Anda di halaman 1dari 7

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KE
SEKITAR KUALA LUMPUR –
TRAMPOLINE JUMPSTREET DAN
KILANG COKLAT

TARIKH:
4 SEPTEMBER 2019
(RABU)

ANJURAN:
UNIT HAL EHWAL MURID (HEM)
SK ALAM DAMAI
1.0 PENDAHULUAN

Lawatan sambil belajar merupakan pengalaman pendidikan yang berlaku di luar bilik
darjah dan dapat memberi pengetahuan yang diperlukan oleh murid dalam situasi harian.
Sehubungan itu, kemantapan fizikal, mental dan pengukuhan nilai murni yang diterapkan
dapat membantu perkembangan diri individu dari aspek jasmani, emosi rohani dan intelek
murid-murid. Menerapkan amalan nilai-nilai murni mencintai alam sekitar, menjaga
kebersihan, menyayangi dan mensyukuri alam ciptaan Allah, serta bersifat hormat
menghormati antara kaum berbilang bangsa dan agama.

2.0 MATLAMAT

Matlamat lawatan ini ialah untuk meluaskan minda dan mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan kesedaran sivik terhadap persekitaran.

3.0 TARIKH /MASA /TEMPAT

Tarikh : 4 September 2019


Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi – 3.00 petang
Tempat : Trampoline Jumpstreet dan Kilang Coklat, Kuala Lumpur

4.0 SASARAN :

4.1 Murid-murid Tahun 2

5.0 OBJEKTIF :

5.1 Memupuk minat dan kesedaran pelajar dalam pelbagai bidang


5.2 Melahirkan pelajar yang kreatif, berdaya cipta dan berpandangan jauh.
5.3 Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kesihatan fizikal dan
kemasyarakatan.
5.4 Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara.
6.0 KPI (Indikator Output dan Outcome)

OUTPUT Penyertaan daripada 80 orang murid dari kalangan murid-murid Tahun 2.

Sebanyak 2 tempat yang penuh berinformasi dan menyediakan pengalaman


eksplorasi secara langsung terhadap aktiviti fizikal secara maksima dan
OUTCOME proses penghasilan coklat dapat dilawati sepanjang program lawatan ini
bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan serta menerapkan nilai-nilai
murni dalam kalangan murid-murid sekolah.

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL/UNIT PERBELANJAAN CATATAN


BIL PERKARA
JUMLAH (RM)

1 Pengangkutan bas 2 buah

2 Makan tengah hari 88 unit

3 Tiket masuk
RM 75.00 X 80 =
1. Jumpstreet 80 murid RM 6000.00
Trampoline

2. Kilang Coklat
4. Kos Kontigensi 80 murid RM5.00 X 80 =
RM 400.00
JUMLAH RM 6,400.00

* RM 80.00 / PAX

7.1 SUMBER KEWANGAN

- 100% adalah dari yuran penyertaan.


8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn. Rokiah Bt. Ahmad (Guru Besar)

Pengerusi: : Pn. Rohela Binti Awang


(GPK Hal Ehwal Murid (HEM))

Pengelaras Program : Puan Sabrabee binti Mustaffa

Setiausaha : Puan Siti Hawa Saadah binti Hamid

Bendahari 1 : Cik Sharifah Zalikha binti Bahari

Bendahari 2 : Cik Nurul Atiqah binti Mustafa

AHLI JAWATANKUASA
Tahun 2 : 1. Cik Jasminnor binti Ismail (Ketua)
2. Puan Noor Dalila binti Abdul Samad

Tahun 3 : 1. Cik Che Aniza Binti Che Man (Ketua)


2. Cik Norhazwani binti Anuar

Tahun 4 : 1. En. Mohd Kamarul Hafiz bin Mohd Adnan(Ketua)


2. Cik Sharifah Zalikha binti Bahari

Tahun 5 : 1. Encik Wan Fakhrudin bin Wan Yunos (Ketua)


