Anda di halaman 1dari 1

Asal-usul kucing

Seorang pertapa yang mempunyai kuasa sakti bernama Ki Empu Cingi tinggal di
hutan. Dia sayang akan binatang dan tidak pernah makan haiwan malah bersahabat baik
dengan mereka.Dia hanya makan buah-buahan dan pucuk tumbuhan.Dia menyuruh agar
semua binatang tidak bergaduh dan hidup dalam keadaan aman.Satu hari,buah-buahan di
tempat Ki Empu Cingi tinggal,semakin berkurangan. Sebelum pergi ke pergi ke hutan
seberang,dia memberi pesanan kepada Harimau,Singa dan Kancil agar menjaga hutan dan
semua binatang lain.Namun demikian,berlaku perselisihan faham antara Kancil dan
Harimau. Singa menasihatkan Harimau namun Harimau tidak mengendahkan Singa.
Harimau mencakar Kancil sehingga Kancil mati. Apabila diberitahu kepada Ki Empu
Cingi,dia berasa sangat marah dan menghukum Harimau menjadi badan sebesar Kancil.
Namanya ditukar kepada kucing bersempena nama Ki Empu Cingi.