Anda di halaman 1dari 2

Anda diminta mencari maklumat tentang bagaimana cuaca dan iklim mempengaruhi

1. Keselesaan hidup manusia

Perubahan iklim ialah peningkatan dan penurunan unsur-unsur iklim seperti suhu dan hujan di

permukaan bumi yang disebabkan oleh faktor-faktor fizikal dan faktor-faktor kemanusiaan.

Iklim juga secara tidak langsung akan mempengaruhi aktiviti manusia dan keselesaan mereka.

Seperti mana yang dapat dilihat, perubahan iklim berlaku dari faktor-faktor kegiatan manusia.

Aktiviti dari manusia seperti penyahutanan, pembakaran secara terbuka, penggunaan karbon

dioksida akan menyeababkan berlakunya perubahan iklim. Dan akan naik ke atmosfera dan

menyebabkan berlakunya perubahan iklim. Hal ini kerana, kemusnahan hutan menyebabkan

kerosakan ekosistem, terganggunya kitar tenaga, dan kitar nutrient yang membawa kepada

gangguan keseimbangan oksigen.

Cuaca telah mempengaruhi keselesaan hidup manusia adalah ketika cuaca yang lembap

sepanjang tahun membolehkan penduduk di Malaysia berkerja. Hal ini dapat dilihat oleh golongan

petani yang mana mereka mudah menjalankan aktiviti bercucuk tanam, menyiram tanaman

mereka serta memproses hasil yang ada. Keadaan cuaca yang baik memberikan kesan yang

positif kepada para petani. Sekiranya berlaku kemarau pula, pekerjaan para petani akan mula

merosot kerana mereka kekurangan sumber air untuk menyiram tanaman mereka dan tanaman

mereka lebih terbuka kepada matahari yang terik.

Disamping itu, cuaca dan iklim yang baik juga mempengaruhi pekerjaan seperti nelayan.

Yang dimana mereka dapat turun ke laut untuk menangkap hasil dan menjualnya di pasar dan

untuk makanan seharian mereka. Terutamanya kepada penduduk luar bandar yang menyara

hidup mereka dengan ke laut dan bercucuk tanam. Mereka memerlukan cuaca yang baik untuk

menjalankan aktiviti harian mereka.


Bukan itu sahaja, cuaca yang lembap juga mempengaruhi keselesaan mereka. Hal ini

dapat dilihat apabila cuaca lembap sahaja memudahkan masyarakat untuk pergi bekerja dan tidak

tertangguh disebabkan cuaca tertentu. Sebagai contoh, pada tahun 2016 malaysia pernah

menghadapi jerebu dan disebabkan itu pergerakan manusia tertangguh.

Selain itu, mempunyai cuaca yang baik juga akan mempengaruhi dari segi pemakaian

mereka, Dapat dilihat di Malaysia, kerana cuaca dan iklim yang begitu sesuai untuk mengenakan

pakaian yang tidak tebal dan bebas menggayakan pelbagai jenis pakaian. Pelancong juga datang

ke Negara Malaysia menikmati cuaca yang tidak ada di Negara mereka.

Kesimpulannya dapat dilihat bagaimana cuaca dan iklim mempengaruhi keselasaan hidup

manusia ialah menjalankan aktiviti harian, pakaian dan pekerjaan. Keadaan cuaca dan iklim

sangat penting kepada manusia begitu juga dengan manusia, untuk mengurangkan berlakunya

cuaca yang tidak diinginkan, hendaklah menitikberatkan tentang aktiviti yang menyebabkan

atmosfera tercemar.

Anda mungkin juga menyukai