Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN , 27200
KUALA LIPIS PAHANG

LASS3013
PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR – PENULISAN LAPORAN

Nama : Hartye Marlena Binti Zulkifi


No. K/P : 990516-08-6278
Angka Giliran : 2018111340037
Program : PISMP
Ambilan : Jun 2018
Unit : BM2 (SK)
Nama Pensyarah : Dr. Muhammad Nazri bin
Abdul Rahman
PENGAKUAN PELAJAR
Tarikh Hantar : 17 Dis 2021
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap BIODATA PELAJAR
satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan
BIODATA GURU Pelajar:__________________________Tarikh
PELATIH NAMA : _____________________
HARTYE MARLENA BINTI
ZULKIFLI

NOMBOR KAD 990516-08-6278


PENGENALAN

ALAMAT RUMAH BLOK TANJUNG,2-4,KEM


BATALION-18
PGA ,PENGKALAN HULU,
PERAK
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
ALAMAT IPG (IPG) KAMPUS TENGKU
AMPUAN AFZAN, KM. 10 JALAN
PADANG TENGKU, 27200
KUALA LIPIS, PAHANG DARUL
MAKMUR

1
WARGANEGARA MALAYSIA

AGAMA KRISTIAN

KAUM ORANG ASLI (SEMAI &


SEMELAI)

JANTINA PEREMPUAN

NOMBOR 019-6833054
TELEFON

EMEL hartyemarlena58@gmail.com

PROGRAM IJAZAH SARJANA


PROGRAM MUDA PERGURUAN (PISMP)
PENDIDIKAN

UNIT BAHASA MELAYU (SK) UNIT 2

AMBILAN JUN 2018

SEMESTER PISMP SEMESTER 8

PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan syukur yang tidak terhingga
kepada Tuhan di atas limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang
dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Seterusnya ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada semua yang telah
membantu saya dalam proses menyiapkan karya ini terutamanya kepada pensyarah
subjek Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) , Dr Muhammad Nazri Bin Abdul
Rahman kerana memberi tunjuk ajar serta bimbingan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini.Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

2
Sekalung budi juga buat buat teman-teman seperjuangan yang telah
memberi kerjasama yang baik semasa berkongsi idea , membantu menjawap
pertanyaan yang saya terterakan , mengingatkan saya sekiranya saya alpa dan
membetulkan salah silap saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Akhir kata ,
saya ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
telah banyak membantu saya sehingga tugasan yang diberikan ini siap dengan
sempurna. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa baik semua.Sebelum saya
mengundurkan diri , izinkan saya mengungkapkan serangkap pantun sebagai
penutup bicara ,
Berkejar-kejaran ombak dilaut
Menyentuh pantai berpasir bersih ;
Budi tuan disebut-sebut ,
Selesai sudah tugasku , terima kasih.

LAPORAN ECORUN
IPGKTAA 2021

NAMA INSTITUSI : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

NAMA PROGRAM : ECORUN

TARIKH PELAKSANAAN PROJEK : 4 DISEMBER 2021

1.0 Pengenalan

Pada 4 November 2021 , pelajar-pelajar subjek Pendidikan Lestari Alam Sekitar


(LASS3010) di bawah kumpulan projek Ecorun telah menganjurkan program Ecorun yang
melibatkan semua pelajar yang mengambil subjek ini sebagai peserta. Program ini telah
dirasmikan oleh pengarah IPGKTAA , Tuan Haji Abdullah Bin Md Yusof. Pengisian program
yang dijalankan mengambil kira amalan mengitar semula barangan terpakai.

2.0 Objektif Projek

3
Merujuk Pitchel (2005) , kitar semula merupakan salah satu pendekatan yang berkesan
untuk mengurangkan kuantiti sisa pepejal yang dilupuskan. Antara objektif program ini
dijalankan adalah untuk menerapkan kesedaran mengitar semula dalam kalangan pelajar
IPGKTAA. Pelajar disedarkan mengenai kebolehbalikan barang terpakai selain dibuang
begitu sahaja . Projek ini dilihat sebagai salah satu cara untuk membantu mengurangkan
penggunaan sumber bahan mentah . Selain itu , pelajar juga boleh belajar mencari sumber
pendapatan sampingan

3.0 Strategi Pelaksanaan

3.1 Kolaboratif

Pihak Ahli Majlis Tertinggi (AMT) telah berbincang secara kolaboratif dengan pihak
pensyarah subjek LASS3010 bagi merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan bersama
tentative perjalanan aktiviti projek.

Bidang Tugas Ahli Jawatankuasa Kutipan Resit :

i. Menentukan tempat kutipan resit

ii. Menentukan masa kutipan resit

iii. Mengutip resit jualan barangan terpakai

iv. Menyenaraikan nama peserta

v. Mencatat jumlah harga jualan

vi. Memilih pemenang

4.0 Laporan Keseluruhan

Program Ecorun dimulakan dengan aktiviti Pertandingan Kitar Semula Bahan Terpakai di
sekitar IPG. Pertandingan ini diuar-uarkan dalam medium Whatsapp dari semasa ke
semasa bermula 28 November 2021. Pertandingan disertai oleh seluruh warga IPG
daripada pelbagai ambilan dan termasuklah para pensyarah jabatan. Peluang ini diambil
untuk mengemas jabatan dan ruang-ruang kuliah dan memilih barangan yang boleh dikitar
semula. Pada 28 November , Pengerusi program telah menghubungi pihak kitar semula

4
untuk mengambil barangan kitar semula yang hendak dijual oleh peserta. Pihak yang
mengutip barangan membawa lori dan menimbang jumlah berat setiap barangan yang dijual
oleh peserta. Lori kitar semula datang beberapa hari berikutnya sehinggalah majlis
perasmian penutupan program Ecorun.

Majlis Perasmian Penutupan Program Ecorun berlangsung pada 4 Disember 2021 . Semua
peserta program ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengambil subjek elektif
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS). Majlis dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang
diuruskan oleh ahli jawatankuasa senamrobik selama minit. Majlis kemudian dimulakan
dengan ucapan Tuan Pengarah IPGKTAA selaku perasmi penutupan program sekaligus
merasmikan penutupan program. Majlis diteruskan dengan sesi fotografi bersama peserta
dan juga sesi bergambar penganjur program. Setelah selesai sesi fotografi , majlis
diteruskan dengan program-program lain. Ahli jawatankuasa resit mula mengumpul resit
jualan barangan kitar semula di hadapan Astaka untuk menentukan pemenang tempat
pertama , kedua dan ketiga dengan jumlah harga jualan yang paling tertinggi.

5.0 Kekuatan

Antara kekuatan yang boleh didapati sepanjang perancangan dan pelaksanaan program
adalah Kerjasama yang utuh dalam pasukan pihak penganjur. Kerjasama yang
dimaksudkan adalah daripada segi kebersamaan setiap ahli jawatankuasa dalam
menjalankan tugas dan memainkan peranan masing-masing dengan baik sekali. Hal ini
sangat membantu dalam mewujudkan kesepakatan dalam pelancaran program baik
daripada aspek idea , tenaga kerja dan sebagainya.

Para ahli jawatankuasa turut memupuk nilai dan budaya kerja yang positif sepanjang
merancang dan menganjur program. Contohnya seperti amanah. Dalam ahli jawatankuasa
kutipan resit , saya telah ditugaskan untuk memilih pemenang bagi harga jualan tertinggi .
Saya beramanah dengan menjaga resit yang telah dikumpulkan dan tidak mengubah
sebarang butir resit . Budaya kerja telus dan positif menjadikan program berjalan dengan
lancar . Keputusan pertandingan juga adil dan saksama menjadikan para peserta
pertandingan berpuas hati.

5
Selain itu , program Ecorun ini juga memberikan kesedaran kepada para pelajar IPGKTAA
mengenai kepentingan mengitar semula bahan terpakai. Sistem pertandingan yang
diwujudkan memberi semangat dan inspirasi kepada para peserta untuk mengumpul lebih
banyak barang terpakai untuk mendapat jumlah jualan yang lebih tinggi . Aktiviti bertanding
ini juga mewujudkan budaya saing yang sihat antara pelajar bahkan para pensyarah.
Program ini menerapkan budaya yang positif dalam kalangan pelajar.

Pemilihan waktu pelaksanaan program dan tarikh yang sesuai sangat penting untuk
memastikan ahli jawatankuasa dapat memberi komitmen yang baik dalam menjalankan
tugasan selain menggalakkan penyertaan peserta dalam program. Tarikh 4 Disember telah
dipilih bersamaan program lain namun waktu perlaksanaan program tidak bertindih dengan
aktiviti program yang dianjurkan oleh kumpulan lain.

Di samping itu , kumpulan penganjur juga telah melaksanakan pengagihan bidang tugas
kepada ahli jawatankuasa. Pengagihan tugas menjadikan setiap jawatankuasa lebih fokus
dan spesifik kepada skop tugas sendiri dan lebih berkomitmen terhadap tugas. Hal ini
menjaminkan kelancaran program dan sistem pengurusan menjadi lebih lancar. Pengagihan
tugas juga memastikan setiap ahli kumpulan memiliki tugas tanpa terkecuali. Kesaksamaan
ini membantu meringkan beban ahli kumpulan. Ahli jawatankuasa tertinggi juga telah
dibentuk sebagai pemimpin supaya ahli jawatankuasa yang lain boleh membuat rujukan.

Pengurusan waktu sangat penting dalam penganjuran sesebuah program supaya berjalan
dengan lancar. Pengerusi telah menjalankan perbincangan bersama pihak pensyarah
penasihat bagi peruntukan masa program Ecorun sebelum beliau mula memecahkan pula
waktu tersebut kepada aktiviti-aktiviti kecil. Setelah menyenaraikan jenis aktiviti , Pengerusi
telah menyusun tentatif perjalanan program dengan teliti. Pengurusan masa sangat teliti dan
setiap aktiviti yang telah dirancang mampu diselesaikan dengan sempurna serta memberi
kesan kepada para peserta.

6.0 Kelemahan

6
Antara kelemahan yang boleh didapati sepanjang program adalah dianjurkan pada hari yang
sama dengan program lestari alam sekitar yang lain. Waktu penganjuran program-program
tidak bertindih namun waktu program Ecorun terpaksa disingkatkan bagi memberi ruang
kepada pelaksanaan program Permainan Alam Sekitar. Selain itu , pihak penganjur program
Permainan Alam Sekitar juga tidak boleh menyertai untuk membuat persediaan bagi
permainan sebelum dilaksanakan.

Faktor endemik Covid-19 juga menyumbang kepada kelemahan penganjuran program ini.
Pelbagai faktor keselamatan perlu dititikberatkan dengan teliti sebelum pemilihan aktiviti
dalam program seperti penjarakan sosial semasa senamrobik , pemakaian pelitup muka
semasa menjalankan semua aktiviti menyukarkan peserta untuk menghayati aktiviti. Kami
sebagai penganjur juga tidak berkesempatan untuk menjalankan mesyuarat jawatankuasa
secara bersemuka. Perbincangan antara ahli jawtankuasa hanya dilakukan melalui medium
Google Meet. Setiap jawatankuasa melakukan tugas kendiri dan tiada kerjasama antara ahli
kerana tidak boleh bersemuka untuk memberi bantuan. Elemen bekerjasama tiada dalam
sepanjang penganjuran program ini.

Seterusnya kelemahan yang boleh didapati dalam jawatankuasa kutipan resit adalah tiada
komunikasi berkesan antara jawatankuasa dan pihak peserta. Semasa penyebaran iklan
penyertaan program Ecorun , pihak kami tidak menyertakan syarat kemasukan sama ada
secara individu atau berkumpulan yang menyebabkan kekeliruan kepada para peserta.
Kekeliruan yang tercetus menyebabkan tidak ramai penyertaan pertandingan kitar semula
yang dianjurkan. Maklumat dan info yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp tidak
mencukupi dan terlalu ringkas.

