Anda di halaman 1dari 25

PERCUMA

OLEH: MOHD AFFENDY MOHD AMIN

“26 Tips Jimat Belanja


Kahwin, Rahsia Murah
Rezeki Dan Rahsia Shopping
Semurah Mungkin”

JANGAN BIARKAN Impian Anda & Pasangan Nak


Hidup Bersama Terbengkalai Atau Tertangguh
Kerana Kos Dan Belanja Kahwin Yang
SEMAKIN MAHAL

Bertindaklah lebih bijak tanpa pening-pening, stress atau


berhutang . . .
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

HAKCIPTA DAN PENAFIAN

Hak produk ini adalah terpelihara. Anda tidak mempunyai hak untuk menjual,
menyebar, menyalin, berkongsi kandungan produk ini dengan sesiapa pun
tanpa kebenaran dari penulis.

SYARAT & TERMA

Dengan memiliki produk ini, pengguna telah bersetuju dan mengakui untuk
mematuhi syarat dan terma penggunaan produk ini. Produk ini diterbitkan oleh
Mohd Affendy Mohd Amin (AFA Online Sdn Bhd 1166179U) dan dilindungi dibawah
Akta Hak Cipta 1987. Pengguna tidak dibenar untuk menyebar produk ini dengan
apa jua cara sekalipun. Produk ini hanyalah untuk kegunaan peribadi pengguna
sahaja.

Pengguna juga tidak dibenarkan untuk menyalin ulang mana – mana bahagian
dalam produk ini tanpa kebenaran daripada pihak penerbit. Sebarang perlakuan
atau perbuatan menyebar produk ini tanpa kebenaran sama ada secara sengaja
ataupun tidak sengaja akan menyebabkan hak pengguna akan terbatal serta
merta.

Sesetengah nama produk, syarikat atau perkhidmatan yang dinyatakan di dalam


produk ini adalah dilindungi oleh hak cipta © atau trademark tersendiri.
Pengguna haruslah mematuhi segala syarat dan terma yang telah ditetapkan
oleh pihak yang
berkenaan.

2
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

PENAFIAN

Pihak penerbit dan pengedar telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan
informasi dan material yang dibekalkan adalah tepat serta lengkap sewaktu produk ini
dicipta namun tiada jaminan bahawa segala kandungan yang telah disediakan akan
dapat digunapakai selamanya kerana dunia informasi sentiasa berubah mengikut
perubahan masa.

Pihak penerbit dan pengedar tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang maklumat
yang disalahgunakan, risiko kerugian, kehilangan liabiliti sama ada secara langsung
atau tidak langsung sepanjang penggunaan material serta informinformasi di dalam
produk ini.

Tiada jaminan bahawa produk ini mampu mengubah kehidupan pengguna sama ada
dari segi pendapatan, kepakaran, kebolehan dan sebagainya kerana ia adalah
bergantung kepada usaha yang diletakkan oleh pengguna. Pengguna adalah
bertanggungjawab sepenuhnya diatas tindakan sendiri yang dilakukan berdasarkan
kandungan di dalam produk ini.

Pengguna memahami bahawa pihak penerbit dan pengedar tidak terlibat dalam
kegiatan khidmat nasihat secara professional. Pengguna adalah dinasihatkan untuk
merujuk kepada pihak yang bertauliah dan professional jika diperlukan. Tujuan utama
material yang diberikan adalah untuk perkongsian informasi dan pengalaman semata -
mata.

3
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

Selamat sejahtera dan terima kasih

Saya dan Team KursusKahwin.com.my mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda
telah sudi download tips percuma ini.

Untuk turut membantu rakan-rakan anda yang juga mungkin sedang merancang untuk
hidup bersama atau sedang merancang untuk mendirikan rumahtangga, anda BOLEH
menyebarkan atau share ebook ini kepada rakan-rakan anda atau kepada sesiapa
sahaja yang berminat.

Bagaimanapun anda dilarang mengubah isi kandungan di dalam ebook ini atau menjual
ebook ini kepada sesiapa sahaja.

