Anda di halaman 1dari 16

POLISI TINGKAH LAKU

MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN
KAMPUNG TANJUNG TUANG
JALAN DATO MOHD MUSA
94300 KOTA SAMARAHAN
SARAWAK

DISEDIAKAN OLEH:
UNIT HEM SKTT
ISI KANDUNGAN
1. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2. VISI DAN MISI SEKOLAH
3. POLISI TINGKAH LAKU MURID
PERKARA 1: WAKTU PERSEKOLAHAN
PERKARA 2: PAKAIAN MURID
PERKARA 3: RAMBUT
PERKARA 4: KEDATANGAN
PERKARA 5: PERHIMPUNAN MINGGUAN
PERKARA 6: KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
PERKARA 7: KAWASAN LARANGAN
PERKARA 8: WAKTU REHAT
PERKARA 9: TATATERTIB DAN KESOPANAN
PERKARA 10: TIDAK HADIR KE SEKOLAH
PERKARA 11: DATANG LEWAT KE SEKOLAH
PERKARA 12: KOKURIKULUM
PERKARA 13: PELAWAT
PERKARA 14: PERATURAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
PERKARA 15: BUKU RAWATAN PERUBATAN
PERKARA 16: KENDERAAN DAN KEMALANGAN
PERKARA 17: KESALAHAN TATATERTIB YANG DIANGGAP BERAT
PERKARA 18: HAL – HAL LAIN

4. LAMPIRAN : i) CONTOH PERATURAN RAMBUT MURID LELAKI


ii) CONTOH PERATURAN PAKAIAN MURID LELAKI
iii) CONTOH PERATURAN PAKAIAN MURID PEREMPUAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan seimbang dan harmonis dari
segi intelek, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan Negara.

VISI
Pendidikan berkualiti insan terdidik Negara sejahtera

MISI
Melestarikan system pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi
individu bagi memenuhi aspirasi negara
PERKARA 1: WAKTU PERSEKOLAHAN
TAHAP 1

ISNIN, RABU & KHAMIS : 7.20 PAGI – 12.50 TENGAHARI


SELASA : 7.20 PAGI – 1.20 PETANG
JUMAAT : 7.20 PAGI – 11.20 PAGI

TAHAP 2

SELASA, RABU & KHAMIS : 7.20 PAGI – 12.50 TENGAHARI


ISNIN : 7.20 PAGI – 1.20 PETANG
JUMAAT : 7.20 PAGI – 11.20 PAGI

1.1 Murid hendaklah sampai di sekolah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum loceng pertama
dibunyikan pada pukul 7.10 pagi.

1.2 Semua murid mestilah berada di kawasan sekolah dalam waktu yang ditetapkan iaitu 7.20
pagi hingga 1.20 petang kecuali hari Jumaat iaitu mulai 7.20 pagi hingga 11.20 pagi.

1.3 Loceng akan dibunyikan dua kali pada waktu pagi iaitu pada pukul 7.10 pagi. Semua murid
dilarang berada di luar bilik darjah selepas loceng pertama dibunyikan. Murid berada di dalam
kelas membaca buku.Pada pukul 7.20 loceng kedua dibunyikan untuk memulakan
pembelajaran pertama.
.
1.4 Semua murid yang hadir lewat ke sekolah tanpa sebab yang munasabah selepas loceng kedua
dibunyikan akan dikenakan tindakan.

1.5 Semua murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah sehingga tamat
waktu persekolahan melainkan dengan kebenaran GURU BESAR atau GURU PENOLONG
KANAN KURIKULUM atau GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM atau GURU PENOLONG
KANAN HAL EHWAL MURID.

PERKARA 2: PAKAIAN MURID


2.1 MURID LELAKI

2.1.1 BAJU
Semua murid lelaki mestilah memakai kemeja berwarna putih, lengan pendek atau
berlengan panjang, berkolar dan satu poket di sebelah kiri. Jika kemeja berlengan
panjang, ia hendaklah di butangkan.

2.1.2 SELUAR
Semua murid lelaki mestilah memakai seluar panjang berwarna biru tua ( navy blue ). Panjang
seluar hendaklah sampai ke bawah buku lali.

