Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih kepada sadara/ saudari pengacara majlis

Assalamualaikum wrt dan selamat sejahtera

Yang berusaha ………………………………………….

Yang dihormati, ………………………………….

Yang diraikan, Pn Teh Teow Yen, Pegawai teknologi pendidikan, pusat kegiatan guru bakri, muar

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

1. Terima kasih saya ucapkan di atas kesudian menjemput saya selaku wakil kepada GURU2 GPM
PKG BAKRI untuk menyampaikan sedikit ucapan bersempena majlis persaraan Pn Teh Teow
Yen.

2. Saya selaku wakil kepada GPM2 PKG Bakri ingin menyampaikan ucapan jutaan terima kasih di
atas jasa dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada kami selama ini. Sesungguhnya kami amat
menyenangi cara pn teh dalam membantu kami memberi tujuk ajar dalam bidang pengurusan
pusat sumber, yang penuh dengan hemah dan lembut budi bicara. Kami amat terasa kehilangan
pn teh yang kami amat senangi dan sayangi.

3. Bagaimanapun, telah tiba waktu pn teh untuk berehat setelah sekian lama menabur jasa dalam
bidang pendidikan dan di PKG Bakri itu sendiri. Semoga Pn Teh dikurniakan kesihatan yang baik
dan menjalani kehidupan yang gembira selepas bersara nanti.

4. Semoga kita akan dapat berjumpa lagi dilain masa. Sesungguhnya jasa dan budi baik Pn Teh
tetap kami kenang dan kami sanjung.

5. Akhir kata, saya ucapkan selamat bersara kepada Pn Teh. Semoga kenangan dalam menjalani
perkhidmatan dalam bidang yang telah pn teh jalani menjadi kenangan terindah kepada pn teh.

Kalau ada pauh didaik,


Bawa sebiji ke tanah seberang,
Kalau ada budi yang baik,
Sampai mati dikenang orang.

Pahat papan serupa dulu,


Bawah kain daun cermai,
Rehatlah puan difasa baru,
Ukhuwah terjalin usah terurai.

Sekian terima ksaih.

Anda mungkin juga menyukai