Anda di halaman 1dari 15

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERBANDINGAN ANTARA LINEAR PERIODIZATION,


NON LINEAR PERIODIZATION, BLOCK
PERIODIZATION DAN REVERSE PERIODIZATION.

NAMA: LIM SHIU LOONG


NO MATRIK: MP1722134T

COURSE CODE: TJ60404

NAMA PENSYARAH: DR. PATHMANATHAN K. SUPPIAH


PENGENALAN 1

DEFINISI 3
2.1.1 LINEAR PERIODIZATION
2.1.2 NON LINEAR PERIODIZATION
2.1.3 BLOCK PERIODIZATION
2.1.4 REVERSE PERIODIZATION
2.2 KELEBIHAN
2.3 KELEMAHAN
2.4 KESAMAAN
2.5 ASPEK TOPIK DAN KONSEP

KESIMPULAN 10

RUJUKAN 12
1. PENGENALAN
Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa terdapat perhubungan antara
kejurulatihan dengan periodisasi dalam peningkatan prestasi atlet dalam pelbagai
aspek. Misalnya, dalam kajian Lorenz dan Morrison (2015) menjelaskan tentang
periodisasi serta memberikan garis panduan dengan cara untuk menjalankan
periodisasi kepada para jurulatih supaya jurulatih dapat mengaplikasikan
prinsip-prinsip ini dalam rancangan program pemulihan.

Menurut kaijian Jacobs, Claringbould dan Knoppers (2014) menunjukkan


bahawa persepsi seorang jurulatih yang baik adalah seseorang jurulatih yang sudi
menerima perubahan dan bersedia untuk berubah dalam setiap sesi latihan atau
selepas latihan. Selain itu, jurulatih juga boleh menyediakan pelbagai cara latihan
melalui pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang ada pada jurulatih dan
memberikan latihan tersebut kepada atlet mengikut kesesuaian setiap individu. Melalui
refleksi yang dilakukan, jurulatih boleh melakukan perubahan untuk menuju ke arah
yang lebih baik dalam kerjaya kejurulatihannya. Seseorang jurulatih itu bukan sahaja
melaksanakan tugas mengajar teknik dalam sukan tertentu sahaja, malah jurulatih
masih perlu menjaga sikap dan pembangunan atlet, serta berkomunikasi dengan
pihak luar, seperti ibu bapa, atlet yang lain, jurulatih yang lain, agensi sukan negara
atau antarabangsa. Melalui dapatan kajian, definisi seorang jurulatih yang baik ialah
individu mereka yang dapat membawa proses transfomasi kepada seseorang individu.

Dalam kajian Philips, Lockert dan Rosemond (2016) menunjukkan bahawa


periodisasi digunakan untuk menggalakan peningkatan prestasi dalam jangka masa
yang panjang. Selain itu, periodisasi juga merupakan satu strategi yang melibatkan
pra pelan, variasi latihan specifik yang sistematik, intensiti dan volume latihan serta
jangka masa untuk seluruh program. Di samping itu, kajian Philips dll. juga
menyatakan bahawa rancangan periodisasi dapat mengelakan atlet dari keletihan dan
kelesuan dalam sepanjang masa latihan serta mengurangkan risiko over-training
melalui dengan pengurusan dalam beban,intensiti dan masa pemulihan. Tambahan
pula, kajian Philips dll. juga menyatakan bahawa melalui program periodisasi dapat
mengoptimumkan prestasi atlet dalam masa yang tertentu supaya atlet dapat
mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tujuan kajian Philips dll. adalah memberi
kemudahan kepada para jurulatih dan atlet supaya mereka memahami program
relevan yang dapat membawa kemajuan dan peningkatan dalam kekuatan dan

1
prestasi atlet. Dengan itu, perancangan periodisasi adalah sangat penting kepada
seseorang jurulatih supaya jurulatih boleh menjaga atlet yang dilatihnya dapat
mencapai prestasi yang tinggi dan tidak mengalami keletihan yang berlebihan dan
menyebabkan berlakunya kecederaan.

Sebagai seorang jurulatih yang bertanggungjawab dan bertauliah,


perancangan jurulatih adalah sangat penting kerana perancangan tersebut
merupakan pelan yang akan membentukkan seseorang individu ke arah yang telah
ditetapkan. Misalnya dalam kajian Philips dll. telah menunjukan bahawa satu pasukan
bola keranjang kolej telah menetapkan sasaran untuk mencapai peningkatan dalam
prestasi kesuluruhan pasukan. Dengan itu, jurulatih telah mereka satu program untuk
membantu pasukannya untuk mencapai matlamat tersebut, termasuk dengan
rancangan jangka masa panjang dan jangka masa pendek yang fleksibel dan
memberikan panduan yang jelas kepada pemain untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan. Sekali lagi, periodisasi adalah sangat penting kepada seseorang jurulatih.

2
2. DEFINISI LINEAR PERIODIZATION (LP), NON LINEAR PERIODIZATION
(UP), BLOCK PERIODIZATION (BP) DAN REVERSE PERIODIZATION (RP)
2.1.1 Linear Periodization (LP)
Linear Periodization ini diperkenalkan oleh Professor Lev Matveev pada akhir tahun
1950-an, dan kaedah ini telah diguna oleh atlet pada masa itu. Dalam kajian
Bartolomei, Hoffman, Merni dan Stout (2014) dan Harries, Lubans, dan Callister (2015)
menyatakan proses latihan bermula dengan volume latihan yang tinggi dan intensiti
yang rendah. Selepas itu, berlaku pengurangan volume latihan dan peningkatan
intensiti. Kajian Lorenz dll. juga menyatakan bahawa Linear Periodization mempunyai
perubahan antara volume latihan serta intensiti dalam satu tempoh masa latihan,
makrocycle ( jangka masa 1 tahun). Selain itu, makrocycle tersebut juga dibahagikan
kepada mesocycle (3-4 bulan) dan microcycle (1-4 minggu) untuk menyenangkan
perancangan. Dengan itu, kajian Lorenz dll. juga menyatakan bahawa hanya satu
peak sahaja akan berlaku dalam 1 macrocycle tersebut. Dalam kajian Arroyo-Toledo,
Clemente dan Gonzalez-Rave (2013) menyatakan bahawa program tradisional kepada
periodisasi adalah bertujuan untuk bermula membina latihan aerobik dalam peringkat
persediaan.

2.1.2 Non Linear Periodization (UP)


Non linear periodization adalah satu program latihan yang menawarkan kepelbagaian
variasi dalam intensiti latihan dalam setiap minggu atau harian. Dalam kajian Philips dll.
(2016) menyatakan bahawa beban dan volume latihan untuk non linear periodization
sentiasa berubah kerana perubahan dalam masa yang singkat dapat merangsangkan
perubahan dalam otot. Selain itu, dalam kajian Lorenz dll. menyatakan bahawa
program non linear periodization juga bergantung kepada pemulihan atlet selepas
pertandingan atau sesi latihan. Dengan itu, non linear periodization adalah lebih
fleksibel dalam menentukan kandungan sesi latihan. Kaedah ini lebih digemari dalam
peningkatan kekuatan fizikal. Menurut kajian Painter, Haff, Ramsey, McBride, Triplett,
Sands, Lamont, Stone dan Stone (2012) menyatakan bahawa Non Linear Periodization
lebih sesuai untuk populasi atlet yang terlatih.

3
2.1.3 Block Periodization (BP)
Dalam kajian Abt, Oliver, Nagai, Seli, Lovalekar, Beals, Wood dan Lephart (2015)
menyatakan bahawa kelebihan Block Periodization ialah Block Periodization
menggunakan kitaran masa yang sederhana dan pendek. Dengan itu, jurulatih lebih
mudah untuk merancang program dalam block periodization kerana jurulatih hanya
menumpukan perhatian dalam latihan spesifik yang berdasarkan kepada ciri-ciri atlet.

Block periodization diperkenalkan oleh Vorojeb pada tahun 1974, dan Stone dll.
(1981) juga memperkenalkan satu kaedah latihan kekuatan pada 1981 yang sama
dengan Block Periodization melalui hasil karya mereka. Block Periodization merupakan
penggabungan dari beberapa mesocycle untuk digabungkan untuk satu makrocycle.
Setiap mesocycle berpusat kepada latihan yang tertentu serta mempunyai
matlamat-matlamat yang tersendiri untuk dicapai.

