Anda di halaman 1dari 4

MODUL APA ERTINYA SAYA

MENGANUT ISLAM

Modul 1
MAKNA ISLAM
• Perkataan Islam berasal dari perkataan dari Bahasa Arab iaitu Salima yang
bermakna selamat.
• Orang yang menganut Islam disebut sebagai Muslim. Yang bermaksud berserah diri
kepada Allah dengan tunduk patuh terhadap ajarannya, suruhannya. Termasuklah
makhluk yang berada di langit dan di bumi.
• “Bahkan, barangsiapa aslama (menyerahkan diri) kepada Allah, sedang ia berbuat
kebaikan, maka baginya pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran
terhadap mereka dan tidak pula bersedih hati” (Q.S. Al Baqarah:112).

Agama Pilihan Allah subhanahu wataala


Allah subhanahu wataala berfirman :
• “Sesungguhnya dien (agama) yang diridhai Allah hanyalah Islam.” al-Quran ( Surah
Ali Imran : 19)
• “Dan siapa saja yang memeluk agama selain Islam, tidak akan diterima (oleh Allah)
dan dia termasuk orang-orang yang merugi di akhirat nanti.” al-Quran ( Surah Ali
Imran : 85 )
• “Pada hari ini Aku telah sempurnakan agamamu (Islam) dan Aku telah melimpahkan
nikmat-Ku padamu, dan Aku ridha Islam sebagai agamamu.” al-Quran ( Surah al-
Maidah: 3 )

Muslim Sebelum Nabi Muhammad ‫ﷺ‬


Agama sebelum Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬juga disebut Muslim:
• Nabi Nuh
“Jika kamu berpaling (dari peringatanku), aku tidak meminta upah sedikitpun dari
padamu. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah belaka, dan aku disuruh supaya aku
termasuk golongan muslim (orang-orang yang berserah diri) kepada-Nya.” al-Quran(
Surah Nuh : 72)
• Nabi Ibrahim
“Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang muslim( tunduk patuh) kepada
Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada
Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji
kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima
taubat lagi Maha Penyayang” al-Quran(Sura Al Baqarah : 128)
• Nabi Yusuf
“Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian
kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta’bir mimpi. (Ya Tuhan)
Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat,
wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang
yang saleh”. (QS Yusuf : 101)

KITA ADALAH MUSLIM

Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran)
ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi
keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).
( Al-Quran Surah Al-Hajj : 78 )
• Seseorang Muslim itu wajib memahami kalimah Syahadah yang dilafazkan. Adalah
menjadi kecacatan yang dahsyat seorang yang mengaku muslim tidak memahami
apakah maksud kalimah syahadatain.
• Kalimah syahadatain adalah sebagai pengakuan menerima ajaran Islam sebagai
agama. Ia juga bersama dan bergabung dengan kumpulan yang digelar Muslim.
• Ia adalah satu pengisytiharaan bahawa meng’abdikan diri dan seluruh hidup hanya
kepada Allah dan mengeluarkan diri dari sebarang bentuk perhambaan kepada
sesama makhluk.
Sabda Rasulullah selawat dan salam ke atas baginda :
“Bukanlah iman itu dengan berangan-angan, bukan juga dengan perhiasan tetapi ia adalah
sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan 'amal.”
Sabda Sabda Rasulullah selawat dan salam ke atas baginda :
“Iman itu ialah pengenalan (pengakuan) dengan hati, ucapan dengan lidah dan 'amalan
dengan anggota badan.
Modul 2

Bagaimana Menjadi Muslim Yang Sempurna?

Di dalam buku ini diterangkan untuk menjadi Muslim yang sempurna, adalah baik untuk
memahami perkara-perkara berikut:

Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah


Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadat
Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak
Saya Mestilah Muslaim Di Sudut Berkeluarga
Saya Mestilah Mampu Mengawal Diri
Saya Mestilah Yakin Bahawa Masa Depan Di Tangan Islam
Modul 3
Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah

Seseorang Muslim itu wajib memahami kalimah Syahadah yang dilafazkan. Adalah menjadi
kecacatan yang dahsyat seorang yang mengaku muslim tidak memahami apakah maksud
kalimah syahadatain.

Kalimah syahadatain adalah sebagai pengakuan menerima ajaran Islam sebagai agama. Ia
juga bersama dan bergabung dengan kumpulan yang digelar Muslim.

Ia adalah satu pengisytiharaan bahawa meng’abdikan diri dan seluruh hidup hanya kepada
Allah dan mengeluarkan diri dari sebarang bentuk perhambaan kepada sesama makhluk.

Sabda Rasulullah selawat dan salam ke atas baginda :


“Bukanlah iman itu dengan berangan-angan, bukan juga dengan perhiasan tetapi ia adalah
sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan 'amal.”

Sabda Sabda Rasulullah selawat dan salam ke atas baginda :


“Iman itu ialah pengenalan (pengakuan) dengan hati, ucapan dengan lidah dan 'amalan
dengan anggota badan.

Anda mungkin juga menyukai