Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN KEJOHANAN HOKI MSSD BAGAN DATUK

2019

28 MAC 2019
( KHAMIS )
1.0 PENDAHULUAN
Kejohanan hoki peringkat MSSD ini adalah salah satu acara tahunan yang dijalankan,
dan pada tahun ini SMK Tun Abdul Razak dipilih sebagai tuan rumah. Kejohanan ini
memupuk semangat juang pada setiap pasukan yang bertanding untuk menjadi juara serta
kerjasama berpasukan untuk memastikan pasukan yang diwakili menjadi juara berpasukan.

2.0 MASA DAN TEMPAT

Kejohanan ini telah diadakan pada ketetapan berikut:-


Tarikh :28 Mac 2019
Masa :07:30AM – 5.00PM
Tempat :SK Khir Johari

3.0 KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN


Semua sekolah-sekolah yang terlibat telah bekerjasama untuk memastikan perjalanan
kejohanan ini berjalan dengan lancar. Rujuk lampiran.

4.0 KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN


Rujuk lampiran.

5.0 KEKUATAN
Kerjasama yang kuat dari semua pihak telah memastikan kejayaan pengelolaan
kejohanan hoki MSSD pada kali ini.. Para guru juga begitu komited dalam menjalankan
tugas masing-masing. Para pelajar pula begitu bersemangat untuk mengikuti acara ini. Ini
adalah cirri-ciri positif yang telah menjadikan kejohanan ini satu kejayaan.

6.0 KELEMAHAN
Kelemahan yang ada sewaktu kejohanan ini memang ada tetapi ianya tidak
mencacatkan perjalanan acara yang berlangsung. Para petugas kecemasan juga ( PBSM )
perlu ditambah kerana pada satu ketika bilangan mereka tidak mencukupi untuk merawat
atau mengangkat para peserta yang cedera semasa perlawanan. Walaupun begitu, mereka
telah berusaha sebaik mungkin untuk membantu para peserta yang terlibat.
7.0 KEWANGAN
Rujuk lampiran.

8.0 PENUTUP
Pada keseluruhannya kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang
masalah yang besar sepanjang berlangsungnya acara ini. Diharapakan agar kejohanan ini
akan bertambah baik dalam penganjuran pada masa-masa akan datang.

Disediakan oleh:

............................................
NIK MOHAMAD AZRI BIN NIK IBRAHIM
Penolong Setiausaha Sukan
SMK Tun Abdul Razak

Disemak oleh:

............................................
ENCIK ZAIRUDIN BIN GHAZALI
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Tun Abdul Razak
LAMPIRAN

1. Kertas kerja
2. Minit mesyuarat
3. Senarai AJK
4. Borang-borang
5. Gambar

Anda mungkin juga menyukai