Anda di halaman 1dari 5

PETIKAN PERTAMA

Anda diberi masa selama 20 saat untuk membaca soalan bagi petikan pertama.

Dengar petikan berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

BELIMBING PASIR

Belimbing pasir ialah sejenis tumbuhan herba yang biasanya digunakan dalam perubatan
tradisional. Belimbing pasir dapat ditemukan hidup meliar di lembah, tanah lembap dan
padang. Belimbing pasir digunakan secara tradisional oleh orang asli di Malaysia untuk
menyembuhkan pelbagai penyakit. Air rebusan belimbing pasir berkesan untuk merawat
penyakit buasir, darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang.

Anda diberi masa 10 saat untuk menyemak jawapan.

Petikan pertama akan dibaca sekali lagi.

PETIKAN KEDUA

Anda diberi masa selama 20 saat untuk membaca soalan petikan kedua.

Dengar petikan berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

GAMBUS

Gambus merupakan alat muzik tradisional warisan bangsa berasal dari Turki dan Arab.
Gambus telah dibawa ke Kepulauan Melayu dan menjadi terkenal khususnya di Johor dan
Sabah. Alat muzik ini menghasilkan irama yang merdu ketika mengiringi tarian zapin.

Anda diberi masa 10 saat untuk menyemak jawapan.

Petikan kedua akan dibaca sekali lagi.


PETIKAN KETIGA

Anda diberi masa selama 20 saat untuk membaca soalan petikan ketiga.

Dengar petikan berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

PROMOSI PASAR RAYA INDAH

Mari-mari! Selamat datang ke Pasar Raya Indah. Sempena sambutan ulang tahun
kelima. Pasar raya kami menawarkan potongan harga 20 hingga 70 peratus bagi barang-
barang terpilih seperti pakaian kanak-kanak dan barangan kulit. Bagi pembelian yang
melebihi RM50.00 ke atas dalam satu resit pembelian, anda layak menyertai cabutan
bertuah. Hadiah utama sebuah motosikal di samping hadiah lain seperti peralatan elektrik
dan perkakas rumah. Mari-mari datanglah beramai-ramai jangan lepaskan peluang
keemasan ini.

Anda diberi masa 10 saat untuk menyemak jawapan.

Petikan ketiga akan dibaca sekali lagi.

PETIKAN KEEMPAT

Anda diberi masa selama 20 saat untuk membaca soalan petikan keempat.

Dengar petikan berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

JUALAN MURAH

Sebuah pasar raya telah mengadakan promosi jualan sempena musim perayaan. Antara
barangan yang ditawarkan ialah beras wangi dengan harga RM 3.00 sekilogram. Oleh
sebab tepung gandum dan gula pasir merupakan bahan utama untuk membuat kuih raya
pada musim perayaan, pihak pasar raya telah menawarkan harga serendah RM 1.50 untuk
sekilogram tepung gandum dan RM 2.50 untuk sekilogram gula pasir. Anda juga boleh
mendapatkan sekilogram kacang tanah dengan harga RM 3.50 dan satu peket marjerin
dengan harga RM 2.50.

Anda diberi masa 10 saat untuk menyemak jawapan.

Petikan keempat akan dibaca sekali lagi.


PETIKAN KELIMA

Anda diberi masa selama 20 saat untuk membaca soalan petikan kelima.

Dengar petikan berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

PENGUMUMAN

Selamat pagi dan salam sejahtera. Pengumuman ini ditujukan khas kepada semua
ahli Kelab Tae kwan do. Satu perjumpaan akan diadakan pada 4 April 2018 iaitu pada hari
Rabu, jam 3.00 petang di Bilik Operasi dan dijangka tamat pada jam 5.00 petang. Bagi yang
menyertai kejohanan Tae kwan do peringkat daerah pada 7 April 2018, sila serahkan borang
kebenaran waris kepada guru penasihat semasa perjumpaan. Semua ahli hendaklah
memakai baju T Kelab Tae kwan do dan membawa buku catatan. Sekian, harap maklum dan
terima kasih.

Anda diberi masa 10 saat untuk menyemak jawapan.

Petikan kelima akan dibaca sekali lagi.

PETIKAN KEENAM

Anda diberi masa selama 20 saat untuk membaca soalan petikan keenam.

