Anda di halaman 1dari 6

BERITA RENCANA HIBURAN BISNES KOTA PENDIDIKAN S&T GAYA HIDUP SUKAN

BERITA › NASIONAL TERKINI UTAMA POLITIK PARLIMEN WILAYAH LUAR NEGARA JENAYAH MAHKAMAH

SPM 2016

MRSM Tun Ghafar Baba terbaik SPM 2016


Empat elemen pacu kejayaan sehingga muncul sebagai sekolah terbaik seluruh
negara

Setiap pelajar digalakkan untuk membantu rakan-rakan lain supaya dapat mempercepatkan lagi
pemahaman mereka terhadap sesuatu mata pelajaran

Mohamad Harith Mohamad Nizar


07 April 2017 3:00 AM

27
JASIN 6 April - Empat elemen penting dilihat menjadi resipi kejayaan pelajar Maktab
Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka sehingga muncul
sebagai MRSM terbaik seluruh negara dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) 2016 lalu.

Pengetuanya, Mohamad Anuar Mohamad Yusof berkata, keempat-empat elemen


tersebut merangkumi aspek kepimpinan, kerohanian, ilmu dan fizikal diri atau
kawasan sekitar.
Tambahnya, prasyarat kejayaan sesebuah sekolah juga adalah terdapatnya gabungan
jalinan antara pentadbir, guru, pelajar dan ibu bapa.

Study in Australia
- May 2017 Event
Meet with Prestigious
Australia Universities. Register
Free Now!
idp.com

“Dari segi kerohanian, kami mengamalkan ajaran-ajaran agama Islam seperti aspek
berjemaah yang memerlukan seseorang umat Islam mengerjakan solat lima waktu.
“Apabila pelajar dan kakitangan sekolah sentiasa solat secara berjemaah, kasih
sayang antara mereka pastinya terjalin dan melibatkan seluruh warga sekolah ini,”
katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Menurut Mohamad Anuar, aspek ilmu pula memainkan peranan penting dalam
kejayaan sekolah itu apabila guru sentiasa berada di sisi pelajar bagi membantu
mereka tanpa mengira masa.
“Boleh dikatakan guru-guru di sekolah ini bekerja selama 24 jam sehari kerana pelajar
yang memerlukan bantuan dalam pembelajaran akan dibantu bukan sahaja pada
waktu pagi, tengah hari dan petang.
“Para pelajar dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi guru
mereka pada bila-bila masa, memudahkan lagi proses pembelajaran mereka,” ujarnya.
Selain itu, beliau turut memberitahu, terdapat pelajar-pelajar terpilih yang dilatih untuk
menjadi guru muda yang bertujuan membantu rakan-rakan mereka.
“Setiap pelajar mempunyai kelebihan masing-masing dan mereka digalakkan untuk
membantu rakan-rakan lain, begitu juga sebaliknya dan ini akan mempercepatkan lagi
pemahaman mereka terhadap sesuatu mata pelajaran.
“Pada masa sama, pelajar tingkatan empat dan lima juga saling membantu.
Contohnya, sekiranya pelajar tingkatan lima terlupa akan sesuatu yang dipelajari pada
tahun lalu, pelajar tingkatan empat akan membantu mengingatkan mereka semula
terhadap perkara itu dan begitu juga sebaliknya,” jelasnya.
Katanya, mengikut aspek fizikal pula, persekitaran di kawasan sekolah secara tidak
langsung memberikan impak terhadap pembelajaran pelajar.
“Kami turut menerapkan amalan cintakan alam sekitar bukan sahaja kepada pelajar,
tetapi guru serta kakitangan lain harus mempunyai semangat yang sama.
“Sebab itulah kami mempunyai projek hijau terhadap setiap kelas di mana pelajar
menanam dan merawat tumbuhan bagi memberi persekitaran kondusif kepada
mereka dalam sekolah,” jelasnya.
Mohamad Anuar juga memberitahu, elemen keempat iaitu kepimpinan memberi
peluang kepada para pelajar untuk memperbetulkan karakter masing-masing.
“Menerusi beberapa program latihan, para pelajar dapat meningkatkan lagi tahap
keyakinan diri serta memastikan imej mereka adalah dalam kalangan yang terbaik,”
katanya.
Sehubungan itu, Mohamad Anuar menjelaskan, dengan adanya kesemua komponen
tersebut barulah kejayaan dapat dicapai dan meneruskan kegemilangan pelajar
sekolah tersebut.
“Andainya salah satu elemen itu rosak, agak sukar untuk mencapai kejayaan kerana
kesemua komponen itu amat penting dalam kecemerlangan seseorang pelajar, begitu
juga dengan kehidupan yang menjurus kepada Al-Falah (berjaya),” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad Anuar melahirkan rasa syukur terhadap pencapaian
sekolah itu apabila menjadi MRSM terbaik dari segi pencapaian SPM pada tahun lalu
berbanding institusi sama di seluruh negara.
“Alhamdulillah, kami berjaya mendapat pencapaian terbaik dalam keputusan SPM
tahun lalu kerana pada masa yang sama kami juga membawa maruah Majlis Amanah
Rakyat (MARA). Saya berasa cukup gembira kerana berjaya mencapai sasaran.
“Harapan saya hanyalah untuk MRSM ini meneruskan kecemerlangan yang telah
dicapai serta mengekalkan prestasi atau menambah baik lagi pencapaian itu. Kami
sudah ada langkah-langkah yang perlu diambil bagi merealisasikan hasrat tersebut,”
katanya.