Menurut kajian Arroyo-Toledo dll. menyatakan bahawa block periodization


merangkumi tiga peringkat, iaitu Accumulation (pengumpulan), Transformation
(transfomasi), dan Realization (Kesedaran). Manakala kajian Lorenz dll. menyatakan
bahawa Block Periodization boleh dibahagikan kepada 3 peringkat yang fokus dalam
bahagian yang tertentu, iaitu accumulation (hypertrophy), transformation (maximal
strength) dan realization (power and explosive strength). Proses adaptasi akan berlaku
pada setiap peringkat tersebut. Melalui proses adaptasi tersebut, proses ini akan
membawa kelebihan kepada otot dan bersiap sedia untuk peringkat yang seterusnya.
BP sering dikaitkan bahawa BP merupakan tradisional linear periodization atau block
yang merangkumi peningkatan linear. Ini berlaku kerana pada peringkat accumulation
dan transfomasi berlakunya peningkatan intensiti dan pengurangan dari volume
latihan. Dalam kajian Lorenz dll. juga menyatakan bahawa program block
periodization adalah lebih efisien dan berkesan.

Selain itu, dalam kajian Philips dll. menyatakan bahawa block periodization
berlaku dengan bilangan latihan yang banyak tetapi kurang dalam jenis latihan
kemahiran spesifik. Selain itu, kajian ini juga menyatakan bahawa block periodization
ini dapat dibahagikan kepada developmental blocks, competitive block dan restorative
blocks. Dalam development blocks, beban kerja akan ditambah secara mantap
sehingga ke tahap maksimum. Manakala di peringkat competitive blocks, beban kerja
dilupuskan dan fokus kepada pertandingan. Dan di peringkat restorative blocks, atlet

4
menggunakan kaedah active recovery dan bersedia untuk program latihan yang
seterusnya.

2.1.4 Reverse Periodization (RP)


Dalam kajian Arroyo-Toledo dll. telah menyatakan bahawa reverse periodization
merupakan satu rancangan yang berlawanan dengan Block Periodization. Dalam
latihan kekuatan, reverse periodization memulakan dari aktiviti intensiti yang tinggi
dan volume yang rendah, dan mengurangkan intensiti dan meningkatkan volume
latihan secara ansur-ansuran.

Selain itu, kajian Arroyo-Toledo dll. juga menyatakan bahawa Reverse


periodization boleh dibahagikan kepada 3 peringkat, iaitu peringkat intensiti, peringkat
aerobik dan peringkat taper. Dalam peringkat pertama, reverse periodization
melibatkan latihan intensiti tinggi dan latihan Threshold. Dalam peringkat ini, latihan
ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tenaga aerobik dan anarobik supaya dapat
meningkatkan penumbuhan otot dan toleransi lactate. Di samping itu, jika latihan
intensiti yang tinggi dibawa masuk ke dalam peringkat permulaan, latihan ini akan
membantu dalam peningkatan kelajuan pergerakan kerana berlakunya adaptasi oleh
sistem saraf. Selepas itu, dalam peringkat aerobik baru memulakan latihan intensiti
rendah dalam volume yang tinggi. Selepas itu, berlakunya kekurangan intensiti dan
peningkatan dalam volume latihan.

Tambahan pula, dalam kajian Arroyo-Toledo dll. juga menyatakan bahawa


reverse periodization telah membawa kesan yang efektif kepada perenang yang
terlatih untuk meningkatkan prestasi dalam masa yang suntuk.

2.2 KELEBIHAN
Dalam artikel dan journal yang telah dibaca oleh pengkaji, didapati bahawa Block
Periodization ini lebih efisien dan menjimatkan masa berbanding dengan Undulating
Periodization Program. Menurut kajian Painter dll. menunjukkan bahawa Block
Periodization lebih efisien berbanding dengan non linear periodization dalam
meningkatkan kekuatan maximal serta pembangunan kuasa dalam 31 orang atlet
olahraga Division I yang berusia dalam lingkungan 18 sehingga 22 tahun. Tempoh

5
masa untuk kajian ini adalah 10 minggu. Dalam tempoh kajian ini dilakukan, 4 ujian
telah dilaksanakan serta menganalisasi keputusan melalui SPSS dan ANOVA untuk
statistik. Block Periodization melibatkan volume latihan yang lebih rendah berbanding
dengan Undulating Periodization tetapi telah memberi kesan yang menakjubkan dalam
prestasi peningkatan kuasa.

Selain itu, menurut kajian Rønnestad, Hansen dan Ellefsen (2014) yang telah
menjalankan kajian kepada 21 orang atlet penunggang basikal terlatih yang
mengambil secara sukarela dalam tempoh masa 4 minggu. Kajian Rønnestad dll.
mendapati bahawa melalui ujian Blood lactate profile test dan VO2max test, Block
Periodization lebih mendorong kepada adaptasi ergogenic dalam prestasi ketahanan
atlet berbanding dengan traditional linear program. Dalam kajian tersebut, statistik
yang dikeluarkan oleh ANOVA telah menunjukkan bahawa atlet penunggang basikal
dalam kumpulan Block Periodization telah menunjukan peningkatan dalam VO2max
dan peak power output.

