Anda di halaman 1dari 2

Maksud istilah khadam Jin

Jin adalah makhluk Allah yang tersembunyi dan tidak terlihat oleh manusia. Pengetahuan
mereka lebih luas dan sangat panjang usianya. Sedangkan Ifrit adalah golongan Jin yang sangat
kuat dan pandai menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini sangat sombong
dan durhaka kepada Allah.Iblis dan syaitan juga terdiri dari golongan Jin dan mereka adalah
kaum Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan
mendapat kutukan Allah SWT hingga hari kiamat.

Sebagaimana Firman Allah: “Iblis menjawab: Sebab engkau telah menghukum saya dengan
tersesat, saya akan mencegah halangi mereka dari jalan-Mu yang lurus.” (QS. Al-A’raf: 16)

Beberapa ulama juga berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah nenek moyang Jin, sebenarnya ia
adalah Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang diangkat menjadi ketua ahli-ahli
ibadah kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan diri di atas keilmuan, ketakwaan dan
banyak beribadat serta asal usul kejadiannya dibandingkan dengan manusia (Adam). Maka
dengan sifatnya yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.
Mulai dari saat itulah Iblis melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sampai hari
kiamat.

Allah telah menjelaskan bahawa ada tiga jenis permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas manusia
iaitu

1.Dalam Kejahatan (As-Suu’): iaitu suka membuat dosa-dosa dan maksiat hati dan segala
anggota tubuh.

2.Kekejian (Al-Fahsyaa ‘): iaitu kejahatan yang lebih buruk dan jahat. Kekejian ini adalah bagian
dari hal yang membawa kepada kedurhakaan dan maksiat kepada Allah.

3.Dalam kebohongan dan menipu Allah dalam perbuatan, kata dan nawaitu.

Istilah khadam berasal dari kata 'khadim' [arab: ‫ ]خادم‬yang bermaksud pembantu. Jin khadam
bererti jin yang membantu dalam urusan pemiliknya sehingga terkadang mampu melakukan hal-
hal yang tidak mustahil dilakukan oleh masyarakat umum.

Ilmu yang berasaskan khadam amat sinonim bagi masyarakat melayu dengan memegang
kefahaman bahawa penggunaan khadam tidak menyalahi tauhid selagi tidak bergantung
sepenuhnya pada khadam tersebut dan hanya mengambil khadam tersebut sebagai perantara.
Antara jenis khadam yang biasa digunakan adalah khadam ilmu dan khadam tangkal.
Penggunaan Khadam

Penggunaan khadam walau melibatkan apa tujuan sekali pun adalah salah dan penuh tipu
muslihat. Ini kerana penggunaan khadam sebenarnya akan membelengu rohani asli manusia
itu sendiri yang seharusnya menjadi tali perhubungan dengan Ilahi. Akibat daripada rohani asli
pengguna yang terbelengu, maka pengguna akan sentiasa berada dalam keadaan pemikiran
yang dirasuk. Pengguna lazimnya taksub dan sayang yang melampau pada ilmu dan barangan
masing-masing. Malah merasa diri seperti kurang keyakinan diri andai tidak mengamal atau
tidak beserta tangkalnya.

Rohani manusia yang merupakan amanah dari Tuhan sebetulnya telah lengkap dan sempurna,
tidak lagi memerlukan khadam atau perantara untuk melakukan sesuatu. Namun ramai
manusia yang gagal menjaga kerohanian masing-masing, lalu apabila gagal mendapatkan cita-
citanya mulalah beralih kepada method lain yang bakal merosakkan diri dan keturunannya.

Seharusnya untuk mendapatkan hidup yang sempurna, seseorang harus menjaga rohani
aslinya dengan sempurna. Untuk mendapatkan rohani yang bersih dan sempurna pula,
manusia itu sendiri harusnya sentiasa dalam keadaan ikhlas tanpa mengharap sesuatu manfaat
ke atas dunia dalam setiap amal ibadahnya. Kerana itu setiap ibadah harus dimulai dengan niat
yang suci, kerana walau sebaik mana ibadah tetapi dengan niat yang terpesong walau sedikit
mampu membawa kerosakan kepada rohani individu

Anda mungkin juga menyukai