Tag Berkaitan
SPM 2016 Melaka Sekolah Pengajaran dan Pembelajaran Semasa

ARTIKEL BERKAITAN

VIDEO TERKINI
Kapsul Berita 10 April 2017

Nasi beringin tarikan Restoren Dun's

Pengantin sunti Rohingya: Dari RM2,000 meningkat ke RM25,000

Gadis Rohingya jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia

Kapsul Berita 7 April 2017

Brahim's sasar terajui inovasi makanan halal

ARTIKEL LAIN
Pope Francis teruskan lawatan ke Mesir

Dijel seludup telefon kepada banduan Palestin

Najib puji sesi Dewan Rakyat


AirAsia syarikat penerbangan rasmi Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para
ASEAN ke-9

USIM mara akhir Debat Antarabangsa Qatar

ensiklopedia /
Mengenali Imam Syafie

Ila Damiaa kekal positif

Pusat MyBIM pertama negara

Iklan

Berita Rencana Wilayah Hiburan Sukan Bisnes Pendidikan


Terkini Utama Johor Berita Bola Sepak Ekonomi Umum
Berita Bisik-bisik Kedah Selebriti Badminton Korporat Sekolah
Utama Cuit Kelantan Muzik Lumba Usahawan Kampus
Utusan Selak KL & Filem & Kereta Automotif Sastra
Live Kolumnis Putrajaya Drama Lumba Hartanah Agama
Nasional Forum Melaka Rancangan Motorsikal Teknologi
Politik Agama Negeri TV Basikal Saham & Sains &
Parlimen Sembilan Seni & Golf Wang Teknologi
Jenayah Blog Pahang Budaya Hoki Sains
Mahkamah Sukan Perak lain-Lain Teknologi
Perlis Gaya Rencana Inovasi
Luar Pulau Hidup Sukan Gedjet
Negara Pinang Rekreasi Pertanian
Asean Sabah Permotoran Alam
Sarawak Pelancongan Sekitar
Selangor Keluarga
Terengganu Kesihatan Video
Fesyen Terkini
Isu
Semasa
Bisnes
Pemotoran
Gaya
Hidup
Hiburan
Agama
Politik

Kumpulan Utusan | Kosmo! | Tutor | Saji Online | disini.my |  MyBooks |  Job House |
 Utusan Karya
Jom Iklan | Mengenai Kami | Terma & Syarat
WWW.UTUSAN.COM.MY © 1997-2017 UTUSAN MELAYU (M) BERHAD
No. 44, Jalan Utusan, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai