Anda di halaman 1dari 18

MENINGKATKAN KEMAHIRAN

MENGINGAT KITAB-KITAB DAN


RASULNYA DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH
NYANYIAN

AISYAH NAZIFAH BINTI MOHD


NADZRI
SK. OTHMAN TALIB (2)

1.0 Pendahuluan
Dewasa ini kurikulum bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di
Malaysia telah pun beberapa kali dikemaskini dan diperbaiki bagi
tujuan memenuhi kehendak semasa dunia yang semakin mencabar.
Pelbagai

pendekatan

diperkenalkan

bagi

memurnikan

proses

pengajaran dan pembelajaran dalam lingkungan sekolah. Namun


begitu masih terdapat beberapa masalah yang timbul ekoran
kurikulum dan sukatan pelajaran yang baru ini. Proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah tidak dapat memenuhi kehendak sukatan
pelajaran dan kurikulum yang ditetapkan. Hal ini timbul ekoran
perubahan sikap pelajar dan perubahan persekitaran masyarakat
ketika ini. Antara masalah yang timbul dalam pengajaran mata
pelajaran Pendidikan Islam ialah berkenaan minat pelajar di dalam
kelas. Minat pelajar yang kurang terhadap pengajaran menyebabkan
masalah seperti ponteng kelas, kelas tidak terkawal, kelas bising dan
sebagainya. Tambahan lagi dalam topik akidah ada yang mengatakan
topik yang membosankan dan sukar dikuasai oleh pelajar.

Secara amnya, pendekatan pelajaran dalam setiap bahagian dalam


mata pelajaran Pendidikan Islam tidak terikat atau tertumpu kepada
satu kaedah pengajaran sahaja. Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan
mengikut

pengkhususan

tajuk-tajuk

tertentu.

Memandangkan

pelajaran akidah ini amat penting dalam menanam sifat keyakinan


para pelajar terhadap Allah dan cinta kepada Rasulullah s.a.w dan
para sahabat maka perkara ini tidak boleh dianggap remeh oleh guru
dalam mengajar pelajaran akidah. Pelajaran akidah juga boleh
menerapkan akhlak para tokoh dan ilmuan Islam yang boleh dicontohi
oleh umat Islam. Oleh itu, kajian tindakan ini dilakukan bagi mengenal
pasti

masalah

tersebut

serta

mengemukakan

cadangan

dan

penambahbaikkan bagi mencapai matlamat pengajaran akidah ini


iaitu meningkatkan kemahiran mengingat murid terutamanya dalam
2

mengingati susunan nama-nama kitab. Kebanyakan murid sekolah


pada hari ini masih lemah dalam mengingat fakta asas ini.

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu


Saya telah mengajar di Sekolah Kebangsaan Othman Talib (2),
Kelantan. Sepanjang mengajar, saya telah diamanahkan untuk
mengajar bidang Pendidikan Islam untuk murid-murid tahun 4.
Murid di dalam kelas ini seramai 36 orang murid yang terdiri
daripada 16 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan.

Latar belakang yang pelbagai menyebabkan wujud pelbagai tahap


kecerdasan di dalam kelas saya sepertimana yang dikaji oleh Gardner
(1983) di dalam teorinya yang mengatakan bahawa manusia
mempunyai lapan tahap kecerdasan. Hal ini menyebabkan proses
penerimaan ilmu maklumat kepada setiap murrid itu berbeza tahap
penerimaannya. Saya sudah lama memerhatikan situasi ini di mana
kebanyakan murid masih lambat dan perlahan dalam menerima satu
persatu maklumat yang disampaikan oleh guru-guru terutamanya
bagi bidang Sirah. Oleh itu, saya dengan rasa tanggungjawab
sebagai seorang guru, ingin memilih bidang ini dalam usaha
mengatasi permasalahan ini dalam kalangan murid dengan mencari
punca sebenar dan modus operandinya.

Saya mendapati bahawa murid-murid ini sukar untuk menguasai


kemahiran mengingat dengan baik khususnya Akidah yang mana
melibatkan ketauhidan kepada Allah walaupun telah beberapa kali
dipelajari

pada Tahun 3 yang lalu dan disoal oleh saya. Antara

kekangan yang dapat diperoleh secara tidak langsung ialah murid3

murid begitu bosan dan tidak berminat untuk fokus dan menghayati
sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Maka, natijahnya murid
sukar untuk mengingat fakta-fakta akidah.

