Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN A

(40 markah)
(Masa Dicadangkan : 50 minit)

Jawab semua soalan. Tandakan jawapan anda dalam kertas OMR yang disediakan.

1 Pernyataan berikut berkaitan dengan pengertian sejarah oleh seorang tokoh.


 Membicarakan tentang masyarakat manusia
 Peradaban manusia
 Perubahan-perubahan yang berlaku

Siapakah tokoh tersebut?

A Herodotus
B Ibn Khaldun
C Muhd. Yusuf Hashim
D Muhd. Yusof Ibrahim

2 Pernyataan berikut berkaitan dengan ciri-ciri sejarah.

Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan

Apakah ciri sejarah yang melibatkan peristiwa tersebut?


A Fakta yang tepat dan benar
B Penting dan bermakna
C Sebab dan akibat
D Mengapa berlaku

3 Apakah maksud ‘fakta sejarah’?


A Fakta yang boleh direka
B Fakta yang boleh ditokok tambah
C Fakta yang tidak pasti sumber dan kesahihannya
D Peristiwa, tempat, tokoh dan tarikh yang terbukti benar

4 Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kurun’ atau ‘abad’?


A Jangka masa 10 tahun
B Jangka masa 25 tahun
C Jangka masa 50 tahun
D Jangka masa 100 tahun

5 Mengapakah ciri sejarah berikut dianggap penting?


Sebab dan akibat

A Sesuatu peristiwa boleh dipercayai


B Mendapatkan gambaran peristiwa yang lalu
C Dapat membuktikan kesahihan fakta sejarah
D Untuk mengelakkan fakta sejarah ditokok tambah

2
6 Senarai berikut berkaitan dengan contoh sumber sejarah.
 Fail rasmi jabatan
 Surat peribadi
 Diari
 Batu bersurat

Apakah sumber sejarah tersebut?


A Sumber pertama
B Sumber kedua
C Sumber arkeologi
D Sumber bercetak

7 Apakah kaedah yang berkaitan dengan catatan di bawah?

 Catatan pada kulit kayu


 Catatan pada kertas
 Catatan pada logam

A Kaedah lisan
B Kaedah bertulis
C Kaedah arkeologi
D Kaedah pentarikhan radiokarbon

8 Gambar di bawah ialah Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Apakah gelaran yang diberi kepada perdana menteri tersebut?


A Bapa Kemerdekaan
B Bapa Pembangunan
C Bapa Perpaduan
D Bapa Pemodenan

3
9 Pernyataan berikut berkaitan dengan Zaman Prasejarah di Malaysia.
Zaman Prasejarah Dunia

Zaman apakah yang dipercayai tidak berlaku di Malaysia?


A Zaman Paleolitik
B Zaman Mesolitik
C Zaman Neolitik
D Zaman Logam

10 Pernyataan berikut merujuk kepada ciri-ciri penempatan Zaman Prasejarah di


Malaysia.
 Hidup berpindah-randah
 Biasanya tinggal di kawasan terbuka (di luar gua),
di dalam gua dan di sekitar tasik.

Ciri-ciri penempatan yang dinyatakan berlaku pada


A Zaman Paleolitik
B Zaman Mesolitik
C Zaman Neolitik
D Zaman Logam

11 Apakah maksud ‘animisme’?


A Kepercayaan kepada kuasa alam semulajadi
B Kepercayaan kepada kuasa orang yang telah mati
C Kepercayaan kepada kehidupan semula selepas mati
D Kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat orang mati

12 Gambar berikut menunjukkan tapak ekskavasi di Kota Tampan, Lenggong,


Perak.

Apakah kesan daripada penemuan tapak tersebut?


A Malaysia antara negara terawal yang melalui Zaman Prasejarah Dunia.
B Malaysia tidak pernah melalui Zaman Paleolitik
C Malaysia tidak pernah melalui Zaman Neolitik
D Malaysia telah melalui Zaman Mesolitik

4
13 Gambar berikut menunjukkan rangka Manusia Perak.

Dimanakah rangka tersebut ditemui?


A Tingkayu, Sabah
B Bukit Jawa, Lenggong, Perak
C Gua Gunung Runtuh, Perak
D Gua Niah, Sarawak

14 Pernyataan berikut merujuk kepada kegiatan Zaman Prasejarah di Malaysia.


 Mencipta peralatan tembikar seperti bekas air, periuk dan belanga
 Bercucuk tanam
 Menangkap ikan dan menternak binatang

Kegiatan yang dinyatakan berlaku pada


A Zaman Paleolitik
B Zaman Mesolitik
C Zaman Neolitik
D Zaman Logam

15 Gambar berikut menunjukkan pengkebumian manusia Zaman Neolitik.

Dimanakah rangka tersebut ditemui?


