Anda di halaman 1dari 6

MAKSUD DAN KELEBIHAN YA ZAL JALALI WAL IKRAM.

MAKSUD DAN KELEBIHAN YA ZAL JALALI WAL IKRAM.


Ya Zal Jalali Wal Ikram merupakan salah satu nama Allah yang terdapat di dalam
Asmaul Husna yang membawa maksud Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan
Kemuliaan.

Rasulullah SAW pernah mendengar seorang sahabat menyeru Allah dengan


namaNya yang mulia ini. Lalu Baginda bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya doamu akan diterima. Pohonlah apa yang engkau ingini”

KELEBIHAN ASMAUL HUSNA


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Terdapat 99 nama Allah yang Mulia; di mana melaluiNya kita disuruh untuk
berdoa. Sesiapa yang mempelajarinya dan membacanya pasti akan memasuki
syurga”

Maksud riwayat lain pula:


“Sesiapa yang menghafalnya dan istiqamah membacanya pasti akan memasuki
jannah”

Nama Asmaul Husna tersebut adalah

1. Allah
Sesiapa yang mengamalkan menyebut nama Allah sebanyak 1000 kali setiap hari,
segala keraguan dan rasa syak akan diluputkan daripada hatinya, dan kesungguhan
dan keimanan akan diberikan kepadanya. Ianya sangat berkesan untuk
menyembuhkan penyakit-penyakit yang gagal diubati, apabila doa dipohon setelah
melafazkannya sebanyak mungkin.

2. Ar-Rahman
Yang Maha Pengasih – Untuk membuang sifat keras hati dan sifat tidak
bertimbang rasa, maka nama Allah ini dizikirkan sebanyak 1000 kali setelah
sesudah solat.

3. Ar-Rahim
Yang Maha Pemurah – Sekiranya diucapkan 100kali sesudah solat, kita akan
terselamat daripada segala bencana dan seluruh makhluk akan menunjukkan rasa
kasih saying kepada kita.

4. Al-Malik
Raja – Seseorang itu akan mendapati dirinya serba lengkap (bukan tujuan
bermegah) jika dia berzikir dengan nama ini sebanyak mungkin selepas matahari
tergelincir dari pertengahan langit.

5. Quddus
Maha Suci – Jika dizikirkan dengan sebanyak mungkin, Allah akan
menyembuhkan daripada segala penyakit rohani. InsyaAllah

6. As-Salam
Sejahtera – Allah akan melindungi sesiapa yang menyebut nama Allah ini dengan
sebanyak mungkin, daripada segala bencana petaka. Jika disebut sebanyak 115 kali
dan ditiup ke atas seseorang yang sakit, Allah akan menyembuhkannya. InsyaAllah

7. Al-Mu’min
Yang Mengamankan – Sesiapa yang menyebut nama Allah ini sebanyak 630 kali
pada waktu ketakutan. InsyaAllah Allah akan melindunginya daripada segala
malapetaka.

8. Al-Muhaimin
Yang Memelihara – Sesiapa yang mandi membersihkan diri, lalu mendirikan
solat 2 rakaat dan membaca nama Allah Yang Mulia ini sebanyak 100 kali dengan
ikhlas, dia akan disucikan pada jasad dan roh.

9. Al-Aziz
Yang Dapat Mengalahkan – Allah Taala akan memberikan kemuliaan dan
menjadikan diri seseorang itu serba lengkap kepada sesiapa yang mengamalkan
berzikir dengan nama Allah ini sebanyak 40 kali selama 40 hari. Jika sesiapa
berzikir sebanyak 41 kali setiap hari, maka dia akan mendapati dirinya serba
lengkap dan org yang menghinanya akan mendapat kemurkaan.

10. Al-Jabbar
Yang Maha Gagah – Sesiapa yang berzikir dengan nama Allah ini sebanyak 226
kali pada setiap pagi dan petang, insyaAllah dia akan terselamat dari dizalimi.

11. Al-Mutakabbir
Yang Memiliki Kebesaran – Sesiapa yang beristiqamah dengan mengamalkan
berzikir dengan nama Allah ini, akan diberi kemuliaan dan maruah. Jika disebut
dengan banyaknya sebelum sesuatu tugas, insyaAllah akan disudahi dengan
mudah.