‘Selamat membaca dan selamat mengamalkannya. In Sha Allah, jika kita berniat
baik untuk mendirikan rumahtangga, pasti Allah akan bukakan jalan rezeki’

4
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

26 TIPS JIMAT BELANJA KAHWIN, RAHSIA MURAH REZEKI DAN


RAHSIA SHOPPING SEMURAH MUNGKIN

TIPS JIMAT BELANJA KAHWIN

1. Buat senarai semua barangan, khidmat atau perkara yang anda perlukan untuk
melangsungkan majlis perkahwinan anda dan pasangan anda.

2. Pecahkan dan susun senarai barangan, khidmat atau perkara yang anda
perlukan tadi kepada 3 bahagian:

a. Senarai yang - amat penting dan tidak boleh tidak ada atau diganti.

b. Senarai yang - penting tetapi mungkin boleh diganti dengan barangan, khidmat
atau perkara yang lebih murah.

c. Senarai yang - ada boleh, tidak ada pun boleh.

3. Bandingkan kedua-dua senarai yang anda ada dengan pasangan anda. Jika ada
barangan, perkhidmatan atau perkara yang bertindan, anda boleh keluarkan atau
potong dari senarai tersebut.

4. Bentangkan senarai tersebut kepada ibu-bapa atau keluarga anda. Mungkin ada
barangan, khidmat atau perkara yang telah keluarga anda telah ada yang mana
anda tidak perlu keluarkan belanja untuk mendapatkannya.

5. Beritahu setiap ahli keluarga terdekat yang anda nak kahwin seperti
adik- beradik, ibu dan bapa saudara, sepupu dan lain-lain yg terdekat.

Walaupun anda tidak mintak secara direct, In Sha Allah akan ada yg menawarkan
untuk sponsor beberapa barangan hantaran untuk anda. Apatah lagi jika anda
minta tolong dari mereka. Pasti ada yang akan membantu.
5
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

6. Cuba anda ingat atau fikirkan kalau-kalau ada saudara-mara, rakan-rakan


sepejabat, rakan-rakan yg sama-sama belajar dulu atau mana-mana rakan
anda yang masih belum membayar hutangnya pada anda.

Katakan kepada mereka yang anda nak kahwin dalam waktu terdekat ini dan
sedang mengumpul wang untuk mencapai niat yg baik ini.

Dan minta tolong mereka melangsaikan hutang mereka agar anda boleh
melangsungkan majlis perkahwinan anda tanpa anda rasa stress dan tertekan
kerana masalah kewangan.

In Sha Allah, akan ada yang membantu anda..

7. Biasanya ramai orang yg mempunyai sedikit baki wang di bermacam-macam


akaun bank, duit syiling yg disimpan di rumah, duit syiling yg di simpan di pejabat
atau lain-lain tempat.

Cuba anda ingat dan fikirkan di mana baki-baki wang anda berada dan kumpulkan
hanya ke satu akaun sahaja. Kadang-kadang anda akan surprise yang jumlahnya
boleh tahan juga byknya.

8. Upah saudara mara terdekat seperti ibu-ibu saudara, sepupu mahupun anak-
anak saudara yang nak tunjuk bakat dalam membuat gubahan hantaran, membuat
kek hantaran, gubahan di meja pengantin atau apa-apa yg berkaitan dengan
gubahan-gubahan yang bukan major untuk majlis perkahwinan anda.

Ianya lebih menjimatkan dan duit anda boleh dijimatkan untuk kegunaan harian
anda selepas majlis perkahwinan anda.

9. Jangan malu untuk menyatakan kepada sanak saudara terdekat dan juga
rakan-rakan terdekat yang; 'jika mereka ingin menghadiahkan sesuatu di majlis
perkahwinan anda, elakkan hadiah yg berupa tuala, pinggan mangkuk atau
barangan yg seumpamanya. Bagi wang lebih bagus.’

6
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

Ini kerana dari pengalaman saya dan rakan-rakan yang telah pun melangsungkan
perkahwinan, hadiah-hadiah jenis beginilah yang paling banyak dihadiahkan di
majlis perkahwinan.