Tambahan pula, menurut kajian Bartolomei dll. juga menunjukkan dapatan


bahawa peningkatan yang lebih tinggi dalam kekuatan dan kuasa untuk bench press
berbanding dengan Traditional Periodization program melalui program latihan Block
Periodization. Selain itu, dalam

2.3 KELEMAHAN
Menurut kajian Painter dll. dan Bartolomei dll. menunjukkan bahawa kelemahan bagi
Traditional Linear Periodization dan Undulating Periodization ialah kekurangan dalam
pengawalan keletihan dan kelesuan atlet. Perkara ini berlaku kerana kedua-dua
program ini tidak mengurangkan intensisti pada peringkat yang akhir, malah
peningkatan intensiti yang berlaku. Bebanan yang berat dan pengulangan yang kerap
tidak semestinya dapat membantu dalam peningkatan kekuatan dan kuasa dengan
ketara. Hal ini berlaku kerana otot sedang mengalami keletihan dan memerlukan masa
untuk proses pemulihan. Oleh sebab itu, badan memerlukan proses pemulihan yang
lebih panjang untuk membaikpulihkan otot-otot yang telah mengalami keletihan atau
kelesuan. Dengan ini, masa yang diperlukan telah dipertingkatkan.

6
Selain itu, menurut kajian Arroyo-Toledo dll. telah menunjukkan bahawa
kelemahan block periodization berbanding dengan Reverse Periodization. Dapatan
kajian Arroyo-Toledo dll. telah membuktikan bahawa block periodization tidak akan
memberi kesan yang efektif kepada peningkatan prestasi atlet dalam jangka masa
yang pendek.

2.4 KESAMAAN
Menurut kajian Bartolomei dll. telah menyatakan bahawa Block Periodization dapat
mengawal keletihan otot atlet dengan lebih efisien berbanding dengan Linear
Periodization dan Undulating Periodization. Selain itu, menurut kajian Arroyo-Toledo
dll. telah menunjukkan bahawa jangka masa yang lebih panjang dapat memberi kesan
yang efektif dalam aspek peningkatan prestasi atlet.

2.5 ASPEK TOPIK DAN KONSEP


Block periodization diperkenalkan oleh Vorojeb pada tahun 1974. Stone dll. juga
memperkenalkan satu kaedah latihan kekuatan pada 1981 yang sama dengan Block
Periodization melalui hasil karya mereka. Block Periodization merupakan
penggabungan dari beberapa mesocycle untuk satu makrocycle. Setiap mesocycle
berpusat kepada latihan yang tertentu serta mempunyai matlamat-matlamat yang
tersendiri untuk dicapai.

Menurut kajian Arroyo-Toledo dll. menyatakan bahawa block periodization


merangkumi tiga peringkat, iaitu Accumulation (pengumpulan), Transformation
(transfomasi), dan Realization (Kesedaran). Manakala kajian Lorenz dll. menyatakan
bahawa Block Periodization boleh dibahagikan kepada 3 peringkat yang fokus dalam
bahagian yang tertentu, iaitu accumulation (hypertrophy), transformation (maximal
strength) dan realization (power and explosive strength). Proses adaptasi akan berlaku
pada setiap peringkat tersebut. Melalui proses adaptasi tersebut, proses ini akan
membawa kelebihan kepada otot dan bersiap sedia untuk peringkat yang seterusnya.
BP sering dikaitkan bahawa BP merupakan tradisional linear periodization atau block
yang merangkumi peningkatan linear. Ini berlaku kerana pada peringkat accumulation
dan transfomasi berlakunya peningkatan intensiti dan pengurangan dari volume

7
latihan. Dalam kajian Lorenz dll. juga menyatakan bahawa program block
periodization adalah lebih efisien dan berkesan.

Selain itu, dalam kajian Philips dll. menyatakan bahawa block periodization
berlaku dengan bilangan latihan yang banyak tetapi kurang dalam jenis latihan
kemahiran spesifik. Selain itu, kajian ini juga menyatakan bahawa block periodization
ini dapat dibahagikan kepada developmental blocks, competitive block dan restorative
blocks. Dalam development blocks, beban kerja akan ditambah secara mantap
sehingga ke tahap maksimum. Manakala di peringkat competitive blocks, beban kerja
dilupuskan dan fokus kepada pertandingan. Dan di peringkat restorative blocks, atlet
menggunakan kaedah active recovery dan bersedia untuk program latihan yang
seterusnya.

