Anda di halaman 1dari 2

1. Jadual di bawah menunjukkan markah ujian bulanan Rina bagi subjek Matematik.

Bina satu graf


garis untuk mewakili data itu dan justifikasikan kesesuaian perwakilan data tersebut.

Bulan Januari Februari Mac April Mei


Markah 40 60 50 80 70

2. Data berikut menunjukkan bilangan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh kumpulan
murid pada satu hari tertentu. Wakilkan data itu dengan plot titik dan justifikasikan kesesuaian
pewakilan data tersebut.

3 4 8 7 11
6 5 7 6 3
9 6 5 11 8

3. Dalam suatu tinjauan, umur bagi 24 orang pembaca bagi sebuah majalah dicatatkan seperti berikut.
Wakilkan data itu dengan plot batang-dan-daun dan justifikasikan kesesuaian perwakilan data
tersebut.

44 53 33 65 51 30 42 34
57 36 51 32 39 44 25 31
58 47 31 22 58 38 60 47
4. Jadual di bawah menunjukkan warna kegemaran bagi sekumpula murid. Lengkapkan jadual
berikut. Kemudian, bina carta pai untuk mewakili semua maklumat dalam jadual itu.

Warna Bilangan murid Sudut sektor


Merah 48
Kuning 84
Hijau 28
Biru 60
Hitam 20

5. Jadual di bawah menunjukkan lima jenama telefon bimbit yang dijual oleh sebuah syarikat. Bina
carta pai untuk mewakili semua maklumat dalam jadual itu.

Jenama P Q R S T
Bilangan telefon bimbit 216 576 72 432 144

Anda mungkin juga menyukai