Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN GURU BERTUGAS

TAJUK: HEDONISME

Yang berusaha, Pn Jamaliah bt Osman, Pengetua SMK Merbok,


Yang dihormati Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,
Kaunselor, Ketua-Ketua Panitia, Guru Cemerlang, Guru-guru dan murid-murid
yang dikasihi.

Tajuk ucapan saya hari ini ialah HEDONISME

Berdasarkan Kamus Dewan, Hedonisme bermaksud pegangan atau pandangan


hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Istilah ini
berasal dari bahasa Yunani, Hedone yang membawa maksud Kesenangan.
Penganut ajaran ini dipanggil hedonis.

Hedonisme sangat berkait rapat dengan gaya hidup bebas. Tokoh utama yang
menjadi pencetus hedonism ialah Aristippos, seorang ahli falsafah Yunani yang
berasal dari Kyrene, Afrika Utara. Bagi penganut aliran ini, ukuran kebenaran
atau kebatilan sesuatu perkara diletakkan di atas neraca keseronokkan dan
bukannya di atas neraca agama.

Budaya hedonisme kini merupakan satu cabaran besar kepada remaja kerana ia
dilihat seolah-olah telah menjadi urat nadi kehidupan masyarakat moden.
Budaya yang bertentangan dengan agama islam ini menjadi gaya hidup dan
“trend” masyarakat.

Firman Allah SWT, “…dan orang-orang yang zalim hanya


mementingkan kenikmatan yang mewah yang ada pada mereka,
dan mereka adalah orang-orang yang berdosa.” (QS. Huud: 116).
Meletakkan hujah “Atas nama kebebasan”, remaja kini semakin marak diasak
dengan pergaulan bebas, dadah, arak, hiburan yang keterlaluan dan sebagainya
yang melanggar sistem adat dan peraturan agama. Sedikit demi sedikit, remaja
muslim hari ini ditarik secara perlahan-lahan untuk menjadi penganut
hedonisme ini sama ada secara sedar atau tidak sedar, bermula dari gaya
rambut, pakaian, percakapan, lambang-lambang dan sebagainya.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Kamu
akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi
sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang
biawak pun kamu akan mengikuti mereka. (HR Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda: “Umatku akan ditimpa
penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu”. Para sahabat
bertanya: “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi
menjawab: “penyakit-penyakit itu ialah:
(1) Senda gurau
(2) Bermewah-mewahan
(3) Menimbun harta sebanyak mungkin
(4) Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia
(5) Saling memarahi
(6) Hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi
(HR al Hakim)

Anda mungkin juga menyukai