Terdapat pelbagai kajian membandingkan program periodisasi dan mendapat


keputusan bandingan antara setiap periodisasi yang ada sekarang. Misalnya melalui
kajian Williams, Tolusso, Fedewa dan Esco (2017) telah menunjukkan bahawa Non
Linear Periodization telah menghasilkan peningkatan yang lebih besar dalam 1RM
berbandingan dengan linear periodization. Melalui kajian kumulatif yang dijalankan
pada 18 kajian terbitan pada tahun 1988 sehingga 2015 telah mengesankan bahawa
81 kesan yang menyatakan program latihan yang mengikut periodisasi adalah lebih
efektif berbanding dengan program latihan yang tanpa periodisasi. Selain itu, kajian
juga didapati bahawa undulating program merupakan program pilihan dalam
peningkatan kuasa.

Selain itu, menurut kajian Bartolomei dll. telah menunjukkan bahawa peserta
dalam block periodized telah menunjukan perningkatan dalam peningkatan kuasa
untuk upper body. 24 orang atlet yang biasa dengan latihan rintangan telah
dibahagikan kepada 2 kumpulan secara rawak telah mengikuti kajian ini.

Manakala dari kajian Painter dll. menunjukkan bahawa block periodized adalah
lebih efisien dalam progres peningkatan kuasa berbanding dengan non linear
periodized. 31 orang telah mengambil bahagian dalam kajian ini dalam tempoh 10
minggu dan mereka telah diagihkan kepada 2 kumpulan dengan menepati beberapa
aspek yang telah ditetapkan. Peserta kumpulan Block Periodized telah menunjukkan
peningkatan yang baik dalam ujian 1RSQ dan isometric values yang berada di beban

8
yang berlainan. Dalam kajian Painter dll. juga menyatakan bahawa Block Periodization
merupakan program yang unggul, mahupun dijalankan pada jangka masa yang
pendek juga akan membawa peningkatan yang baik untuk atlet.

Di samping itu, menurut kajian Arroyo-Toledo dll. menunjukkan bahawa Block


Periodization membawa kemajuan dalam nilai komposisi badan berbanding dengan
Reverse Periodization. Manakala Reverse Periodization menunjukkan peningkatan
prestasi dalam pertandingan. 20 orang perenang perempuan biasa telah diambil untuk
kajian dan telah dibahagikan kepada kumpulan Block Periodization dan Reverse
Periodization. Kajian ini telah mengambil masa 10 minggu untuk dijalankan. Untuk
mendapatkan keputusan, ujian komposisi badan dan ujian prestasi perenang telah
diambil dan analisis dibuat dengan menggunakan kaedah ANOVA.

9
3. Kesimpulan
Setiap jenis periodisasi mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri.
Sebagai seorang jurulatih, kita mesti jelas dengan matlamat serta objektif latihan.
Dengan itu, kita mesti membuat keputusan yang sesuai untuk memilih kaedah yang
sesuai dengan atlet kita dan memastikan bahawa kaedah tersebut boleh membawa
kita untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Perbandingan kajian ini telah menunjukkan block periodized adalah lebih


unggul daripada linear periodized atau non linear periodized. Selain itu, kajian
Arroyo-Toledo dll. telah membuktikan bahawa block periodization tidak akan memberi
kesan yang efektif kepada peningkatan prestasi atlet dalam jangka masa yang pendek.
Tetapi Block Periodization telah membawa kesan yang positif dalam komposisi badan.
Block periodized juga mempunyai kekurangannya iaitu program block periodized lebih
sesuai untuk atlet yang terlatih. Jika untuk golongan tidak terlatih atau orang baru,
linear periodization atau non linear periodization lebih sesuai, kerana otot-otot dapat
mengadaptasi secara ansur-ansuran.

Dengan itu, dari keputusan kajian saya, saya berpendapat bahawa Block
Periodization adalah lebih sesuai untuk atlet yang terlatih. Kaedah ini lebih membantu
atlet yang terlatih dan dapat mendorongkan peningkatan atlet tersebut dalam jangka
masa yang pendek. Walaubagaimanapun, block periodization masih mempunyai
kelemahannya, misalnya program latihan block periodization lebih ke arah spesifik.
Oleh sebab itu, kekurangan block periodization adalah di segi kesempurnaan yang
boleh dibagi kepada atlet tersebut.