Hingga kini, setelah saya dan juga rakan-rakan saya mempunyai beberapa orang
anak, barang-barang yang dihadiahkan itu masih terperuk di bawah katil. Bukankah
itu merugikan?

Jangan malu untuk menyatakannya yang anda dan pasangan lebih suka menerima
hadiah wang tunai!

10. Anda bakal mengeluarkan lebih banyak belanja untuk menyelesaikan hal
ehwal melengkapkan kesemua dokumen untuk memohon kelulusan perkahwinan
anda jika anda melakukannya 'last minute'.

Apa yg anda perlu lakukan adalah:

a. Semak betul-betul senarai dokumen-dolumen yang anda perlu ada dan


lengkapkan.

b. Telefon atau hubungi kesemua pihak yg berkaitan terlebih dahulu untuk buat
appointment terlebih dahulu sebelum anda ke tempat mereka seperti Jabatan
Agama Negeri, klinik kesihatan untuk ujian HIV, penganjur Kursus Kahwin,
Pendaftar Nikah, saksi anda dan lain-lain yang berkaitan.

c. Berdasarkan tarikh dan masa yg telah anda dapat dari semua pihak tersebut,
senaraikan semua aktiviti yg anda perlu lakukan.

d. Susun semua aktiviti ini mengikut tututan kepentingannya - yang lebih penting
lebih terdahulu.

e. Gabungkan aktiviti-aktiviti yang mungkin berkaitan atau dalam satu laluan.

7
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

11. Anda perlu bijak jimatkan wang anda semasa membuat jemputan ke majlis
perkahwinan anda. Ini kerana ianya mempunyai kos yang tersembunyi seperti kos
membuat kad kahwin dan kos perjalanan untuk membuat jemputan.

Jadi, untuk itu, anda perlu:

Bahagikan senarai jemputan anda kepada beberapa kategori. Contohnya:

Kategori 1:

Sanak-saudara terdekat seperti bapa dan ibu saudara, mereka yang memang
dihormati dalam keluarga atau rakan-rakan paling rapat yang mana anda mesti
hadir ke rumah mereka untuk membuat jemputan.

Tidak berapa elok sangat jika anda membuat jemputan menggunakan FB atau
email sahaja. Jadi, anda perlu sediakan kad kahwin untuk mereka.

Rancang perjalanan anda supaya anda tidak habiskan banyak wang untuk kos
perjalanan. Tambahan pula dengan kenaikan harga minyak sekarang.

Kategori 2:

Sanak-saudara atau rakan-rakan anda yang memang sudah biasa dengan anda.
Jadi, anda boleh gunakan jemputan melalui FB, email, sms atau telefon sahaja.

Oleh itu, anda perlu invite mereka melalui FB atau design kad kahwin virtual
menggunakan software percuma sahaja yg banyak di Internet. Jadi, tak perlulah
anda sediakan kad kahwin untuk mereka.

Kategori 3:

Rakan-rakan yang kenal anda tetapi tidaklah berapa rapat sangat. Jemputan boleh
dibuat melalui FB, email atau SMS.

8
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

Kategori 4:

Lain-lain yang anda rasakan tidak tergolong dalam 3 kategori ini yang mana
jemputannya juga cuma melalui FB, email atau SMS sahaja.

12. Buat dua senarai bajet selepas nikah.

Ramai bakal pengantin yang hanya mengira bajet untuk melaksanakan majlis
perkahwinan tanpa melihat apakah yang akan terjadi selepas majlis perkahwinan
mereka.

Secara kasarnya, majoriti bakal pengantin akan memerlukan backup kewangan


untuk memulakan hidup berumahtangga.

Contoh keperluan selepas majlis perkahwinan:

a. Untuk mereka yang masih belum memiliki rumah, mereka terpaksa menyediakan
duit sewa rumah iaitu deposit sewa 2 + 1.

b. Keperluan barang2 dapur - dapur, tong gas, pinggan mangkuk dan lain-lain.

c. Keperluan perabut asas - meja makan, almari baju dan lain-lain.

d. Dan lain-lain keperluan mengikut senarai keperluan anda.