Ahli jawatankuasa resit juga tidak menjalankan sesi fotografi semasa melaksanakan tugas .
Rakaman video dan gambar semasa menjalankan tugas sangat penting sebagai bukti
pelaksanaan tugas. Namun

7.0 Cadangan Penambahbaikan

Meninjau kepada kelemahan-kelemahan yang wujud semasa program ini , antara langkah-
langkah yang perlu diambil adalah pengurusan waktu yang berkesan. Merujuk Kalish
(1979) , pengurusan masa adalah pembahagian masa yang cukup bagi tiap-tiap kerja yang

7
perlu diselesaikan serta berguna dalam merancang aktiviti-aktiviti yang lain. Pembahagian
masa bagi setiap aktiviti yang dirancang sangat penting supaya setiap ahli jawatankuasa
peka dengan tempoh yang telah ditetapkan. Selain itu , dalam pengurusan masa , pihak
penganjur juga perlu peka dengan pemilihan Tarikh dan masa pelaksanaan. Hal ini kerana
Tarikh dan masa yang sesuai akan menggelakkan berlakunya pertindihan urusan.

Kerjasama dalam sesebuah organisasi sangat penting . Merujuk Robbins et.al (1994 ) telah
menyenaraikan beberapa ciri yang perlu wujud dalam kerja berpasukan, iaitu faktor
kepimpinan yang efektif, matlamat yang jelas, komunikasi berkesan, penglibatan dalam
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dengan menggariskan keperluan ahli
pasukan dalam melibatkan diri , setiap ahli jawatankuasa dapat memberikan komitmen yang
terbaik dalam tugasan masing-masing serta lebih bertanggungjawab terhadap setiap
Tindakan dan keputusan yang telah diambil dalam jawatankuasa.

Selain itu , organisasi juga perlu bersedia dengan banyak perancangan dalam setiap aspek
pengurusan untuk memastikan program berjalan dengan lancar terutamanya ketika musim
Endemik ini.Sesuatu yang tidak dirancang termasuklah akibat yang tidak terancang boleh
memberi impak negatif kepada keupayaan organisasi untuk mencapai matlamat
strategik organisasi (Hallahan et al., 2007). Contohnya seperti persediaan tempat untuk
perlaksanaan majlis perasmian penutupan sekiranya cuaca hujan . Pihak pengurusan perlu
meninjau segala aspek pengurusan meskipun dalam perancangan supaya dapat merancang
Tindakan lain sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.

Selain itu , ahli jawatankuasa juga perlu menggunakan komunikasi yang berkesan dengan
para peserta. Cara-cara seseorang berkomunikasi dengan berkesan ialah apabila orang
yang mendengarnya memahami kata-katanya sebagaimana yang dimaksudkan. Jika
pendengar memahami lain apa yang dimaksudkan, maka boleh disimpulkan bahawa
komunikasi itu tidak berkesan kerana gagalnya maklumat disampaikan.Komunikasi
berkesan yang dimaksudkan dalam konteks program ini adalah arahan yang diberikan
kepada para peserta . Selaku pihak yang menguruskan bahagian penyerahan resit , kami
sewajarnya memberikan arahan yang jelas dan padat kepada para peserta pertandingan
jualan barang terpakai. Arahan perlulah merangkumi Tarikh perlaksanaan pertandingan ,
lokasi kaunter kutipan resit jualan , cara penyertaan , kriteria penyertaan. Kejelasan
maklumat dalam arahan yang disampaikan akan memastikan pertandingan berjalan dengan

8
lancar dan dapat menarik minat lebih ramai peserta kerana mereka faham tujuan memasuki
pertandingan.

6.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya , program Ecorun ini dapat dilaksanakan dengan lancar sekali dan
mampu mencapai objektif program. Sepanjang bekerjasama dalam menjayakan program
ini , saya telah belajar menerapkan nilai toleransi dalam diri. Sikap bertolak ansur dalam
melakukan sesuatu kerja amat penting agar kerja yang dilakukan berjalan dengan lancar.
Walaupun hanya sebilangan yang sedar bahawa sikap toleransi ini penting, tetapi kami
berjaya untuk mengamalkan sikap toleransi ini sepanjang program Ecorun ini berlangsung.
Malahan pula, saya sedar bahawa seorang guru yang baik ialahseorang yang bertoleransi
dalam menjalani kehidupan seharian mereka, walaupundi dalam atau luar sekolah.

Anda mungkin juga menyukai