12. Khaliq
Yang Menciptakan – Sesiapa yang berzikir dengan dengan nama Allah ini
sebanyak 100 kali untuk 7 hari berturut-turut. Maka Allah akan melindunginya
daripada segala kesusahan. InsyaAllah. Dan siapa yang beristiqamah menzikirkan
nama ini, Allah akan menciptakan Malaikat yang akan menyembah Allah bagi
pihaknya.

13. Al-Barri
Pemberi Kehidupan – Jika seorang perempuan yang mandul, berpuasa untuk 7
hari dan selepas berbuka puasa dia membaca “al-Barriul Musawwiru” sebanyak 21
kali. InsyaAllah Allah akan mengurniakannya anak lelaki.

14. Al-Musawwir
Yang Mencipta rupa Makhluk – Jika seorang perempuan yang mandul, berpuasa
untuk 7 hari dan selepas berbuka puasa dia membaca “al-Barriul Musawwiru”
sebanyak 21 kali. InsyaAllah Allah akan mengurniakannya anak lelaki.

15. Al-Ghaffar
Maha Pengampun – Sesiapa yang berzikir nama Allah ini sebanyak 100 kali
selepas solat Jumaat, dengan segera dia akan mendapat pengampunan Allah. Dan
sesiapa yang mengucapkan “Ya Ghaffaru Ighfirli” setiap hari selepas solat Asar,
Allah akan memasukkannya ke dalam golongan orang-orang yang telah
diampunkan Allah.

16. Al-Qahhar
Maha Gagah – Sesiapa yang di dalam hatinya condong kepada nilai-nilai
material, lalu menzikirkan nama Allah ini dengan sebanyaknya; maka kecintaan
kepada Allah akan disemai di dalam hatinya. InsyaAllah.

17. Al-Wahhab
Yang Maha Memberi – Seorang yang miskin melarat hendaklah mengamalkan
berzikir dengan nama ini sebanyak-banyaknya atau menulisnya dan
menyimpannya (dengan dirinya) ataupun membacanya 40 kali di dalam sujud
akhir solat Dhuna, dia akan merasa hairan bagaimana Allah akan melepaskannya
daripada papa.
18. Ar-Razak
Yang Memberi Rezeki – Sesiapa yang meniup ke arah empat (semua) sudut
rumahnya selepas menyebut nama Allah ini 10 kali pada setiap sudut, sebelum dia
melangkah untuk mendirikan solat Fajr, Allah akan membuka pintu-pintu rezeki
untuknya. Dan lagi pula keluarganya akan terselamat daripada kepapaan dan
penyakit. (Mulakan pada kanan dengan mengadap kiblat)

19.Al-Fattah
Yang Memberi Kemenangan/Pembukaan – Sesiapa yang meletakkan kedua
tangannya ke atas dada dan membaca nama Allah ini 70 kali sebelum solat Fajr,
makan hatinya akan disinari dengan “Nur” iman. InsyaAllah.

20. Al-Alim
Yang Maha Mengetahui – Siapa yang berzikir dengan nama Allah ini sebanyak
mungkin, Allah akan membuka pintu ilmu dan hikmah untuknya. Juga hatinya
dipenuhi dengan “makrifat” Allah.

21. Al-Qobith
Yang Maha Mengenggam/Memegang Segala Urusan Dunia dan Akhirat –
Sesiapa yang menulis nama Allah ini (dengan Saffron atau dengan isyarat satu jari)
pada 4 cebis roti setiap hari untuk selama 4 hari berturut-turut lalu memakannya,
maka orang yang demikian akan dilindungi daripada kelaparan, dahaga,
kecederaan, penyakit dan lain-lain. InsyaAllah.

22. Al-Basith
Yang Memberi Keluasan Rezeki – Selepas Solat Dhuha, angkatlah tangan seperti
dalam doa dan ucapkan nama Allah ini 10 kali. Kemudian lalukan tangan ke muka
apabila selesai berdoa. Jika ini diamalkan setiap hari Allah akan mengurniakan
“kelengkapan sempurna pada diri” dan tidak perlu kepada sesiapa.

