Anda di halaman 1dari 2

1. Apakah yang saya pelajari daripada kursus ini?

Kursus Keusahawanan merupakan satu subjek wajib bagi setiap pelajar OUM. Saya pada
awalnya berasa bahawa subjek ini agak tidak menarik memandangkan saya bukanlah seorang
usahawan. Namun, perspektif saya mula berubah apabila saya mula mendalami ilmu ini satu
persatu bab.

Maka, saya berasa tertarik untuk membuat refleksi satu persatu bab. Bab pertama
membincangkan perihal apa itu keusahawanan. Bab ini banyak membuka minda sempit saya
tentang ilmu keusahawanan. Ilmu keusahawanan sangatlah relevan pada hari ini kerana ianya
bukan sahaja membantu usahawan itu sendiri,malah ianya lebih kepada membantu orang lain
ataupun memberi sumbangan dan amal jariah kepada individu,masyarakat,negara dan dunia
terutamanya umat Islam. Seterusnya, saya juga didedahkan kepada ciri-ciri seorang usahawan
sebagaimana yang dibincangkan didalam bab kedua. Di sini apa yang dapat saya lihat
ialah,seseorang itu tidak dilahirkan dengan personaliti usahawan. Akan tetapi,ianya merupakan
satu perkara yang harus dilatih dan diterpkan di dalam diri seseorang sekiranya ingin bergelar
usahawan berjaya. Selain itu,untuk menjadi seorang usahawan berjaya,kunci utamanya adalah
kreativiti dan inovasi. Ini adalah adunan resepi rahsia yang terbaik yang harus dimiliki oleh
seseorang usahawan tidak kira berniaga besar atau kecil. Contohnya, peniaga ABC yang
berjaya seharusnya membuat inovasi pada barang jualannya iaitu ABC agar ianya kelihatan
berbeza dan luar biasa berbading ABC peniaga lain. Itulah yang dikatakan kreativiti dan
inovasi. Kreativiti dan inovasi sahaja tidak cukup untuk mematikan sesuatu perniagaan itu
berjaya. Perancangan perniagaan juga amat penting untuk memastikan perjalanan perniagaan
yang kita rancangkan berjaya. Hal ini juga ada dibincangkan didalam bab enam. Di samping
itu,bab-bab yang seterusnya juga membantu saya memahami bagaimana sesebuah perniagaan
yang dirancang itu dijalankan dengan baik sebagaimana yang dirancangkan.

Oleh itu,apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah Kursus Keusahawanan yang telah saya
pelajari banyak membuka minda dan mata saya yang dahulunya hanya memandang kosong
bidang perniagaan kini memberi satu azam baru kepada saya untuk cuba menceburi bidang ini.
2. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini?

Pengalaman yang saya perolehi sepanjang kursus ini amat menyeronokkan. Aktiviti pdp yang
berlangsung di dalam kelas dan alam maya banyak membantu saya untuk menanam azam
dalam menceburi bidang perniagaan. Tak kenal,maka tak cinta. Itulah keadaan yang dialami
oleh saya. Kursus Keusahawanan ini membantu saya memahami satu ilmu agama iaitu ‘hablum
minannas’,berbuat baik kepada manusia lain. Perniagaan bukan semata-mata untuk peniaga
mengaut keuntungan berlipat ganda dan menzalimi pelanggan. Contohilah nabi kita,Nabi
Muhammad bagaimana baginda berniaga sehinggakan para pelanggan memanggil baginda
dengan gelaran ‘al-amin’,yang benar. Maka,itulah yang sepatutnya para peniaga amalkan.

3. Apakah cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini?

Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buahnya. Itulah yang saya bayangkan. Proses pdp yang
dialami oleh saya amatlah berkesan dan berkualiti. Namun,ianya perlu dipraktikkan oleh kami.
Oleh itu,saya ingin mencadangkan agar satu projek perniagaan kecil-kecilan secara
berkumpulan dilaksanakan oleh kami agar ilmu itu dapat kami praktikkan di medan sebenar.

Anda mungkin juga menyukai