Semasa saya melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran


berkaitan nama-nama kitab,
mengingat nama-nama kitab

terdapat beberapa

murid sukar

dengan betul. Soalan-soalan secara

lisan telah diajukan kepada mereka, dan mereka tidak dapat


menjawab dengan betul. Semasa menjawab soalan, murid cuba
berfikir dan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan
serta meminta bantuan rakan lain untuk memberikan jawapan.
Keadaan sama juga berlaku semasa murid melaksanakan aktiviti
lembaran kerja berkenaan yang diedarkan oleh saya. Murid-murid
dilihat termenung dan cuba mengingat kembali isi pelajaran yang
diajar kepada mereka. Murid cuba berbincang dengan rakan untuk
mendapatkan jawapan. Melalui pemerhatian yang dibuat saya,
murid tidak dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul.
Murid tidak menulis nama-nama kitab beserta rasulnya dengan
betul. Disamping itu juga, murid-murid kelihatan keliru antara nama
rasul dan nabi yang wajib diimani. Situasi yang berlaku semasa sesi
soal jawab dan aktiviti lembaran kerja berulang juga pada sesi
pengukuhan kognitif di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.

Apabila melihat situasi sebegini, saya bertanggungjawab untuk


memperbaiki kemahiran mengingat murid berkenaan tajuk ini. Ini
kerana susunan nama-nam kitab

ini merupakan salah satu isi

pelajaran

akidah

yang

meningkatkan

penting

keupayaan

dalam

mengingat

umat

murid-murid,

Islam.

Bagi

saya

telah

membandingbeza beberapa bentuk kaedah yang sesuai dengan


tahap kecerdasan murid-murid.

Maka, disinilah saya beranggapan bahawa masalah ini harus


diselesaikan dengan menggunakan penyerapan unsur muzik dalam
menghafal nama-nama kitab iaitu melalui pendekatan nyanyian. Ini
kerana

ianya

dilihat

lebih

dekat

dengan

diri

murid-murid.

Pembelajaran melalui nyanyian juga sesuai diterapkan kerana ia


lebih berpusatkan murid kerana murid akan menyanyi secara
berkumpulan dan individu berdasarkan lirik dengan bantuan guru.
Kemudian mereka akan menghafal lagu berkenaan supaya memori
ingatan mereka berkekalan dalam jangka masa yang lama.

2.0

Fokus Kajian

2.1

Isu kajian

Masalah-masalah yang timbul dalam kalangan murid ini dapat dikenal


pasti hasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang
berterusan. Ini menunjukkan bahawa refleksi memainkan peranan
yang penting kepada saya khususnya dalam memperoleh maklumat
yang sahih dan tepat.

Antara masalah utama yang dapat dikenal pasti ialah murid tidak
dapat mengingat susunan nama-nama kitab dengan mengikut
urutannya apabila saya menggunakan kaedah tradisional. Hal ini
disebabkan oleh murid bosan dan tidak berminat untuk mengikuti
kelas Akidah dengan baik. Responden yang dipilih pula berdasarkan
markah lembaran kerja yang rendah dan tidak dapat menjawab
soalan yang diutarakan kepada mereka.

Menurut Robert M.Gagne (1970) seorang profesor dan ahli psikologi di


dalam

Model

Pemprosesan

Maklumat

beliau

mengemukakan

sebanyak 8 jenis fasa dan fasa yang kelima adalah mengingat


kembali. Fasa mengingat kembali ini merupakan tindakan mencari
maklumat atau pengalaman yang disimpan di dalam stor ingatan
jangka panjang. Isyarat daripada rangsangan luaran atau motif
dalaman yang menggerakkan seseorang individu itu untuk cuba
mengingat kembali maklumat.

2.2

Tinjauan Literatur

Nyanyian merupakan salah satu dari cabang muzik. Muzik adalah


sebahagian

daripada

alam kehidupan dan budaya

masyarakat

keseluruhannya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1983).

Abdullah al-Amin al-Namiy (1994) di dalam bukunya menyatakan


bahawa Ibnu Khaldun telah mengisyaratkan sesungguhnya muzik
adalah suatu ilmu, dan menekankan bahawa muzik dan nyanyian itu
sesuatu perkara yang dapat memperkembangkan pengetahuan dan
idea semasa melagukan sesuatu lagu.

Menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1988), menyanyi adalah
aktiviti yang berlaku dalam kehidupan kita yang sebenar dan aktiviti
ini boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang
menarik. Kanak kanak suka menyanyi dan bagi kanak-kanak yang
masih belajar, menganggap menyanyi lebih sebagai satu bentuk
bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan terhibur dan
menenangkan fikiran.