2.1.3 SONGKOK
Murid-murid dibenarkan memakai songkok dan digalakkan untuk memakai songkok berwarna
hitam pada hari Jumaat.
2.1.4 TALI PINGGANG
Tali pinggang berwarna hitam atau biru tua tanpa corak boleh digunakan. Lebarnya tidak
melebihi 2.5cm. Kepala tali pinggang mestilah tidak besar atau berbentuk-bentuk.

2.2 MURID PEREMPUAN

2.2.1 BAJU
Murid-murid adalah digalakkan untuk memakai baju kurung jenis tradisional
leher teluk belanga berwarna putih. Panjangnya mestilah sampai ke lutut.

2.2.2 KAIN SARUNG


Kain hendaklah berbentuk A line atau kain bersusun dan berwarna biru tua (navy blue).

2.2.3 TUDUNG
Pelajar perempuan Islam adalah digalakkan memakai tudung kepala berwarna putih,
berbentuk segi tiga sama berukuran sesuai dengan murid yang memakainya. Tudung
berawning adalah dibenarkan.

2.2.4 PERHIASAN
Murid-murid adalah dilarang keras memakai sebarang perhiasan dan barang-barang kemas.
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan barang kemas murid
di sekolah.

2.2.5 ALAT SOLEK


Murid-murid adalah dilarang sama sekali menggunakan alat solek.

2.2.6 PEWARNA KUKU


Kuku mestilah sentiasa pendek dan tidak diwarnakan sama ada menggunakan pewarna
kuku atau inai.

2.3 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI


Semua murid mestilah memakai baju Pendidikan Jasmani yang telah ditempah oleh pihak
sekolah dan seluar sukan (track bottom) berwarna gelap seperti hitam atau biru gelap sewaktu
mengikuti Pendidikan Jasmani.

2.4 PAKAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM


Semua murid yang hadir untuk perjumpaan ko-kurikulum digalakkan memakai uniform
lengkap

2.5 LENCANA SEKOLAH / TANDA NAMA


Semua murid adalah diwajibkan memakai lencana / tanda nama di atas poket di sebelah kiri
kemeja atau baju. Lencana yang telah hilang warna, dikikis dan diubahsuai tidak boleh
digunakan.

2.6 STOKING
Stoking pendek berwarna putih atau hitam dan tidak berjalur sahaja yang boleh digunakan.
2.7 KASUT
Semua murid adalah digalakkan memakai kasut kanvas berwarna putih atau hitam. Selipar dan
kasut kulit adalah tidak dibenarkan sama sekali.

2.8. PEMAKAIAN STOKING DAN KASUT


2.8.1 Murid yang memakai stoking hitam hendaklah menggunakan kasut hitam.
2.8.2 Murid yang memakai stoking putih hendaklah menggunakan kasut putih.

PERKARA 3: RAMBUT
3.1 RAMBUT MURID LELAKI
( Rujuk gambarajah )

3.1.1 Murid-murid lelaki adalah dilarang menyimpan rambut panjang.

3.1.2 Istilah rambut panjang adalah seperi berikut : -

(a) di belakang : rambut jatuh melebihi di bawah cuping telinga.


(b) di hadapan : rambut menutup garisan tengah dahi.
(c) di sisi : rambut menutup kedua-dua telinga.

3.1.3 Murid lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut) seperti yang diarah
oleh KPM. KP (BS/HEP)8543/061/606.

3.2 RAMBUT MURID PEREMPUAN


3.2.1 Bagi murid-murid perempuan, rambut yang panjang hendaklah sentiasa kemas kecuali
mereka yang memakai tudung / mini telekung. Ikatan rambut sebagai tocang atau ekor
kuda dibenarkan menggunakan reben berwarna hitam atau biru.

3.2.2 Sepit-sepit atau hiasan rambut yang beraneka warna atau bermanik adalah tidak
dibenarkan.

3.3 Penggunaan gel berwarna, pewarna rambut atau fesyen rambut yang bertentangan dengan
arahan Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dilarang.