2. Cik Nurul Atiqah binti Mustafa

JAWATANKUASA KERJA DAN TUGASAN

BIL. AHLI JAWATANKUASA TUGASAN


Penyelaras Program 1. Memastikan setiap AJK
1
- Puan Sabrabee binti Mustaffa menjalankan tugas yang diberi.
2. Menghubungi pihak-pihak yang
terlibat dengan program lawatan.
3. Membuat follow-up daripada ajk
supaya program berjalan lancar.
4. Membuat hebahan dan promosi
kepada murid-murid.
2 Setiausaha 1. Membuat kertas kerja program.
- Pn Siti Hawa Saadah binti Hamid 2. Menyediakan surat menyurat yang
berkaitan dengan program.
3. Memaklumkan kepada pengerusi
atau penyelaras tentang
perkembangan terkini urusan
program.
1. Menerima wang pendapatan,
3 Bendahari
kutipan atau sumbangan sekiranya
- Cik Sharifah Zalikha binti Bahari ada.
- Cik Nurul Atiqah binti Mustafa 2. Mengawasi perbelanjaan dan
menyelaraskan wang keluar
masuk.
4 AJK Pengangkutan 1. Menghubungi pihak penganjur
- Cik Che Aniza Binti Che Man untuk urusan bas.
- Cik Norhazwani Binti Anuar 2. Memastikan bas mempunyai
permit dan insurans serta
mematuhi syarat-syarat yang
ditetapkan.
3. Memastikan kedudukan murid
semasa berada di dalam bas.
AJK Makanan dan Minuman 1. Menguruskan makan dan minum
5
- Puan Noor Dalila binti Abdul Samad semua murid dan guru pengiring
- Cik Jasminnor binti Ismail sepanjang lawatan.

6 AJK Disiplin 1. Memastikan disiplin murid


- Semua guru pengiring sepanjang aktiviti terkawal.
7 AJK Dokumentasi 1. Mengambil gambar sepanjang
- Puan Siti Hawa Saadah binti Hamid lawatan.
- Puan Sabrabee binti Mustaffa 2. Membuat dokumentasi aktiviti
selepas program dijalankan.
8 AJK Keselamatan dan Kebersihan 1. Mengawasi keselamatan peserta
- Semua guru pengiring sepanjang program berjalan.
2. Menyediakan plastik serta first aid.
3. Memastikan kebersihan sepanjang
lawatan terpelihara.

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

9.1 Merancang dan menghasilkan kertas kerja.


9.2 Membentuk jawatankuasa pelaksana.
9.3 Membuat hebahan dan promosi kepada murid-murid.
9.4 Menguruskan hal-hal berkaitan kutipan yuran penyertaan.
9.5 Menjaga dan mengurus peserta sepanjang lawatan berkenaan.
9.8 Memastikan keselamatan murid sentiasa dijaga.
9.1 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.00 pagi - 7.30 pagi Peserta berkumpul di dewan sekolah.

7.30 pagi - 7.50 pagi Sarapan pagi dan taklimat keselamatan *

7.50 pagi – 9.00 pagi Bertolak ke Jumpstreet Trampoline

9.00 pagi - 11.30 pagi  Sesi pendaftaran di Jumpstreet Trampoline


 Aktiviti eksplorasi

11.30 pagi – 12.30 tengah hari Makan tengah hari (KFC)

12.30 tengah hari – 2.00 petang Melawat Kilang Coklat

2.00 petang - 3.00 petang Bertolak balik ke sekolah

3.00 petang Dijangka tiba di sekolah

* Sarapan pagi tidak disediakan

10.0 KAEDAH PEMANTAUAN

 Dokumentasi

11.0 PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini, diharapkan dapat memberi satu pengetahuan baru kepada
murid-murid Sekolah Kebangsaan Alam Damai. Melalui program ini juga murid diberi
pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama dengan rakan-
rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada
masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti
lawatan ini.

Disediakan oleh,

…………………………………..
(SITI HAWA SAADAH BINTI HAMID)
Setiausaha,
Lawatan Sambil Belajar ke
Sekitar Kuala Lumpur – Jumpstreet Trampoline dan Kilang Coklat
Tarikh :

Ulasan :-

*Diluluskan / Tidak Diluluskan

……………………………..
(ROKIAH BINTI AHMAD)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Alam Damai

Tarikh :

JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.00 pagi - 7.30 pagi Peserta berkumpul di dewan sekolah.

7.30 pagi - 7.50 pagi Sarapan pagi dan taklimat keselamatan *

7.50 pagi – 9.00 pagi Bertolak ke Jumpstreet Trampoline

9.00 pagi - 11.30 pagi  Sesi pendaftaran di Jumpstreet Trampoline


 Aktiviti eksplorasi

11.30 pagi – 12.30 tengah hari  Makan tengah hari (KFC)

12.30 tengah hari – 2.00 petang Melawat Kilang Coklat

2.00 petang - 3.00 petang Bertolak balik ke sekolah

* Sarapan pagi tidak disediakan

Anda mungkin juga menyukai