Anda di halaman 1dari 2

Penanda Penanda Penanda

idea kronologi organisasi

Majalah Pendidik, Mei 2019

Hargai Pengorbanan Golongan Pendidik

Setiap tahun, 16 Mei diraikan sebagai Hari Guru di Malaysia. Inilah hari yang
dinanti-nantikan oleh para guru di negara ini. Murid akan hadir dengan kad
ucapan dan hadiah sebagai menghargai pengorbanan guru.

Selepas kedua-dua ibu bapa, guru adalah insan yang perlu dihormati lantaran
mereka yang turut mendidik serta membangunkan akhlak dan ilmu anak
didiknya.

Barangkali ada yang lupa bahawa tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru di
negara ini adalah kerana pada tarikh yang sama tahun 1956, Majlis Undang-
Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan
Laporan Jawatankuasa Pelajaran yang dikenali Laporan Razak (Razak
Report) untuk menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Tarikh tersebut umpama menandakan kemenangan kepada semua guru di


Malaysia yang telah memperjuangkan sistem pendidikan kebangsaan.
Saban tahun terdapat tema sambutan dan tema Hari Guru 2019 ialah “Guru,
Obor Hemah Menyinari Pertiwi”. Majlis sambutan peringkat kebangsaan akan
diadakan pada 16 Mei 2019 di Pulau Pinang.

Bersesuaian dengan tema, adalah penting bagi pendidik terutama guru


memastikan bahawa selain ilmu duniawi serta kemahiran yang dicurahkan
kepada murid, mereka juga perlu menitipkan ilmu yang dapat membentuk
sahsiah serta keperibadian murid ke arah lebih baik serta boleh dibanggakan
semua peringkat dalam masyarakat.

Umumnya pendidik atau mereka yang bergelar guru dan pensyarah, adalah
mereka yang bekerja dalam profesion sangat mulia dan sentiasa dipandang
tinggi oleh masyarakat.

Lantaran itu, jika seseorang memilih untuk menjadi pendidik, mereka sentiasa
dilihat sebagai ‘model contoh’ dan dihormati. Namun, di sebalik kemuliaan
menjadi pendidik, profesion ini mempunyai cabaran tertentu kerana proses
mendidik adalah proses dinamik yang memberi impak kepada masa hadapan
negara.

Perubahan dunia dalam Revolusi Industri 4.0 ini menuntut perubahan dalam
pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP), justeru para guru perlu
sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang pendidikan.

Walaupun zaman sudah berubah, golongan ini tetap perlu dihargai dan
dikenang jasa budi yang ditaburkan mereka. Mereka berbakti bukan sahaja di
bandar dan desa, malah di kawasan pedalaman yang serba kekurangan
infrastruktur dan murid yang dilatari kemiskinan. Namun, keikhlasan menjadi
senjata yang ampuh dimiliki mereka untuk kekal bersemangat mendidik anak
bangsa.
Guru dan pensyarah tetap insan istimewa. Ingatlah pendidik yang baik akan
disayangi dan diingati muridnya sampai bila-bila. Untuk menjadi insan terbaik
dan disenangi murid bukan sukar, namun perlu datang dari hati dan jiwa
ikhlas dalam menjalankan amanah sebagai pendidik.

Anda mungkin juga menyukai