Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUMPTION

KERTAS KERJA

PROGRAM LEARN A
WORD A WEEK
2017
Kertas Kerja Learn A Word A Week
1.0 Pengenalan

Bahasa Inggeris telah menjadi satu lingua franca - dunia. Dari negara yang kecil
kepada negara yang besar, ia adalah medium yang terpenting dalam komunikasi.
Bahasa Inggeris bukan sahaja digunakan secara meluas dalam internet, teknologi atau
peralatan elektrik tetapi dalam pendidikan juga. Bahasa Inggeris memainkan peranan
yang mendalam bagi pelajar atau guru. Buku-buku rujukan pelajar terutamanya bagi
mereka di kolej-kolej atau universiti menggunakan bahasa yang sama iaitu Bahasa
Inggeris .

Untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris dalam kalangan murid, mereka


perlu membaca, mendengar dan juga bertutur. Murid-murid perlu mencabar diri dan
mengambil peluang untuk belajar bahasa Inggeris. Program ini untuk meningkatkan
keyakinan murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia adalah wajib
untuk menggunakan perbualan bahasa Inggeris selama satu hari dalam seminggu
supaya murid-murid menjadi berani dan tidak malu apabila mereka bertutur bahasa
Inggeris.. Setiap kesilapan yang penggunaan bahasa Inggeris adalah sebuah
pengajaran.Oleh itu panitia Bahasa Inggeris SK Assumption memperkenalkan Program
Learn a Word a Week.

2.0 Objektif

Antara objektif “English Day” adalah:

 Untuk menganjurkan aktiviti bagi Panitia Bahasa Inggeris SK Assumption 2017.

 Untuk menanam minat belajar Bahasa Inggeris dalam diri murid.

 Untuk memberi keyakinan kepada murid bertutur dalam Bahasa Inggeris.

 Untuk meningkatkan pengetahuan Bahasa Inggeris murid dan guru terutamanya


di dalam penggunaan kosa kata.
 Untuk memberi kesedaran kepada murid tentang penting Bahasa Inggeris
terhadap masa depan mereka.

 Untuk membantu murid dengan menyediakan landasan dan ruang bagi


menggunakan Bahasa Inggeris

 Untuk belajar Bahasa Inggeris secara tidak langsung.

3.0 Rasional

Pelaksanaan program “Learn a Word a Week” ini adalah sebagai salah satu
usaha untuk membantu dalam peningkatan penguasaan dan pencapaian Bahasa
Inggeris murid-murid di sekolah ini. Adalah diharapkan pelaksanaan program ini
mampu menyediakan dan memberi ruang yang menggalakkan dan kondusif kepada
semua murid untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam kegiatan harian mereka.
Selain itu, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua negara dapat
ditingkatkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

4.0 Kumpulan Sasaran

Semua murid dan guru SK Assumption.

5.0 Tarikh, Masa dan Tempat

“Learn a Word a Week” akan dijalankan pada setiap hari Selasa selepas waktu
rehat sepanjang tahun di hadapan kantin SK Assumption.

6.0 Aktiviti

Learn AKTIVITI
a word a week PELAKSANAAN
 Satu perkataan  GuruSASARAN
Bahasa
(1 word) termasuk maksud Inggeris
dan cara  Semua murid
penggunaan ayat
akan dikongsi .
 Perkataan akan
dikemaskini setiap
hari Selasa di
English Corner.

7.0 Anggaran Perbelanjaan

ITEM HARGA BILANGAN JUMLAH

Buku Nota Kecil RM 0.50 66 buah RM 33.00

Total RM 33.00

Total Price : RM 33.00

8.0 Penutup

Adalah amat diharapkan agar pelaksanaan program ini dapat membantu murid-
murid untuk lebih berkeyakinan dan tidak rendah diri dalam menggunakan
bahasa Inggeris sesama rakan ataupun dengan warga sekolah yang lain.
Kerjasama daripada semua pihak di sekolah sama ada dari peringkat
pengurusan mahupun para guru yang lain adalah amat diharapkan agar dapat
membantu di dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini.

Prepared by, Checked by,


________________________________ ________________________________
(PN YUSHEILA HANA BT YUSHAAK) (PN IZAYANI BT NGAPDAN)
Seceretary Of English Panel, Head Of English Panel,
SK Assumption SK Assumption

Approved by,

__________________________
(PN NOORMALA BT ZAINAL ABIDIN)

Headmistress

SK Assumption

Anda mungkin juga menyukai