Anda di halaman 1dari 1

KATA ALU-ALUAN [PENGARAH IPGKSAH]

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim berjaya
menerbitkan Buku Perancangan Strategik IPGK 2019-2021. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa
Perancangan Strategik yang telah berusaha dengan penuh komited bagi menghasilkan dokumen penting ini.

Usaha yang dilaksanakan ini bertujuan untuk merealisasikan visi dan misi Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul
Halim serta hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia. Visi IPG adalah menjadi peneraju kecemerlangan pendidikan guru,
manakala misi IPG adalah untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pendidikan guru
yang dinamik ke arah pendidikan bertaraf dunia. Perancangan strategik IPGK digarap untuk memenuhi keperluan semasa
pendidikan negara.

Perancangan strategik merupakan satu pendekatan pengurusan untuk mencapai matlamat organisasi. Sehubungan
dengan itu, organisasi telah menetapkan tiga elemen utama sebagai hala tuju. Tiga elemen utama tersebut ialah
kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran, kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi serta
kecemerlangan dalam perkhidmatan sepanjang hayat. Ketiga-tiga hala tuju ini selari dengan aspirasi hala tuju Institut
Pendidikan Guru.

Saya berharap inisiatif yang direncanakan dapat menjadi panduan bagi melonjakkan kecemerlangan pendidikan guru.
Terdapat lapan kluster yang difokuskan sebagai inisiatif bagi melaksanakan perancangan strategik. Semoga semua
warga IPGK komited dan sederap melangkah bersama bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Dr. Hj. Ridzuan bin Ahmad


Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim
Sungai Petani, Kedah

Anda mungkin juga menyukai