Selepas kajian ini dijalankan, saya berharap pengkaji yang akan datang boleh
menjalankan perbandingan antara Block Periodization, Reverse Periodization dan Non
Linear Periodization untuk memenuhi kekurangan yang ada sekarang. Selain itu,
pengkaji juga boleh menjalankan kajian tentang block periodization dan reverse
periodization untuk atlet perenang lelaki yang berusia dalam lingkungan 23 tahun
hingga 29 tahun. Di samping itu, pengkaji boleh meningkatkan tempoh kajian kepada
24 minggu ke atas supaya boleh mendapat data yang lebih tepat dan teliti. Tambahan
pula, pengkaji yang akan datang boleh membuat perbandingan antara Reverse
Periodization dengan Non Linear Periodization atau Linear Periodization supaya lebih

10
ramai boleh mengenalpastikan adakah reverse periodization adalah lebih sesuai untuk
trend latihan sekarang.

11
RUJUKAN

Abt, J., Oliver, J., Nagai, T., Sell, T., Lovalekar, M., & Beals, K. et al. (2016).
Block-Periodized Training Improves Physiological and Tactically Relevant
Performance in Naval Special Warfare Operators. Journal Of Strength And
Conditioning Research, 30(1), 39-52.
http://dx.doi.org/10.1519/jsc.0000000000001082

Arroyo Toledo, J., Clemente, V., & Ravé, G. (2013). The effects of ten weeks block and
reverse periodization training on swimming performance and body composition of
moderately trained female swimmers. J. Swimming Research, 21(1).

Bartolomei, S., Hoffman, J., Merni, F., & Stout, J. (2014). A Comparison of Traditional
and Block Periodized Strength Training Programs in Trained Athletes. Journal Of
Strength And Conditioning Research, 28(4), 990-997.
http://dx.doi.org/10.1519/jsc.0000000000000366

Franchini, E., Branco, B., Agostinho, M., Calmet, M., & Candau, R. (2015). Influence of
Linear and Undulating Strength Periodization on Physical Fitness, Physiological, and
Performance Responses to Simulated Judo Matches. Journal Of Strength And
Conditioning Research, 29(2), 358-367.
http://dx.doi.org/10.1519/jsc.0000000000000460

Harries, S., Lubans, D., & Callister, R. (2015). Systematic Review and Meta-analysis of
Linear and Undulating Periodized Resistance Training Programs on Muscular
Strength. Journal Of Strength And Conditioning Research, 29(4), 1113-1125.
http://dx.doi.org/10.1519/jsc.0000000000000712

Jacobs, F., Claringbould, I., & Knoppers, A. (2014). Becoming a ‘good coach’. Sport,
Education And Society, 2-19.
http://dx.doi.org/http://dx.doi.org/10.1080/13573322.2014.927756

Lorenz, D., & Morrison, S. (2015). CURRENT CONCEPTS IN PERIODIZATION OF


STRENGTH AND CONDITIONING FOR THE SPORTS PHYSICAL THERAPIST. The
International Journal Of Sports Physical Therapy, 10(6), 734-747.

Painter, K., Haff, G., Ramsey, M., McBride, J., Triplett, T., & Sands, W. et al. (2012).
Strength Gains: Block versus Daily Undulating Periodization Weight Training among
Track and Field Athletes. International Journal Of Sports Physiology And
Performance, 7(2), 161-169. http://dx.doi.org/10.1123/ijspp.7.2.161

12
Phillips, M., Lockert, J., & Rosemond, L. (2016). Tools and Benefits of Periodization:
Developing an Annual Training Plan and Promoting Performance Improvements in
Athletes. Thesportjournal.Org, 1-10. Retrieved from
http://thesportjournal.org/article/tools-and-benefits-of-periodization-developing-an-
annual-training-plan-and-promotingperformance- improvements-in-athletes/

Rønnestad, B., Hansen, J., & Ellefsen, S. (2012). Block periodization of high-intensity
aerobic intervals provides superior training effects in trained cyclists. Scandinavian
Journal Of Medicine & Science In Sports, 24(1), 34-42.
http://dx.doi.org/10.1111/j.1600-0838.2012.01485.x

Williams, T., Tolusso, D., Fedewa, M., & Esco, M. (2017). Comparison of Periodized and
Non-Periodized Resistance Training on Maximal Strength: A Meta-Analysis. Sports
Medicine, 47(10), 2083-2100. http://dx.doi.org/10.1007/s40279-017-0734-y

13

Anda mungkin juga menyukai