PERKARA 4: KEDATANGAN

4.1 Semua murid wajib hadir tepat pada waktunya.

4.1.1 Pada semua waktu persekolahan


4.1.2 Kelas KAFA

Tahap 2
Selasa : 1.30 – 4.30 petang
Tahap 1
Khamis : 1.30 – 4.30 petang

4.1.3 Kelas-kelas bimbingan/kelas pemulihan


4.1.4 Aktiviti Kokurikulum

Tahap 2
Rabu : 1.30 – 3.30 petang

PERKARA 5: PERHIMPUNAN MINGGUAN

5.1 Perhimpunan rasmi sekolah akan diadakan pada hari Isnin setiap minggu. Semua murid adalah
diwajibkan menghadiri perhimpunan yang diadakan di tapak perhimpunan.

5.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing.

5.3 Semasa perhimpunan murid-murid wajib menyanyikan lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu
sekolah dengan penuh semangat. Bacaan ikrar murid akan dibaca pada setiap kali
perhimpunan rasmi.

5.4 Semasa ucapan Guru Besar atau guru-guru bertugas, murid-murid harus mengambil perhatian
sepenuhnya.

5.5 Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.

5.6 Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dengan teratur dan
senyap.

PERKARA 6: KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

6.1 BILIK DARJAH

6.1.1 Setiap murid dikehendaki mengikuti peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan
seperti isyarat senyap, voice level, peraturan kelas dan kesan tingkah laku negatif.

6.1.2 Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah.

6.1.3 Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas kelas dan jadual waktu
kelas.

6.1.4 Setiap kelas mesti mempunyai sudut matalajaran dan menghias kelas dengan bahan-
bahan akademik.

6.1.5 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi, meja, mesti disusun dengan teratur. Tutup suis
kipas dan lampu sekiranya tidak digunakan.

6.1.6 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi, meja, perabot antara kelas.
6.1.7 Sewaktu ketiadaan guru, bilik darjah adalah dalam kawalan ketua dan penolong kelas
yang berkenaan.

6.2 KAWASAN SEKOLAH

6.2.1 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

6.2.2 Pastikan sampah dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

6.2.3 Semua murid dilarang menconteng, merosakkan semua perabot, memecah tingkap,
pintu dan peralatan bilik darjah.

6.2.4 Murid dilarang membawa/mengunyah gula-gula getah dalam kawasan sekolah.

6.3 TANDAS SEKOLAH

6.3.1 Semua murid dilarang menconteng dalam tandas dengan menggunakan sebarang alatan.

6.3.2 Murid hendaklah menggunakan air secara berhemah dengan berjimat cermat dan
menutup paip setelah digunakan.

6.3.3 Jangan buang atau memasukkan sebarang benda kedalam mangkuk tandas dan saluran

tangki air.

6.4 PAPAN KENYATAAN

6.4.1 Sebarang kenyataan yang ditampal/ditulis mesti mendapat kebenaran guru.

6.4.2 Hanya gambar dan maklumat yang sesuai sahaja yang ditampal.

6.4.3 Kenyataan yang lama dan tamat tempoh masa mesti ditanggalkan.

6.4.4 Menjaga papan kenyatan sekolah adalah tanggungjawab bersama. Jangan rosakkan
papan kenyataan.

6.4.5 Notis hanya boleh ditampal oleh guru atau pengawas sekolah.

6.4.6 Setiap pelajar wajib membacanya dan mengambil tahu mengenainya.

6.5 HARTA BENDA SEKOLAH

6.5.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda sekolah yang tedapat
dalam kelas, tandas, bengkel, kantin, pusat sumber, bilik komputer dan dimana-mana
sahaja kawasan sekolah.
6.5.2 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru bertugas harian.

6.5.3 Murid yang didapati merosakkan harta benda sekolah secara sengaja dikehendaki
membayar ganti rugi kos membaik pulih alatan tersebut.

PERKARA 7: KAWASAN LARANGAN

7.1 Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan:

a. Pejabat sekolah
b. Bilik guru
c. Bilik mesyuarat
d. Kawasan letak kereta
e. Tandas guru
f. Bilik RMT
g. Bilik sains
h. Stor sukan
i. Pusat sumber sekolah

7.2 Murid boleh masuk ke kawasan larangan ini dengan kebenaran guru sahaja.
7.3 Semua murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum dan KAFA mestilah berada di tempat yang
telah ditetapkan.

