yang lalu.
A klinik
B sekolah
C syarikat
D universiti

5 Setelah mengaku kesalahan mencuri pemadam Danial, Jasmin berasa ________


untuk berhadapan dengannya.
A bangga
B selesa
C rindu
D malu

6 Segala permintaan ibunya, Puan Khadijah akan __________ oleh Ailin kerana
dia sudah bekerja dan berkemampuan.
A dipenuhi
B memenuhi
C dipenuhkan
D memenuhkan

7 Cik Karina terpaksa bekerja ________ pagi hingga malam kerana syarikat
tempatnya bekerja tidak mempunyai tenaga pekerja yang mencukupi.
A ke
B dari
C kepada
D daripada

8 Ibu akan memberikan hadiah kepada Kamala _________ dia mendapat


keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
A sementara
B ketika
C supaya
D sekiranya
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah

9 Puan Anisa membeli ________ pisang di gerai buah-buahan itu.


A sesikat
B seulas
C sebiji
D segugus

10 Kok Meng _____________ selepas makan makanan di kantin pada waktu rehat
tadi.
A muntah-muntah
B pulang-pulang
C pusing-pusing
D guling-guling

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Nenek Som menyapukan ___________________ pada kakinya yang sakit


selepas seharian berkebun
A minyak masak
B minyak sawit
C minyak sayur
D minyak angin
12 Anggota tentera itu __________ karung guni dengan menggunakan
__________ bayonet.
A menusuk …… sebilah
B menikam ….. sebatang
C merodok ….. sebilah
D mencucuk ….. sebatang

13 Murid-murid Sekolah Kebangsaan Model Khas berasa gementar apabila


menjejakkan kaki ke dalam kapal terbang. Tambah pula, ini merupakan kali
pertama mereka menaiki kapal terbang.

Pilih perkataan antonim bagi gementar.


A cuak
B gugup
C berani
D cemas

14 Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.

Orang ramai ____________kerana dapat membeli tiket bola sepak perlawanan


akhir antara Kelantan dan Johor baru-baru ini.
A pitih mata
B besar hati
C berat tulang
D sakit hati

Soalan 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15 Guru Besar merasmikan Pertandingan Pidato yang dianjurkan oleh Persatuan


Bahasa Melayu
A Persatuan Bahasa Melayu penganjuran Pertandingan Pidato yang Guru
Besar rasmikan.
B Pertandingan Pidato yang dianjurkan oleh Guru Besar dirasmikan oleh
Persatuan Bahasa Melayu.
C Pertandingan Pidato yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu
dirasmikan oleh Guru Besar.
D Guru Besar menganjurkan perasmian Pertandingan Pidato Persatuan Bahasa
Melayu.
Soalan 16

Pilih ayat yang betul

16 A “Sejak bila engkau mula menulis cerpen?” tanya wartawan itu kepada Encik
Kasman.
B “Kamu sedang baca buku apa?” tanya Mawar kepada Diana.
C “Amboi, sakitnya perutku ini!” kata Syazira.
D “Marilah ikut kita bermain buaian petang nanti,” pelawa Chan kepada Ramu.

Soalan 17 hingga Soalan 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Catur ialah sejenis permainan yang berbentuk pertempuran antara dua buah kerajaan.
Permainan ini dimainkan dengan menggunakan buah catur. Setiap pemain mempunyai
enam belas buah catur yang berbeza-beza darjatnya dalam sesebuah kerajaan. Ada raja,
permaisuri, menteri, askar dan sebagainya.

Buah-buah catur ini digerakkan oleh pemain catur di atas papan. Setiap corak
pergerakan berbeza mengikut darjat. Papan catur mempunyai 64 petak seperti
permainan dam.

Permainan ini diperkenalkan dari benua India ke Nusantara India pada kira-kira
1400 tahun yang lalu. Pada masa itu, permainan ini dikenali sebagai “caturangga” yang
bermaksud empat pasukan.

Pemain catur dalam masyarakat Melayu kuno amat disegani. Permainan ini
mencerminkan darjat atau kedudukan seseorang pemain dalam masyarakat pada masa
itu.

17 Apakah yang dimaksudkan dengan permainan catur?


A Permainan berbentuk pertempuran
B Permainan yang berdarjat
C Permainan orang India
D Permainan bangsawan
18 Bagaimanakah corak pergerakan buah catur dalam permainan catur?
A Pergerakan mengikut darjat
B Pergerakan melawan arus
C Pergerakan menyilang
D Pergerakan bebas

19 Permainan catur sama dengan permainan dam dari segi...


A sejenis permainan tradisional
B darjat dan kedudukan
C bilangan buah catur
D jumlah petak papan catur

20 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Pemain catur dikenali sebagai “caturangga”.
B Permainan catur memerlukan 64 buah catur
C Permainan ini mencerminkan kedudukan seseorang pemain
D Permainan ini diperkenalkan dari benua India pada tahun 1400.

Anda mungkin juga menyukai