Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN KOSAS Kod Sekolah: BEA4609

1. Nama Guru
ZURAIRAH BINTI IBRAHIM

DOKTOR UMUM
2. Judul 3. Bidang: BIOGRAFI
MEMOIR TUN DR. MAHATHIR
MOHAMAD
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Tun Dr Mahathir menceritakan dengan baik sejarah kehidupan beliau sejak kecil sehingga ke hari
akhir pentadbirannya di dalam memoir ini. Selain itu beliau juga turut menceritakan serba sedikit
berkaitan peranannya dalam beberapa isu lewat pentadbiran era Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Saya agak teruja dengan penceritaan awal memoir ini terutamanya konfrontasinya dengan
Almarhum Tunku Abdul Rahman. Saya dapat melihat dengan jelas betapa dalam setiap masa
dan ketika pasti akan ada penentangan antara golongan muda dan tua dalam pemerintahan
sesebuah  negara dan hal ini masih berkesinambungan sehingga ke hari ini. 

Beberapa isu kontroversi terutamanya dalam hal ehwal penggubalan undang-undang kekebalan
Raja-raja juga turut dijawab oleh beliau. Beliau juga turut menyatakan bahawa isu berkaitan
timbalannya yang dipecat merupakan satu bebanan yang akan ditanggungnya sampai bila-bila.
Hal ini adalah sesuatu yang lumrah. Rakyat sehingga kini masih terbeban dengan isu   ini. Pihak-
pihak yang terlibat sedaya upaya cuba menegakkan benang masing-masing dan akhirnya
menjadi satu peperangan ideologi yang tidak berkesudahan.
Krisis ekonomi yang pernah menggemparkan Asia juga turut diulas oleh Tun Dr Mahathir.
Sehingga ke hari ini kekaguman saya terhadap pemulihan ekonomi ciptaannya adalah sebagai
salah satu bukti awal kita mampu melawan negara kuasa besar. Namun, apabila membaca
memoir ini barulah saya sedar ada cerita dalam cerita yang perlu kita ketahui bagaimana beliau
mendapat idea yang sebegitu berani iaitu menambat nilai Ringgit. Satu dunia gempar dengan
idea maut ini. Namun akhirnya diakui secara akademik bahawa Malaysia melangkah dengan
ganasnya untuk keluar dari kemelut ekonomi ciptaan barat pada tahun 1997 itu.

Selain daripada itu ialah tentang cerita-cerita politik sejak beliau menjadi ahli biasa UMNO
hinggalah pendakiannya ke jawatan presiden. Beberapa tokoh yang namanya sudah pudar juga
ada disebut. Soal penentangan-penentangan dari musuh politiknya sama ada dari luar parti atau
dalam parti juga diceritakan dengan jelas tanpa berselindung. Krisis UMNO diharamkan serta
usaha-usaha kepada pewujudan UMNO baru juga diceritakan dengan menarik. Ada beberapa
orang teman yang gemar berpolitik menyatakan UMNO yang ada pada hari ini adalah ciptaan
Mahathir itu sendiri. UMNO yang asal kata mereka ada dalam parti serpihannya iaitu parti  Melayu
Semangat 46.

Turut dicoretkan dalam memoir ini ialah hubungan yang begitu "istimewa" antara Malaysia dan
Singapura. Dalam soal ini memang saya akui Tun Dr Mahathir adalah pakar strategi yang begitu
hebat. Beberapa ideanya sebenarnya berjaya juga menggusarkan Temasik supaya menghormati
Malaysia. Namun sesuatu yang merugikan ialah tentang jambatan bengkok di Tambak Johor.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana agak jadinya kepada ekonomi Singapura jika benar-benar
jambatan bengkok itu dibina dengan jayanya tanpa ada rasa ketakutan !
Buku ini agak tebal dengan 982 muka surat, justeru jika ingin membaca buku ini perlu
diperuntukkan masa yang sesuai agar tidak tertinggal setiap butiran perincian yang amat menarik
ini.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Melalui pembacaan biografi ini, terdapat beberapa perkara yang menarik minat saya. Antaranya
personaliti seseorang untuk menjadi yang disegani dan dihormati. Kita tidak dapat meminta orang
menghormati kita tetapi rescpect is gained. Untuk menjadi seorang pemimpin yang dihormati dan
disegani seseorang perlu ada kebijaksaan bukan sahaja dari segi akademik atau content tetapi
ketrampilan, the art of public speaking – yang mana Tun adalah seorang yang amat pandai
berkata – kata kerana beliau adalah seorang yang berpengetahuan dan mempunyai keyakinan
tinggi – ciri ini sanat diperlukan bagi seorang ahli politik juga pemimpin. Sebagai pemimpin kita
juga perlu berfikiran jauh dan sentiasa menjadi pemerhati yang cekap. Untuk mengawal sesuatu
organisasi, kita perlu cekap dan bijak always a step ahead of everyone, supaya tidak di
perlekehkan oleh ahli organisasi.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Mengenalpasti keperluan murid – murid terlebih dahulu mengikut kesesuaian murid atau kelas,
kemudian menyediakan strategi P&P yang sesuai untuk mereka. Adalah penting untuk guru
mendapat kepercayaan murid – murid dan ibu bapa agar proses dapat berjalan lancar.
Persefahaman ini sangat penting kerana melalui kepercayaan ini murid akan mula faham rentak
guru dan bersedia untuk belajar serta dengan sendirinya mereka akan menghormati guru.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ZURAIRAH BINTI IBRAHIM ) ( )

Anda mungkin juga menyukai