Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang:

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Bahasa Inggeris merupakan Bahasa antarabangsa atau Bahasa global yang digunakan secara
menyeluruh sebagai bahasa komunikasi dan membolehkan semua untuk berinteraksi dengan
mudah. Selain daripada itu, Bahasa Inggeris juga digunakan secara meluas di internet dan
teknologi maklumat. Namun begitu, penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid atau
pelajar Malaysia masih lemah dan tidak memuaskan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah melaksanakan The Common European Framework of Reference for languages
(CEFR) bermula pada tahun 2018 secara besar-besaran dalam usaha untuk meningkatkan
penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid atau pelajar serta meningkatkan pencapaian
dalam kalangan murid. CEFR adalah cara untuk menerangkan bagaimana anda bercakap dan
memahami Bahasa asing dan ia menggunakan skala Eropah untuk menggambarkan kecekapan
dan penguasaan Bahasa Inggeris dan juga Bahasa lain. Namun begitu, terdapat perbezaan
pendapat dan persepsi dari kalangan guru terhadap penggunaan buku teks ini untuk murid tahap
1 di sekolah rendah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi serta memahami
pendapat guru terhadap penggunaan buku teks dan juga tahap kesediaan guru dalam
menggunakan buku teks ini di dalam kelas. Kajian ini dijalankan dengan mengadakan temu bual
sebagai instrumen penyelidikan di mana data kualitatif akan dianalisis mengikut tema dan juga
soalan temu bual. Kebolehpercayaan diperolah dengan menggunakan nilai pekali persetujuan
Cohen Kappa. Nvivo 7 akan digunakan untuk menganalisis data dan dapatan akan dilaporkan
dalam dua bahagian iaitu demografi peserta dan juga soalan kajian. Implikasi kajian ini dijalankan
adalah untuk mengenalpasti persepsi serta pandangan peserta kajian terhadap pelaksanaan
CEFR di samping memastikan setiap peserta mempunyai pengetahuan yang sama terhadap
CEFR.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai