Anda di halaman 1dari 6

TIP BELAJAR

Dua tajuk penting subjek Sains untuk calon UPSR hafal dan ingat - Contoh soalan disediakan

Dua tajuk penting subjek Sains untuk calon UPSR hafal, ingat - Contoh soalan disediakan (Siri 1)

5 September 2019

ADMIN

Mengukuhkan fakta Sains Tahun Empat: Soalan UPSR Sains (Kertas 2) (Siri 1)

PADA minggu ini, cikgu ingin mengupas tajuk-tajuk Tahun Empat yang masih belum disoal dalam Sains
(Kertas 2) UPSR dari 2016 hingga 2018.

Dari analisa cikgu setiap tahun, akan ada dua soalan akan dibina dari tajuk Tahun Empat.

Pada tahun 2016, soalan Sains (Kertas 2) diambil dari tajuk Tahun Empat ialah Pengukuran Masa (Tahun
Empat) dan Faktor Pengaratan (Tahun Empat).

Pada tahun 2017 soalan dari Tahun Empat pula adalah dari tajuk Sistem Suria dan Perkembangan
Teknologi.

Pada tahun lepas pula, soalan dari Tahun Empat adalah dari tajuk Kadar Penafasan (Tahun Empat) dan
Saiz Relatif Bumi, Bulan dan Matahari (Tahun Empat).

Jadi tajuk mana yang masih belum disoal?

Mula-mula kita senaraikan tajuk Tahun Empat dahulu. Keseluruhannya Sains Tahun Empat ada lapan
tajuk besar, namun tajuk Sistem Suria telah dua kali disoal tetapi menggunakan tajuk Kecil yang berbeza
dalam Sistem Suria.
Tajuk besar yang tidak pernah disoal lagi dalam Sains (Kertas 2) sehingga kini adalah

1. Proses Hidup Haiwan

2. Proses Hidup Tumbuhan

3. Sumber Bahan

Jadi dalam Siri 1 ini cikgu akan bincangkan dua tajuk penting yang sering calon-calon UPSR lupa adalah
dari tajuk Tahun Empat iaitu Proses Hidup Haiwan dan Proses Hidup Tumbuhan.

PROSES HIDUP HAIWAN

Organ Pernafasan Haiwan (P SIK)

P ► Peparu

S ► Spirakel

I ► Insang

K ► Kulit lembap
Haiwan yang bernafas dengan Peparu:

Kucing, Burung, Ular, Lembu, Buaya, Paus, Gajah

Haiwan yang bernafas dengan Kulit Lembap:

Lintah, Cacing Tanah, Siput gondang,

Haiwan yang bernafas dengan Insang:

Ikan, Ketam, Udang, Berudu, Pari

Haiwan yang bernafas dengan Spirakel:

Belalang, Lipas, Nyamuk, Beluncas, Semut

Haiwan yang bernafas dengan Dua organ Peparu dan Kulit Lembap :
Katak, Salamander, Newt

PROSES HIDUP TUMBUHAN

Gerak Balas Tumbuhan Terhadap Rangsangan (GAS C):-

G ► Graviti (Akar dan Pucuk)

A ► Air (Akar)

S ► Sentuhan (Daun)

C ► Cahaya matahari (Pucuk)

Proses Fotosintesis

Proses tumbuhan membuat makanannya sendiri


Keperluan dan Hasil Fotosintesis (CAKK ► OK)

C ► Cahaya Matahari

A ► Air

K ► Karbon Dioksida

K ► Klorofl

O ► Oksigen

K ► Kanji

INFO: Kalium Hidroksida menyerap Karbon Dioksida menyebabkan fotosintesis tidak berlaku.

*****

Ini adalah nota yang cikgu rasakan perlu untuk mengingatkan calon UPSR mengenai tajuk yang masih
belum disoal dalam Sains (Kertas 2).

Semoga perkongsian cikgu ini memberi manfaat pada calon UPSR dan guru-guru.
Cikgu sertakan juga beberapa contoh soalan bagi tajuk-tajuk ini untuk latihan.

Cikgu akan sambung satu lagi tajuk Tahun Empat yang belum disoal lagi pada minggu hadapan...Insya
Allah

Sumber: Facebook Personal HOME Tuition CIKGU Shahrul

Anda mungkin juga menyukai