Anda di halaman 1dari 3

Teks juruacara majlis

MAJLIS PENYERAHAN CEK GERAN KERAJAAN NEGERI RM1 JUTA UNTUK


TABUNG PEMBANGUNAN DEWAN SERBAGUNA PAROKI ST. EDMUND,
LIMBANG
21 februari 2016
perkarangan gereja st Edmund limbang

Acara
Mukadimah Juruacara

Teks Juruacara
YANG BERHORMAT
DR. ABDUL RAHMAN BIN HAJI ISMAIL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK N.68 BUKIT
KOTA LIMBANG
YANG BERHORMAT
ENCIK PAULUS PALU GUMBANG
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK N.69 BATU
DANAU LIMBANG
YANG DIHORMATI
TEMENGGONG WILFRED YUSSIN BUNJOK
YANG DIMULIAKAN
REVEREND FR. SYLVESTER DING IBAU
PADERI PAROKI ST. EDMUND LIMBANG
CIKGU BERNARD CHUNG
PENGERUSI MAJLIS PASTORAL PAROKI ST EDMUND,
LIMBANG
MERANGKAP PENGERUSI PENGELOLA MAJLIS
Tetamu-tetamu jemputan
Serta saudara dan saudari yang seiman dalam Yesus Kristus
Salam Sejahtera dan selamat datang ke
MAJLIS PENYERAHAN CEK GERAN KERAJAAN NEGERI RM1
JUTA
UNTUK
TABUNG
PEMBANGUNAN
DEWAN
SERBAGUNA PAROKI ST. EDMUND, LIMBANG
Bersyukur kita ke hadrat Tuhan kerana dengan berkatnya, kita
sama-sama berkumpul dalam nama Tuhan Yesus untuk
menyaksikan satu majlis yang bersejarah dan bermakna buat
seluruh warga Limbang secara umumnya dan seluruh umat
Katolik di bahagian Limbang khususnya dalam meneruskan
agenda pembangunan iman umat Katolik dalam pembinaan
Dewan Serbaguna Paroki St. Edmund, Limbang, bukti
kesungguhan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua
Menteri Sarawak Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri
(Dr.) Adenan bin Haji Satem, yang sangat komited dalam
pemedulian rakyatnya tanpa mengira latar belakang agama dan
keturunan.
Hadirin yang dihormati sekalian

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput


YANG DIMULIAKAN
REVEREND FR. SYLVESTER DING IBAU
untuk memimpin kita dalam doa pemberkatan. Dipersilakan.

[setelah selesai bacaan doa oleh Rev. Fr]

AMIN, PUJI TUHAN


Terima kasih diucapkan kepada
YANG DIMULIAKAN
REVEREND FR. SYLVESTER DING IBAU
di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Ucapan alu-aluan Pengerusi
Majlis Pastoral Gereja St.
Edmund Limbang

Yang Berhormat serta para hadirin sekalian.


Majlis diteruskan dengan menjemput
CIKGU BERNARD CHUNG
PENGERUSI MAJLIS PASTORAL GEREJA ST. EDMUND
LIMBANG
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan beliau. Majlis
mempersilakan.
[setelah selesai ucapan alu-aluan]

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


CIKGU BERNARD CHUNG
di atas ucapan beliau sebentar tadi.
Ucapan oleh
YANG BERHORMAT
DR. ABDUL RAHMAN BIN
HAJI ISMAIL
AHLI DEWAN UNDANGAN
NEGERI SARAWAK N.68
BUKIT KOTA LIMBANG

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan menjemput


YANG BERHORMAT
DR. ABDUL RAHMAN BIN HAJI ISMAIL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK N.68 BUKIT
KOTA LIMBANG
untuk menyampaikan ucapan beliau.
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.
[setelah selesai ucapan alu-aluan]

Mohon Yang Berhormat untuk terus berada di atas pentas untuk


acara seterusnya
Majlis dengan ini mempersilakan
CIKGU BERNARD CHUNG
PENGERUSI MAJLIS PASTORAL GEREJA ST EDMUND
LIMBANG
serta tetamu-tetamu kehormat yang lain untuk bersama-sama
YANG BERHORMAT
DR. ABDUL RAHMAN BIN HAJI ISMAIL,
bagi menyempurnakan upacara penyerahan CEK GERAN
KERAJAAN NEGERI RM1 JUTA UNTUK TABUNG
PEMBANGUNAN DEWAN SERBAGUNA PAROKI ST.

EDMUND, LIMBANG
[upacara penyerahan replica cek]

Majlis dengan ini mempersilakan


YANG DIMULIAKAN
REVEREND FR. SYLVESTER DING IBAU
untuk menerima replika CEK GERAN KERAJAAN NEGERI RM1
JUTA daripada
YANG BERHORMAT
DR. ABDUL RAHMAN BIN HAJI ISMAIL,
sebagai simbolik penyerahan rasmi geran Kerajaan Negeri
untuk Pembangunan Dewan Serbaguna St. Edmund, Limbang

Bagi menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih yang


tidak terhingga kepada Yang Berhormat di atas kesudian hadir
ke majlis kita pada pagi ini, majlis dengan ini mempersilakan
CIKGU BERNARD CHUNG
untuk menyampaikan cenderamata tanda kenang-kenangan
kepada
YANG BERHORMAT
DR. ABDUL RAHMAN BIN HAJI ISMAIL,
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
CIKGU BERNARD CHUNG
di atas penyempurnaan penyampaian cenderahati kepada
YANG BERHORMAT DATUK sebentar tadi.
Dengan berakhirnya upacara penyampaian cenderahati
sebentar tadi maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini.
[kepada tetamu-tetamu yang lain]

Yang Berhormat dan dif-dif kehormat,


Anda dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.
Terima kasih di atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan hadir ke
majlis kita pada pagi ini. Sehingga berjumpa lagi, salam
sejahtera dan semoga Tuhan memberkati kita. Puji Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai