Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2019

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG KALUMPONG

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI SUKAN
NEGARA PERINGKAT
SEKOLAH
TAHUN 2019

SJK(T) LADANG KALUMPONG Page 1


KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2019

1.0 PENDAHULUAN

Perdana Menteri mengumumkan bahawa sambutan Hari Sukan Negara akan disambut pada
Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara pada 12 Oktober
2019 ini merupakan satu aktiviti yang bertujuan menjadikan sukan sebagai budaya hidup yang
dijangka mampu menarik penyertaan tiga juta rakyat di seluruh negara. Hari Sukan Negara
merupakan satu agenda penting bagi rakyat Malaysia untuk membina asas ke arah negara
bersukan untuk kita menjadikan sukan sebagai budaya hidup kita.

Sambutan Hari Sukan Negara adalah melibatkan sektor awam, swasta dan rakyat secara
serentak di seluruh negara. Kerajaan berhasrat bukan sahaja menggalakkan budaya bersukan
tetapi menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participitation’ dalam aktiviti-aktiviti sukan
yang akan merapatkan hubungan rakyat antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa dan
kepercayaan agama. Dalam konteks pelaksanaan di peringkat sekolah, Hari Sukan Negara ini
mampu melahirkan para guru, murid dan seluruh warga sekolah dalam membudayakan bersukan
dalam kehidupan mereka.

Pengisian program yang dijalankan dalam sambutan Hari Sukan Negara ini
mengambil kira 3M, iaitu: Murah, Menarik dan Mudah dilaksanakan. Aktiviti yang dijalankan
Program Hari Sukan Negara peringkat sekolah di mana pengisian aktiviti senamrobik dan
merentas desa diadakan untuk memperlihatkan tahap kecergasan fizikal warga sekolah secara
menyeluruh.

2.0 MATLAMAT

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin
mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti bersukan
untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih
mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka
apabila menempuhi kehidupan seharian.

SJK(T) LADANG KALUMPONG Page 2


KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2019

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah.

3.2 Menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam

aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan guru dan murid.

3.3.Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah

obesiti dalam kalangan warga sekolah.

4.0 ANJURAN

Unit Kokurikulum dan Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan SJK(T) Ladang
kalumpong, Bagan Serai.

5.0 TARIKH DAN TEMPAT

5.1 Tarikh : 12 Oktober 2019

5.2 Tempat : Tapak perhimpunan sekolah

6.0 SASARAN

Guru-guru , staf-staf sokongan dan murid-murid

7.0 TENTATIF PROGRAM

-Rujuk lampiran 1-

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

-Rujuk lampiran 2-

SJK(T) LADANG KALUMPONG Page 3


KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2019

9.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERINCIAN BAYARAN (RM)

1. Kotak air mineral 1 x RM10.00 10.00

2. Hadiah 5 x RM10.00 50.00

3. Sarapan 20 x RM 2.00 40.00

JUMLAH 100.00

10.0 SUMBER KEWANGAN

10.1 Kokurikulum = RM 360.00

11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah pada tahun ini mendapat
kerjasama daripada semua pihak dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga semua
warga sekolah dapat memanfaatkan program ini dengan sebaik mungkin dan diharapkan segala
aktiviti yang dirancang akan dapat mencapai matlamatnya serta memberi impak positif kepada
warga SJK (T) Ladang Kalumpong.

Sekian, terima kasih.

SJK(T) LADANG KALUMPONG Page 4


KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2019

Disediakan oleh :

----------------------------------------------

(SANGGITA A/P RAMAKRISHANAN)


SETIAUSAHA KOKURIKULUM
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG KALUMPONG

Disemak oleh :

----------------------------------------------

(GOBINATHAN A/L LOGANATHAN)


GURU KANAN KOKURIKULUM
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG KALUMPONG

Disahkan oleh :

-------------------------------

(PECHAMUTHU A/L KATHAMUTHU )


GURU BESAR,
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG KALUMPONG

SJK(T) LADANG KALUMPONG Page 5


KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2019

LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM

12 OKTOBER 2019 (SABTU)

MASA AKTIVITI

7.20 pagi Murid, guru dan staf berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.

7.30 pagi Pendaftaran peserta

8.00 pagi Senamrobik

8.30 pagi Kudapan pagi

9.00 pagi Pertandingan Bola Tampar antara guru-guru

10.00pagi Larian Hari Sukan Negara

11.30 pagi Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah

12.30 tengah hari Bersurai

SJK(T) LADANG KALUMPONG Page 6


KERTAS KERJA HARI SUKAN NEGARA 2019

LAMPIRAN 2

STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA PENGANJUR

PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA

PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2019

AJK NAMA

PENASIHAT EN. K. PECHAMUTHU (GURU BESAR)

PENGERUSI EN.L.GOBINATHAN ( GK KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA CIK.R.SANGGITA

BENDAHARI PN.VIGIYA

JURUACARA MAJLIS PN.VIGIYA

AKTIVITI EN.L.GOBINATHAN & CIK.C.KALAIVANI

DOKUMENTASI CIK.R.SANGGITA & CIK C.KALAIVANI

HADIAH CIK.P.PAVITHRAAH

KESELAMATAN CIK.P.PAVITHRAAH

SIARAYA EN.K.KANNADASAN

BUKU PROGRAM CIK.R.SANGGITA

SJK(T) LADANG KALUMPONG Page 7

Anda mungkin juga menyukai