Anda di halaman 1dari 2

BADAN MUAFAKAT CAWANGAN

MAKTAB RENDAH SAINS MARA GEMENCHEH


Km 37 Jalan Tampin Gemas,
Kampung Sungai Dua,
73200 Gemencheh, Negeri Sembilan.
Tel : 06-4348755 / 06-4348528
Fax : 06-4348384

Bil. Kami : MFKT/MRSM/GMCH/193/22( )


Tarikh : 21 Februari 2019

KUTIPAN BAYARAN TABUNG KECEMERLANGAN PELAJAR MRSM GEMENCHEH 2019

Dengan segala hormatnya perkara atas dirujuk.

2. Berdasarkan Mesyuarat Badan Muafakat Cawangan MRSM Gemencheh kali ke-7 pada 1
Februari 2019, ahli mesyuarat telah bersetuju untuk meluluskan kutipan bayaran Program
Kecemerlangan Pelajar MRSM Gemencheh ke atas semua pelajar.

3. Tujuan diadakan kutipan ini adalah untuk membantu pihak maktab bagi menjalankan program-
program peningkatan akademik, hafazan dan kokurikulum pelajar-pelajar di maktab ini. Antara
program yang telah dirancang ialah ceramah motivasi, kem pemantapan hafazan, kem peningkatan PT3
dan SPM, karnival kerjaya, Bengkel menjawab SPM dan PT3, program intervensi, program ijtihadik,
akhbar dalam kelas dan lain-lain (lihat lampiran).

4. Pembayaran boleh dibuat atas nama MUAFAKAT MRSM Gemencheh di Maybank dengan
nombor akaun 5550 7813 5255. Tuan/Puan boleh membayarnya secara ansuran 2 kali atau bayaran
secara penuh. Tarikh pembayaran pertama boleh dibuat sebelum atau pada 28hb Februari 2019
dan pembayaran ke-2 sebelum atau pada 31hb March 2019. Resit pembayaran boleh diberikan
atau whatsapp kepada guru Homeroom sebagai bukti pembayaran. Berikut adalah jumlah pembayaran
mengikut tingkatan :

TINGKATAN JUMLAH (RM)


1 100.00
2 100.00
3 200.00
4 150.00
5 200.00

5. Semoga dengan usaha murni daripada Tuan/Puan ini bukan sahaja menunjukkan kesepakatan
dan permuafakatan kita sebagai ibubapa dengan pihak maktab, malahan membuktikan kesungguhan
dan komitmen kita dalam menyokong penuh usaha murni dan baik pihak maktab dalam menjayakan
pelbagai program bermanfaat untuk anak-anak kita sepanjang mereka di maktab. Semoga usaha kita ini
dirahmati olehNya.
Segala kerjasama ,bantuan dan perhatian pihak tuan/puan amat saya hargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

PROF DR JAMEL BIN OTHMAN


Yang Dipertua Muafakat,
MRSM Gemencheh, sesi 2017-2019

BIL PROGRAM YANG AKAN DIJALANKAN MASA PELAKSANAAN

1 KELAS PENGAYAAN ICE (Semua tingkatan)

2 BENGKEL KECEMERLANGAN PT3 ( 9 subjek)


JANUARI – OKTOBER
3 BENGKEL KECEMERLANGAN SPM (11 subjek )

4 BENGKEL KECEMERLANGAN PRA-SPM (TING 4)

FASA I : 22-25hb MAC


FASA II : 24-27hb MEI
5 KEM PENINGKATAN KOMPETENSI SPM & PT3
FASA III : 12-15hb JUN
FASA IV : 22-26hb NOV

6 REWARD TRIP – INSENTIF JUN

BAHAN CETAKAN (SOALAN PAST YEARS & MODUL


7 SEPANJANG TAHUN
PdP )

8 AKHBAR DALAM KELAS (PT3 & SPM) BERMULA APRIL

APRIL
9 PROGRAM MOTIVASI & HARI KERJAYA
OGOS

10 MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR APRIL, JUN

11 PROGRAM IJTIHADIK SEPANJANG TAHUN

 Sebarang pindaan masa pelaksanaan tertakluk kepada perubahan takwim semasa maktab yang akan
dimaklumkan secara rasmi oleh pihak maktab

Anda mungkin juga menyukai