23. Al-Khofidh
Yang Merendahkan – Sesiapa yang berzikir dengan nama Allah ini sebanyak 500
kali, Allah akan memenuhi segala keperluannya dan menghapuskan segala
kesusahannya. InsyaAllah.
Sesiapa yang berpuasa selama tiga hari dan pada hari keempat menyebut nama
Allah ini sebanyak 70 kali ketika bersendirian (dlm waktu sunyi), InsyaAllah akan
mendapat kemenangan terhadap musuhnya.

24. Ar-Rafiq
Yang Mengangkat Darjat HambaNya – Seorang yang menyebut nama Allah ini
sebanyak 100 kali pada tengah malam, pada malam ke 14, haribulan hijrah, Allah
akan mengurniakannya kemudahan hidup yang sempurna, tidak bergantung harap
kepada sesiapa.

25. Al-Muiz
Yang Memuliakan – Jika nama Allah ini diucapkan sebanyak 40 kali, selepas
solat Maghrib pada hari Isnin dan Jumaat, maka Allah akan memberikan
kemuliaan dan kedudukan kepada sesiapa yang membacanya. InsyaAllah.

26. Al-Muzil
Yang Menghinakan – Sesiapa yang memohon perlindungan setelah menyebut
nama Allah Yang Mulia ini sebanyak 75 kali, Allah akan melindunginya daripada
bahaya ancaman orang-orang yang hasad, penzalim dan musuh-musuh. InsyaAllah.

27. As-Sami’
Yang Maha Mendengar – Selepas solat Dhuha pada hari Khamis, zikirkanlah
nama Allah ini sebanyak 500 kali atau 50 kali. Maka semua doa-doanya akan
diterima oleh Allah. Zikirkanlah dengan sepenuh hati tanpa berkata-kata.
InsyaAllah dimakbulkanNya.

28. Al-Basir
Yang Maha Melihat – Allah akan memberi kekuatan kepada penglihatan dan
“nur” pada wajah bagi sesiapa yang menyebut nama Allah ini sebanyak 100 kali
selepas solat Jumaat.

29. Al-Hakam
Yang Memegang Hukum – Zikirkan nama Allah ini sebanyak 99 kali pada
bahagian akhir malam dengan ada wudhu, maka Allah akan memenuhi hati
pembacanya dengan “nur” dan dia mengetahui semua rahsia-rahsia.
Sesiapa yang menzikirkanNya pada malam Jumaat sehingga dia “fana”, Allah akan
penuhi hatinya dengan ilham dan fikiran yang tajam.

30. Al-‘Adlu
Yang Maha Adil – Sesiapa yang menulis nama Allah ini (dengan menggunakan
saffron atau dengan gerak anak jari) pada 20 keping roti pada siang atau malam
Jumaat dan memakannya. Allah akan menjadikan seluruh makhluk tunduk
padanya.

31. Al-Latif
Yang Mengetahui Rahsia-rahsia Halus Mendalam – Sesiapa yang beramal
dengan zikir nama Allah ini sebanyak 133 kali setiap hari, Allah akan
memberikannya rezeki yang banyak dan tugas-tugasnya dapat diselesaikan dengan
mudah.
Ambillah wudhuk dengan sempurna lalu memdirikan solat 2 rakaat dan membaca
nama Allah ini sebanyak 100 kali, maka Allah akan menghapuskannya dari
kepapaan, kesusahan, penyakit, kesunyian dan lain-lainnya atau apa jua masalah
yang ada padanya.
InsyaAllah.

32. Al-Khobir
Yang Maha Menyedari – Seseorang itu dapat mengetahui rahsia-rahsia
tersebunyi jika dia menyebut nama Allah ini dengan sebanyak-banyaknya untuk 7
hari berturut-turut. Ianya juga sangat berkesan untuk menghapuskan keinginan
nafsu gila untuk berpoya.

33. Al-Halim
Yang Paling Sabar – Tuliskan nama Allah ini di atas kertas, rendamkan ianya ke
dalam air dan renjiskan air itu ke atas apa jua, maka barakah akan turun ke atasnya
dan ianya terselamat daripada segala bencana. InsyaAllah.

Anda mungkin juga menyukai