Anda di halaman 1dari 2

MOHAMMAD HILMI ISMAIL,

SK KEBAGU, MANGGATAL
PETI SURAT 14649
88853 KOTA KINABALU
SABAH
(No.tel: 019-5355415)

Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Wisma Pendidikan Negeri Sabah
Jalan Punat Tanah, Likas
88450 Kota Kinabalu
Sabah.
(U. P: Sektor Pengurusan Sekolah- Unit Sekolah Rendah) 26 NOVEMBER 2018

Melalui:
Guru Besar
SK Kebagu,
Peti Surat 14649,
88853 Kota Kinabalu,
Sabah

Tuan,

PERMOHONAN RAYUAN PERTUKARAN ANTARA DAERAH KE TUARAN/KOTA


BELUD, SABAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya MOHAMMAD HILMI ISMAIL, Nombor Kad Pengenalan 860314-12-5157, NO. FAIL
JPN: JP (SW)/SKLB/S.48023 adalah merupakan guru Bahasa Malaysia yang bertugas di SK
Kebagu, Manggatal, Kota Kinabalu bermula pada 5 Januari 2015.

3. Sehubungan dengan itu, berikut adalah sebab-sebab saya memohon pertukaran:

a. Saya sering menghadapi masalah kerosakan kereta disebabkan terpaksa berulang-alik


dari Kota Belud ke SK Kebagu, Manggatal setiap hari.

b. Saya perlu berulang-alik ke kampung halaman pada setiap minggu kerana saya
mempunyai kediaman sendiri di Kota Belud. Oleh itu, perpindahan ke daerah yang
dipohon ATAU daerah tempat asal saya akan memendekkan masa perjalanan saya
memandangkan daerah Tuaran adalah lebih hampir dengan Kota Belud berbanding
Kota Kinabalu.

c. Saya sudah lebih empat (4 tahun) berkhidmat) di sekolah semasa.


4. Bersama-sama ini, saya sertakan permohonan pertukaran yang telah dibuat bagi sesi
2018 serta Nombor Permohonan Perpindahan saya: X20183236 sebagai sokongan
tambahan untuk rujukan pihak tuan.

5. Justeru itu, saya memohon dan merayu dengan jasa baik pihak tuan agar mempertimbangkan
permohonan saya pada kali ini.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,

……………………………………..
( MOHAMMAD HILMI ISMAIL )
SK KEBAGU, MANGGATAL
KOTA KINABALU

Anda mungkin juga menyukai