Anda di halaman 1dari 2

Cadangan Mengadakan Program Membaca & Menulis Ilmu (MISI)

1. Pendahuluan

Program MISI merupakan sesi lawatan penulis buku ke sekolah-sekolah di seluruh negara,
yang bertujuan mewujudkan interaksi antara pelajar sekolah dan penulis buku. Pelajar
sekolah adalah pelapis generasi dan bakal pemimpin, manakala penulis buku adalah tulang
belakang industri buku. Program ini merapatkan dua golongan tersebut sebagai ikhtiar bagi
memekarkan semula serta memurnikan tabiat membaca buku yang kian terhakis disebabkan
fenomena skrin digital. Selain itu, program ini juga bertujuan memartabatkan penggunaan
Bahasa Melayu Tinggi dalam percakapan mahupun penulisan di kalangan pelajar sekolah.

2. Matlamat
Sasaran utama program MISI adalah:
2.1. Melahirkan generasi yang suka membaca buku dan cintakan ilmu.
2.2. Mendidik masyarakat supaya sentiasa memilih bahan bacaan yang sesuai dan
bermanfaat.
2.3. Mendidik generasi baru menulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dalam semua
saluran.
2.4. Mencari bakat-bakat baru yang bakal menjadi pelapis dalam industri buku.

3. Kumpulan Sasaran
Aktiviti ini melibatkan seluruh warga sekolah merangkumi para pelajar dan guru.

4. Cadangan Aktiviti
4.1. Sesi pengenalan diri para penulis
4.1.1. Penulis memperkenalkan diri di hadapan warga sekolah ketika perhimpunan.
4.1.2. Jangkaan tempoh masa adalah 10 minit.
4.2. Kelas penulisan / Bengkel teknik belajar (PERCUMA!)
4.2.1. Pelajar terpilih akan menyertai kelas penulisan ataupun bengkel teknik belajar
yang dibimbing oleh penulis.
4.2.2. Jangkaan tempoh masa adalah satu jam.
4.2.3. Kelas penulisan mampu meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan
novel, cerpen, esei, dan ayat komunikasi, manakala bengkel teknik belajar dapat
membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik.
4.3. Jualan buku dan sesi autograf
4.3.1. Meja jualan buku akan dibuka bagi membolehkan warga sekolah membeli
buku bermanfaat yang meliputi pelbagai genre.
4.3.2. Sesi autograf akan dijalankan bagi membolehkan para pelajar beramah mesra
bersama penulis.
4.3.3. Jualan buku diadakan sepanjang hari persekolahan.

5. Senarai Penulis Terlibat


Dua penulis yang terlibat dalam program MISI adalah Nazry Salam dan Husna Adnan.
5.1. Nazry Salam adalah penulis bagi siri komik motivasi belajar bestseller, berjudul
‘Misi 8A’ dan ‘Misi 10A’. Dia mendapat 9 A dan 1 B dalam SPM 2001, dan
merupakan graduan Kejuruteraan Komputer dengan kepujian Kelas Pertama.
5.2. Husna Adnan adalah penulis buku kanak-kanak yang memenangi Anugerah Buku
RTM-PNM pada 2013. Dia penulis bersama bagi siri buku cerita ‘Kisah Si Puteri’.

6. Bayaran
Tiada sebarang bayaran dikenakan terhadap pihak sekolah bagi program ini. Program
MISI dilihat sebagai tanggungjawab sosial para penulis kepada masyarakat.

7. Penutup
Semoga kertas kerja ini dapat dinilai sebaiknya. Sekiranya ada sebarang persoalan, boleh
hubungi nombor telefon ini: 012-7639956 (Nazry)

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai