Anda di halaman 1dari 3

Kemunculan Dajjal

Dalam ajaran Islam, Dajjal (b.Arab: ‫ال ّدجّال‬ al-dajjāl "pembohong, penyamar")


ialah suatu makhluk jahat yang akan muncul sebelum Hari Kiamat kelak. Dajjal tidak
disebut dalam Al Quran tetapi pelbagai hadis sunnah menceritakan tentang sifat-sifat
dajjal ini. Sebagai contoh, dia akan menipu para imam, mengajar mereka
bahawa syurga ialah neraka dan sebaliknya. Selain itu, huruf  kaf-fa-ra (kafara,
bermaksud "kafir") akan muncul pada dahinya dan akan dibaca oleh Muslim sebenar
samada mereka boleh baca ataupun tidak. Ciri-ciri dajjal yang paling ketara ialah mata
kirinya buta dan mata kanannya dapat dilihat tetapi ia menjadi gelap (hitam). Dalam
sebilangan hadis dia merujuk kepada makhluk bermata satu. Walaupun dajjal tidak
disebut dalam Al Quran, ahli hadis dan ulama’ percaya bahawa dajjal sebenarnya sudah
disebutkan dalam Al Quran cuma ia tidak disebutkan dengan jelas dan terang. Sebagai
contoh dalam surah Al-An’am ayat 158 iaitu :-

“Kedatangan sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi tanda-tanda


hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak
berfaedah atau bermanfaat lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu atau
yang tidak berusaha atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai
imannya” (al-An’ am: ayat 158)

Maksud tanda-tanda yang terkandung dalam ayat tersebut apabila dirujuk kepada sebuah
hadis sahih dari Riwayat Muslim yang berbunyi :

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda “Tiga perkara apabila
ia keluar tidak akan memberi manfaat kepada akan iman seseorang itu yang sebelumnya
mereka itu tidak beriman atau sebelumnya mereka tidak berusaha untuk melakukan
kebaikan pada imannya . (Tiga perkara tersebut adalah) terbitnya matahari dari barat,
keluarnya dajjal, dan al-Dabah yang juga melata di bumi”
Fitnah dajjal amat besar dan bahaya. Fitnah dajjal membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu
sebenarnya syurga sedangkan syurganya itu sebenarnya neraka. Dajjal juga mengaku dirinya
Tuhan dengan menghidupkan balik orang yang sudah mati walhal ia sebenarnya adalah syaitan.
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan
hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya
tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke
perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka
disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.”

Orang Islam yang terpedaya lalu percaya dan mengikut dajjal akan dimasukkan ke neraka
jahanam, dan orang yang kuat imannya dan masih beriman kepada Allah akan masuk ke syurga
pada hari akhirat kelak. Jadi, untuk mengelakkan fitnah dajjal kita mestilah mengamalkan surah
Kahfi ayat 1-10 dan ayat 101-110 serta memperbanyakkan doa kepada Allah SWT agar
diselamatkan daripada segala fitnah dan memperbanyakkan amalan soleh.

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi
Muhammad SAW bersabda:

ِ ‫ت ِم ْن أَ َّو ِل سُو َر ِة ْال َكهْف ُع‬


ِ ‫ص َم ِمنَ ال َّدج‬
‫َّال‬ ٍ ‫َم ْن َحفِظَ َع ْش َر آيَا‬

Maksudnya: “Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat
daripada fitnah Dajjal”.

Riwayat Muslim (1342)


REFERENCES

https://ms.wikipedia.org/wiki/Dajal

https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2989-bayan-linnas-siri-ke-161-dajjal-hakikat-dan-
tanda-akhir-zaman

http://jaipk.perak.gov.my/index.php/kisah-dan-tauladan/114-tiga-watak-di-akhir-
zamanhttps://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2989-bayan-linnas-siri-ke-161-dajjal-hakikat-
dan-tanda-akhir-zaman

Anda mungkin juga menyukai