Anda di halaman 1dari 5

FENOMENA HUJAN

ASID
NAMA :

MUHAMMAD NAZHAN BIN ROSWIRA


MUHAMMAD RAZIF ASYRAF BIN
ROSLAN

MUHAMMAD AMIRUL BIN FAZRISHAM

KELAS : SATU ABU DAUD


NAMA GURU : CG HAZIRAH
PENGHARGAAN
TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KEPADA PEGETUA IAITU TUAN
HAJI ARPAN BIN SHAARI KERANA SUDI MEMEBERI KEIZINAN
UNTUK KAMI MEMBUAT PROJEK INI. YANG KEDUA JUGA
DIUCAPKAN KEPADA CIKGU HAZIRAH KERANA MEMBERI TUNJUK
AJAR KEPADA KAMI TENTANG CARA MEMBUAT PROJEK INI. DAN
AKHIR SEKALI TERIMA KASIH JUGA KAMI UCAPKAN KEPADA IBU
BAPA KERANA JUGA MEMBERI TUNJUK AJAR DAN JUGA NASIHAT
HUJAN ASID
Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun
akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di
atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga
elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fosil di bakar dalam jumlah yang
banyak. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak dan arang batu oleh loji tenaga
dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan
nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan
bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid
sulfurik dan asid nitrik.

Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan cecair
dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14: pH kurang
daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang melebihi 7 adalah
alkali. Contoh air hujan yang bersih yang diambil daripada lokasi bersih seperti di
pulau terpencil didapati bernilai antara 5.6 dan 6.0. Secara amnya, air hujan
dengan pH kurang dari 5.6 dianggap berasid.

Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini
berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat
boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan
dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi
pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan
kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka
yang berpenyakit seperti mengidap asma
RUMUSAN
HASIL DARIPADA KERJA LAPANGAN INI KAMI TAHU APA
ITU HUJAN ASID DAN KAMI JUGA DAPAT TAHU APA ITU
SEMANGAT SEPASUKAN UNTUK MENYIAPKAN PROJEK INI
SUMBER RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hujan_asid

http://teknikkualalumpur.blogspot.com/2011/05/pemanasan-
global-iii.html

Anda mungkin juga menyukai