A Bukit Tengkorak, Sabah
B Gua Cha, Kelantan
C Sungai Tembeling, Pahang
D Gua Gunung Runtuh, Perak
5
16 Apakah yang boleh kita contohi daripada masyarakat Zaman Prasejarah?
A Sentiasa mengekalkan cara hidup tradisional
B Patuh kepada adat resam masyarakat setempat
C Boleh berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain
D Sentiasa mengharapkan pertolongan daripada orang lain

17 Rajah berikut menunjukkan bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara.

Kerajaan Agraria
Kerajaan Awal
di Asia Tenggara
X

Apakah X?
A Kerajaan maritim
B Kerajaan tentera
C Kerajaan pertanian
D Kerajaan laut

18 Kerajaan agraria adalah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi yang


berasaskan
A perikanan
B pembuatan kapal
C perdagangan
D pertanian

19 Kurung Bnam bermaksud


A Kuasa mutlak
B Raja-raja gunung
C Gunung yang suci
D Kolam air yang besar

20 Peta berikut menunjukkan Kerajaan Champa

Apakah agama yang mempengaruhi kerajaan tersebut?


A Islam
B Hindu
C Buddha
D Hindu-Buddha

6
21 Menurut catatan I-Ching, Chih Tu bermaksud
A Gua Merah
B Tanah Merah
C Negara Merah
D Pelabuhan Merah

22 Pelabuhan yang pernah wujud dalam Kerajaan Kedah Tua ialah


I Oc-Eo
II Inderapura
III Sungai Mas
IV Lembah Bujang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

23 Apakah faktor utama pelabuhan Kedah Tua menjadi pilihan pedagang asing?
A Cukai yang rendah
B Pelabuhan entrepot
C Lokasi yang strategik
D Keselamatan pedagang terjamin

24 Penyataan berikut berkaitan dengan Kerajaan Majapahit.


Raja Majapahit melaksanakan pentadbiran berasaskan
Undang-undang Manu

Apakah fungsi undang-undang tersebut?


A Membicarakan kes-kes awam
B Membicarakan kes-kes juvana
C Membicarakan kes-kes berkaitan adat resam
D Membicarakan hukum-hukum agama Hindu

25 Asal usul nama Melaka ialah daripada


I nama pokok
II istilah Arab
III nama orang
IV istilah Parsi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

26 Gelaran yang diberikan kepada Melaka pada masa kini ialah


A Bandaraya Bersejarah
B Bandaraya Bertamadun
C Bandaraya Terkenal
D Bandaraya Indah

7
27 Peta berikut menunjukkan perjalanan Parameswara bersama pengikutnya dari
Palembang ke Melaka.

X ialah
A Siam
B Temasik
C Srivijaya
D Kedah Tua

28 Benteng pertahanan dan pelindung semula jadi Melaka ialah


I pokok jati
II pokok getah
III pokok bakau
IV pokok api-api
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

29 Semasa Parameswara memerintah Melaka, siapakah yang menjalankan tugas


berikut?
Bilangan Tugas
40 orang Menjalankan perintah raja

A Bentara
B Bendahara
C Laksamana
D Hulubalang

30 Apakah peranan Orang Laut dalam membangunkan Kesultanan Melayu


Melaka?
I Membekalkan hasil laut
II Menjadi peniaga yang mahir
III Memegang jawatan pembesar
IV Menjaga keselamatan Selat Melaka
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8
31 Apakah fungsi ketua-ketua masyarakat yang terdiri daripada orang Melayu?
A Membekalkan sumber makanan
B Menjaga perairan Selat Melaka
C Memegang jawatan pembesar
D Membekalkan hasil hutan

32 Rajah berikut berkaitan dengan ancaman yang dihadapi oleh Parameswara


semasa membangunkan Kesultanan Melayu Melaka.

Siam

Musuh Melaka
Majapahit

Apakah tindakan Parameswara untuk menghadapi ancaman tersebut?


A Menjadi negeri jajahan China
B Mengambil tentera upahan dari Jawa
C Membina kubu pertahanan yang kukuh
D Menjalin hubungan diplomatik dengan China

33 Sultan memainkan peranan yang penting dalam kegemilangan Melayu Melaka.


Antara berikut, yang manakah merupakan peranan sultan Melaka?
A Mengetuai rombongan dagangan
B Mengetuai hubungan diplomatik
C Memungut hasil cukai atau ufti
D Menjadi ketua hakim

34 Rajah berikut menunjukkan struktur pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

Pembesar Berempat

Pembesar Berlapan

Pembesar Enam Belas

Pembesar Tiga Puluh Dua

Apakah nama struktur pentadbiran tersebut?