Dalam konteks mengukuhkan kemahiran murid, menyanyi merupakan


satu kegiatan yang dapat membantu guru mencapai matlamat
tersebut.

Ini

adalah

kerana

nyanyian

itu

sendiri

memerlukan

penyebutan bunyi dengan jelas dan betul, mengikut rentak dan irama
serta disampaikan mengikut tekanan, intonasi dan nada tertentu.
Guru boleh menyediakan seni kata lagu mengikut isi dan bahan
pelajaran yang dipilih. Aktiviti menyanyi mempunyai beberapa tujuan
antaranya ialah, menyanyi dapat menambah kepelbagaian aktiviti
7

bukan sahaja kepada proses pembelajaran tetapi juga kepada


pengalaman

murid

mempelajari

bahasa.

Ia mencetuskan

perubahan dalam aktiviti yang lazim dalam bilik darjah.

Menyanyi dapat membantu proses mengingat kanak-kanak. Ia amat


berguna dan boleh mebantu murid-murid menguasai perbendaharaan
kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur dan bentuk ayat.
Lagu juga membantu dapat menyumbang ke arah bentuk pemikiran
dan daya inkuiri otak

mentafsir

sesuatu

perkara.

Kajian

Rosne

Hafizah (2009) hasil dapatannya terhadap beberapa orang murid di


sebuah sekolah di Selangor, beliau
nyanyian

ini

dapat

mendapati

merangsang

bahawa

aktiviti

minat murid-murid untuk

mempelajari bahasa Arab. Secara tidak langsung, telah berjaya


menguasai

perbendaharaan

kata

bahasa

Arab

melalui

kaedah

nyanyian.

Dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud Allah tidak


membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.
Ayat al- Quran ini sesuai dengan proses mengingat bagi seseorang
individu.

Setiap

individu

dikurniakan

Allah

kemampuan

dan

kecerdasan minda yang berbeza- beza. Jadi, bagi mengingati sesuatu


perkara, seseorang itu perlu untuk menggunakan kaedah tertentu
supaya ingatan itu berkekalan.

Menurut model teori pembelajaran Carl Rogers (2003) iaitu di bawah


mazhab humanis yang menekankan bahawa pembelajaran manusia
itu bergantung kepada emosi dan perasaannya dan setiap individu
mempunyai cara belajar yang berbeza. Dalam proses mengingat,
emosi

memainkan

peranan

penting.

Emosi

mempengaruhi

keupayaan seseorang itu mengingat dan menghafal sesuatu fakta


8

dengan

jelas.

Jika

berlakunya

gangguan

emosi,

maka

proses

menghafal dan mengingat akan terjejas.

Murugiah Velayutham (1997) melihat pembelajaran ialah suatu proses


yang cergas dan perlu dirangsang serta dibimbing ke arah matlamat
yang diingini. Rangsangan luaran yang mendorong pembelajaran
termasuklah pengaruh guru melalui tugasan yang dibuat, soalan yang
ditanya, alat bantu mengajar yang digunakan dan semua prosedur
yang digunakan untuk membangkitkan dan kegiatan belajar.

Zulkifli Ismail (1993), ingatan ialah kebolehan memanggil balik atau


menyebut dan menulis fakta atau kejadian yang telah berlaku
setelah beberapa lama. Kemahiran mengingat mempunyai fungsi
yang sangat penting dan mustahak kepada pemikiran dan tindakan.
Seandainya

manusia

tidak boleh mengingat fakta dan kejadian-

kejadian yang penting, aktiviti-aktiviti harian tidak dapat berjalan


dengan

baik,

teratur

atau

sistematik.

Jika seseorang itu lupa

ingatan, sudah tentu dia tidak boleh bercakap, membaca, mengenal


benda atau rakan-rakannya yang lain.

Hanafi Ismail dan Sadali Othman (2001), berpendapat bahawa


faktor-faktor yang mempengaruhi daya ingatan seorang murid ialah
sikap murid itu sendiri. Selain itu juga, teknik mengingat dan bahan
yang ada. Bahan pembelajaran yang hendak diingat hendaklah
dalam bentuk yang padat, ringkas, mudah dibaca dan difahami serta
dapat menarik minat murid tersebut.