Oleh itu, bandingkan kedua-dua senarai bajet ini, adjust kedua-duanya mengikut
kemampuan, bincangkan bersama pasangan anda dan cari ttitik persetujuan
bersama.

Jika anda tidak melakukan langkah ini lebih awal, anda dan pasangan akan pasti
stress dan kelam-kabut untuk memulakan hidup baru anda.

13. Untuk menyediakan barangan hantaran, adalah lebih bijak jika anda berbincang
dengan pasangan dan memilih barangan yang anda dan pasangan akan pakai
hari-hari berbanding dengan barangan hantaran yang bakal anda pakai atau
gunakan sekali-sekala sahaja.

9
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

Contohnya, jika anda membeli baju, seluar, blouse, kasut atau bag yang anda
bakal pakai atau gunakan untuk ke tempat kerja sebagai barangan hantaran, anda
tidak lagi perlu menambah perbelanjaan dengan membeli pakaian ke tempat kerja
anda nanti.

Contoh barang-barang sebegini yang anda dan pasangan boleh sediakan adalah
seperti al-Quran, telekung, sejadah, makeup, vitamin atau makanan kesihatan
yang anda makan hari-hari atau buku.

14. Memang agak sukar bagi bakal pengantin untuk berjimat cermat mengumpulkan
wang belanja majlis perlahwinan atau wang hantaran dengan tanpa berbelanja
barangan atau perkhidmatan yang anda biasa buat setiap hari.

Jika anda terus cut-off perbelanjaan yang anda sudah biasa lakukan ini, ianya
mungkin tidak akan bertahan lama. Ianya mungkin cuma bertahan untuk beberapa
hari sahaja.

Untuk berjimat cermat dengan cara yang lebih bijak dan berpanjangan, anda perlu
melakukan penjimatan belanja harian anda dengan memulakan dua langkah ini:

a. Kurangkan jumlah hari anda berbelanja.

b. Selang-selikan hari belanja anda.

Contohnya, jika anda biasa makan minum di kedai mamak, anda boleh kurangkan
belanja makan minum anda dengan mengurangkan jumlah hari anda ke kedai
mamak. Iaitu, jika anda ke kedai mamak 7 kali seminggu, anda boleh kurangkan
jumlah hari anda ke sana hingga 3 kali sahaja.

Pengurangan ini hendaklah dilakukan secara berselang-seli harinya supaya anda


sendiri tidak terasa perubahan yang anda ingin lakukan. Jadi, ianya akan bertahan
lebih lama.

Anda akan surprise bila anda lihat hasilnya nanti.

10
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

15. Jika bajet anda terhad, anda boleh berbulan madu di dalam negara ini
sahaja. Negara ini tidak kurangnya dengan tempat-tempat berbulan madu yang
amat sesuai bagi pengantin baru, romantis dan lebih murah seperti Pulau
Perhentian, Pulau Kapas atau Pulau Tioman.

16. Jangan lupa untuk ikuti kursus kahwin dan lengkapkan semua dokumen
untuk memohon kelulusan perkahwinan anda awal-awal.

Dalam modul prosedur perkahwinan sewaktu anda ikuti kursus kahwin,


prosedur memohon kelulusan perkahwinan dari Jabatan Agama akan
diterangkan dengan jelas.

Di kursus kahwin ini juga anda boleh tanya habis-habis tenaga pengajar atau
penceramah tentang hal-hal memohon kelulusan perkahwinan ini.

Jangan sekali-sekali berlengah-lengah untuk tahu hal-hal prosedur perkahwinan


dan lengkapkan semua ‘dokumen wajib’ kerana ramai bakal pengantin telah
berbelanja lebih kerana ke hulu ke hilir untuk siapkan semua ‘dokumen wajib’
mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama.

Dapatkan sijil kursus kahwin lebih awal walaupun anda masih belum ada tarikh
nikah ataupun masih bujang.

Ini kerana, sijil kursus kahwin yang dikeluarkan oleh JAWI ini TIADA TARIKH
LUPUT. Jadi, bila dah ada sijil kursus kahwin di tangan, anda boleh
gunakannya bila-bila masa yang anda perlukan. Tak payah nak pening-pening
lagi.

17. Jangan lupa juga belanja kehidupan anda berdua selepas perkahwinan
yang mana perkara yang amat penting adalah pemilihan tempat tinggal untuk anda
berdua.

Ramai pasangan yang inginkan privacy dan memilih lokasi yang langsung tidak kena
dan bakal meningkatkan kos hidup anda dan pasangan.

11
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

Anda sepatutnya memilih lokasi:

a. Berdekatan dengan saudara mara terdekat. Ini amat membantu jika ada sakit
demam anda dan pasangan. Contohnya, jika pihak isteri mengandung dan
mengalami alahan, jika anda perlu seseorang untuk menjaga anak anda, anda
ada kenduri dan lain-lain.

b. Berdekatan dengan sekolah. Ini kerana apabila anda telah mempunyai anak
nanti, ianya lebih mudah dan menjimatkan belanja anda untuk menghantar
atau mengambil anak anda dari sekolah. Di tambah pula jika anak anda
mempunyai aktiviti kokorikulum sekolah. Termasuk kelas agama dan al-Quran.

c. Jalan yang mempunyai banyak laluan untuk keluar masuk. Jika anda memilih
lokasi yang mempunyai hanya satu laluan keluar masuk, anda mungkin akan
terperangkap dalam kesesakan jalan raya setiap hari untuk keluar dan pulang
ke rumah anda.

18. Jangan mudah membuat hutang atau terperangkap dengan hutang. Untuk
menyediakan perkahwinan anda dan kelengkapan hidup berkeluarga, elakkan
berhutang kecuali anda dan pasangan benar-benar terpaksa.

Menurut kajian terkini, majoriti pasangan yang telah bercerai di negara ini kini
adalah disebabkan masalah kewangan.

12
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

RAHSIA MURAH REZEKI

19. Amalkan solat sunat di dua pertiga malam atau sebelum subuh. Mengadu dan
mintalah rezeki, dipermudahkan segala urusan untuk hidup bersama serta
keberkatan hidup anda berdua dari Allah.

Waktu itu adalah waktu yang mustajab jika anda mengadu atau berdoa’ memohon
pertolongan dari Allah.

20. Amalkan solat Dhuha sebanyak dua atau empat rakaat setiap hari. Menurut
pakar ibadah, waktu afdalnya adalah dari jam 8.30 pagi hingga 10 pagi walaupun
waktu Dhuha ini adalah sehingga waktu Zuhur.

Dengan fhadilat solat Dhuha dan pertolongan dari Allah, In Sha Allah pintu rezeki
akan diluaskan dan hajat dipermudahkan.

Saya sendiri telah mengalami beberapa kali keajaiban solat Dhuha ini di mana
peluang rezeki dibuka oleh Allah tanpa disangka-sangka dan cepat pula sampainya
rezeki yang dihajati. Memang ajaib !

Di bawah adalah maksud doa’ yang dibaca selepas solat Dhuha. Berdoa’ dalam
Bahasa Melayu pun boleh. Amalkanlah, berusaha dan bertawakkal. In Sha allah.

Ya Allah! Sesungguhnya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu.

Kemegahan itu adalah kemegahan-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu,


kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, penjagaan
itu adalah penjagaan-Mu.

Ya Allah! Jika rezekiku masih berada di langit, maka Engkau turunkanlah.

Jika berada di bumi, maka Engkau keluarkanlah.

13
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

Jika sukar, maka Engkau permudahkanlah.

Jika haram, maka Engkau bersihkanlah.

Jika jauh, maka Engkau dekatkanlah dengan berkat waktu Dhuha-Mu, kemegahan-
Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu.

Engkau limpahkanlah kepada ku seperti yang Engkau limpahkan kepada hamba-


hamba-Mu yang soleh.

21. Rajin mengamalkan bersedeqah kerana bersedeqah mempunyai kesan yang


ajaib dikurniakan oleh Allah.

Sedeqah boleh dibuat walaupun dengan jumlah wang yang kecil tetapi ianya
dilakukan secara berterusan dan diniatkan bersedeqah ikhlas kerana Allah.

In Sha Allah, pintu rezeki akan dibuka oleh Allah dan dipermudahkan tercapainya
hajat, Kadang-kadang rezeki juga datang dengan pertolongan dari ahli keluarga,
rakan-rakan atau dari orang-orang yang kita tidak kenali.

Biar saya share satu cara bersedeqah yang diajarkan oleh Ustaz Muhadir Haji Joll
(melalui Radio IKIM).

Katanya, selepas subuh atau selepas solat subuh, kita jadikan amalan bersedeqah
ke dalam satu tabung yang kita khaskan untuk sedeqah di rumah.

Bersedeqahlah sedikit atau banyak setiap hari pada waktu itu dan masukkan duit
sedeqah itu ke dalam tabung sedeqah tersebut.

Bila duit sedeqah sudah terkumpul dalam beberapa hari barulah kita
sedeqahkannya kepada mana-mana pihak yang memerlukan seperti masjid, rumah
anak yatim, sekolah tahfiz, orang-orang miskin dan pihak-pihak seumpamanya.

Menurut Ustaz Muhadir Haji Joll lagi, pada waktu tersebut, akan berlaku
pertukaran tugas para malaikat di mana ada malaikat yang akan naik ke langit
dan ada malaikat yang akan turun ke bumi.
14
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

Dan pada waktu itu, para malaikat akan turut mendoa’kan kebaikan kepada kita.

Jadi, selain kita berdoa’ memohon pertolongan dari Allah setiap hari, ambillah
kesempatan untuk turut mendapatkan doa’ kebaikan dari para malaikat untuk
kita.

22. Memberitahu dan memohon ibu-bapa kita juga turut mendoa’kan kita agar
dimurahkan rezeki dan agar Allah permudahkan segala urusan serta mudahkan
kita mencapai apa yang dihajati.

Doa’ ibu-bapa adalah doa’ yang memang mustajab.

23. Mencari pendapatan tambahan tanpa mengeluarkan modal yang besar.

Buat pengetahuan anda terdapat banyak cara untuk mencari dan mendapatkan
duit tambahan TANPA kita perlu keluarkan modal yang besar.

Ini kerana setiap orang dikurniakan oleh Allah kemahiran, bakat dan minat yang
unik dan tersendiri.

Kemahiran, bakat dan minat ini boleh digunakan untuk membantu orang lain
untuk mendapat upah atau imbuhan untuk membantu anda mengumpulkan duit
belanja perkahwinan anda.

Di sini saya berikan contoh-contoh usaha yang anda boleh gunakan untuk
mencapai matlamat anda:

a. Menjual pakaian dan barangan terpakai di Facebook, Instagram, Mudah,


Lelong atau eBay

Saya sendiri telah melakukan perkara ini dengan menjual pakaian, kasut, handbag
terpakai di Mudah, Lelong atau eBay. Ianya di waktu Facebook masih belum
dikenali atau diketahui oleh orang ramai di Negara ini.

Apa yang saya lakukan adalah dengan memberikan khidmat untuk menjual
barangan terpakai ini kepada saudara-mara terdekat dan rakan-rakan sepejabat.
15
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

Saya tidak membeli barangan terpakai ini dari mereka tetapi saya membantu
untuk menjual barangan ini untuk mereka dan saya menikmati komisyen dari
jualan yang diperolehi.

Tahukah anda yang di dalam setiap buah rumah dan keluarga, terdapat banyak
barangan terpakai yang masih elok, baru, branded tetapi sudah tidak digunakan?

Dan tahukah anda yang mereka ini pun tak tahu apa yang perlu mereka buat
dengan barangan mereka ini selain menyimpannya di dalam stor atau almari
mereka?

Malah mereka akan berterima kasih kerana anda telah membantu mereka untuk
clearkan ruang stor atau almari mereka!

Kini, cara nak menjual semakin mudah dengan adanya Facebook dan Instagram.

Di Negara seperti US dan Eropah, menjaul dan memasarkan barangan terpakai


sebegini adalah merupakan perniagaan yang bernilai billion USD !

b. Membantu tuan punya laman web, blog atau Facebook fanpage dengan
penulisan anda

Saya memang tidak pernah sangka yang duit boleh diperolehi dengan mudah
melalui penulisan.

Ini kerana, sebelum ini, saya sangka hanya penulis buku atau penulis artikel di
akhbar sahaja yang mendapat bayaran.

Tetapi, tahukan anda yang ramai tuan punya laman web, blog atau Facebook
fanpage yang memerlukan idea, isu dan penulisan setiap hari yang boleh
membantu menggerakkan perniagaan mereka?

Jadi, jika anda berminat atau mempunyai kemahiran menulis, anda boleh
menawarkan khidmat penulisan anda kepada mereka.

Contohnya, anda boleh melihat keperluan penulisan ini di forum yang terkenal
seperti www.WangCyber.com.

16
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________
Di situ, anda boleh melihat tawaran dari tuan punya laman web, blog atau
Facebook fanpage yang boleh membayar sesiapa yang berminat dan memenuhi
syarat sebanyak RM7 hingga RM15 untuk satu artikel. Lebih bagus penulisan, lebih
tinggi upahnya.

c. Personal shopper

Di zaman yang serba sibuk ini, anda pasti tidak sangka yang terdapat begitu ramai
orang yang sudi mengupah anda untuk anda membelikan barangan kesukaan atau
barangan keperluan khas untuk mereka.

Contohnya, saya mempunyai seorang kenalan Facebook yang kerjanya adalah


menolong belikan barangan IKEA untuk sesiapa yang berminat tetapi tidak cukup
masa untuk ke IKEA.

Jika anda melihat rancangan Majalah 3 baru-baru ini, anda pasti kagum kerana
ada seorang hamba Allah yang rajin berusaha dengan membantu ramai suri rumah
membelikan barangan dapur atau barangan basah untuk mereka setiap hari.

Anda boleh memulakan usaha anda dengan membantu saudara-mara terdekat atau
rakan-rakan sepejabat anda terlebih dahulu.

d. Servis menggunakan kemahiran

Anda boleh tawarkan servis yang menggunakan kemahiran seperti memasak,


mengasuh anak-anak kecil, menjahit atau lipat pakaian.

Anda tidak akan sangka yang khidmat ini memang mendapat permintaan yang
tinggi setiap masa.

Saya sendiri tidak menyangka bahawa servis melipat baju rupa-rupanya mendapat
permintaan yang tinggi dari suami-isteri yang sibuk dan mereka yang mempunyai
anak-anak yang ramai.

17
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

e. Senarai bisnes kecil yang anda boleh ceburi tanpa menggunakan modal yang
besar:

i. Bisnes tudung

ii. Bisnes air balang

iii. Bisnes aiskrim

iv. Bisnes bakeri

v. Bisnes burger

vi. Bisnes fotografi

18
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

vii. Bisnes Shopee (bisnes yang cukup popular di Malaysia sekarang ini)

viii. Bisnes menulis

ix. Bisnes borong China (modal kecil dan tanpa perlu keluar rumah ke Negara
China)

19
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

RAHSIA SHOPPING SEMURAH MUNGKIN

Mahukah anda jika saya tunjukkan di mana anda boleh shopping banyak barangan
BRANDED tetapi dengan HARGA DISKAUN?

Malah ada CLEARENCE SALES dan WAREHOUSE SALES!

Saya sendiri pun tidak percaya pada mulanya.

Tetapi setelah saya dan isteri bershopping di sini, saya dan isteri sering
menggunakan informasi harga barangan di sini untuk bershopping dengan harga
serendah mungkin atau semurah mungkin.

Biar saya ceritakan rahsia ini kepada anda.

Ini supaya anda boleh berjimat cermat dalam membeli barangan hantaran atau apa-
apa barangan keperluan anda berdua nanti.

24. Buat pembelian secara online

Jika anda ingin menjimatkan masa, tenaga serta wang, amalkan membuat
pembelian atau bershopping secara online.

Dengan bershopping secara online, anda boleh membuat perbandingan harga


barangan dalam waktu yang singkat sahaja.

Yang paling menarik adalah anda akan selalu dapat coupon diskaun serta
potongan promosi sehingga 90%!

Wah! Potongan sampai 90%?

Saya dan isteri juga pada pertama kalinya kurang percaya.

Tetapi setelah saya dan isteri mengalaminya, kami kini banyak bershopping secara
online sahaja.

Tetapi bershopping secara online kat mana ye?


20
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

Biar saya tunjukkan.

25. Shopping di www.Lazada.com.my dan di www.Shopee.com.my

Tahukah anda yang Lazada dan Shopee adalah antara 2 shopping mall yang terbesar
di Asia?

Di dalamnya ada beribu-ribu barangan yang anda boleh pilih dari sekecil-kecil
barangan keperluan rumah sehinggalah kepada barangan branded dan
elektronik.

Jika anda subscribe di Lazada dan Shopee, anda akan selalu mendapat info tentang
promosi, diskaun serta potongan yang anda susah nak dapat dari mana-mana
shopping mall.

Dasyat betul diskaunnya. Ada barangan yang ada diskaun sehingga 90%!

Di sinilah anda boleh memilih apa-apa barangan jika anda sedang bershopping
barangan-barangan hantaran untuk anda dan pasangan anda.

Lazada dan Shopee adalah online shopping mall yang cukup dipercayai dan
mudah.

Order hari ini, barangan akan tiba dalam masa 2-3 hari sahaja. Malah ada yang
secepat 1 hari sahaja.

21
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

Sumber: www.lazada.com.my

Sumber: www.shopee.com.my

22
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

26. Ketahui diskaun, clearance sales serta warehouse sales di


www.ShoppingnSales.com

Kat sini pun boleh tahan dasyatnya.

Anda boleh mendapatkan info penuh setiap promosi, diskaun serta sales di
serata shopping mall.

Walaupun dari sini anda tidak dapat membuat pembelian secara online, anda akan
dapat membuat perbandingan harga apabila anda ingin mendapatkan barangan
branded atau bukan branded.

Jadi bagi anda boleh berjimat dalam menyediakan barangan hantaran anda.

Sumber: www.shoppingnsales.com

23
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

Kesimpulannya

Sebenarnya terdapat banyak idea-idea dan cara-cara yang anda boleh amalkan
untuk melakukan penjimatan belanja perkahwinan anda serta amalan murah
rezeki.

Anda boleh tambah idea-idea ini melalui pembacaan dan sering bertanya kepada
mereka yang berpengalaman yang sudah melalui keadaan ini.

Pilih idea-idea atau cara-cara yang sesuai dengan keadaan dan keperluan anda.

Yang penting, anda perlu lakukannya secara berterusan setiap hari walaupun
secara perlahan-lahan.

Lakukan DUIT:

D – Doa’
U – Usaha
I – Istiqamah
T – Tawakkal

In Sha Allah. Terima kasih.

24
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)
PERCUMA Dari www.KursusKahwin.com.my | Whatsapp 019 3300961
___________________________________________________________________________________________

“Sudahkah Anda Terfikir-Fikir Untuk


Mempunyai Sijil Kursus Kahwin Awal-
Awal Seperti Muda-Mudi Yang lain?”
Ramai muda-mudi dan bakal pengantin telah ambil
kesempatan dengan sertai kursus kahwin bersama kami
di Kuala Lumpur & Selangor ‘sewaktu ujian masih belum
diwajibkan’.

Booking semudah Whatsapp ke Hotline 019 3300961

Atau KLIK LINK Whatsapp ini


http://kursuskahwincommy.wasap.my

Laman web: www.kursuskahwin.com.my


Blog: www.kursuskahwin.com.my/blog

25
Copyrights © www.kursuskahwin.com.my | AFA Online Sdn Bhd (1166179U)

Anda mungkin juga menyukai