Anda di halaman 1dari 1

PERJANJIAN MENGGUNAKAN TAPAK TANAMAN FERTIGASI MILIK BELIA FELCRA KERUAK

Merujuk kepada perkara di atas, saya Muhammad Fadhil Bin Mat Rani selaku
pengusaha telah mendapatkan kebenaran daripada pihak Pengerusi Belia Felcra Keruak En
Yusman Bin Mat dan Ahli Mesyuarat untuk menjalankan projek tanaman di tapak fertigasi
bersebelahan dengan pejabat Koperasi Felcra Keruak.
Sehubungan dengan itu, syarat-syarat perjanjian adalah seperti berikut :
I. Tempoh penggunaan adalah tiga tahun bermula 01 Oktober 2017
sehingga 01 Oktober 2020. Sekiranya pihak pengusahan tidak
memulakan projek dalam tempoh enam bulan yang pertama bermula
dari tarikh yang ditetapkan secara tidak langsung perjanjian akan
terbatal.

II. Sekiranya terdapat halangan atau rampasan pada tapak fertigasi


tersebut oleh pihak lain atau berlaku perubahan kuasa yang ingin
menggunakan tapak fertigasi tersebut walhal masih lagi dalam
tempoh perjanjian maka pihak tersebut wajib membayar ganti rugi
kepada pihak pengusaha.

III. Hasil daripada projek tanaman fertigasi tersebut akan disalurkan ke


dalam akaun Belia Felcra Keruak sebanyak 5 peratus setiap musim
tuaian sepanjang dalam tempoh perjanjian.

IV. Perjanjian tempoh penggunaan tapak fertigasi tersebut wajar


dilanjutkan sekiranya tiada masalah berbangkit di antara pihak
pengusaha dan pihak pemilik kuasa.

Yang benar Yang Memberi Kebenaran


-------------------------------------------- ------------------------------------------------
Muhammad Fadhil Bin Mat Rani En Yusman Bin Mat
Pengarah Gomo Belako Ent. ( Pengusaha ) Pengerusi Belia Felcra Keruak

Yang Menyokong / Disaksikan Oleh

-------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai