Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

Mengumumkan ketibaan masuk para pentadbir dan rombongan pengantin


lelaki masuk ke dalam Dewan. Dipersilakan.

Nampaknya, kita ada balas pantun antara wakil ahli keluarga mempelai.
Marilah kita sama-sama perdengarkan.

(BALAS PANTUN)
:
(PENGANTIN NAIK ATAS PENTAS & DUDUK)

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T.

Selamat datang ke:-

Majlis Perkahwinan Mohd Hilmi Bin Aziz dan Nur Ain Bt. Hamdan.

Para hadirin sekalian,


Kita saksikan persembahan silat pengantin.

(SILAT PENGANTIN)

Burung Nuri hinggap di balai,


Balai seri buatan Pak Tua,
Tempat berehat rakan dan taulan,
Duduk tersenyum kedua mempelai.

Menadah tangan memanjatkan doa,


Moga jodoh sentiasa berkekalan.

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah,
marilah sama-sama kita, menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh Ustaz Hafiz bin Zaidi. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hafiz bin Zaidi di atas bacaan doa
sebentar tadi.
Seterusnya, diminta keluarga pihak lelaki dan pihak perempuan untuk
menepung tawar kepada kedua-dua mempelai.
Para tetamu juga boleh menepung tawar kepada kedua-dua mempelai.
Dipersilakan.

Puan dibawa ke Gunung Ledang,


Dibawa dengan penuh beradab,
Pinggan mangkuk telah terhidang,
Kini masa makan beradab.

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini, iaitu majlis
makan beradab. Dijemput kedua-dua mempelai ke meja Kasih yang
disediakan.

(Tunggu pengantin turun pentas)

Tuan puteri tersenyum-senyum,


Melihat laksamana bermain rodat,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah sempurna segala adat.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini.


Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan
salam hormat buat semua, wabilLahit Taufiq walHidayah wasSalamu
`Alaikum W.B.T.

Anda mungkin juga menyukai