3.1

Objektif Kajian

Melalui kajian ini, saya dapat :


3.1.1 Mengetahui tahap penguasaan murid dalam susunan namanama kitab dan rasulnya
3.1.2 Mengenalpasti

punca murid lemah dalam menguasai

nama-

nama kitab dengan mengikut tertibnya yang betul


3.1.3 Mengenalpasti kemahiran mengingat murid dalam susunan
nama-nama kitab dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah
nyanyian

3.2

Soalan Kajian
Kajian ini akan menfokuskan kepada permasalahan berikut:

1.4.1 Apakah tahap penguasaan murid dalam susunan nama-nama


kitab?
1.4.2 Apakah punca murid lemah dalam menguasai
kitab dengan mengikut tertibnya yang betul?

10

nama-nama

1.4.3 Adakah kemahiran mengingat murid dalam susunan namanama kitab dapat ditingkatkan dengan menggunakan kaedah
nyanyian?

11

4.0

Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran saya dalam kajian ini ialah terdiri daripada

murid tahun empat. Terdapat 36 orang murid dalam kelas ini, masingmasing mempunyai tahap pemikiran dan kemampuan fizikal yang
berbeza disebabkan oleh perbezaan individu. Pemilihan ini dilakukan
secara rawak. Hanya 3 orang sahaja yang dipilih. Mereka dipilih berdasar
kepada keputusan lembaran kerja iaitu murid-murid yang memperolehi
keputusan kurang daripada 50% iaitu dari kalangan murid yang
memperolehi

markah

kurang

cemerlang

dalam

mata

pelajaran

pendidikan islam. Saya memfokuskan kepada mereka yang mempunyai


tahap pemikiran yang sama berdasarkan kepada keputusan lembaran
kerja agar hasil kajian yang akan saya lakukan adalah sah kerana
kaedah pemilihan kumpulan sasaran akan mempengaruhi keputusan
hasil kajian kelak, contohnya mereka dipilih berdasar kepada keputusan
lembaran kerja yang telah dilakukan dan murid yang memperoleh
markah 50% sahaja dipilih dalam kajian tersebut.

12

5.0

Tindakan yang dicadangkan

Saya telah mengaplikasikan model Kemmis dan Mc Taggart dalam kajian


tindakan ini. Model ini mempunyai 4 tahap dan proses kitarannya:
R

1. Refleksi
2. Merancang
3. Bertindak
4. memerhati
ajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988)

Saya mendapati bahawa murid-murid berhadapan dengan masalah


kesukaran mengingat fakta dan lupa dengan isi pelajaran yang dipelajari
oleh mereka

berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu.

Murid sukar untuk mengingat kembali isi pelajaran apabila soalan lisan
dan bertulis diajukan kepada mereka. Disamping itu juga murid kurang
berminat

dalam mengingat

nama-nama

kitab. Selepas itu, saya

membuat tinjauan awal iaitu untuk menghimpun fakta berdasarkan


pemerhatian, temubual, dan lembaran kerja.
13

5.1
5.1.1

Rekabentuk Kajian
Merancang

Saya telah merancang tindakan yang sesuai bagi menyelesaikan


masalah yang timbul tersebut. Objektif utama perancangan ini bertujuan
untuk meningkatkan kemahiran mengingat murid mengenai susunan
nama-nama kitab dengan betul. Saya merancang untuk menyelesaikan
masalah yang timbul ini dengan menggunakan kaedah nyanyian . Lirik
lagu

4 Kitab telah digubah mengikut melodi lagu kanak-kanak

Bapaku Pulang Dari Kota.

5.1.2

Bertindak

Kaedah nyanyian telah diperkenalkan kepada responden seramai 3


orang dari tahun 4

semasa proses rawatan berlangsung. Kaedah ini

dilaksanakan bagi tajuk Beriman Kepada Kitab dan berfokus kepada


mengingat nama-nama kitab dengan

betul.

Aktiviti-aktiviti

yang

dijalankan mengikut perancangan yang dirancang oleh saya. Saya


hanya menggunakan sekali kitaran sahaja bagi kajian ini. Pelaksanaan
kajian ini

dilakukan

di

surau

Sekolah Kebangsaan Othman Talib (2).

Langkah-langkah pelaksanaan kaedah nyanyian telah diringkaskan dan


terkandung di dalam jadual 1.