Dengar petikan berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

BERITA

Kuala Lumpur - Lebih banyak tempat awam akan diwartakan sebagai kawasan larangan
merokok bagi memastikan Malaysia dapat mencapai sasaran menjadi negara bebas asap
rokok menjelang 2045.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, semua kawasan
awam dalam negara akan dipastikan bebas sebarang bentuk kegiatan merokok.
Beliau turut menyatakan bahawa hal ini selaras dengan prinsip utama Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu semua tempat awam adalah kawasan larangan merokok
seperti yang telah dibentangkan dalam Konvensyen Rangka Kerja Kawalan
Tembakau(FCTC).

Anda diberi masa 10 saat untuk menyemak jawapan.

Petikan keenam akan dibaca sekali lagi.


PETIKAN KETUJUH

Anda diberi masa selama 20 saat untuk membaca soalan petikan ketujuh.

Dengar petikan berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

IKLAN

Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan Minggu Penulis Remaja di Pusat Latihan
Guru Dalam Perkhidmatan Seri Tualang Temerloh Pahang pada 18 hingga 23 Mac 2018.
Program ini terbuka kepada remaja berumur 15 hingga 17 tahun yang berminat dan pernah
menghasilkan karya kreatif seperti sajak, cerpen dan esei. Borang penyertaan hendaklah
dihantar sebelum atau selewat-lewatnya Mac 2018.

Sebarang pertanyaan hubungi urus setia atau penganjur di alamat Pejabat Minggu Penulis
Remaja, Jalan Dewan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50640 Kuala Lumpur.

Anda diberi masa 10 saat untuk menyemak jawapan.


Petikan ketujuh akan dibaca sekali lagi.

PETIKAN KELAPAN

Anda diberi masa selama 20 saat untuk membaca soalan petikan kelapan.

Dengar petikan berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

KEDUDUKAN CALON DI DALAM BILIK PEPERIKSAAN

Saleha ialah salah seorang calon yang akan menduduki peperiksaan. Di dalam bilik
peperiksaan, dia ditempatkan sebaris dengan meja Haris. Kedudukan mejanya hampir
dengan meja Nazim dan meja Kumar. Di hadapannya ialah meja Samad.

Anda diberi masa 10 saat untuk menyemak jawapan.


Petikan kelapan akan dibaca sekali lagi.
PETIKAN KESEMBILAN

Anda diberi masa selama 20 saat untuk membaca soalan petikan kesembilan.

Dengar petikan berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

CATATAN PERJALANAN

Encik Yazid ke Butterworth, Pulau Pinang dengan menaiki kereta api dari Stesen Kereta
Api Kuala Lumpur. Apabila sampai di Stesen Kereta Api Rawang, beliau membeli makanan
dan minuman. Selepas itu, beliau membeli buah-buahan di stesen Kereta Api Tanjung
Malim.

Sebelum Encik Yazid membeli hadiah untuk ibunya di Stesen Kereta Api Ipoh, beliau telah
membeli majalah di Stesen Kereta Api Tapah Road. Beliau sempat bergambar kenang-
kenangan di Stesen Kereta Api Bukit Mertajam sebelum meneruskan perjalanan ke
Butterworth.

Anda diberi masa 10 saat untuk menyemak jawapan.


Petikan kesembilan akan dibaca sekali lagi.

PETIKAN KESEPULUH

Anda diberi masa selama 20 saat untuk membaca soalan petikan kesepuluh.

Dengar petikan berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

KITARAN HIDUP NYAMUK

Sebelum mencapai tahap dewasa, nyamuk mengalami empat peringkat kitaran hidup.
Selepas menghisap darah, nyamuk betina dewasa akan bertelur antara 40 hingga 400 biji
telur halus berwarna putih dan terapung di permukaan air. Dalam masa seminggu, telur itu
akan menetas lalu menghasilkan larva. Larva akan makan bahagian kecil bahan organik
yang terapung. Larva bertukar bentuk dan menjadi pupa. Pupa juga tinggal berhampiran
dengan permukaan air dan bernafas melalui dua tiub yang berbentuk seperti tanduk. Pupa
tidak makan dan tidak minum. Nyamuk dewasa akan keluar daripada pupa apabila kulit
terbuka selepas beberapa hari. Nyamuk dewasa hanya boleh hidup beberapa minggu sahaja.

Anda diberi masa 10 saat untuk menyemak jawapan.


Petikan kesepuluh akan dibaca sekali lagi.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai