Anda di halaman 1dari 2

Tugasan Individu: GMJP3113: ANALYSIS PERANCANGAN DAN KAWALAN

PEMBANGUNAN A192 (Mac 2020)

Arahan: (CLO1 & CLO3)

Anda merupakan seorang konsultan yang dilantik oleh pihak syarikat untuk memajukan
sebidang tanah dengan pembangunan komersial. Tanah tesebut berada di bawah
pentadbiran pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Kubang Pasu. Pihak syarikat
menghendaki anda menyediakan satu laporan yang menerangkan secara jelas
perancangan terhadap pembangunan komersial berkenaan. Apakah bentuk perancangan
dan elemen analisa yang perlu dilakukan bagi tujuan mencadangkan sebuah
pembangunan projek komersial yang terbaik. Anda juga perlu menerangkan elemen
kawalan pembangunan yang akan mempengaruhi perancangan projek tersebut serta
kepentingan pelan pembangunan kawasan berkenaan dalam merancang pembangunan
komersial tersebut.

Syarat-syarat Tugasan:

 Penulisan ditaip mengikut font - Times New Roman; saiz 11 dalam aturan 1.5
spacing.

 Rujukan dalam teks adalah wajib (Ahmad, 1998: ms 214) manakala rujukan pada
akhir muka surat atau teks juga wajib. Pastikan bilangan rujukan dalam teks
adalah sama banyak dengan rujukan di muka akhir teks.

 Jumlah muka surat tidak boleh kurang 25 - 30 muka surat.

 Penulisan hendaklah dalam bentuk ‘narrative form’ atau pemerihalan/penceritaan


/karangan. Penulisan secara system point seperti (i, ii, iii …. atau penggunaan
nombor 1,2,3 atau tanda (.) - sepertimana dalam arahan ini adalah tidak
dibenarkan.

 Bagi tujuan mendapatkan informasi semada secara eletronik atau sebaliknya,


pelajar dikehendaki memberi keutamaan kepada maklumat yang diperoleh
sebaik-baiknya daripada jurnal, kertas kerja seminar, kertas kerja simposium,
konvension, buku dan seumpamanya. Rujukan yang tidak sahih hendaklah
diabaikan seperti :slideshare, blogspot, scribd, nota kuliah, buku ulangkaji STPM
dan sebagainya.

Permarkahan untuk tugasan akan diberikan berdasarkan perkara berikut:

a) Kemahiran kognitif (20 peratus)


b) Kemahiran Digital (60 peratus)
c) Kemahiran Komunikasi (20 peratus)
a) Kemahiran kognitif (20 markah)

Kemahiran ini adalah berkaitan dengan keupayaan menggunakan pemikiran dalam


menyediakan tugasan ini. Tugasan ini akan menguji keupayaan pelajar
mengunakan akal fikiran secara efektif untuk membaca, berfikir, menganalisis,
memahami, menulis dan menggunakan pemikiran tersebut bagi menyelesaikan
masalah/isu yang diberikan.

b) Kemahiran Digital (60 markah)


Ia dilihat kepada kemahiran pelajar mendapatkan informasi dengan mengunakan
peralatan digital, termasuklah penggunaan applikasi komputer, sistem rantaian
maklumat dan menguruskan informasi yang baik. Ini bagi membolehkan pelajar
membentuk dan mengongsikan maklumat yang diperolehi tersebut dan
kemudiannya menyampaikan maklumat itu dengan sebaik mungkin.

Pelajar-pelajar dikehendaki mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dengan


menggunakan perisian peralatan dan applikasi-applikasi online yang tersedia
banyak bagi mendapatkan maklumat dalam dunia berasaskan dunia digital bagi
membolehkan penyampaian tugasan melalui pembacaan, penganisisan dan
penulisan. Pengunaan-penggunan perisian berkonsepkan ICT adalah amat
digalakkan selain daripada mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber yang lain
tetapi dengan menyatakan sumber perolehan dengan baik.

c) Kemahiran Komunikasi (20 markah)


Penilaian tugasan juga akan dilihat dari aspek keupayaan berkomunikasi.
Kemahiran komunikasi melibatkan perkongsian maklumat yang diperolehi kepada
pembaca atau khalayak. Kemahiran komunikasi ini melibatkan pendengaran dan
percakapan termasuklah kemahiran membaca dan menulis dan interaksi antara
pelajar dengan pelajar termasuklah juga interaksi antara pelajar dengan
pensyarah.

Tarikh akhir penyerahan tugas ini ialah pada 30 April 2020.

Anda mungkin juga menyukai