14

Minggu
Minggu

Langkah
Langkah 1

Perkara
Saya
memberi

rangsangan

awal

dengan
memperdengarkan lagu Bapaku pulang
dari

Kota

Murid

diminta

untuk

mendengar dengan teliti kedua-dua lagu


Langkah 2

tersebut.
Saya memaparkan nama-nama kitab

Langkah 3

di papan putih dengan menggunakan


bahan bantu mengajar yang sesuai.
Saya menyanyi lagu sambil diperhatikan

Minggu

Langkah 1

oleh murid.
Murid
menyanyi

lagu

secara

berkumpulan
berpandukan
Langkah 2

lirik.

Saya

memerhati
tingkahlaku murid secara terkawal.

Langkah 3

Murid menyanyi lagu secara melihat lirik


dan
cuba menghafal.
Saya

membantu

murid

mengingat

lirik
Minggu

Langkah 1

nyanyian.
Murid menyanyi lagu dengan melihat lirik.

Langkah 2

Saya

menunjukkan

gaya

semasa
Langkah 3

menyanyikan lagu dan diikuti oleh murid.


Murid menyanyi sambil

membuat

gaya

secara
Minggu

Langkah 1

kumpulan.
Murid diberi peluang untuk mengingat
kembali

Langkah 2

lirik dan gaya secara terkawal.


15

Murid menyanyi lagu beserta gaya tanpa


Langkah 3

melihat
lirik secara berkumpulan.
Setiap

murid

dikehendaki

menyanyi

secara
individu

dihadapan

guru

dengan

mengingat lirik
dan membuat gaya.
Saya

melaksanakan

ujian

lisan

terhadap
murid secara individu.
Jadual 1: Pelaksanaan Kajian Dalam Tempoh Masa 1 bulan

5.1.3

Memerhati

Semasa

proses

pelaksanaan

berlangsung,

saya

membuat

pengawasan terhadap kajian yang dilakukan melalui pemerhatian.


Pemerhatian yang dilakukan oleh saya direkodkan bertujuan untuk
mengenalpasti minat dan respon murid terhadap kaedah yang
diperkenalkan.

5.2

Cara Mengumpul Data

Instrumen kajian yang digunakan ialah:


16

5.2.1

Ujian Pra dan Pasca

Sebagai pengukuran terhadap tahap kemahiran responden, saya


menjalankan ujian pra dan pasca. Ujian pra dilaksanakan sebelum
bermulanya kajian terhadap responden. Ujian ini telah diagihkan oleh
saya kepada seluruh murid tahun 4 untuk mengetahui pengetahuan
responden yang terlibat. Murid-murid dikehendaki untuk mengisi
borang. Ujian pra yang dirangka saya ini mengandungi satu bentuk
soalan sahaja.

Ujian pasca pula dilaksanakan oleh saya selepas kajian dibuat. Ujian
pasca ini dijalankan bertujuan untuk menilai sejauhmana kaedah
nyanyian ini dapat mengekalkan ingatan jangka panjang responden
terhadap tajuk yang difokuskan ini. Ujian pasca yang dibentuk ini
sama sahaja dengan ujian pra bagi memastikan kesahan ujian dan
berlaku peningkatan keputusan. Rujuk lampiran A untuk melihat
soalan ujian pra dan pasca.

5.2.2

Soal Selidik
Dalam kajian ini, soal selidik diberikan kepada responden yang

berjumlah 3 orang yang telah dipilih oleh saya. Dalam kajian ini soal
selidik berbentuk soalan tertutup Dichotomous telah digunakan oleh
saya. Soal selidik berskala ini mempunyai hanya dua pilihan jawapan
sahaja sama ada YA atau TIDAK. Responden perlu memilih jawapan
yang dirasakan sesuai dengan mereka

17

5.2.3 Pemerhatian
Muhammad

Hazman

(2009)

menyatakan

bahawa

pemerhatian

merupakan satu teknik pengutipan data dengan memerhati tingkah


laku subjek kajian secara langsung. Pemerhatian dilakukan dengan
merekod butiran catatan melalui nota atau sebagainya tentang
situasi

yang berlaku di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran berlangsung.

Pemerhatian dibahagi kepada dua jenis iaitu pemerhatian berstruktur


dan pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian berstruktur ialah
pemerhatian yang terdapat item-item dikenalpasti terlebih dahulu.
Manakala pemerhatian tidak berstruktur ialah pemerhatian yang
memerhati suatu keadaan secara menyeluruh tentang situasi yang
berlaku. Saya telah memilih untuk melakukan pemerhatian secara
berstruktur iaitu dengan menyediakan suatu jadual pemerhatian
tingkah laku dan lisan.

18

Anda mungkin juga menyukai