A Sistem Pembesar Dua Lipatan
B Sistem Pembesar Tiga Lipatan
C Sistem Pembesar Empat Lipatan
D Sistem Pembesar Lima Lipatan

35 Siapakah yang menjadi pemangku sultan ketika sultan gering?


A Bendahara
B Penghulu Bendahari
C Temenggung
D Laksamana

9
36 Kerajaan Melayu Melaka telah memperkenalkan satu sistem pentadbiran yang
sistematik.
Pilih pasangan yang benar.
A Bendahara – Ketua polis dan penjara
B Penghulu Bendahari – Menteri utama
C Temenggung – Pengawal peribadi raja
D Laksamana – Ketua angkatan laut

37 Bendahara Melaka yang digelar Seri Maharaja ialah


A Tun Ali
B Tun Perak
C Tun Mutahir
D Tun Perpatih Besar

38 Petikan berikut berkaitan dengan kegemilangan Melaka dalam bidang


perdagangan.
“Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya
datang ke Melaka; terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu.”

Pedagang atas angin merujuk kepada pedagang daripada


A Arab
B Barat
C Utara
D India

39 Cara kerajaan Melaka menyebarkan agama Islam kepada Pasai ialah melalui
A penaklukan
B perkahwinan
C perdagangan
D pendakwahan

40 Gambar berikut menunjukkan replika istana Melaka pada zaman pemerintahan


Sultan Mansor Shah.

Apakah aktiviti berkaitan penyebaran agama Islam yang dijalankan di istana


tersebut pada zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah?
A Tempat pertemuan para ulama
B Tempat penginapan para ulama
C Tempat berkumpul pedagang-pedagang dari Arab
D Tempat menterjemah, menyadur dan menyimpan bahan-bahan
penulisan Islam

10
BAHAGIAN B
(20 markah)
(Masa Dicadangkan : 25 minit)

1- Tuliskan BETUL pada pernyataan yang benar dan SALAH pada pernyataan yang
salah.

(a) Istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu


‘syajaratun’ yang bermaksud pohon, pokok, salasilah,
riwayat, keturunan dan asal usul.

(b) Setiap warganegara tidak perlu memahami dan


menghayati sejarah negara.

(c) Di Malaysia, tiga Zaman Prasejarah ialah Zaman


Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam.

(d) Manusia Perak ialah rangka manusia Zaman


Paleolitik yang dikebumikan dengan kaki terlipat.

(e) Kerajaan agrarian ialah kerajaan yang menjalankan


aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan laut.

(f) Candi ialah bangunan tempat raja memerintah.

(g) Pengasas Kesultanan Melayu Melaka yang pertama


ialah Temagi.

(h) Binatang yang dikaitkan dengan sejarah asal usul


Melaka ialah harimau.

(i) Bahasa Melayu ialah lingua franca (bahasa


perantaraan) dalam urusan perdagangan di Melaka.

(j) Ciri-ciri pemimpin yang bijak ialah mempunyai


wawasan dan strategi.
[10 markah]

2- Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang diberikan.

artifak manuskrip Afrika Timur Syahbandar Orang Laut


Baray Vietnam Orang Asli salam Fosil

(a)
_______________ ialah tinggalan haiwan atau tumbuhan yang wujud pada
zaman lampau.

11
(b) Naskhah tulisan tangan atau bahan yang disediakan oleh penulis untuk dicetak
dan diterbitkan dinamakan sebagai __________________.

(c) Hoabinh ialah salah satu nama tempat di ______________________ di mana


di sini dtemui alat-alat dan perkakas-perkakas yang telah digunakan oleh
manusia Zaman Mesolitik.

(d) Antara ________________ yang ditemui di Sungai Tembeling, Pahang ialah


kapak.

(e) ________________ ialah sebuah kolam air besar yang dibina untuk
menampung 30 juta meter padu air.

(f)

Gambaran kapal di atas yang menyerupai kapal masyarakat maritim


membuktikan bahawa mereka mampu belayar hingga ke
_________________________.

(g) ___________________ bersama-sama Parameswara berpindah


meninggalkan Temasik dan menuju ke Muar.

(h) ____________________ membekalkan hasil hutan untuk kegiatan


perdagangan kepada Melaka.

(i) Peranan ___________________ ialah memastikan kegiatan perdagangan di


Melaka berjalan lancar.

(j) Istilah ___________________ digunakan semasa berutus surat antara


kerajaan Melaka dan Pasai yang dianggap setaraf.
[10 markah]
------------------------------------KERTAS SOALAN TAMAT ------------------------------------------

12

Anda mungkin juga menyukai