Anda di halaman 1dari 3

TAJUK AKTIVITI : LATIHAN PENSKORAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN BAHASA

INGGERIS PT3 YANG DIJAJARKAN KEPADA COMMON EUROPEAN


FRAMEWORK OF REFERENCE (CEFR) PERINGKAT SEKOLAH

Bil Perkara

Program / Aktiviti :
1.
Latihan Penskoran Instrumen Pentaksiran Bahasa Inggeris PT3 Yang Dijajarkan
Kepada Common European Framework of Reference (CEFR) Peringkat Sekolah.

Matlamat :
2.
Memastikan setiap pelajar dapat ditaksir dengan objektif berdasarkan standard
yang telah ditetapkan.

Objektif :
3.
Memberi latihan dan panduan kepada pentaksir peringkat sekolah cara untuk
menggunakan dan merujuk panduan yang telah digariskan dengan tepat.

Tarikh & Hari :


4.
12 Jun 2019 / Rabu

Masa :
5.
10.00 pagi - 11.00 pagi dan 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat :
6.
Bilik Guru, SMA Parit Raja

Sasaran :
7.
2 guru Bahasa Inggeris
Kos (sekiranya ada) :
8.
Tiada

Sumber Perbelanjaan (sekiranya ada) :


9.
Tiada

Laporan aktiviti keseluruhannya :

Sebelum taklimat berlangsung, guru-guru telah diberikan bahan-bahan rujukan


untuk penskoran Bahasa Inggeris PT3 yang dijajarkan dengan CEFR. Oleh itu,
pada hari taklimat, tujuan utama adalah untuk mengukuhkan lagi pemahaman
guru-guru tentang cara untuk melaksanakan penskoran dengan berkesan.

Sesi dimulakan dengan penerangan ringkas tentang teknik penskoran


berdasarkan bahan rujukan yang telah diberikan. Sebarang kemusykilan yang
timbul semasa sesi taklimat atau semasa pembacaan kendiri terus dijawab dan
diselesaikan pada sesi ini.

Seterusnya, sesi diteruskan dengan memberikan contoh penulisan pelajar yang


telah diskor menggunakan teknik penskoran yang dijajarkan dengan CEFR. Ini
untuk memastikan guru-guru dapat melihat dengan lebih jelas kriteria-kriteria
yang dinilai.
10.
Akhir sekali, guru-guru diberikan contoh penulisan pelajar yang belum dinilai dan
mereka diminta untuk membuat penilaian berdasarkan input yang telah diberi
sepanjang taklimat. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memastikan semua guru dapat
merujuk rubrik yang diberikan dengan betul dan seterusnya memastikan setiap
pelajar dapat dinilai dengan objektif dan mengurangkan perbezaan dari segi
penilaian antara pentaksir.
Gambar-gambar aktiviti :
(sekurang-kurangnya sekeping gambar)

11.

12. Penilaian / Rumusan :

Pada akhir taklimat, guru-guru telah memahami teknik penskoran Bahasa


Inggeris yang dijajarkan dengan CEFR dan cara untuk merujuk rubrik yang
disediakan dengan betul. Guru-guru juga telah maklum akan rasional perubahan
teknik penskoran ini dan mengapa teknik yang baharu ini lebih berkesan untuk
menilai kebolehan sebenar pelajar.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

En. Muhamad Azeem Muhamad Sayuti Pn. Humaiyah Samsuddin


Ketua Pentaksir Mata Pelajaran Ketua Panitia Bahasa Inggeris

….…………………………………………. ….………………………………………….

Anda mungkin juga menyukai