PERKARA 8: WAKTU REHAT

8.1 Semua murid hendaklah bergilir-gilir untuk menjaga keselamatan semasa membeli makanan
dan minuman.

8.2 Semua murid hendaklah menjaga kebersihan sekolah semasa rehat. Segala sisa makanan
hendaklah dibuang di tempat yang telah disediakan.

8.3 Semua murid yang mendapat bantuan RMT adalah dilarang mengambil atau merosakkan
peralatan yang disediakan di bilik RMT.

8.4 Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik RMT dan kawasan sekelilingnya.
Kutip sampah dan buang sisa makanan di tempat yang disediakan.

8.5 Semua murid dibenarkan membeli makanan dan minuman dari penjaja yang berada di dalam
kawasan sekolah semasa waktu rehat persekolahan.

8.6 Setiap murid mesti mengamalkan adab semasa makan dan minum.

PERKARA 9: TATATERTIB DAN KESOPANAN

9.1 Setiap murid wajib mengenali semua guru dan kakitangan sekolah.

9.2 Setiap murid wajib menghormati guru/kakitangan sekolah/pelawat dan sesama rakan.
9.3 Ucapan salam hendaklah diberikan kepada sesama Islam dan ucapan sejahtera bagi yang bukan
Islam.

9.4 Semua murid mestilah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang sopan dan menjaga nama baik
sekolah.

9.5 Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan sesiapa sahaja.

PERKARA 10: TIDAK HADIR KE SEKOLAH

10.1 Murid yang tidak hadir ke sekolah mesti membawa surat doktor atau keterangan ibu
bapa/penjaga pada hari berikutnya dan diserahkan kepada guru kelas.

10.2 Sekiranya murid tidak hadir lebih dari tiga hari secara berturut-turut, ibu bapa hendaklah
menelefon atau berjumpa dengan pihak sekolah dengan segera untuk makluman.

10.3 Sekiranya tidak hadir dan tiada sebarang makluman, murid tersebut dikira ponteng sesi
persekolahan dan pihak sekolah akan menghantar surat peringatan pertama dan seterusnya.

PERKARA 11: DATANG LEWAT KE SEKOLAH

11.1 Murid lewat adalah murid yang tiba ke sekolah selepas loceng waktu pertama dibunyikan.

11.2 Setiap murid yang lewat akan diberikan amaran. Sekiranya melebihi 3 kali namanya akan
direkodkan ke dalam buku disiplin.

11.3 Dalam hal-hal tertentu, ibu bapa/penjaga boleh secara rasmi atau bertulis meminta kebenaran
daripada Guru Besar.

PERKARA 12: KOKUKURIKULUM

12.1 Setiap murid diwajibkan menjadi ahli kepada sebuah rumah sukan dan mengambil bahagian
dalam kegiatan sukan.

12.2 Setiap murid diwajibkan menjadi ahli kepada sekurang-kurangnya SATU persatuan atau kelab
dan satu pasukan unit pakaian seragam.

12.3 Semua murid yang hadir untuk perjumpaan ko-kurikulum digalakkan memakai uniform
lengkap.

PERKARA 13: PELAWAT

13.1 Ibu bapa/penjaga murid prasekolah dikehendaki menghantar dan mengambil anak-anak di
kelas prasekolah.
13.2 Pelawat (ibu bapa/penjaga/saudara dan lain-lain) dikehendaki mendapatkan kebenaran
daripada Guru Besar di pejabat sekolah untuk berada dalam kawasan sekolah

13.3 Dalam hal-hal tertentu, murid boleh pulang dengan mendapat kebenaran bertulis dari guru
kelas dan guru bertugas sahaja.

13.4 Catatkan di buku kebenaran keluar/balik di pejabat sekolah.

PERKARA 14: PERATURAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

14.1 Semua murid berhak menerima skim pinjaman buku teks kecuali kedua ibu bapa bukan
warganegara.

14.2 Buku yang dipinjam mestilah dibalut.

14.3 Jika hilang, mesti diganti dengan buku sahaja.

14.4 Buku yang dipinjam adalah Hak Kerajaan Malaysia.

14.5 Jika gagal memulangkan buku:

a) Tahun berikut tidak layak untuk menerima buku teks.


b) Sijil berhenti sekolah akan ditahan.
14.6 Jika buku rosak teruk padahal buku tersebut adalah buku baru, murid perlu menggantikan
buku berkenaan.

14.7 Murid wajib memulangkan buku pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

PERKARA 15: BUKU RAWATAN PERUBATAN

15.1 Dapatkan surat ini di pejabat sekolah.

15.2 Pergi ke klinik dengan keluarga ataupun guru bertugas.

15.3 Dapatkan pengesahan doktor.

15.4 Jika mendapat cuti serahkan surat tersebut kepada guru kelas.

PERKARA 16: KENDERAAN & KEMALANGAN

16.1 Murid-murid adalah tidak dibenarkan sama sekali menunggang motosikal sendiri untuk hadir
ke sekolah kecuali jika dihantar oleh ibubapa/penjaga.

16.2 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab membayar ganti rugi atau apa-apa kos kepada sesiapa
yang mengalami kemalangan semasa berada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

16.3 Murid yang mengambil polisi insuran boleh menuntut ganti rugi dan sebagainya seperti yang
ditetapkan oleh pihak insuran.
16.4 Kenderaan ibu bapa yang menghantar anak-anak tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah
kecuali pada hari hujan.

PERKARA 17:
PERKARA-PERKARA SALAH LAKU YANG DIANGGAP BERAT DI PERINGKAT SEKOLAH

17.1 Menjadi ahli pertubuhan haram


17.2 Membawa senjata yang berbahaya ke sekolah
17.3 Memukul guru atau guru besar
17.4 Mengancam guru atau guru besar
17.5 Melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh sekolah atau kementerian pendidikan
17.6 Menulis kepada surat khabar tanpa memberitahu pihak berkuasa sekolah
17.7 Sengaja merosakkan harta benda sekolah/kerajaan
17.8 Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau harta pelajar-pelajar lain.
17.9 Mencuri
17.10 Mengancam atau mengugut pelajar lain
17.11 Menghisap rokok dan mengambil dadah (rujuk pekeliling ikhtisas Bil.6/1975 dan 7/1975)
17.12 Berjudi
17.13 Meminum minuman keras/air ketum.
17.14 Masih membantah arahan guru, walaupun sudah 3 kali diberi amaran
17.15 Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan terhadap guru atau guru besar
17.16 Sengaja menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.
17.17 Melanggar peraturan tatatertib yang menurut budi bicara Guru Besar / Penolong Kanan sebagai
melanggar tatatertib yang BERAT.

PERKARA 18: HAL-HAL LAIN

18.1 Semua murid dikehendaki mematuhi segala peraturan bilik-bilik khas (BILIK KH/RBT,
BILIK PEMULIHAN, BILIK SUMBER, STOR SUKAN, SURAU). Kesemua bilik-bilik
khas ini hanya dibenarkan masuk dengan kebenaran guru.

18.2 Semua murid dilarang menggunakan surau kecuali untuk pada waktu yang dibenarkan
sahaja. Semua murid diwajibkan mengikuti pelajaran pendidikan jasmani kecuali bagi
mereka yang mendapat kebenaran surat akuan doktor.

18.3 Semua murid tidak dibenarkan masuk ke Bilik Guru atau Pejabat sekolah tanpa urusan
rasmi dan kebenaran guru.

18.4 Semua murid yang sakit dan hendak ke hospital pada waktu persekolahan hendaklah
mengisi nama dalam buku murid keluar dan juga membawa BUKU RAWATAN DOKTOR
daripada guru bertugas.
18.5 Semua murid mestilah sentiasa menghormati guru-guru, staf sekolah, pengawas serta
rakan-rakan lain.

18.6 Semua murid tidak dibenarkan membawa barang-barang berikut ke sekolah:


(a) gunting
(b) pisau/pisau lipat
(c) liquid paper/cecair pemadam pen
(d) barang permainan yang mendatangkan bahaya
(e) barang berbahaya seperti mancis, kaca, dan lain-lain
18.7 Telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.

PERINGATAN

Polisi tingkah laku murid merangkumi arahan dan undang-undang/peraturan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Peraturan yang baru atau pindaan akan dikeluarkan dari semasa
kesemasa.

Anda mungkin juga menyukai