Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. MARK (M) JALAN ST.

MARK, 12000
BUTTERWORTH
SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG
TEL/FAX: 04-3311881 Email : pbb2032@jpnpp.edu.my

1
Disediakan Oleh :

Pn. Rafizah Hanim Binti Ramlan

Tajuk
LAPORAN PROGRAM CODE ON WHEELS

Peringkat
Sekolah

Tahun
2019

Tarikh Program
3 April 2019 (Rabu)

Tempat Program
Frog Classroom, SK St. Mark(M), Butterworth

Penganjur
Panitia TMK
Kelab STEM
Penang Sience Cluster

2
Program Code On Wheels anjuran Penang Science Cluster bertempat
di Frog Classroom, SK St. Mark(M), Butterworth, Pulau Pinang
3 April 2019 (Rabu)

Pada 3 April 2019, bertempat di Frog Classroom SK St. Mark (M),


Butterworth, Pulau Pinang, panitia Teknologi Maklumat & Komunikasi dan
Kelab Stem telah menjemput Penang Sience Cluster untuk menganjurkan
program Code On Wheels. Program ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum
dan merupakan suatu inisiatif dengan matlamat untuk mencetus minat
pelajar-pelajar sekolah rendah dalam bidang STEM melalui digital making.
Seramai 33 orang murid daripada Kelab STEM dan 1 guru terlibat dalam
program ini.

Program dimulakan pada pukul 8.30 pagi oleh pasukan Code On


Wheels dari Penang Science Cluster seramai 3 orang yang diketuai oleh Cik
Amirah. Peralatan seperti komputer riba, set micro:bit dan modul disediakan
oleh pihak Penang Science Cluster. Program ini terbahagi kepada 2 sesi.
Setiap sesi berlangsung selama 2 jam. Sesi pertama memperkenalkan
program Scratch dan sesi kedua pula murid murid diperkenalkan dengan
program Micro:Bit.

Pada sesi pertama, murid mempelajari coding dengan menggunakan


scratch dan telah diberikan beberapa modul. Murid membuat coding untuk
menghasilkan permainan mudah. Selepas rehat pula, sesi kedua dijalankan.

3
Kali ini program Micro:Bit diperkenalkan dan murid dikehendaki membuat
beberapa coding berdasarkan modul yang diberi. Coding yang telah direka
oleh murid akan di muat turun kedalam Micro:Bit dan murid akan mengujinya
dan menunjukkan hasil kerja mereka.

Secara keseluruhannya, murid berasa sangat seronok dengan


pengalaman ini dan secara tidak langsung murid didedahkan dengan salah
satu bidang STEM. Murid akan akan lebih peka dan berminat dalam bidang
STEM serta dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam penyelesaian
masalah.

Sekian. Terima kasih.

Disediakan oleh

-----------------------------------------------------
(PN. RAFIZAH HANIM BINTI RAMLAN)
Ketua Panitia TMK/Guru Penasihat Kelab STEM
SK St Mark (M), Butterworth

Disahkan oleh

----------------------------------------
(PN. AZIZAH BINTI OSMAN)
Guru Besar
SK St Mark (M), Butterworth

4
LAPORAN BERGAMBAR

Program Code On Wheels anjuran Penang Science Cluster


bertempat di Frog Classroom, SK St. Mark(M), Butterworth, Pulau
Pinang

5
6
7

Anda mungkin juga menyukai